(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

December 25, 2010

lionel messi dtg umah

hehe
tipu je..

mana ada messi dtg umah i..dtg malaysia pun xde kan skang..

itu perumpaan yg si kecik fikri bg, bila sy bgtau my mum yg ari ni n ari2 mendatang akan ada misi (nurse) dtg check saya kat umah, di sbb kan saya dah terlebih due..

memula, masa fikri call tu, xfaham jugak, bila dia tanya lionel messi (ntah betul ke tak eja nama) dah dtg belum?..
haah? messi?
lambat pick-up plak dah.. oooo rupanya, lawak antarabangsa yg budak kecik ni cuba wat...
messi rupanya misi.. huhuhu

:)

itulah si fikri, ade je idea nak kena kan org.

ada sekali tu..
i call ke umah..

me: hello. boleh ckp ngan fikiryah? (fikiriyah nama manja fikri, haha)
masa tu yg angkat mmg konferm si fikri. hehe
fikri: ada..kejap arrr... (pastu dgr laa, si fikri panggey, maa kak no nak cakap)
me: (dalam hati, alahaiiii budak ni, org nak kenakan dia)
my mum: hello.. ha bakpe?
me: org tepon nak ckp ngan fikri, dia g panggil ma..
my mum: ma baru sudah smayang, cpt2 tanggal telekung dgr awak nak cakap... ishh budak kecik ni..
me: tu laah, ma ketuk sket kepala fikri..

fikri mesti tergelak terkekeh2 dpt kenakan dua org skali.. si kakak n si mak nye..

:)

yapp.. ari ni misi dtg umah i..wat regular check up mcm kat klinik..
check urine, check bp, check perut, dgr denyutan jantung baby..
esok dan smpi la 6 hari (kalau baby tak kuar jugak) mmg misi akan dtg la..

saya redha..
yg penting, carta gerakan baby mmg kena alert..

sekian..coretan dr bakal ibu..

December 24, 2010

dear baby




assalamualaikum...

dear baby;
baby tau tak..hari ni hari due baby, yg mana sepatutnya baby kuar.. nervous jugak umi, abi dan keseluruhan yg kenal umi, menunggu adakah hari ni baby nak kuar. baby tau x, smalam, 23hb, mmg umi rasa sakit lebih sikit dr hari sblum ni.. baby tau ke sakit camana? sbnrnya umi pun xtau tu ke rasa kontraksi, atau tu sakit main2 ke.. perut umi mmg rasa memulas je..rasa mcm nak period.. sakit belakang, bawah belakang, rasa nak cramp..sume ada lah.. boleh kata spjg ari kat opis umi melalui sakit tu.. tp umi 'enjoy' je, tandanya badan umi sdg cooperate dgn signal baby la kot. umi guna ayat sendiri tu. xtau la betul ke tidak.

di sbb ramai yg tau due baby septtnya 24hb kan, dr mlm td lagi ada yg dah tanya umi dah bersalin ke belum.. ada yg call tanya kat abi..dah jd daddy ke belum.. hehe tu la penangan baby..baby tau ke tak ni??

mlm td, pas buat aktiviti gerak2 dalam umah, umi dah tak rasa sakit, lena jugak umi tido smpi pg. sama mcm baby la kot.. tidooo..

umi ada check-up hari ni kat poliklinik. umi cuti lagi ari ni, sbb nak get ready kalau2 umi kena g refer kat hosp.. check-up mcm biasa.
check urine, check berat, check tekanan darah, check perut, dengar denyutan jantung baby, jumpa doc, scan, check air ketuban. air ketuban umi td 14.3, doktor ckp byk lagi..

so, tahniah la kat baby sbb xde kena paksa g hosp lagi ari nih. hehe
baby diberi peluang lagi duk dalam perut umi dgn selesa selama seminggu, yg mana tarikh 31hb tarikh last umi kena g hosp. 31hb ek? ke baby nak 1jan ni?

umi pun xtau baby nak kuar bile..umi tunggu je baby arrived safely.. ye sayang.. :)

dear baby;
umi nak baby tau, dalam saat umi tunggu baby kuar ni kan.. umi dapat salah satu lagi wish-list umi..nak sambung belajar master eng.. patutnya bulan 6 lagi bukak kelas, masa tu baby kecik lagi dalam rahim umi ni..
tp sbb tak cukup kuota, baru dibukak skang..
tp, sbb umi tgh tunggu baby kuar, umi tak tau apa keputusan terbaik utk kita?
boleh tak baby bg sign kat umi yg mana terbaik? heheh
:)
baby tau kan, umi mintak belajar secara pesisir aje, pusat pembelajaran nya adalah tmpt umi keja skang. kat dalam polisas ni aje. umi sayang nak tolak.

td kalau baby dgr suara umi, umi ada call pihak uthm tanya keadaan umi ni. umi diberi kemudahan utk tangguh selama dua bulan. buat surat, nyatakan sbb penangguhan, pihak sana boleh bgtau fakulti yg umi boleh mula lewat kuliah. nanti follow kawan2 yg lain.. kalau tangguh sem pulak, pihak uthm ckp, tak boleh janji lepas ni akan ada intake atau tak...

pastu umi tanya la nenek baby, baby tau tak.. nenek baby nak sgt umi sambung.. sbb peluang dan kemudahan depan mata. kelas dalam area umi tinggal ni aje. tp bila pk baby sape nak jaga weekend tu, blur jugak umi.. nenek ckp hntr dekat org jaga (taska) aje.. hehe sbnrnya, umi n daddy baby tak book lagi sapa nak jaga baby pas dua bulan nanti..
camana ye baby? daddy baby kena ngajar kss hari ahad petang sampai la bulan april..

dear baby;
sungguh baby, sampai skang, umi rasa blur..
duk terfikir..bila baby nak kuar... dalam masa yg sama, fikir nak sambung belajar ke tak..
boleh tak umi nak g jalan2 jauh sket..nak tenang kan fikiran. hehehe baby bg tak umi g jalan2 weekend ni? ke baby dah nak kuar?
suprise sungguh umi rasa! heheheh

December 23, 2010

xtau lah

salam.. entering the 40th weeks of pregnancy. hope this is the last week of being pregnant lady.. hehe

kalau ikut ticker tu, due date saya mcm lagi seminggu kan, terlebih suda sampai 41 minggu. itu sbb saya ikut tarikh scan masa awal2 dulu.
tp due sepatutnya ESOK!
mcm2 perasaan !!

doakan kami yek!

nak ambik peluang, wish a big congrats dekat kawan2 seangkatan (opismate) akan mendaftarkan diri sebgai pelajar SARJANA KEJURUTERAAN ELEKTRIK di UTHM 27 dis nih.. which is, NUR ZURIANI adalah seorg calon pelajar... dah terbayang2 kembali bergelar sbg seorg pelajar.. :)
alhamdulillah......

tp dgn keadaan saya skang, saya xtau, sambung belajar atau tangguh atau tarik diri, yg mana terbaik.. senin ni sepatutnya lapor diri.. tp surat jawapan belum reply...
hishh dont know lahhh

December 19, 2010

minggu ke 39

salam sejahtera..

umi, abi n baby skang sedang melalui minggu ke-39++ ... mmg menunggu masa, anytime je org ckp..


sana sini kat opis dok tanya..
- bila nak masuk hosp nih..
- bila nak bersalin ni..
malah ada yg igt aku dah cuti bersalin pun.. heheh


sebenarnya plan awal2 dulu nak bersalin kat dungun, tp atas sbb tertentu kita switch la, bersalin aje di kuantan nih...
so, dgn sbb itulah, i masih lagi bekerja, sambil dlm kepala ni duk tertanya bila2 la akan tiba saat tu...


dua hari ni, mak mertua dtg dr kelantan.. sbb nak tunggu aku sampai bersalin nanti.. xtau nak ungkap kan kata2 apa, atas kesanggupan mak mertua dtg jauh2 tinggalkan ayah mertua kat kelantan..dengan keadaan xberapa nak larat kan..
 kebetulan pulak, parents aku sendiri outstation mulai 19dis, 22dis nanti baru balik dungun... emm, abah ada meeting, n my mum, adik2 ambik peluang la makan angin.. :) kat bukit merah lake town resort tu..
kalau ikutkan hati, mmg nak ikutttttt! tp budak kecik tu suka takutkan kakak dia nih, duk ckp nanti terberanak dalam keta..
heh


sbb tu awal2 dah doa, mintak.. baby kuar pas atuk ngan nenek balik dr outstation yer.. tp kalau baby nak kuar lagi awal pun umi redha je.. :)

meh snap sket:
*ant tanda2 awal bersalin.. sumber: ratuhati.com & kwn2 nye blog



Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit belakang

* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"

Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.

- dr pengalaman kawan2, n masa last check up ari tu, nurse mmg ckp baby dah 'turun'.. n my biras bgtau tips nak tau baby turun ke belum tu,cuba letak tapak tangan kat bahagian atas perut tu.. kalau tapak tangan tu ngam aje kat situ, haa dah xlama la tu...
-kerap buang air n so on tu, mmg dah selalu encounter dr bulan ke 7 8 mcm tu lagi..
- yang lain2?? xtau laa, mungkin akan menyusul bila tiba waktunya..hanya Allah je Maha Mengetahui..

check-up 15hb dis ari tu..
ini regular check-up mingguan di klinik ke

urine test:normal null of sugar n albumin
bp:100/70
hb: xbuat
berat: 59kg (mark as red colour ok) hehe setiap minggu pasti naik...
jantung baby: 149
pastu tanya jugak nurse ttg sakit kontraksi tu..
tp mcm biasa, aku mcm blur je kalau ckp psl kontraksi ni. xleh nak citer smula kalau org tanya.
nurse pesan teruskan buat carta pegerakan baby.
next check-up adalah hari due nanti. akan scan skali. kalau air ketuban cukup, aku n baby akan di beri seminggu masa percuma lagi. kalau air ketuban xcukup, kena refer hosp, atau dgn kata lain kena bersalin lah. 
heh

17hb, g check-up kat private, kat al-farabi.
dengan doktor, yg peramah.
kat sini, mcm2 jugak la aku tanya.. tp sbb dah citer sume kat en suami n my mum, aku sendiri jd tak igt satu persatu duduk perkara.

-doc ckp hari due tu g ckeck up mcm biasa kat kk..pastu tgk camana.. kalau air cukup, boleh lagi teruskan, tp maksimum seminggu. tp ada risiko kena induced la..

-induced pulak doc ckp paling maksimum boleh diberi hanya 3 kali. 1 kali diberi, diaorg akan tunggu 6jam (lupa samaada 3 atau 6jam), utk tgk jalan akan bukak tak.. kalau lepas 3 kali x bukak abis jalan, last choice, operate lah yer.. 

-n ini bergantung kepada individu..

-tanya jugak ttg kontraksi.. doc ckp kalau time perut mengeras tu, pegang perut dan cpt2 tgk jam. tgk masa baper lama berlaku. tp ini ttp aku xsure. heh

-tanda2 lain, kuar darah cmpur lendir. doc ckp kalau darah saje mmg emergency, sbb tu tandanya uri dah tercabut dr rahim. baby dpt supplu oksigen dr uri kan..so kalau uri tercabut awal, efek dia kat baby la kan.. lendir tu lak, mcm hingus2 doc ckp..

-bab air ketuban lak.. aku ckp masa last check-up 30nov, air tu 17. pastu dok terkejut. mcm banyak je..sbb bila banyak, doc akan suspek baby xmampu telan air.. kalau sikit lak pun bahaya jugak. so in case kalau rasa banyak je air kuar, cpt2 g hosp.

- pastu doc pesan, teruskan buat carta pergerakan tu. ibu ni boleh rasa mcmana baby dia, aktif ke tak..hanya ibu je yg tau.

- sesi scan lak.. lama kali nih.. satu2 doc tunjuk.. nampak tulang belakang baby, nampak kepala baby, muka baby, perut baby, jantung baby, tulang paha dia.. siap doc ckp, nape muka baby boleh masam jee ari tu.. hehe (mana tak nya, kul 8.15am g, kul 11 baru boleh masuk jumpa doc, emosi ibu mempengaruhi baby..) 
-dipendekkan citer, air ketuban dah drop dr 17 ke 12.9. doc ckp xleh kurang 7 8 mcm tu.. tulang baby suma ok. yg kelakar, doc ckp, perut i kecik je, tp baby i nampak chubby. huhuhu berat baby 3.07kg..

pape pun sehingga saat ni, tawakkal je..mmg saya tak kan tau rezeki saya camana nanti..
bila, bagaimana, di mana.. 
moga Allah mudahkan urusan saya yg ini.. amin...

December 17, 2010

mengisi masa

assalamualaikum semua..


i masih dalam mode menghitung hari..
when..when..when.. 
bila..bila..bila..


baby nak kuar ni?
heh


tp selagi belum hari due, kita bersabar dan bertawakkal je lah.
due pun xlama lagi..just in week..


doakan kami ye semua..


meh layan citer lain lahh.. 
:)


1-citer wish besday.
kalau igt lagi citer pasal besday i yg baru berlalu tu..yg mana i mmg ternanti2 wish dr en suami kan.. jwbnya mmg sampai ke malam nak masuk 9 dec, xde pun kuar ayat happy besday utk i dr en suami.. terasa jugak hati i tau...
tp sblum 9 dec menjengah, en suami tanya 'zu ada facebook kan?'.. ahaa i baru terigt, i mmg dah lama xlog in fb tu, sbb tak reti sgt guna.. pastu terus i kondem en suami, asal lahh pegi wish dlm fb, tmpt yg susah i nak bukak..saje jeeee.. 
after dua tiga ari mcm tu baru la i bukak fb tu, cari wish dia.
rupanya dalam inbox.
ni haaa, msg yg penuh bermakna ituu...
assalammualaikum....sempena hari yang penuh bermakna ni...abg nak ucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran yang ke 28...semoga Allah terus memberkati dan menyayangi isteri abg sorg ni, tak lupa juga teruskan usaha untuk mengekalkan kejayaan dan kegemilangan yang sedia bagi mencapai kejayaan yang lebih bermakna lagi di dunia dan yang penting sekali di AKHIRAT kelak....abg sayang awak! wassalam


wish en suami tu mmg buat bergenang jugak air mata ni haa.. syahduuu..
n terkini, 15hb dec ari tu, en suami tanya lagi. dah baca ke belum wish dia...
i jwb belum. saje nak wat dia sedih.
padahal saje tanak tunjuk rasa syahdu i. heheh


eh sejak beli ber-i i nih? heheh


2-citer 'easy'
al kisah, selalunya mmg kalau dpt tiap2 hari tepon mak..mintak sgt doa my mum secara tak langsung, moga mudah laa sy nak melahirkan nanti.. doa ibu berkat kan..mintak la melahirkan secara normal. jgn ada komplikasi, risiko atau pun ikut tingkap...
tersebut la satu malam tu, mcm biasa.. ayat saya pada my mum, mintak2 normal ye ma..
pastu..terdgr suara budak kecik duk bebel sblh my mum.. yg sy boleh tangkap ada perkataan easy.. suara sape lagi, si adik bongsu yg mmg suke bercakap tu laa..
sy tanya la kat my mum, amenda fikri duk bebel2 tu, ke tanya dia..
my mum: amenda adik ckp..kakno tanya
fikri: adik ckp, org nak easy laa..
my mum (talk to me): fikri ckp org nak easy laa..
me: ke ma tanya dia smula, amenda maksud dia..
my mum: amenda maksudnya dik, kak no tanya..
fikri (tanpa ragu2 berkata): yer laa..org nak easyy (senang) bukan normal atau pun hard.. mcm kita main game tuu, ada easy, normal, hard. jd pilih laa easy, bukan normal atau hard..
my mum n me: KETAWA BESARRRR!


-heh budak kecik ni igt bersalin normal tu mcm tahap ke dua main game.. sbb tu dia prefer easy.. heheheh kalau laa dpt terangkan kat dia bg dia faham, apa maksud 'normal' dalam kelahiran..
- tulahhh byk sgt main game! :p


-yelah.fikri doakan kakno bersalin easy yer!!!!!! aminnnnnnnnn

December 08, 2010

8 dec

salam..
tahun baru dah menjengah.
oleh itu, salam Maal Hijrah utk semua insan2 di dunia inih.
semarakkan kehidupan kita dgn azam dan niat yg positif yg akan sentiasa membara.


bulan dec pun dah menjengah.
dan ari inih, 8 dec, BESDAY aku yg ke-28..
uishhh... dah 28 thn rupenya.


alhamdulillah.
masih diberi Allah, kudrat dan semangat utk meneruskan hidup. pertama kali sambut besday sbg isteri org, dan bakal mak org.
tp di sbbkan dah 'tua' agaknya, wish pun xbyk, adiah pun tarakkk..
adiah dr en suami? mehh kita gelakk dulu.. hehehehe 
adiah yg aku mintak kecik je sbnrnya.
amenda?


al kisah, 7 dec, 10.30pm, aku nak masuk tido dulu, rasa xselesa badan memandangkan dah hujung2 nak due nih..
sambil itu pesan kat en suami..
'abg nanti kul 12.00 kejut zu eh... nak abg wish besday....'
'kejutt tauuuu!!!'
...........
..........
ting tiooong!
terbangun kul 2 pg, sbb rasa nak g toilet.
hah?? dah 2pagi!!
napeee insan sblh ni x kejut pun wish besdayyyy!
alaaaaaaaaa...


nasib la sbb dah 'tua' takde rasa nak merajuk2 sbb en suami tak wish. tgk henpon ada sms wish dr sahabat rapat.. terharu.. ada gak insan yg igt..


:)
pastu pagi td, family wish lak..
en suami?
agaknya nak tunggu 11.59 mlm kang baru nak wish.
eheh!


to nur zuriani, selamat ulangtahun kelahiran...
moga pjg usia dalam keberkatan..
murah rezeki..
dipermudahkan dalam setiap urusan mendatang..
semoga terus dapat menjadi anak, isteri, dan ibu yg baik..
:)
aminnnnnnn......


tik tok, menghitung masa utk ke saat2 kelahiran si comel.
bile yer????

November 26, 2010

sekitar majlis + sekitar perasaan

salam..
20hb ari tu sempat menghadirkan diri ke satu majlis pernikahan teman seperjuangan.. sejak usia 13 thn kalau xsilap. sekelas. selalu compete dalam belajar. sampai la spm. pastu sambung belajar, keje, teruskan kehidupan masing2..
dan tup tup.. jodoh sampai jua.
alhamdulillah..

tp gambar tak bape cantekk.. sbb bukan guna kamera ber-mega2 piksel atau berjenama tinggi terkenal. takat kamera henpon je..

anyway, tahniah utk teman berkenaan. selamat membina keluarga. sama2 kita niatkan utk jadi anak, isteri dan menantu solehah.. :)

pengantin cool aje..
beberapa ketika sebelum lafaz.
lokasi pernikahan: masjid yg x seberapa jauh dr umah kediaman parents aku di dungun. di masjid ini juga sbnrnya tmpat idaman utk aku melangsungkan saat bersejarah, tp sbb parents tak setuju, diaorg prefer wat kat umah. jadi tak tercapai la niatku. but, bole tgk kawan nikah kat sini pun dah cukup bagus. :)

melihat si pengantin melalui proses2 menikah ni kan, mmg aku ter-flash back majlis aku dulu.. heheh syok jugak eh!


ada beberapa tujuan upload gambar ni.
1- sbb xsmpt snap saat pengantin lelaki lafaz akad. so kiranya ni masa dah selamat lahh
2- sbb nak gtau, yg ber-kupiah tu tok imam yg sama nikahkan aku ngan en suami 8 bulan yg lalu :)
3- nak tunjuk tu la si pengantin lelaki
4- si pengantin tu tgh hulurkan duit hantara merangkap mas kawen kepada si isteri.. cash money tuu.. eheh..

alaaa, xtau la apa yg tak kena. bila nak upload gambar lagi, xde respon pulakkk! banyak kali dah tekan perkataan 'browse' tuhhh.. ni yg buat mood rosak ni.. aiayaaaa, mopiko lai laaaa!
xde rezeki laa namanya ni..............................................

p/s: nanti upload/update lagi ehh.. kacau jiwaa betul lah! :)

meh kita sambung.. :)

:)
sepadan.. syukur alhamdulillah..
tak tergambar ngan kata2 bila tgk org yg rapat kita dapat apa yg diidamkan..
moga berbahagia ke akhir hayat!


koleksi hantaran dr panten pompuan kepada lelaki..
cantek!!

utk si isteri tercinta.. tema ungu silver gituu
pelamin yg sweetttt! :)


last picture: gambo panten ngan mak ayah pompuan.. tema baju coklat..

bermula hidup baru sbg suri hidup kepada suami.. kepada teman, moga lebih bersinar kehidupan ini. :)

next pic:
:) koleksi baju ummi, eh silap..baju baby ummi..
dah siap di basuh, tinggal nak pack bawak g spital dan bakinya buh dalam almari baju baby..duk pk, baju mana ye yg akan jadi baju 1st baby akan pakai saat dia menjengah dunia nanti... moga panjang usia anak ummi and abi utk pakai sume barang2 yg parents dia belikan nih..... aminnn

nak kongsi sedikit: dari saat survey, membeli segala kelengkapan barang utk baby.. bermacam perasaan wujud dan hadir. ada rasa tak percaya, yg dalam hidup ni akan hadir budak kecik dalam hidup aku..dan jika di beri kudrat dan peluang, dpt tgk baby membesar utk menjadi 'seseorang' di dunia ini..ada rasa terharu, kerana Allah memberi aku peluang utk mengandung, dan moga dapat melahirkan baby ni dalam keadaan selamat, sihat dan sempurna.. ada rasa excited, nak melalui pengalaman jadi ibu dan ayah macam org lain kat dunia ni.. lebih mengharukan diri sendiri, setiap helaian baju, stokin, napkin dan pape la yg boleh di basuh tuu..setiap kali membasuh tu jugakla niatkan moga baby ummi sempat pakai sume nyaa sampai la xmuat dah benda2 ni sume... pendek kata, nak sgt tgk baby selamat lahir dan membesar depan mata sampai bila2..

dah menjengah 36 minggu ++ ni, kira mcm tunggu hari aje.. arap sgt ummi diberikan Allah kudrat dan peluang utk lahirkan baby secara normal. en suami, family dan kawan2, thanks bg nasihat utk kuatkan smgt melalui saat2 hujung gini..
:)
weekend nih, nak lengkapkan saki baki beli barang baby dan sikit barang ummi. nak packing brg as persediaan nak bawak g hosp. baru nak godek2 internet nak cari senaman pape yg patut yg insyaAllah boleh membantu bila tiba saat kelahiran nanti..





November 22, 2010

36weeks just around the corner

assalamualaikum..


kata tinta ditaipkan, selagi mampu.. chewahhh.. :)


kabare??


tinggal beberapa ari je lagi baby dah nak masuk usia 36 weeks. huhuhu tik tok tik tok, dah xlama.. sebulan ++ je lagi utk ke EDD aku.. arapnya baby kuar masa EDD tu, jgn awal sgt ye baby.. bg ummi settelekan keje2 kat opis dulu ye sayang..


perasaan: kdg2 nervous, kdg2 excited.. tp perasaan yg paling bagus..berserah, tawakkal.. kan?


kesihatan: alhamdulillah, masih diberi kudrat utk bernafas, berjalan naik turun tangga, buat keje yg sewajarnya, seadanya.. sumenya smooth aje kalau my stomach x buat hal.. cth kalau xmasuk angin ke, sistem pencernaan ok, ok je la spjg ari tu.. tp... masalah masa tido mmg kerap muncul..baby pulak mcm tak bg ummi dia tido lena lah. ataupun mmg dia tak suka sunyi2, nak ada suara sepjg masa.. aiyaaa..


persediaan: mmg sempoi.. bag utk baby n ummi belum packing lagi! ada lagi yg belum basuh. huhuhh pulunnn!


en suami: heheh en suami dah mula berdebar. apa yg patut dia buat bila saya rasa sakit? saya jawab sng aje, hantar g spital. pastu pas hantar saya,dia boley pk nak g minum teh tarik mamattt.. aisehhh, rasa nak bersilat bila dengor!! 
sesungguhnya, saya tau, dia sama2 nervous ngan sayaa.. ;)

dah nak masuk 36 weeks ni, org ckp kira tunggu masa je la kan.. bila2 je pas tu boleh deliver kalau Allah izinkan... ada yg 37 minggu, 38 minggu, ada yg terlebih due..


ya Allah.. aku berserah segalanya kepada-Mu..
lindungi aku dan bayi ku... 
semoga selamat sumenya.. aminnn...


p/s: bateri laptop nak abis. xleh taip pjg2.. charger x kelihatan depan mata.
jumpa lagi

November 19, 2010

hati ini

wahai sekeping hati
Tabah la engkau
Dlm mendidik empunya jasad
Mengharugi
Menempuhi
Segala macam frasa kehidupan
Moga teguh
Umpama benteng di pantai
Menahan pukulan ombak di tengkujuh...

Wahai sekeping hati
Di saat2 kegemberiaan
Memenuhi segenap ruang
Pasti
Teserlah di riak wajah

Opp hati terganggu.. En suami ajak g tonton tv. Next time la sambung madah puisi ni hehe

Salam aidiladha buat semua

November 14, 2010

celoteh

salam..
agak lama xupdate cerita, dek kekurangan kudrat nak angkut laptop pulang ke rumah, dek kerana tanak berebut broadband ngan suami, dek kerana kesuntukkan masa.

banyak tertinggal nak citer2 di sini. :)

alhamdulillah, usia baby dah nak masuk 35 minggu beberapa hari lagi.
selalu bila ada kesempatan baca blog mummy-to-be, kbyakkan nya bila dah cecah hujung2 masa nak bersalin ni, mcm2 rasa dan perasaan ada.
-tak sabar, takut, gemuruh, gembira.. sama mcm aku.. kdg2 termimpi keadaan dalam labour room. camana ye nanti?

perkembangan terkini setakat last check-up:

- berat badan yang semakin naik.. yg terbaru 55.9kg. patutla sume kawan2 suke ckp aku gemuk..hehe berat baby masa check 34 minggu 4 hari: 2 kg.. selebihnya mmg berat ummi dia la kan..
kalau tanya diri sendiri mmg tak terasa pun kat mana2 bhgn badan yg naik, melainkan bahagian tummy je..rasa mcm mantain je, tp kita tgk la nanti pas bersalin mcmana.. hehe

-ohh..buku merah ku sudah bertukar warna tag.
warna tag atau sticker kat luar tu telah org KK setkan. ada beberapa warna.
putih - low risk
merah - risiko diabetes
oren - berat badan
hijau - hemoglobin (hb)

previously, warna tag aku -putih.
tp walaupun putih, sentiasa jugak berjaga2. n dalam putih2 pun dua kali aku kena minum air gula. dan yg buat sedikit 'terasa hati' minum kali ke-2 tu cuma atas alasan UTK CUKUPKAN CYCLE minum air gula. atau spt yg misi bgtau aku, selalunya kalau dah kena minum sekali masa early pregnancy, nak mauk 3rd trimester kena minum lagi skali.
hangin jugak aku rasa. sbb xde risiko pape aku kena dokkk kat KK tu 2jam sb MINUM AIR GULA. cabaran dan pengorbanan menjadi ibu. :)
result: be4: 4.1, after:5.2 normal kan?

berbalik kpd episod tukar warna tag.
yap, dgn rasminya, buku aku ada tag warna hijau.
sbb paras hb aku drop ke 10.9
11 ke atas di anggap normal.
so skang tgh fight utk maintain balik ke 11 ke atas.
agak2 dia buh smula tak tag putih kalau paras hb naik?
hmmm...

esok, 15hb check-up lagi.
mintak2 laa jgn ada pape kemusyikilan utk ummi n baby.
sungguh, di saat2 gini, ummi sgt2 perlukan kudrat utk settlekan keja kat opis.

berderet2 list keje.
15hb nov- last key in markah (aku ada 5 kelas utk sem ni)
16hb nov - mula buat mastersheet (result pelajar) yg mmg sentiasa menyulitkan dan makan masa.
17hb, 18hb, 19hb - cuti raya haji. kalau aku bujuangan, mungkin xkesah sgt. tp bila bersuami, kena korbankan masa keja, fikir utk raya bersama suami n keluarga.
20hb & 21hb - weekend. ada kenduri kawen sahabat seperjuangan.
22hb - meeting exam jabatan. present mastersheet. 61 kelas utk JKE POLISAS.
23hb & 24hb - edit mastersheet utk meeting jawatankuasa POLISAS. yg ni leceh sbb nak print colour2, no mistake
25hb - meeting jawatankuasa, aku TAK terlibat. tp hasil keja aku n teamwork terlibat.
26hb - result rasmi pep sesi julai 2010 politeknik seluruh m'sia.

n baki bulan nov, arap diberi peluang utk tarik nafas skjp. sblum mbung keja sem baru
29hb nov - bukak sem baru, sesi DIS 2010
1hb dec - pendaftaran lama pelajar polisas. n aku Penasihat Akademik kelas DKE3A, kena sama2 pulun ngan pelajar wat jadual pulak...
4hb dec - pendaftaran pelajar KSS.. yg mana jadual utk student smbilan ni aku tak sentuh lagi.. hmmm..

kwan2, doakan yg aku sentiasa di beri kudrat yg kuat utk siapkan suma keja2 aku sblm baby kuar nih.. :))

dah la citer pasal keje.

td smpt tgk my mariage ticker. terlupa, smlm genap 8 bulan dah kawen. hehehe
masing2 duk sibuk ngan paper student, n barang baby,smpi terlupa tarikh tuu.. huhu

meh kita selit satu citer.

en suami: abg dedicate lagu 'BEAUTY & THE BEAST' kat zu.. dgr ni..
pastu dimainkan la lagu tu..
cik isteri: sape 'BEAUTY' sape 'BEAST' nih..
en suami: BEAUTY tu mesti laa (smbil jari menunding ke arah diri beliau sendiri =p)
cik isteri memintas: ooo, jd zu laa BEAST nye yer.. (mata dah mula terbeliak)
en suami: gelak besar
~~~~~~~
moral of the story: gelak2 dpt menceriakan suasana.. heheh

selamat pengantin baru utk teman..
cik zuliana n cik ida (jbtn TM)

selamat jadi ibu..
mama fazlin..

ok..
jumpa lagi...

October 30, 2010

Being a...

Being a lady...
I learn about life, beauty and the feeling of humanity...

Being a daughter...
I learn about family and love...

Being a wife...
I learn to love him and learn about my future...

Being a mom-to-be.. (and insyaAllah a mother sooon)..
I learn about sacrifying....

:)

Whatever I become in this wonderful life, I just know, the MOMENTS are such a beautiful gift.....

October 25, 2010

cuti 25 okt

salam.

selamat hari keputeraan Sultan Pahang, yg jatuh pada hari ahad, 24 okt 2010. so dilanjutkan cuti umum utk negeri pahang ke ari senin, 25 okt 2010. moga Allah lanjutkan usia sultan pahang. :)

sempena cuti ari senin, amik peluang balik kg ibu ayah mentua, pasir mas kelantan. last skali balik masa masa raya ari tu. kebetulan kelas hujung minggu pun cancel minggu ni.

balik kg kali ni, selain nak jenguk org tua, hajat di hati nak beli barang baby. :)
beli tilam kekabu..
hari tu, duk tgk2 nak beli online je. harga dalam website tu tak sampai rm150 sekali ngan sarung. tp..bila tanya kawan2, ramai aje syorkan beli terus ngan kedai, boleh dpt lagi murah dah boleh tgk kualiti.

yg peliknya, napa la aku xleh terfikir nak beli di rantau pajang, yg jauhnya dgn umah parents-in-law ni lebih kurang 300 30 minit ++. .
kat situ, of kos laa mcm2 ade.
cuma kena ade kudrat, duit dan masa je..

alang2 dah balik ni, mak mentua nak buat majlis sembayang hajat utk aku n baby..serba salah jugak aku, balik ni sekadar nak jenguk, bukan nak susah2 masak panggil org sume.. tp yelah, kita ni anak.. kena ikut je apa org tua ckp. plan asal nak wat masa raya haji nanti.. tp suami n mak mertua risau kot masa tu aku dah tak larat nak balik. so wat je la skang. kecil2 lan aje.

kalau la baby tau..ramai betul yg caring dekat dia.. :)

ptg ahad, smpt curi masa kuar g r.pjg.
n mmg jumpa pun tilam kekabu+2 bantal tido+2 bantal peluk..
beli skali ngan sarung nya skali..
harga nya? ohhhh.. teramat la affordable, jd xsmpi hati nak mintak kurang. siap ragu2 lagi, betul ke kekabu nih? heheh tp sbb malas nak argue lebih2 beli laa.. beli 2 set. utk baby aku n baby herlina skali.

kalau nk refresh checklist utk baby, ada lagi yg belum complete.

set pakaian--> kena tmbh beberapa lagi. pastu dah kena mula basuh..  diapers belum cari lagi

set utk tido, santai ---> baby dah ada carrier, tilam, bath tub. mcm bakul, stroller, baby cot, car seat hold dulu. almari baju baby pun xde lg.

set mandian ---> belum ada lagi, detergent pun x beli lagi

set ubat-ubatan ---> pun x beli lagi

insyaAllah, akan mula di beli yg xde lagi sikit demi sikit..

ermm..... masih dalam dilema, dimana utk bersalin...

October 21, 2010

seimbang..

salam..
selalu kan kita dengar hidup ini harus seimbang?
-seimbang dunia dan akhirat
-seimbang dalam pemakan
-seimbang ant keja dan kehidupan peribadi
-dan lain2 bentuk seimbang

termasuk la seimbang ant waktu/saat hepi/bahagia dan juga waktu/saat sedih/stress..

yerr..adakala masa dalam sehari2 ni akan terisi dengan perkara bahagia/manis aje kan.. adakala dihimpit terus terusan dengan perkara yg tak best.

like me now.. esp smalam la. smpi tak reti nak handle 'rasa' stress tu, sbb bimbang baby inside terkena tempias..
tp, mujur, setiap yg kita lalui adalah pemberi dr-Nya kan.
di saat dihimpit rasa tak best tu, tetap ada penyeimbangan.

penyeimbangan yang bagaimana?
sekadar utk melupakan rasa tak best, dan seterusnya, hidup ini sentiasa haru bersyukur.

saya dpt 3 adiah...

1) waktu nak balik dr keje ptg smalam,saya dapat adiah dr bekas student. yg penah saya ajar AV 2 sem lepas. terharu jugak.. :)

2) pulang keje tu, dlm bilik tido, atas meja solek, ada kotak comey, ada baju utk baby. wahh.. bundle adiahnya. td ummi yg dpt adiah. pastu baby lak dpt adiah dr adik saya.
pesan si adik, masa baby kuar nanti (masa due) dia dah kembali bergelar mahasiswa jd kot xdpt balik, dia bg adiah siap2. bila baby pakai nanti, dia mintak saya mms gambar kat dia. insyaAllah..
:) sungguh, buat tak sabar nak tgk empunya baju kuar menjengah dunia yg indah ini.. hihih

3) adiah nasihat dr en suami...

yap... hidup ini harus seimbang..

sungguh, pape yg mendatang, saya tanak ia bagi efek kat diri saya, baby, keluarga, dan org2 sekeliling saya..
pls..

October 18, 2010

dating online

salam..

tgh rindu seseorang...

jauh di mata..
tp..
insyaAllah dekat di hati..

dah lama tak dating online..
dan malam ni berpeluang..

chat tru YM..
hehehe

suke2!
baby suke!
ummi suke!
abi suke!

abi?
haah..tetiba nak tukar panggilan..
dari abah ke abi..
boleh?
boleh sajaa..

:)
moga ada kebaikan utk keluarga kita, bilang si abi..
insyaAllah..

yer.. saya selami ayat2 en suami..
tak sangka..
dari single, menjadi berdua, ikatan kekeluargaan..
dan skang, membilang hari, menunggu,
moga kehadiran baby, membawa seribu rahmat dan berkat..

Tuhan, terima kasih..

salam kasih sayang utk semua..

sesaje

salam..

minggu ni en suami g kursus di shah alam. jumaat ni baru kembali ke sisi, insyaAllah..
tp tak keseorangan pun di kuantan.. sbb ada baby inside n adik yg temankan di sini..

keje kat opis pun tolong temankan sekali.
dah hujung2 sem ni, mmg agak sibuk. kena abiskan cpt2 sume perancangan, sbb nak prepare utk peperiksaan pulak..

arap sgt Allah bg kudrat yg kuat utk saya menjalani bulan sibuk ini..
kalau ikutkan perubahan jadual exam yg tetiba je tu, kami akan sibuk smpi la betul2 sblum tarikh due..

oklah, back to work baby n ummi :)

October 08, 2010

chapter 6: semasa scan :)

salam penghujung syawal.. :)

sekeping:
gambo raya fikri di pagi 1 syawal.
sama warna ngan kakak, abg ipar n abang dia. insyaallah, raya thn depan, 1st syawal, kita raya sama eh.. skali ngan anak sedara fikri, ye ayoh suu hehehe

sblum makin terlupa perjalanan masa dlm bilik doc masa nak scan, cepat2 nak sambung entry nih..

heheh mcm terlebih excited pulak, sbb cite scan pun nak jdkan entry. tp arap paham le yer, baby 1st, mungkin excited, seronok.. penuh dgn rasa terharu gituu..

jom sambung cite (sambil igt2 lupa)..

1- masuk bilik doc, terus aku duduk kat seat tu, pastu dia terus tanya, bile jangka lahir. aku jawab laa.. dlm 23 hb dec. pastu doc ckp, ooo dalam 28 minggu la kan. ok, jom kita scan.

2- doc suruh baring, then aku selak baju aku. mula2 segan gak, sbb dia doc laki kan.. tp terpaksa abaikan seketika perasaan tu. huhu. pastu doc ckp, dia ckp biasanya dia mula ngan 2D dulu baru 4D. deboo ada, excited ada, camana laa rupe si comel nihhh. en suami lak mcm duk jauh je. entah nampak ke tidak screen ultrasound tu..

3- masa scanning process tu, aku lupa juga turutan apa yg doc tunjuk.
yg aku igt, pas doc buh gel kat hujung pengesan dia tu, dia buh kat perut sblh kiri. seigt aku, mula2 tu blurr jugak, xnampak pape. pas beberapa tu, baru la nampak.
nampak pe? nampak bahagian kaki. hehe nampak la kaki baby duk gerak2..
doc ckp, mmg selalunya baby ni melintang duduknya. pastu dia tunjuk satu gmbr kat dlm bilik tu, haa, mmg baby tu kedudukan nya melintang. kaki ngan kepala satu paras.

4-kalau xsilap aku la, pastu doc cari jantung dia.. kalau guna 4D tu, ada nampak ada warna kat area jantung tu.warna biru merah kalau aku xsilap. doc ckp itu darah yg kuar masuk dr jantung tu.kecik je saiz jantung tu. ant yg paling best, doc tanya lagi. nak dgr x bunyi degupan? pastu dia pun buh mikrofon kat area dia scan tu... superb!! sekali ngan gelombang degupan kuar kat skrin, smbung kat speaker bunyi tu. mmg laju. doc ckp, degupan jantung baby bagus. :)
seterusnya aku pun tanya usia baby baper dah, berat dia baper.. pastu doc terus cari bahagian kepala dia. n then letak pointer bersilang pada otak dia, mcm ukur kot.. usia baby 28 minggu 3 hari kot. masa tu la.. doc pun ckp due mmg 23hb dec.. berat baby: 1kg..

5-pastu doc ckp, let us try to see the gender... :)
cari2 punye cari, haaa, nampak!.. tp aku mmg xtau la bentuk tu utk girl ke boy ke.. blur punye pasal. pastu dia switch ke 4D. mmg jelas la nampak. doc pun ckp, your baby is ...... (cuba teka) heeee sabo je..
aku sengih je laa.. dpt tgk dia sempurna, sihat, ok kat dalam pun dah syukur alhamdulillah kan...

6- part nak tgk wajah. doc sendiri ckp, utk tgk muka ni, kita nak trace ada pape yg xcomplate x kat muka ni..
tp..masa scan tu,, baby muka nya berpaling kat belakang. pemalu la baby ni.
nampak telinga dia aje..
yang kelakar, smbil duk tekan2 alat tu kat perut, doc pujuk2 baby mintak pandang ke depan.. mcm2 ayat kuar.. cepat la baby.. jgn la malu.. hihi
yela, aku n en suami mesti laa ada perasaan nak tgk jugak kan.... bukan selalu boleh scan nih..

7-di sbb kan baby xnak juga pusing muka dia, doc terpaksa mintak si ummi ni yg pusing. mula2 ke kanan. tak nampakk juga baby...
pastu doc suruh pusing habis ke kiri..bila pusing ke kiri, aku pulak yg xnmpk screen ultrasound tuh..
guess what! hehe, nampak dah muka si comel nih....
syukran..
doc pun zoom lagi ke dalam. cari angle yg menarik sket utk capture. doc pun ckp kat parents, nampak arr, mulut dia ok, tak sumbing..aku curi2 pusing nak tgk. tapi doc ckp, jgn pusing dulu, nanti doc capture pic.
pastu doc ckp, aaii baby ni mulut dia duk bukak tutup2, bebel apa agaknya nih.. baby senyum laa, doc nak amik nih.. hehehe
pas dpt satu shot tu, aku pun tgk laah...
:)
doc pun ckp, ok dah siap print nanti saya bagi ye.. boleh tunggu luar ye..

kita share gambar scan 4D ni eh...

yang tgh cover mata kiri dia tu jari jemari baby..
masa memula dpt pic ni, puas la duk menilik. ikut muka sape baby ni.. mulut dia camana, hidung dia camana.. mata dia camana..dahi dia camana..
hehe

hmm, mmg dah xlama.. tinggal lagi dlm 11 minggu je lagi.
tp barang baby byk lagi xcomplete. en abah dia busy sgt lah.
ngan sukan polisas.
ngan program festival kesenian islam peringkat kebangsaan kptm.
ngan tugas hakiki.
wahai en abah, cik ummi ni tertanya2 bila boleh spend masa berdua beli barang si comey nih??
;)

October 01, 2010

chapter 5: perjalanan nak g 'scan'

Salam utk semua..


Minggu ni, alhamdulillah, usia kandungan mencecah 28 minggu (7 bulan). Secara rasminya memasuki trimester ketiga. Tinggal lagi lebih kureng 12 minggu sblum 40 weeks..

Hari demi hari rasa kejap je berlalu… kan?


Weekend lepas ada sorg student kss tegur aku, masa tu duk asyik tgk jadual waktu exam poli.


‘puan..puan.. dah berapa bulan tu?’..


‘dah nak masuk 7 bulan..insyaAllah..’


‘kejap je..rasa mcm baru je puan kawen..bulan 3 kan?’ sambil jari jemari en student duk kira2.. ‘bulan 3, bulan 4, bulan 5 .. bla.. bla’


‘saya rasa kan puan, tgk air muka puan, puan dpt baby boy lah’..


‘ye ker.. hehehe’




Kalau kat opis lak, ada gak yg tanya ala2 bunyi di atas..


Perkataan ‘sekejap’ mmg tak penah tak ada…


:)
Ermm… kalau ikut tarikh kawen, 13 okt ni baru la genap 7 bulan kawen. Tp sbb bila preggy ni, kiraan tu berdasarkan minggu. Jadi sbb tu jd mcm cepat sgt je bunyinya…


Melangkah ke 28 minggu ni, mmg niat di hati, nak pegi scan baby.


-teringin nak tgk tumbesaran baby kat dalam


-teringin nak tgk dah complete ke belum sumenya


-teringin nak melalui pengalaman scan baby bersama en abahnya


-kalau diizinkan teringin nak tau gender


-kalau buat 4D scan, boleh tgk muka baby




28 hb sept ari tu genap la 27 minggu 6 hari, kira2 ngam la nak masuk 28 minggu kan. tp aku busy kat unit exam, dia pun sibuk ngan keje dia.. tak kuar pun g klinik..

29 hb sept, betul2 masuk 28 minggu.Tp sbb masing2 busy, siang tu mmg tak smpt curi masa kuar g klinik swasta utk scan. Mlm tu baru kuar. So g la klinik yg biasa kami g, klinik al-amin. Sbb masa wat confirmation pregnant dulu kat klinik ni kan, doctor pun pompuan.. tp mlm tu nasib x menyebelahi, doc laki yg duty. so, aku pun cancel la..
pastu suggest kat en suami, g satu klinik lagi, W.Y.C.O.
klinik ni mmg fav most of kawan2 kat opis sbb ada 4D scan.
tp, kat sini pun doc lelaki dan berbangsa cina.
alang2 tu try je la..
sampai je kat depan klinik tu, skali lagi frust, sbb klinik tu tak bukak mlm. sampai kul 6 ptg je beroperasi. tingkat atas tu ward bersalin.
terpaksa tangguh laa  niat nak g scan.
sedih jugak. sbb en suami mmg excited nak scan.
*lagipun minggu ni mmg keje bertubi2 dtg utk kami, so bila ade smgt nak scan, arap2 dah sejukkan hati dan kepala dr pk bab keje*

30 hb sept pulak. aku ckp ngan en suami pas abis lecture kul 10 boleh la nak g scan kan. tetiba meeting festival kesenian Islam tu abis lmbt. aku dah lapo x breakfast makanan berat sejak pg. dalam kul 12 dia abis meeting g makan dulu. 12.30 baru kuar poli. sampi kat WYCO tu ngam2 10 minit sblum waktu rehat klinik. kat kaunter tu aku tanya la bukak lagi ke. misi yg comel tu mcm segan2 je nak terima patient. dia suruh duduk kejap. xlama pastu, dia kuar, dia gtau, scanner tu tgh diservis, doc suruh dtg semula 2.30pm nanti. pastu doc sendri kuar, ckp ngan en suami.bende yg sama misi tu ckp. doc tu rendah aje org nye. hehe dia say sorry n mintak dtg smula 2.30 until 6.00pm.
frust lagi.. kali ke 3 dah misi gagal.. hehe
balik la ke poli sbb aku ada kelas kul 2 pm tu..
aku ckp ngan en suami, tunggu ptg sket baru kuar. nak settle keje yg berserabut kat opis tu.. muka dia dah lain dah.. kecian dia..

dalam kul 3 lebih aku tepon dia nak ajak g, x angkat2 pulak. ngajuk ke? busy ke? tak tau lah.. :) dalam kul 4 lebih tu baru la dia tepon aku, ajak g klinik.
ntah camana, dia ajak g klinik al-amin yg mula2 kami g mlm tu.
elok2 je smpi, klinik tu TUTUP!! takde rezeki sungguh. aku dah mula fikir bukan2 dah.. suspennn jek! tup2, ada panggilan dr poli, en suami urgent kena balik poli. balik la semula jumpa PA pengarah. settle keje, membe dia pulak talipon tanya ade jumper tak, enjin keta dia tanak hidup, bateri abis kot. nak pinjam jumper. masa tu dlm vios aku ada la jumper yg abah aku bagi, yg redeem bonuslink punye.
test punye test, nasib idup gak enjin keta org tu.. masa tu dah dekat 5.30 dah..
aku dah rasa takde mood nak g klinik tuh. asyik delay je..
tp en suami pujuk gak..
g jelah.. sampai je kat WYCO tu, betul2 5.50pm, 10 minit sblm klinik tutup. tp lama jugak menunggu,dlm 6.15pm baru boleh masuk. sbb ada patient sblum kami tu.

dah masuk tu, doc tanya, bila jangka due.
aku jwb la, 23 dec.
doc check kat carta, so, minggu ni 28 minggu kan. ok jom scan. saya buat 4D ye..

ops.. citer dlm bilik doc tu, kita smbung next entry yer.. bagi suspennnnn skettt...
:)

tp kan..mmg berdebo gak nak wat scan nih..
kepada yang bujang2, cpt la kawen, dan getting pregnant. boleh lalui pengalaman yg sama... syukur, happy, terharu tau bila tgk buah hati kat dalam rahim kita nih...

p/s: nanti sambung ye..

September 24, 2010

separuh syawal

salam separuh syawal 1431H..

diam tak diam, dah abis separuh syawal..
mood raya lagi ker?
ada lagi kot sket2, dengan jemputan open house atau juga majlis sambutan aidilfitri.

eheh..
kita sama, esok, sabtu, ada majlis jamuan raya jabatan, petang tu pulak ada jemputan open house. 2 rumah lagi. insyaAllah, ada kudrat, kita berkunjung2 an. bile turn kita nak wat open house yek??
weekend depan ada lagi jamuan raya.

seronok sbnrnya kalau dpt makan ramai2..
kan...kan.. :)

cepat betul masa berlalu.
skang, kepala otak sarat dengan keje..keje..keje..
banyak betul nak kena kejar.
smpi tak terkejar.

n..ada yg lebih penting.
kena get ready utk masuk ke fasa ke-3 mengandung. eh betul ke fasa ke 3?
rasa nya trimester ke-3.. :)
kena mula fikir dengan serius tentang:
i. kelengkapan & persiapan menyambut kelahiran si manja..
ii.nama si manja
iii.persediaan mental dan fizikal
iv.costume gi pejabat pun dah kena tukar

i. kelengkapan & persiapan.
-baru je ala kadar membeli.. nih aku copy dr senarai semak:

1st Baby
Father’s Name: Mohd Zulkifli
Mother’s Name: Nur Zuriani
Baby’s Name: still in choosing process
Gender: not scan yet

The persiapan:

Baby baru ade:
2 pasang baju lengan panjang/seluar panjang
3 pasang mittens and bootens
1 topi utk jalan2
20 helai napkin
11 barut (nenek belikan)
4 baru ummi and abah beli
1 kotak cotton buds

- very the sikit kan.. sbb tu mohon sgt, baby kena kuar on due (dec), supaya ummi n abah ada masa lagi nak memilih dan membeli barang utk baby ni..
hihihi
- kawan2..doakan sama ye...


ii. nama si manja

ini tugas si abah. dia dah cop awal2 lagi pilihan nama. kdg2 stay up smpi malam duk cr nama yang indah dan baik maksudnya..ada buat beberapa senarai shortlisted. tp selagi x pegi scan, xtau lagi nak decide.. tunggu 7 bulan nanti insyaAllah boleh scan. moga Allah berikan sedikit kemudahan utk ummi n abah tau gender.

iii.persediaan mental dan fizikal

- bab ini merangkumi 2 bende. saat terfikir ketika mau melahirkan dan juga saat mendidik, membesar dan menjaga si manja nanti. mohon sgt, Allah panjang usia aku n suami utk melalui saat2 ini..
- ada masa mmg duk surf, mencari sesuap pengetahuan bab ini..tima kasih kat kawan2 yg ada share info berguna. :)

iv.costume gi pejabat pun dah kena tukar
-ari tu masa puasa, rasa selesa lagi pakai baju kurung. walaupun dah xleh kancing kain, buh brooch kat zip tu rasa ok lagi. naik je cuti raya ni, rasa sendat semacam je kalau pakai baju kurung, smpi en suami tegur, nampak weird.. jd, skang, duk kumpul duit n masa utk beli costume yg lagi seswai.
-dlm hal ni, banyak jubah n baju yg mak aku yg belikan. heheh
-tp dalam masa terdekat ni, nak kena cr jugak. nanti kan duk rotate baju yg sama je g opis.
-oh yaa. aku dpt soalan bonus.
 'zu, ko masa raya banyak makan lemang n ketupat ke?'
aku jawab: 'kenapa kak?'
 'naik je raya, perut ko terus nampak'.. hehehe

pesanan utk baby inside: haaa baby dengar tak auntie tu ckp apa? moga baby terus membesar dengan baik ye kat dalam.. aminn...

p/s: nanti update lagi.. sila jaga diri ye semua

September 11, 2010

raya pertama..

yer..seolah2 mcm kali pertama sambut raya..

eh lupa..
assalamualaikum dan salam 2 syawal buat semua muslimin muslimat..

merungkap tajuk entry 'raya pertama'...

-raya pertama dengan en suami.
-raya pertama di rumah mertua.. 
-raya pertama bukan di rumah ibu bapa sendiri..

satu pengalaman/perasaan yg tak ternilai...

mungkin, sbg anak pompuan tunggal, dan tak ramai adik beradik, agak sukar utk melalui pengalaman 1 syawal bukan di rumah sendiri.. dr sebelum ramadhan lagi, sang suami dah 'booking' aku utk beraya kali pertama di rumah mak ayah beliau..
ye, sedari awal, di beri warning supaya aku bersiap sedia mental dan fizikal utk melalui 1 syawal bukan seperti selalu.
tapi.. aku ini, mungkin sorg pompuan yg cengeh/manja..
sejak awal ramadhan lagi, kalau pk bab raya, mmg meleleh...
cuba utk redha bila tak dpt 1st syawal di rumah family sendiri..
cuba utk merelakan en suami membawa isteri nya beraya ngan ibu bapanya terlebih dahulu...
tp, aku mmg tewas dengan emosi aku..
tanya la en suami..
tanya la parents aku...camana aku melalui saat utk melepasi 1st syawal bukan  di rumah sendiri..

selalu berdoa agar aku tidak menangis lagi bila pk bab raya..
tanak terbw2 emosi sendiri..
bimbang baby pun nanti jadi cengeh.. heheh
tp. aku tak berjaya.
sorry ok.
tp en suami tak melayan sgt kerenah sedih aku.
aku sendiri yg pesan gitu. nanti aku jadi lagi sedih.

balik ke umah mertua 3 hari sblum syawal.
aku tumpang gembira en suami, yg xsabar2 nak jengok kg halaman, berbuka puasa dan seterusnya sambut raya..

hari ke 30 ramadhan, aku bersyukur, aku di beri kekuatan utk berpuasa penuh tahun ni. alhamdulillah. dalam keadaan mengandung.
tp dlm masa yg sama, aku tetap rindu dengan mak ayah n adik2 aku.
di ringkaskan perasaan, terasa ganjil.
aku x mampu utk describe lebih2, kerana, kesedihan itu masih terasa, walaupun saat entry ini di tulis, aku selamat smpai di dungun.

hari ke 30 ramadhan itu juga, family suami mmg meriah, dengan abg2 ipar, biras, anak sedara. 25 org sumenya.. kalau aku betul2 enjoy the moments, mmg aku sendiri akan terasa kemeriahannya. mungkin ini sume terlalu baru utk aku, jadi aku amik masa utk menyesuaikan diri.

aku rasa aku perasan, mak mertua aku juga turut rasa kesyahduan aku.
naluri seorg ibu....
sbb setiap kalu dia pandang aku, aku boleh 'baca' ibu mertua sedang 'membaca' aku..
n, en suami penah bgtau aku yg mak dia mmg sedih bila dpt tau aku menangis bila xdpt beraya 1st syawal di dungun.

takbir bergema. malam 1 syawal di pasir mas cukup meriah dengan pertunjukkan bunga api yg mmg aku hanya lihat di TV. yg ini betul2 di langit.
Allah masih mahu memberi aku kebahagian syawal.
mlm itu, aku menikamati cahaya syawal dengan menolong pape yg patut di dapur. pastu, senyum2 ngan en suami. 

hajat di hati tanak call family sendiri. nanti takut tak mampu.
tp xboleh bohong diri sendiri.
nanti x call, apa kata diaorg sombong lak kan.
so, telepon la seorg anak ini..
dipendekkan...

perbualan berakhir dengan air mata aku. haha
yg kelakar nya, en suami terpaksa pujuk aku dengan analogi..
di tanya nya aku, jauh sgt ke kelantan ganu. dah x boleh balik dungun ke. 
cuba bayangkan, mereka2 yg dah xde mak bapak utk beraya. camana??
hmmm..
aku cuba utk mengerti..

melalui 1 syawal, mcm biasa.
ingatan pada family sendiri tak penah lekang.
palig getir bila si adik kesyangan sms aku:
bunyinya: adik kabo kakno tadok dok sedak.
9.46am. 1 syawal 1431H.
terjemahan dalam baku.
adik nak bagitau, kakno takde tak rasa best (raya ni)
.......

what should i say?
or
what should i feel?

di tambah sms sorg buddy.
tanya lagi..

kenapa 1st raya ni bukan di rumah family aku. menurutnya, selalu nya si isteri yg akan di utamakan..

hanya Allah yg tahu sumenya..

:)

ITU PENGALAMAN YG TAKDE HARGA, 1 SYAWAL 1431H.
bagaimana teruji perasaan aku...

sudahnya, aku xde la semangat mana nak bergambo sakan.
ade gambo ngan en suami pun duk dlm hp anak sedara sblah en suami.
lagipula, tragedi sungguh, pagi tu kul 5am aku terjaga, muka aku bengkak2 kena gigit nyamuk. (mmg kulit aku sensitif yg amat dengan nyamuk).

dan...
tau x..
aku x salam raya lagi ngan en suami..
atau dgn kata lain, belum lagi mintak ampun maaf ngan en suami..
aku tak tau bila boleh buat..
igt mlm td sblum tido, tp penat...
sbb mmg penuh aktiviti makan2, gotong royong... smpi ke tgh malam.
mmg tak smpt nak manja2 sgt pun ngan suami.

mujur, ada biras2, tmpt aku berbual. lupakan kesyahduan aku.

itu cerita 1st syawal aku sbg isteri.

kesimpulan:
1- kalau aku mampu mengerat dua diriku..aku sanggup. sebelah di dungun, sebelah di kelantan..
2- buat mcm iklan raya 2010 petronas. buh umah mak ayah kat atas lori, bawak mai depan umah. boleh raya puas2 bersama.

sedikit pengalaman yg akan dewasa kan aku..
aku sbnrnya pelik juga, emosi manja aku terlebih2 pulak time ngandung. heheh

kalau nak tau, raya ke2, pagi td, aku nangis lagi, mengenangkan en suami nak berpisah ngan ibu ayah n adik beradik sume. cepat betul masa berlalu.
sungguh, syawal thn ni membawa 1000 makna.
pengorbanan emosi yg ckp besar.

thn depan mcmana pulak?

sekian.

utk hari2 syawal seterusnya, moga sumenya berjalan lancar...aminn...