(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

August 16, 2017

Memorable Event 2017

Bismillah.. Assalamualaikum..

pantasnya masa, kita dah di bulan Ogos 2017. perasan tak, semua seolah berlalu begitu cepat. rasa baru je tulis post tentang nisrin masuk darjah 1, hari ni dah 8 bulan jadi budak darjah 1. hihihihi

bila ada peluang nak mencoret di blog, sy perlu guna ruang tu utk mencatat satu memori yg sgt berharga utk saya.. utk tatapan kemudian hari.

2017, ada sesuatu di luar kebiasaan sy dah buat.. dengan bantuan dan sokongan ramai orang sekeliling saya.

jom tengok satu persatu ya.

sebelum tu, menuju akhir tahun 2017, saya doakan azam tahun 2017 semua yang membaca post sy ni tercapai dengan jayanya. jgn lupa doakan utk saya juga ya.. tq tq

1- Program Seronoknya Belajat Sambil Bermain
Tarikh 22-23 Mei 2017
Lokasi : di sebuah taska yg berdekatan dengan tempat kerja saya
Tema - belajar sambil bermain

Fasi2 adalah kawan2 satu tempat keje.

beberapa minggu sebelum program, kawan sy ada invite utk buat CSR. saya menjawab, kalau sy, sy minat nak buat apa yg ada ni je lah.. (maksud sy ke arah kanak2).. maka terjadi laa program seperti tajuk di atas. hihihi

pemilihan tajuk, preparation bbm saya buat, bahagian gunting2 saya mntk fasi2 skali tolong..

jom layan gambar,,


 screenshot dr fb je.. heheh



barisan fasi-fasi bersama dengan pemilik taska yg sangat baik hati



saje pilih gambar ni
ini la En Hazizul - merangkap Ketua Program DEP, JKE, PKK


khusyuk semua
heeh


contoh aktiviti - guna penyepit baju

seterusnya kan.. saya organize lagi program seumpama ini, kali ni saya ajak fasi2 fasi dikalangan pelajar pula..

program tu

namanya Rainbow Playgroup


promosi / iklan mmg saya tak up di blog, mmg sepenuhnya fb je..

seminggu sebelum program, kami bawa ajk2, fasi2 utk buat pra praktikal di taska yang sebelum ni..



2- pra-praktikal Rainbow Playgroup








Alhamdulillah, Allah SWT ease everything...


dan

3- Rainbow Playgroup

12 Ogos 2017
ULPL Politeknik Kota Kinabalu

barisan fasi2 dan pelaksana program

more picture 


*** nanti sambung *** 


July 25, 2017

10 tahun berlalu

Bismillah...

menyelak kembali mukasurat kehidupan 10 tahun yang lalu

16 julai 2007

kali kedua menjejak kaki ke daratan politeknik sultan haji ahmad shah, ditempatkan di sana sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT - dc41)..

kali pertama adalah sebagai orang yg ditemuduga.. terang sambil silau2 sudah pemandangan saat ditemuduga tu..

tak pernah terbayang, saat melalui hari 16 julai 2007 tu, nak memandang 10 tahun ke hadapan, bagaimana rasa dan saat kehidupan 10 tahun ke hadapan.

tak sangka jodoh dengan politeknik ni masih bertahan. heheh

16 julai 2007
ditemani parents dan adik bongsu (besar2 pun kena teman lagi kan) 
check in ke polisas - daftar di admin, bgunan tepi jalan dengan suasana depan padang yang sgt harmoni di mata..

kemudian ke pejabat JKE utk check in ke sana juga

tak lupa, ke kuarters nak tgk tempat tinggal..

dan bermula rutin mengajar..

hari ini 10 tahun berlalu.


sebut pasal polisas, banyak sy belajar di sana.. banyak saya kutip, walhal hingga sekarang, tak lagi bergelar staf polisas, sy masih rindu di sana..

terima kasih tidak terhingga buat rakan senior, seangkatan, junior dan juga adik2 didik yg mengenali dan bekerjasama sepanjang saya berada di polisas...

16 julai 2007 - 28 februari 2012

5 mac 2012 - present - saya check in di bumi politeknik kota kinabalu..

jarang mencoret tentang tempat kerja kedua, yang sgt punya momen istimewa sendiri... sudah 5 tahun lebih di sini..lebih dr usia berkhidmat di polisas sana..

habiskan master engine di sini
dapat naik ke gred dh44 pun di sini
dapat 2 anak lagi pun sejak pindah ke sini
saya buat sesuatu di luar bidang pun di sini

semoga 10 tahun mendatang pun baik2 semua nya..


July 14, 2017

..nak tau 5 tips tak? sila klik.

Bismillah.. Assalamualaikum..

...musim2 raya ni... boleh nyanyi "setahun sekali...syawal datang lagi.."

tp kena ganti dengan
"setahun sekali...update belog"


heheheheh

tau tak antara misi visi tahunan adalah mau jari menari secara konsisten di atas setiap mukasurat belog.. taaapi..... impian tinggal impian lah..

dari merapu tak tentu dlm belog, baik peram sehingga jumpa sesuatu yang positif lagi bermanfaat baru share. heehehe


tapi...peram punya peram, sampai tak jumpa slot yg terbaik pun..sudahnya hampir 4 bulan sunyi sepi
krik krik


kekekeke

masih ada yg igt saya?

lama menyepi dari duni blog, bukan bermakna tidak mau aktif lagi...tidak2... 
sayang laa dengan blog ni..byk kenangan manis pahit.. heheh


pertengahan tahun 2017,
saya masih melalui rutin saya sama... cuma 2017, berharap sinar lain menyinari..


ok, kali ni nak kongsi sikit je dr apa yg saya baca,,dan masih juga cuba praktik dengan anak.. terutama ank no 1, kita rasa dia dah besar panjang, dah bole paham dan react dengan arahan sebaiknya kan... tp payahh ooo dengan nisrin ni sometimes.. esp during homework time.

saya ada la beli satu buku - later on nak kongsi dlm blog, tp tak janji bila.. yg mana sy harap bekesan laa utk anak.. masih mencari ruang utk hadamkan topik2 dlm buku.

ok berbalik td tu. kata nak kongsi sikit kan.

heheheh


saya suka baca anything dr web ni

http://www.growinghandsonkids.com

banyak knowledge yg owner - seorg OT kongsi
byk info

sy up satu topik kali ni - cara-cara untuk let anak fokus..

jom baca tips dr madam Heather ni.


no 1 - sebelum ajak anak buat kerja sekolah / aktiviti pembelajaran, menurut OT - kena mulakan dengan aktiviti motor kasar dulu - get some much needed energy out and blood flowing with gross motor activities

boleh sesuaikan dengan keadaan dan situasi semasa, nak indoor gross motor atau outdoor gross activity.

no 2 - brain break

link kepada book - http://ultimatebrainbreaks.com/?ap_id=goldenreflectionsblog

n0 3 - kurang kan bunyi persekitaran seperti tv...dan andaikata ramai anak2 kecik dirumah, kena set up multiples ruang - asingkan yang bising dengan bising, yg suka senyap dengan senyap.. kih kih

kita kena cuba nih...

dan OT ni cadangankan penggunaan headphones. wah wah dan boleh start dengarkan classical music..




no 4 - ajar topik berdasarkan minat

hehehe
this could be mencabar jugak.. sbb anak sy kalau dia tak minat, dia lg payah nak hadap.. sudahnya takot ketinggalan jugak..

n0 5

guna hands-on learning technique

jadi selain hadap buku, worksheet, kdg2 kena tukar juga kepada aktiviti melibatkan explore dan guna tangan.. 



jom kita cuba yeee


rasa mcm kena stop dulu..jumpa lg nanti.

till meat again, take care.

March 20, 2017

Blogpost bergambar - Typical Hand Grasp Development

Bismillah...

Assalamualaikum.

minggu yang sgt2 busy, tp sy perlukan sesuatu utk salur keluarkan semua rasa tak best. defrost balik yg mana beku2, enegri kena kuat menuju minggu peperiksaan.

dengan ini, nak kongsi sesuatu dengan ibu2. jom perhati anak2 kita.

layan gambar,,












semoga dapat membantu kawan2 dalam perhati setiap perkembangan anak2 kita.

credit kepada penulis

heather.

such a wonderful sharing.





March 17, 2017

EDU TOY - GENIUS ART BUTTON yang best

Bismillah.. Assalamualaikum.. salam ceria buat pembaca post ini..

a short survey... ada tak dikalangan pembaca post sy ni ibu2 bapa2 yg sentiasa mencari alat, mainan, bbm, aid atau apa sahaja yg dpt membantu perkembangan anak2?

kalau ada... kita serupa..

byk kan metod utk kita cari.. melalui pembacaan...online google.. kdg2 melalui iklan kawan2 je pun..

haaaa, ada hajat sebenarnya.


nak promo satu item super best... laku keras... hihihi


nama edu toys ni ialah
GENIUS ART BUTTON

set ini mengandungi
10 sheet title card
46 keping mushroom button
satu storage tray

cara mainnya adalah

anak perlu letakkan button2 bewarna mengikut lubang2 pd card tu mengikut warna yg sama

KELEBIHAN GENIUS ART BUTTON
- Meningkatkan motor halus dan pemikiran kreatif
- Melatih koordinasi tangan-mata
- Memadan dan mengenal warna
- anak main lama - lama ralit tau!





 yang pastinya,
nak kongsi di sini, dalam tempoh kurang 2 minggu supplier iklan kan produk ini, terus sold out tauu.. disebabkan feedback yang sgt2 positif

jom layan lagi gambar2






untuk menonton video seorang anak kecil asyik bermain genius button art ni..

boleh klik link




PRE ORDER DI BUKA SEKARANG 

harga nya adalah rm49
harga nya adalah rm49
harga nya adalah rm49



pos rm15 semenanjung
pos rm19 sabah dan sarawak


nak tau harga pasaran?

mencecah rm100 tauuuu

jadi peluang dibuka untuk mendapatkan harga set edu toys ini dengan harga kasih sayang,


jom whatsapp saya

0127934510


terima kasih


February 10, 2017

Set Menjahit Hijaiyyah

Bismillah

Assalamualaikum wbt


Nak kongsi sesuatu produk the best. hihihihi


produk homeschool / bahan bantu mengajar ni nama penuhnya - set menjahit huruf hijaiyyah.. idea dan usaha dari seorang Ustaz yg juga guru anak-anak awal usia.

satu-satunya di malaysia tau.

menjahit??

keliru pulak kan dengan istilah menjahit ni kan. budak2 pula tu sesuai ke dengan aktiviti menjahit ni? tajam ke jarummnya?


hihihh

saya letak sini gambar-gambar kelebihan aktiviti menjahit yer.. orang putih panggil - lacing activity



source klik sini TQ


ok, harap jelas sudah sekrang..bukan menjahit guna jarum tu tau.. tp meniru saja aktiviti menjahit tu.. 

kemahiran lacing ini insyaAllah dapat melatih kemahiran motor halus anak2 kita..juga melatih fokus anak2 kecil.. dan satu lagi istimewanya produk only-in-malaysia ni, sambil 'menjahit' anak2 juga belajar mengenal alif ba taa


jom tengok lagi gambar-gambar produk ini



PERTAMA DI MALAYSIA
===================
PEMBELAJARAN BOLEH BERMULA TANPA KERTAS DAN PENSIL
Ada tak Ibu Ayah yang ajar mengaji anak-anak sendiri di rumah?
Ada masalah tak ketika dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di mana anak :
a) masih belum mengenal huruf hijaiyyah dengan baik?
b) masih belum boleh membunyikan huruf hijaiyyah dengan baik?
c) masih belum boleh menulis huruf hijaiyyah dengan baik?
InsyaAllah, kami ada bahan bantu yang boleh menyelesaikan masalah ini disusuli dengan kegembiraan anak.
Anak GEMBIRA, ibu bapa PASTI juga GEMBIRA.

Seorang guru / ustaz baru sahaja menghasilkan 1 kotak yang dinamakan sebagai "Set Menjahit Huruf Hijaiyyah".
1 set ini dilengkapkan dengan beberapa aksesori permainan aktiviti yang mampu membina keupayaan mengenal, membunyikan dan menulis huruf-huruf hijaiyyah.
Produk yang dihasilkan oleh Guru Pendidikan Islam Pend Khas sendiri untuk membantu mengenal huruf al-Quran dengan mudah dan gembira.



Set ini membantu kerana:
1. ada 4 aktiviti menarik dalam 1 kotak ini selain menjahit.
-menjahit dalam gelap
-menjahit di plastik kanvas
-menjahit menggunakan jarum plastik
-merasa huruf yang dijahit

2. membina kemahiran psikomotor anak
3. sesuai dengan teknik pembelajaran abad ke-21
:pushpin:
1set anda akan dapat:
:white_check_mark: *31 keping kad*
:white_check_mark: *29 utas tali*
:white_check_mark: *1 jarum plastik*
:white_check_mark: *1 plastik kanvas*
:white_check_mark: *1 flyers*

Cara Bermain sambil belajar mengguna Set Menjahit ni


1 - mcm dalam gambar di atas, kita kena mintak anak menggunakan tali yg disediakan dalam set ini untuk memasukkan ikut lubang2 pada kad hijaiyyah mengikut cara menulis huruf tersebut. atau jika anak masih diperingkat permulaan, boleh sahaja secara random.. tiada paksaan.. yang penting minat anak utk buat..buat.. dan buat.. hehehe 



2- cara bermian kedua, dalam set ini juga disediakan kepingan kad seperti dalam gambar di atas.. anak2 boleh cuba menjahit di kotak2 , seolah-olah meniru cara menulis huruf hijaiyyah tersebut.

best kann?


3 - cara bermain ke3, bole guna ball kecik2 ni.. susun ikut atas huruf tu..

best tak?

nak tau tak berapa harga produk best ni? mesti laa nak kannn


harganya cuma RM35 sahaja
kad pos rm8 dalam semenanjung, rm11 ke sabah dan sarawak

boleh whatsapp saya 0127934510 untuk pembelian.


jom tengok lagi beberapa gambar












best kan? apa lagi ditunggu
whatsapp saya cepat2..