(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

February 25, 2015

kisah adik nurin zahra

Bismillah.. 

lamanya saya tinggalkan blog bucuk2 sayang saya ni.. adui.. mintak maaf bagi yang menunggu coretan saya. hahaa ayat tak bole blah kan.. mcm la hado peminat.

btw. ada sikit cerita. luahan. moga pergi segala kesedihan saya.

sila baca. sila kongsi dgn saya. kalau sudi. huhu

bulan januari 2015 - pembantu rumah saya aka pengasuh anak mohon cuti selama sebulan. mahu pulang ke indonesia atas urusan keluarga. jadi, apabila sebut negara jiran, cuti yg diperlukan bukan skjp. katanya sebulan. 30 hari. 

asalnya sbb ibu nya sakit, perlu diziarahi. sementelah 2 tahun lebih bekerja dgn kami mmg tidak pernah cuti lama pun dia.

pencarian pembantu sementara mmg saya buat sejak akhir disember. tp mmg tak jumpa.

13 januari. pilihan yg ada, saya letak adik nurin di rumah kawan satu pejabat. tumpang maid dia. 

sayuuuu sgt hati. pertama kali dalam tempoh 2 tahun. xtau betul atau tidak. tak tau saya ni ibu yg kurang berhati perut atau apa... diringkaskan penderitaan tu.. adik nurin mcm mogok makan.....

itupun sbnrnya tghari saya amik dia..bawa balik..siapkan dia.. kemudian ptg jam 2.30 saya hntr balik ke rumah kawan bersama nisrin. hampir 5 hari di sana. kemudian, minggu berikutnya jumpa pembantu. makcik silma. tp berterusan adik nurin tolak makan di siang hari. risau. sbb dia mmg jenis pemakan..

sehingga la.. makcik silma ni pun ada kecemasan balik semporna. diganti dgn anaknya yg super duper pendiam. nurin menangis call saya, xnak mandi call saya. serabut. 

then, mntk berenti anak makcik silma tu dgn alasan nenek nya yg sakit tu sudah kritikal.
keserabutan detail tu sbnrnya tak cerita abis - dgn mntk balik awal.. dengan hasil kerja yang tak buat hati ni sejuk..

adui..

pilihan yg ada jaga sendiri je la.. bergilir2 kami suami isteri. time saya ada kelas, suami jaga. dan sebaliknya. kalau larat, bawa pi pejabat. 

mogok makan tu masih bersisa.

akhirnya..

dari yang ceria...

menjadi kuyu gitu..


mlm fullmoon, 3 minggu lepas, pakat demam. pakej batuk yang plg menguji, tak boleh tidur. demam biasa tu kebah 2 hari.

tp tak abis takat tu utk adik nurin.

10 feb - demam bermula. tp tak tinggi, cuma batuk dia teruk. ke klinik utk amik ubat buang kahak.

11 feb - demam clear. sy buat teknik steam-percussion utk bantu buang kahak. tetiba malam tu naik suhu dia.

12 feb - hari ke3, masih demam. tp beharap sgt cepat clear.

13 feb - sehingga tghari masih panas.. bawak ke klinik.. check by doc, rupanya ada tonsil. dpt antibiotik. utk 3 hari. sekali sehari. antibiotik kuat ni kalau sehari sekali..

14 feb - hari ke5. masih demam. risau. gmbar kat atau diambil pada hari ke5 dia demam. sabtu.

15 feb - hari terakhir antibiotik. tp tak surut juga demamnya..... mlm tu sbb tak da tanda nk turun suhu, kami decide buat blood test. kami ke hosp ibu dan anak, hosp likas. bahagian kecemasan sbb hari ahad. sementara tunggu rawatan..sbb suhu naik... diberi ubat bontot tu sbb takut suhu lg naik.. bila dah smpi giliran jumpa doc, mmg kena blood test. detik yg sy tak sanggup nak tgk. kena cucuk jarum di bhgn tangan tu... menjerit2 adik nurin.... sy pernah lalui proses nak mauk air, sakit tau kalau kena cucuk situ berbanding amik darah di lengan.. lepas tu bole nurse mntak jarum tu lekat di situ selama 2 jam. alasannya andaikata ujian tu bermasalah, kena cucuk lg... aduiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

saya mmg mntak buang.. tak sanggup.. 2 jam juga tunggu di kafe hosp likas sementara result nak keluar, waktu tu mmg tabah sungguh adik nurin. walau dia mmg nampak penat, gagahkan diri sgt, lalu la juga makan baulu seketul. 

result keluar. doc ckp... ada jangkitan kuman. target area kawasan saluran pernafasan/trakea/saluran makan tu. tapi..

disuruh kami pulang sbb hari sebelum tu masih lg on antibiotik. jd kata doc antibiotik masih bekerja. kalau esoknya demam lg...datang lagi.

siksa. sbb rasa mcm xdpt rawatan yang betul lagi. mlm tu mmg sy tak tidur. sbb badan nurin mmg panas. tp sbb di hosp dah bg ubat bontot, xkan nak bg lagi ubat demam kan.

sedih,

sedih.

sgt sedih.

sedih sbb kena igt balik saat tu.

takut suhu dia naik tetiba tinggi.



16 feb - genap seminggu... demam. Allah... ptg.. ke klinik lg. dptkan opinion doc lg.. ubat bontot lg sbb suhu dia 39 degree.. dugaan apakah...

11.30mlm. nurin terjaga dr tidur. sebut abi abi.. terus call en suami yg masa tu di pjbt. dia balik rumah terkejut dgn suhu nurin yg sgt tinggi. sy blurr. sbb masa dgn sy tu tak panas sgt2.

suami ckp jom la kita ke kpj sabah, kita cuba swasta pulak. sbb adik nurin mmg ada medical card.

masuk bilik doc 11.50 malam....

mmg detail kami cerita... doc pun cerita detail. penat nak taip sini. kena blood test lg sbb kami xda bawak salinan apa2 dr likas kan..

adui.. seksa lagi...

xmo igt bab cucuk darah. ALLAH menduga hambaNya yg kuat kan. 40 minit kot proses. 2 kali cucuk sbb x cukup darah. mujur sy tak menangis. bergenang sikit je air mata. susahnya proses ni...

sebelum rawatan ni, lagi sekali dos ubat masuk bontot. sbb suhu nurin 40 degree.

tau x, sepjg perjalanan dr poli ke hosp, sy mcm dah terbyg yg bukan2.. smpt lg ke bermanja dgn nurin... bole balik rumah lg ke dia..

doa bg balik..sbb suhu dah turun. pg nti hosp call. smpi rumah mmg saya flat..... henpon yg patutnya saya alert...ntah duk mana2..

 
17 feb,
bgn subuh...baru terkial2 cari hp... suhu nurin makin naik pulak..

4 kali missed call dr hosp. dgr voice call...

doc ckp, denggi clear, malaria clear... tp jangkitan kuman SANGAT TINGGI. cepat dtg hosp. kena admit.

pasrah. kejut suami. dpt call lg dr hosp. suruh bg ubat lg kalau suhu naik. 

siap2..jam 9 smpi di kecemasan kpj sabah. staff kecemasan bg salinan keputusan ujian darah. nak tampal kat blog...tp suami yg pegang...

dari situ boleh baca bacaan sel darah putih nurin. 

paras normal septtnya tak smpi 8.

tapi adik nurin

38

adui.. pttla demam panas. kuatnya badan dia melawan kuman..

kami ke bhgn paed.

dpt penjelasan detail.. mmg memula igt kena warded.. tp
ada pilihan nak rawat.. doc bg balik.. dgn syarat ubat antibiotik tu kena masuk ikut sukatan...xmo muntah2..

balik rumah tghari tu, terus bg.. ptg tu mmg demam lagi. doc sendiri estimate akan naik suhu sbb amik masa juga antibiotik tu nak bekerja... tp miracle, mlm tu jugak selera makan adik nurin pulih.. setelah 7 hari xmakan... hari ke 8 tu sgt selera...

saya menangis sambil suap dia makan nasi.... ini kot yg org ckp pahit akan manis akhirnya...

syukur..
syukur..

terima kasih Allah..


gambar dr fb. terima kasih tidak terhingga atas doa dari keluarga dan teman2 di fb..
hanya ALLAH yang boleh balas..


 



 hari ke-10. alhamdulillah..

semalam, genap 14 hari. 

saya tak punya ayat utk kesimpulan yang paling baik.

bersyukur saat diuji.

moga ada hikmahnya atas semua ini.

dan berharap, minggu depan kembali la pengasuh kami tu,

dan hingga jumpa lagi..

assalamualaikum.. 

February 10, 2015

welcome feb 2015


Selamat datang feb 2015

rindunya nak update blog. taip taip.

tp x sempat.

jadi make it short.

sudah februari kan.

bagaimana ye agaknya usaha2 utk capai azam tahunan bg thn 2015?

hehe

friendly reminder.

bulan berapa nak capai tu???

ok keep it uP!!!

:)




latest of my nurin zahra iffah. belum ada tanda mau wean-off...
huhu camana yer??

sengaja umi calit madu, sbb tau dia susah nak mamam madu... tp selamba je pulak boleh go on.. heheh