(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

December 30, 2016

welcome 2017

Bismillah..

welcome 2017.

kita terima dengan hati terbuka. moga pintu rezeki terbuka seluas-luas. yang baik2 belaka utk tahun 2017.


DOAKU DI PAGI JUMAAT TERAKHIR TAHUN 2016

Ya Allah !!!
🔸MULIAkanlah saudara2ku & sahabat2 ku yang membaca doa ini 
🔸LAPANGkanlah hati mereka
🔸BAHAGIAkan keluarga saudara2 & sahabat2ku
🔸LUASkan rezeki saudara2ku & sahabat2ku seluas lautan yang engkau ciptakan  
🔸PERMUDAHkanlah segala urusannya saudara2ku & sahabat2ku
🔸KABULkanlah hajatnya
🔸JAUHkan saudara2ku & sahabat2 ku dari segala PENYAKIT , FITNAH , PERSANGKA BURUK , UMPAT KEJI dan MUSIBAH 
🔸DAN terimalah semua amal ibadahnya dan kelak tempatkanlah kasih sayang saudara2ku & sahabat2 ku didalam syurga-MU ya Allah

 آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِنْ


;-)

November 09, 2016

bila anak awak mula belajar menggunting?

Bismillah..

kami di politeknik dah masuk cuti semester.. tapi tak lama... 2 minggu je pun.. seronok ni kalau dapat balik kampung, golek2.. heheh



aktiviti menggunting bagi anak-anak

eh eh tiba gambar gunting ni kenapa?

nak jadi gunting dlm lipatan ker.. tidak2..Nauzubillah..

insyaAllah nak kongsi yang baik2 shj bg pembaca blogpost saya.

sebut pasal gunting, saya mmg akan terigt anak no 2 saya, nurin zahra iffah..waktu saya update blog ni, usia dia 3 tahun 8.. masa usia dia 2 tahun mula hntr dia ke playschool.. sbb nya pengasuh kami berenti keje..jd takda pilihan hntr dia ke playschool.. 

bulan demi bulan, byk dia belajar.. yg pada saya masa tu apa2 kemahiran atau silibus yg dia belajar tu seolah mcm awalnyaaaa di ajar pd anak2 tau... google2..baca2... 

jumpa ayat, the first few years of baby and toddler ni, otak dorang mcm span..dorang akan absorb apa2 sahaja kemahiran dan ilmu yang diajar, insyaAllah..

ok berbalik pada gunting.. melihat dia ni, mmg suka dgn gunting.. bagi la kertas apa2, sekecik2 nya dia akan guna gunting tu.. satu lg sbb terpengaruh dgn saya yg suka bermain dgn gunting2... hihi (masa ni sy mula terima upah buat busy bag)..

kawan2..tau tak ada benefit yg best saat anak2 kita belajar mengguna kan gunting..

pada saya, handling guna gunting tu sangat membantu utk anak kecil kita belajar menulis tau..

gambar2 nurin dengan menggunting











jom baca artikel di bawah.. sila klik link

manfaat belajar guna gunting 


saya screenshot mana yang baik utk mata kita baca.. hihihi


baca perenggan selanjutnya.. boleh mula saat anak mencecah 2 tahun..
see see
tak awal kan.. hihihi





lagi link bacaan utk aktiviti menggunting

kepentingan aktiviti menggunting

seronok tak?

jom mula ajar anak menggunting..

hihihi

tp mintak maaf, saya tak punya tips utk mula nak ajar anak kenal dan guna gunting.. sebab tau tau je anak pandai guna gunting... maksud sy terpotong la bahagian kertas tu..

mungkin kena google kan caranya tu..

atau first step, mesti kena bantuan ibu bapa.. atau bole mula dengan gunting kanak2 yg plastik tu..

garisan putus2 tu bole DIY saja... atau google.. taip sahaja siccors practise skill.. hihihi


ok sekian perkongsian petang ni.

terima kasih sudi singgah ke blogpost saya. TQ













November 02, 2016

Magnetic Hijaiyyah

Bismillah.

ibu2.. kawan2 yang dikasihi.. juga kepada yang scroll2..kemudian jumpa blog post saya ni.. salam kasih sayang..

terima kasih sudi baca dan jenguk post saya..

kali ni nak kongsi satu produk education yang sangat berbaloi untuk dibeli dan diguna bersama anak2.. atau anak2 didik..


magnetic hijaiyyah

Produk comel kali ni 
Magnetic Hijaiyyah
30 keping
Alif hingga Ya

dengan versi berwarna..

Boleh dilekat pada peti ais atau diguna sepanjang proses mengenal huruf2 hijayyah ni.. contoh dilekat pada magenitc white board tu.. atau diguna bersama kad imbas atau apa2 worksheet lain..

jom scroll gambar2..



tengok niii.. siapa yang beli utk anak2.. hihi

best tauuu


tengok adik comel kita ni.. suka kan bole main2 lekat2 mcm tu... aktiviti mcm ni bebas.. tiada syarat khas utk ibu2 guna dengan cara macamana skalipun tau..

terpulang..

asalkan bermanfaat bersama..



magnetic hijaiyyah

cantikkk tak?

jom la dapatkan satu set utk anak2




adik ni pulak sedang bermain sambil belajar - aktiviti matching huruf hijaiyyah.. diguna bersama2 ala2 kad imbas huruf hijayyah tu..


haaa puas hati kannnn

jom scroll gambar lagi..


khusyuk kan adik ni?




wahh tanda best lagi adik ni bagi.

mmg best pun kan?!







dah selesai scroll gambar?

berminat nak tau harga?

harga biasa magnetic hijaiyyah ni
RM65 

tetapi sekarang ni, jika berminat
boleh dapatkan harga promosi

HARGA PROMO cuma RM58

kos pos semenanjung RM7.50

kos pos sabah dan sarawak RM11.50


sila hubungi saya menerusi whatsapp

0127934510 (nur zuriani) jika berminat.


terim kasih



October 25, 2016

teaching toddler



Bismillah.. a part timer homeschooler mother here

hihihi

minat sbg homeschooler ni semakin bercambah.. tambah2 lagi..circle sy di facebook, ramai sgt ibu2 yg practise homeschool tau..

usia anak yang boleh dikatakan sgt berkembang pesat di awal usia (1 2 3 4 5 6 ) tahun begini...seronok explore kaedah utk attract minat anak belajar.. belajar apa.. semua2 lah..

sebab dalam homeschool syllibus, tak tertakluk guna buku je tau... free kurikulum..tak salah.. ajar laa anak apa2 manner pun satu silibus homeschool... skill kemahiran hidup pun..

jom tengok gambar ni..




 sumber ---> sila klik link

saya suka tengok gambar ni.. nanti nak print masuk dalam buku kurikulum homeschool.. 

jom kita go through satu2...


kita pilih gross motor dulu 

NO 1 Gross motor skill

- senang cerita kemahiran asas gross motor / motor kasar iaitu yg melibatkan pergerakan anak2..psikomotor..  
Kemahiran motor kasar adalah kebolehan yang diperlukan untuk mengawal otot-otot besar di badan kita untuk berjalan, berlari, melompat, duduk, merangkak dan aktiviti-aktiviti lain. Kemahiran motor kasar berkembang dalam tempoh yang singkat dan kebanyakkan kemahiran motor kasar ini berkembang semasa kanak-kanak.


saya suka penulisan dari link di atas.. iaitu sebagai ibu bapa, banyak aktiviti yang kita boleh buat bersama dengan anak yang melibatkan pergerakan / kemahiran motor kasar ni.. sebabnya, saya langsung tak ambil kira aspek ni secara total.. pada saya, cukup pergerakan dalam rumah.. dan petang2 waktu balik kerja tu kan.. bawak anak2 buat evening walk.. masa ni kami akan jalan sama2 dalam sekitar kawasan tempat tinggal kami.. berbasikal.. berlari2.. 
tapi...tapi... perkongsian dlm link kat atas tu banyak tau..
aktiviti utk kembangkan motor kasar ni.. dan kena paham, kemahiran motor kasar ni bermula dari baby2 lagi.... 

perasan kan perkembangan baby2,, bermula dengan hanya berbaring...kemudian mengiring... kebolehan meniarap dan selanjutnya...

saya copy sini utk bacaan dan manfaat kita.



Bagaimana Ibubapa Boleh Membantu?
bike_helmetTerdapat beberapa aktiviti yang ibubapa boleh lakukan bersama anak di rumah untuk menggalakkan kemahiran motor kasar. Antaranya seperti:
  • Bermain lompat berjengkit atau melompat tali getah. Aktiviti ini dapat membantu anak-anak untuk mengimbangi badan mereka.
  • Memukul, menangkap, menendang atau membaling bola. Aktiviti ini dapat membantu anak-anak untuk membangunkan perkembangan koordinasi tangan-mata.wheelbarrow_race
  • Melompat kanggaroo and memegang sesuatu atau mengepit bola di celah peha dan melompat ke kiri dan ke kanan, ke depan atau kebelankang untuk meningkatkan kemahiran mengimbangi badan.
  • Wheelbarrow (berjalan menggunakan tangan). Aktiviti ini sangat bagus untuk kemahiran motor kasar di samping  menggalakkan proprioception.
  • Mengayuh basikal juga boleh dijadikan salah satu aktiviti harian untuk menggalakkan koordinasi seluruh anggota badan dan juga menggimbangi badan.

nampak tak disitu... betapa ada aktiviti khas utk merangsang perkembangan kemahiran motor ni.. jd lepas ni, jom ibu2...kita buat mana yang termampu.
homeschooler kannn! heheh

saya 'park' sini link utk senarai aktiviti lain lagi untuk latihan kemahiran motor kasar utk rujukan kemudian hari

sila klik sini, TQ  <---- aktiviti="" anak..="" bersama="" boleh="" br="" buat="" byk="" dalam="" ni="" tau="" yg="">


2) Toodlerhood (1 – 3 Tahun)
toddler-soccer
Kanak-kanak toodlers biasanya sangat aktif. Bermula umur dua tahun, anak-anak akan mempelbagaikan kemahiran motor kasar mereka. Meraka akan mula berlari, menaiki tangga tanpa memegang pemegang tangga. Selain itu, meraka juga boleh untuk menendang dan membaling bola.
Pada umur tiga tahun anak-anak juga boleh berjalan dengan postur badan yang betul dan boleh berjalan tanpa melihat langkah mereka. Mereka juga boleh jalan kebelakang dan berlari dengan kawalan yang cukup, berhenti dan berlari semula ke arah yang lain. Mereka juga boleh melompat dua kaki dan berdiri menggunakan satu kaki.
Mereka juga boleh menaiki tangga dengan kaki bersilang tapi kebiasaannya untuk turun tangga masih menggunakan kedua-dua kaki di setiap langkah. Pencapaian lain ialah anak-anak sudah mula untuk mengayuh tricycle and membaling bola, walaupun mereka mempunya masalah untuk menangkap, ini kerana mereka belum dapat mengawal pergerakan tangan untuk menangkap bola tersebut.




ok jom move on to next domain

NO 2 Fine motor skill / kemahiran motor halus


part ni saya suka heheh

salah satu sebabnya, kita nak latih fokus si anak... makin improve fokus anak, makin lama dia akan mengadap suatu kerja yang bermanfaat tu..

dari blogpost --->  klik sini , <--- credit="" font="" penulis="" share="" tq="">

Apa itu kemahiran motor halus?

Kemahiran motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan penggunaan otot-otot kecil yang mengawal pergerakan tangan, jari dan ibu jari. 

Dengan berkembangnya kemahiran ini, anak-anak akan mampu melakukan tugas-tugas penting seperti menulis, makan sendiri, memasukkan butang pada baju dan membuka serta menutup zip pada pakaian. 

Kemahiran ini berkembang melalui pengalaman dan pendedahan kepada pelbagai jenis permainan, material malahan juga makanan (seperti kismis, bijirin dsb)


Kenapa kemahiran motor halus ini penting?

Tangan kecil perlu dilatih bagi membina ketangkasan dan kekuatan. Kita sebagai ibu bapa ataupun pengasuh, boleh membantu proses ini dengan menggalakkan anak-anak untuk meneroka dan berinteraksi dengan pelbagai jenis benda. 

Permainan, pengepit baju, gunting dan play dough merupakan contoh peralatan yang dapat membantu membentuk kemahiran motor halus. Malah membantu kerja-kerja didapur (yang bersesuaian dengan umur) juga merupakan cara yang baik untuk membina kemahiran ini. 

Aktiviti seperti ini serta kemahiran memanipulasi membantu menyiapkan anak-anak untukmemegang dan menggunakan pensil. Ini merupakan langkah pertama dalam mempelajari bagaimana untuk mewarna, melukis dan akhirnya menulis.


bila baca bait2 ayat di atas ttg kemahiran motor halus ni, perasan kan.. kebanyakan aktiviti yang bole kita buat bersama yang berbentuk quiet still/stand still/ duk di suatu sudut dan buat aktiviti tu... mata dan otak berkerja seiring.. heheh



NO 3 Cognitive 

selalu kannnn jumpa perkataan ni.. saya laa tu... dlm kursus yang saya ajar dlm job scope saya.. mcm tak sangka, perkembangan kognitif juga perlu diambil kira

KONSEP PERKEMBANGAN KOGNITIF


Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008), kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain.Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup bagi seseorang individu. 

tulisan dari ---> sila klik sini, tq writer  

dalam petikan gambar tu tertulis kan, kemahiran kognitif tu camana... dan aktiviti seperti counting dan tema pattern bole bantu perkembangan domain ni..saya parking sini link aktiviti utk bantu kembangkan kemahiran ini.. mcm best je semua





NO 4 - kemahiran bahasa



kemahiran berbahasa ni kan, biasa kita dengar kan.. sejak kita mula berbicara dgn baby2, tak elok kalau kita bercakap dengan gaya bahasa baby/ pelat2.. sbb tak mo anak tu jadi terikut2 kan.. agak2 setuju tak.. ihihihi terpulang pada individu...

cuma saya perhatikan baby umar.... awal dulu selain suara menangis, bila dia mula membebel / mumbling tu, nada suara, pattern suara satu je keluar.. 'aaaa' 'aaaaa' 
hanya itu sahaja,,, bila dah meningkat usia, seiring dengan meningkatnya aktiviti menggigit mainan..... sy tgk makin improve membebel dia tu tau... ayat tu, xda laa keluar aaaaaa sahaja..
dia mcm dah pandai mainkan sebutan lain jugak... 'cacacaca' ceceacacaa' 'tatetataa' dan ada satu 2 lagi.. hihihi

itu pada saya satu improve jugak...


penting jugak kemahiran bahasa / pengukuran vocab, sb kita nak measure, byk mana vocab anak kita tau supaya bole detect kalau2 anak tu ada delay speech kan.


NO 5 - kemahiran sosial / emosi 

kalau rasa lost, tgk balik atas tau...yang gambar carta tu.. heheheeh



tengok domain ni.... mcm tak sangka kan...kena amik kira jugak aspek perkembangan sosial ni.. selalunya perkara mcm ni lebih kepada pergaulan kan..
ok takpa takpa, nanti kita go through aktiviti yang sesuai..



NO 6 - kemahiran self-help / urus diri

iniiiii kan.... selalu sy duk bebel dekat anak no 1, kakak dah besar2 dah masih nak kena suruh itu, suruh ini... cth bila lepas mandi, masih tunggu umi bagi arahan utk pakai baju.. baru nak masuk bilik...



ok ok kena touch up semua tuuu... belum ada butang terlewat nak mulakan semula... kan kan



NO 7 - antara yang paling penting sebenarnya - kemahiran spiritual 

- asas2 mengaji, solat dan juga tingkahlaku positif lain... 





ok dah siap senaraikan semua.... insyaAllah...bole mula slow2 balik.......

jom sesama kita.]


tq for reading blogpost ni tau,

take care
assalamualaikum.

October 17, 2016

dilema bersalin kat mana

Bismillah..

sekali skala bila mood nak menulis tu datang... mcm laju je jari jemari...

2
3
hari ni kan... terigt satu kisah di radio.. kisah benar...dah lama pun...tp sbb terkesan kan...jd mmg akan igt slalu cerita ni..


alkisah ada sorang kakak ni..nak bersalin anak no 6..
cerita beliau... dari anak no 1 hingga no 5, semua doktor lelaki yg handle... di GH... rezeki diaa kot...
jadi anak no 6 ni... dia mntak sangat nak pengalaman dengan doktor perempuan.... jd dia xmau lagi g GH... dia sanggup gadaikan rantai tangan hadiah perkahwinan dr suami...semata2 nak g hosp swasta supaya dapat doktor perempuan... alhamdulillah Allah makbulkan....

saya pun sama tau.... ngeri kalau dengan doktor lelaki. eh salah.. bukan ngeri.... tp segan...takot... semua ada.. melainkan kalau suami saya yg handle dlm LR....


anak no 1 - nisrin zhafrah namanya

anak no 1.. pemula semua pengalaman bermakna.. sejak dia dlm perut lagi.. slow2 belajar nak masuk dunia keibubapaan....
bila tiba bab bersalin antara yg paling paling takot.... baca laaa blog atau sharing sapa2.... sakitnya bersalin... huhu masa ni kan..kalau pk takot tu mmg rasa xmo bersalin.. rasanya lah.. sbb dah nak 6 thn dah kan..

sbb bersalin mana2 pun ada risiko nya kan... tp byk baca pengalaman tak best di GH... 

mcm saya.... masa tu , kalau dah pilih GH, yg paling dekat dgn rumah mak, mestilah hosp dungun... sekangkang kera je dr rumah... tp polisi masa tu, hosp tu xnak terima kalau anak 1st... jd dorang akan hantar ke hosp kuala terengganu... haii, mak jauh radius perjalanan... jd mcm nak senang, GH kuantan.. HTAA.. tp tp.... sampai ke sudah mcm tak kuat nak ke gh... merajuk gak ngan suami.. 

sebenarnya masa ni mcm2 pertimbangan.. 

1- katala awak check in private pun... tetiba masa bersalin ada komplikasi apa2 la..cth bleeding... tak semua private ada bank darah... naya gak kan... 

2- tetiba tak leh bersalin normal... pilihan lain...c-sect.. kalau private, mesti laaaa charge nya mahal.. lebih dari bajet sediaada untk normal kan...

tapi...tapi.. dlm fikiran byk cerita tak best pasal pengalaman org di gh...


last last

decide private jugak.

area kuantan tahun 2010 tu, saya cuma familiar 3 tmpt swasta

1- muip
2-kmc
3- kpj

disbbkan sesuai dengan bajet.. kami pilih laaa muip.

pengalaman kawan2 seangkatan pada tahun 2010 tu pun sgt ok dengan muip tu...

alhamdulillah.

Allah bless.

ni cerita kelahiran nisrin

part 1 nisrin

part 2 nisrin 


alhamdulillah.. dari awal prosedur hingga akhir...mmg dpt doktor perempuan..staff nurse..midwife... 


nisrin zhafrah 
31 disember 2010
10.37 malam.


anak no 2 - nurin zahra iffah namanya


tahun 2013. masa ni kan, kami dah berpindah dari kuantan ke kota kinabalu sabah.

masa ni lagiiiii laaa dalam dilema. 

bukan hosp lagi nak decide.. negeri mana.

sabah ke
terengganu ke
pahang ke

lagi haru.

kalau pahang terengganu tu ok laa sbb berjiran je dlm peta. tapi... Allah bg bisikan kot masa tu... heheheh

pilih hosp sama lagi... muip tu...

sekali rasa perkhidmatan baik...selesa... pilih tempat tu lagi...

tp sbb kami dr sabah, masa tu mmg cuti awal lah... berkampung dulu kat dungun...

dungun - kuantan 2 jam lebih... hari appointment check up utk booking muip tu mmg tanya detail dengan doc, situasi macamana saya ni utk bertolak dr dungun... selamat tak utk baby dan sebagainya...

hari pendaftaran tu jugak, terus jumpa doc yg kita pilih tu.. saya pilih Doc Ayu... heheh sgt best doc ni tauuuu

birth story, klik link bawah

nurin dibersalinkan

nurin zahra iffah
20 januari 2013
9.30 malam


anak no 3 - umar muslim namanya

tahun 2016.

dah ada 2 pengalaman dengan hosp sama.... kami pilih hosp ni lagi...
3
3
anak ic pahang...

huhu

alhamdulillah, saya masih book doc Ayu lg... relaks..easy going.. simple..

Allah mudahkan semuanya..

birth story , klik link bawah

lahirnya umar 





wesite hospital --->  http://prkmuip.com/


perkhidmatan di prk muip pahang


sekian


October 05, 2016

bila.... satu throwback

Bismillah..


just a few weeks before minggu peperiksaan semester JUN 2016.


hehe


take break sekejap.


nak recall.. bila saya mula berblog?



dulu2 kan.. ada satu website.. namanya friendster... i started to write line by line, story by story bermula di sana... then suddenly, ada kawan cadangkan berblog..


jd blog ini laa hasilnya..



special post kali ni sbb post ke 501 saya tau.. apaa laa dik uamr ni.. umi posing comey dah...dia pulak duk menguap.. heheh


mcm nak re-bekenalan balik.


heheh


~i am nur zuriani
~mommy to 3 kids
~full time teacher at polytechnic, currently is at politeknik kota kinabalu
~part-time selling educational toys, books, busy bag
~love homeschool / kids activities

tq 



September 15, 2016

monolog



Bismillah..



satu keluhan kecil keluar jugak.

dah lama tak betul2 menulis di sini.. padahal satu milik yang berharga tau blog ni.. dah bertahun parking mcm2 cerita, dari bujang, sehinggalah anak 3.. dari bumi kuantan..sehingga la ke kota kinabalu.. counting.

kdg2 hati ni nak sgt menulis.. mcm diari.. tp biarlah, simpan di hati,.. lepas tu terus lupa.

kesian.

hihihi


namun terima kasih sgt2 buat yg sentiasa terjah blog hingusan sy ni.. hari2 ada yang view.

sept 2016.

ada berbaki beberapa bulan lagi untuk capai target, capai azam tahunan, capai misi dan visi tahunan.

doa saya utk kalian semua, mudah2an dilancarkan urusan.



gambar masa balik bulan puasa tahun ni.. femili kecik saya..




tahun ni meriah anugerah Allah.. salah satunya 

sebab adanya anak kecik comel nama Umar Muslim


ooo gini rupanya ada baby lelaki..

hihihi




tambah seronok diserikan dengan 2 orang kakak2 yg sedang dalam proses membesar ni..


kadang2 datang sgt dlm fikiran ni...nk resign keje sekarang.. nak cari kerja yg mmg hanya boleh tgk dorang be3 jer.. terbayang, ada kedai sendiri...butik sendiri... port sendiri... yang ada bilik istimewa utk layan dorang..dan ada bahagian utk letak produk jualan.. minat saya mmg kepada brg2 homeschool.. edu toys... busy bag..

contoh jadual kerja..pagi2 siapkan keje umah.. sidai baju.. iron baju.. light breakfast... kemudian hntr yg sulung pi preschool.. kalau sempat siapkan anak yg tgh dan anak no 3.. suap makan, kemudian berangkat laa ke kedai... memohon rezeki dr Allah agar laku keras produk jualan..

sepanjang di kedai... membayangkan.. potential buyer boleh dtg sit & play... like playroom boleh... library boleh... make it as your home pun boleh... selesa.. comfy... menyelerakan.. heheheh

saya bole layan customer..dan dlm masa yg sama..layan anak2.. heheh tp mmg kena ada pengasuh skali lah.. dan assisntant kedai..


tghari keluar amik anak..lunch..ikut la yg kecik nak tdo ke apa ke.. settle keje tghari..ptg mengadap kedai balik.. hehehe


haaa gitu imaginasi saya.


heheh 

tp xtau bila bole terlaksana. 

sbb tak usaha pun. heheh


tp andaikata terlaksana..best kan... u will give ur best tau...

ok dah zuriani. kembali ke bumi nyata.

sekian. 





August 09, 2016

Busy Bag utk anak2 versi saya

Bismillah..

bersua lagi...

tahun 2016 ni kan...paling kurang maju la blog post ni.. separuh dari thn lepas.. maaf utk yang menanti2... kalau ada lah..

mau sharing satu lg passionate saya.


saya ada terima upah utk printing serta laminate bahan untuk busy bag.




untuk detail, meh laa whatsapp saya tauu

upahnya cuma RM25 SAHAJA.

0127934510


Jom kenali Essential Oil dan Cara guna

Bismillah.

Assalamualaikum semua mata2 yang sedang mengadap blogpost ni.


kali ni ada sikit lg sharing. 

jom ikuti.

Baru dengan essential oil / minyak pati / minyak aromateraphy ?

saya pun baru jugak.

guna hanya satu jenis sejak setahun yg lepas (2015) dan tahun ni baru serius nak explore banyak lagi khazanah dalam essential oil ni.

setahu saya, kalau google, memang mcm2 jenis dan brand pilihan. dengan pelbagai harga.

yang saya familiar - Young Living, Dottera dan sutra.  tp skarang mmg setia dengan young living. insyaAllah will suits  you jugak.

pertamanya, let us refresh.

apa itu essential oil ni.

ia cuma sekadar minyak yang di ambil dari tumbuhan2..  
dah nama tumbuhan, insyaAllah selamat utk badan kita..

*sekadar minyak, tp please stay tune and google for more benefit*





 macam young living ni...dorang ada ladang sendiri...kilang sendiri utk proses semua semua eo tu.. nti kita dah master cara penghasilan...kita share lagi ya..


ini bezanya tau...antara essential oil dengan ubat komersial.. cuma jgn laa terus ban ubat2... nti cakap kita provoke bukan2 pulak.. sekadar sharing, selain jaga makan, amik supplement yg natural dan selamat, amalkan essential oil, siapa tau kita boleh sihat sebenar sihat.. 



sila la baca lagi.. 


seterusnya sharing cara guna.




1- DIFFUSE



selalu kan bila kita g mall ada booth jual diffuser kan..alaa yang keluar wap panas/ asap2 tu kan... ada sesetgh mcm humidifier kan..

young living pun ada diffuser sendiri.. kita tampal sini gmbar utk beberapa jenis diffuser

 perbandingan antara setiap diffuser.




jenis dewdrop ni paling basic kita rekemen lah.. senang handle..ringan.. best tau..

kalau beli yang ni, young living ada bg 2 eo free lagi..



2- BUH ATAS TAPAK TANGAN & RAUP KAT MUKA

ini pun cara basic... boleh guna mana2 eo yg khas utk muka ke.. atau yg mana2 eo yg kita suka.. contoh EO Joy ke.. tak perlu bnyk tau.. cukup 1 2 titik..

boleh juga guna pada point2 badan yang lain.. di tapak kaki..spine.. wrist..dan jngan lupa ukt inhale tau..
selain tu, katala bila sakit kepala...eo ni boleh juga direct apply di kawasan kepala..rambut..

katala kalau anak naik2 ruam2..pun sama..bole sapu dengan area tersebut.. cuma bila guna utk anak2 kecik, ada peraturan tambahan..kita share di hujung blog ya..




3- BATH TIME

boleh letak dalam air mandian...atau buat mcm dalam suggestion gambar tu..



4 - TAMBAH DALAM AIR UTK SPRAY

kalau kita letak eo dlm air utk diffuse mmg utk pengudaraan dalam rumah dan untuk inhale lah... selain tu boleh guna letak dalam air dan spray..

tp bole gak beli thieves spray terus kalau niat mmg nak spray tmpt2 yg kita rasa banyak germ, cth mangkuk tandas ke..area bakul sampah ke..


5 - SAPUAN UTK WAKTU TIDUR

ada eo yang mmg boleh induce perasaan ngantuk...paling senang lavender..ada sesetgh testimoni share sangat membantu bila disapu sekitar tempat tdo tu


seterusnya...
nak share...cara guna eo utk anak2 kecik... 

ada sesetengah eo ni boleh timbulkan rasa panas.. cth peppermint..thieves..pan away.. walaupun ia selamat, tp nak bg keselesaan, kita kena dilute eo tu.. maksudnya sblm sapu direct pd kulit, kena tambah kan eo tu dalam minyak pembawa / carrier oil dan baru boleh apply pada kulit.. selain utk anak, cara ini juga utk kulit mereka yg sensitif..

meh baca cara dilute pulak ye..



  ini barisan carriel oil yang boleh kita guna utk dilute eo kita tu..

saya guna olive oil - pevoo..
tak ubah bau pun..

kadang2 masuk vco..

tp the best is v-6 oil dari young living tu lah



ini saya copy dari leader saya..simpan di blog utk tatapan saya jugak

Understanding the Dilution of Essential Oils

Ramai org tanya..what is dilute?  Why do we need to dilute EO ni? Kenapa ada eo yg tak boleh pakai direct? Bagaimana kita nak tahu sukatan dilute yang sesuai? Pastu  dilute dengan apa pula?  

Firstly, i am only talking about YLEO...  YLEO ni 100% pure extract tumbuhan ..very potent and concentrated..therefore some can be very strong and hot contoh mcm Peppermint tu.. Some people kulit sensitif, especially babies so it is best utk kita dilutekan dulu baru apply eo. Kalau masa kita apply EO tanpa dilute then katakanlah tiba2 kulit jadi merenyam and merah, jangan panik, just topup ja dengan minyak carrier oil ni..and please JANGAN basuh dengan air sekiranya anda terkena eo pedas di kawasan sensitif..segeralah lumur dengan minyak carrier ...

Sebenarnya, Nak dilute kita boleh guna apa2 jenis minyak tumbuhan pun seperti minyak kelapa (vco), minyak almond , minyak zaitun ( evoo, pevoo, poevoo) hatta minyak masak cap Buruh sekalipun tak kisah..but my personal preference and yang disyorkan bagi yleo adalah menggunakan Enhanced Vegetable Oil Complex, V6 oil keluaran Young Living , ini kerana di dalam tu terdapat 6 jenis tumbuhan. Sangat best sebab tiada bau yang kuat seperti minyak carrier lain.. so kalau campur V6 dgn EO dia takkan effect bau EO yg dah semulajadi wangi tu 😍 ..also sebab bila kita guna V6 ..dia tak melekit mcm minyak lain .. sapuannya agak nipis, mudah meresap ke kulit dan cepat kering.. kalau nak buat DIY serum pun sangat reccomended guna v6 ni..


So apa kandungan V6 ni? 
V6 oil contains:
- grape seed oil
- almond oil
- olive oil
- sesame seed oil
- sunflower oil
- wheat germ oil 


Sebenarnya, tiada kiraan yang tepat untuk dilute eo sebenarnya..
sekiranya nak apply eo kepada baby memang perlu heavy dilution berbanding anak yang sudah besar sedikit... ini kerana kulit bayi masih lembut, nipis dan sensitif... berbanding kulit orang dewasa yang agak tebal...


Apakah contoh hot oils? Antara yang common ialah peppermint, oregano, thieves, rc, lemongrass dan beberapa lagi.. 

Reaksi yang ditunjukkan bagi ..perlu  ibu tahu jenis kulit anak anda macam mana kan... jenis tahan atau tidak... 

Sebenarnya...vegetable oil V6 ni juga fungsi nya sebagai massage oil... yalah..takkan kita nak urut satu badan dengan satu botol eo ( either pedas or EO cepat habis 😂😂😂).. so ianya bertindak sebagai pencair eo...

Nota tambahan..

For direct application blend 1 drop essential oil in 1–8 teaspoons V-6. For topical applications, apply 15–30 drops of essential oils to 1/8–1/4 cup V-6. Stronger oils (e.g., Cinnamon, Clove, Oregano) require more dilution than gentler oils.