(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

July 24, 2012

Jom Masak: Kerang Rebus

assalamualaikum... :)
hai semua..

seingat saya dlm blog permai ni, tidak pernah saya kongsikan resepi2 masakan yg saya pernah cuba.
mungkin sbb saya ni amatur sgt2 dlm masak memasak ni. utk selera tekak sendiri pun kdg2 fail.. kesian2..

tp atas kesedaran diri sendiri, kdg2 perlu jugak pengetahuan asas dlm masak memasak ni.. utk keperluan suami..keperluan anak.. dan tentunya utk diri sendiri.

post pertama sy tentang agenda masak memasak ni.. ialah.. menu yg biasa2 ajer.. cukup senang nak sediakan ia..


 Kerang Rebus!
hihii

Bahan2..
1 kg kerang (atau sebenarnya boleh agak2 la banyak mana nak)
1 batang serai
2 biji bawang merah
garam secukup rasa
air

Cara-cara..
Basuh bersih2 kerang kita.. 
   saya guna berus sabut. (smpi en suami kata boleh bawak tido kerang2 tu eheh) - yela sbb sy suka kuah dia, kalau basuh tak bersih kang was2 nak amik kuah.. 


dah bersih semua kerang2, amik periuk.. panaskan periuk, masukkan semua kerang2 tadi..

masukkan air paip sehingga menutupi kesemua kerang2..nanti air tu akan kering jugak sepjg proses pemanasan.. :)

kemudian masukkan serai yg telak di ketuk..

di ikuti bawang merah yang dihiris...

akhir sekali masukkan garam secukup rasa.. dlm 1 kg kerang tu sy guna 2.5 sudu garam.. bergantung kepada selera la.. 

gaul2 sikit..

kemudian tutup periuk..

biarkan hingga masa.. biasanya 45 min - 55 min dengan api perlahan.. 

selain tu, kalau tgk kerang2 tu dah terbuka tandanya dah masak..

sila2 cuba ye kawan2..

tak sangka, anakanda nisrin gemarkan kerang..boleh makan mcm tu ajer.. heheh

menu yg cukup membuka selera, lebih2 lagi waktu puasa ni..kalau rajin boleh buat pencicah dia.. :)

ok selamat mencuba 

:)
 




 

2 comments:

nur easy said...

nice... kalau bakar atau goreng bercili pun sedap kan kerang ni ;)

haime said...

kita tunggu eize kongsi resepi.. :)