(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

January 06, 2010

dia yg dihormati, disegani

salam.. sementara masih ada idea berkongsi cerita, sementara broadband masih di tangan saya, sementara belum basi, sementara belum bosan.. saya ingin berkongsi satu lagi kisah saya.. :)

ermm.. ceritanya, saya seorg yg bila ada masa, mostly bila keseorangan, suka mengimbau ala2 flashback dlm movie2 tentang semua kenangan, momen, cerita lalu.. satu keseronokan, satu kepuasan, satu sbb utk saya bersyukur utk apa yg saya lalui dan ada pada hari ini..tp bukan satu benda yg janggal atau pelik, kerana bg saya, setiap manusia yg ada disekeliling saya pun tidak mustahil begitu.. menoleh kenangan lalu bukan bererti kita sentiasa pandang ke arah belakang kan.. yg penting, betapa kenangan itu berharga..

hari ini sbg contoh, sambil meneliti borang permohonan berkahwin, salah satu menda wajib yg patut disertakan ketika mau menghantar borg ni nanti ialah, sijil asal dan salinan sijil kursus pra-perkahwinan. mula menyelongkar beg, mencari sijil tersebut... tarikh kursus tu, 28-29 jun 2008. igt lagi join kursus ni di jab agama islam daerah kuantan, dengan sheda n nana.. officemates. nana dah selamat menikah pun.. sheda's turn also just around the corner.. sy igt lagi, time lunch hour, masa tu makan kat dalam dewan tmpt kursus tu jugak, kat meja kita berkursus tu.. dtg la sorg ustaz yg mmg bg ceramah utk satu slot masa kursus tu..(dlm byk2 meja, kat meja kitaorg jugak ustaz tu dtg) saya lupa nama ustaz tu, wajah dia pun samar2 dalam ingtan nih..dia dtg sblh meja saya, masa kita org ngah lahap menyuap nasik.. mula2 tu soalan biasa, dr mana, keje mana, then tetiba tanya saya, ha awak.. bila nak kawen? dah ada calon belum? 2 kali ustaz tu tanya saya.. jawapan sy, tanpa fikir panjang sbb segan jari comot2 ngan nasik, insyaallah tahun depan ustaz.. jawapan dia, insyaallah saya doakan.. :) thn depan tu merujuk 2009, tp sbb belum rezeki, insyaallah thn ini, 2010 akan ter-realisasi doa itu... dan ari ini, kdg2 ant percaya dan tak, sy sedang menyiapkan utk perkahwinan saya..dan saya pasti, sume bride-to-be ada segala mcm rasa..berdebar, cuak, dan seribu mcm perasaan lagi.. mungkin..

kenangan lagi..
ari ni dan 2 hari mendatang, saya ant org yg bertuah (bak kata pegawai ulpl jke) sbb terpilih utk menjadi peserta kursus Penyeliaan Projek 1st Cohort Series 1.. ari ni, jadual kursus ended around 4.30pm, nak punch out pun belum masanya, duduk la kat meja sendiri. sambil berfikir apa yg sy boleh buat utk isi masa sblm balik. pastu terfikir la nak kemas semula sgla bahan PnP audio visual.. selak punya selak segala fail.. jumpa la beberapa cebis nota yg bertulis dgn pensil. lantas, fikiran jauh menerawang pd seseorg... sifu saya dan ramai org ant kami di bumi polisas. tulisan dan bait2 ayat (nota atau lebih tepat ilmu) wujud melalui kata2 sifu kami itu. masa itu, saya insan terpilih utk di-observe oleh dh48. masih jelas, saat sy menuntut ilmu dgn beliau. ari sblum observe, magrib, melalui panggilan telefon, beliau ada membacakan saya nota dlm buku beliau, utk saya catatkan dan masukkan dalam isi pengajaran saya.. saat itu sy benar2 terharu.
itu cuma secebis kenangan. byk lagi.
kenangan spjg hayat. sbb pas ni bukan selalu malah xtau bila boleh tgk kelibat beliau di opis lg, kerana telah bersara dgn rasminya 23dec yg lalu.

sy seorg yg xde perasaan. kerana apa, 23dec tu, sy belum 100% merasa kehilangan beliau. (maaf, sy mmg dilahirkan kurang berperasaan, atau sbnrnya, perasaan itu lambat tiba).. 22dec, kami meraikan beliau dgn satu makan malam yg santai tp bermakna, di hotel grand continental kuantan. mlm itu juga sy belum benar2 merasa kehilangan kerana terganggu dgn urusan mastersheet, kerana esoknya 23dec adalah meeting peperiksaan jabatan. tp en cck mlm itu slps balik, xpuas2 meng-eksperikan rasa hilang dan sedih itu. dan ari ini, giliran saya, makin terasa kehilangan itu. mungkin, satu2 nya kenangan pd beliau, adiah xseberapa dr kami.. anak2 didikan beliau.. moga beliau tidak melupakan kami.. dan maaf, kami mungkin tidak dpt membalas semua jasa, ilmu, didikan dr beliau....
mlm td, dinner ngan en cck, sekali lagi, saya didgrkan ttg penghargaan en cck kepada beliau.. ttg rasa kekaguman dgn bakat, kesungguhan, ilmu, dedikasi, dan segala mcm rasa apresiasi.. mlm td tu, fokusnya kepada cara kerja sifu saya..yg berkaitan kamera dan MCP..
pg td, semasa kursus, the conductor, best fren kpd beliau, sekali lagi meng-ekspresskan rasa kehilangan org depan mejanya.. org yg sama, beliau, sifu kami.. juga tidak lepas dgn rasa kekaguman dgn sifu kami itu. :)

pagi, satu ari minggu lepas, saya menjejak kaki ke bilik tmpt sifu kami selalu 'bertapa' , C301, jangkaan saya, bilik tu dah clean and clear... rupanya tidak. byk lagi barang2, yg xpasti milik persendirian beliau atau milik jabatan. tp setidaknya, bilik itu, banyak simpan kenangan...

khas, utk beliau..

No comments: