(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

March 22, 2012

alkisah BS... lama (sambungan)

salam hari khamis. hari ni hari berbaju batik bg penjawat awam. di politeknik kota kinabalu bukan sahaja pensyarah + staf yang pakai baju batik, rata2 pelajar di sini pun berbaju batik tau.. memang kelihatan seragam. situasi yg saya tak pernah lihat sewaktu di politeknik lama dulu.
:)

mau sambung cerita BS lama.


lagi lama saya hold/peram, lagi sakit hati ni. sebab tak suka flashback cerita/memori sedih.

cerita terhenti pada 29 feb 2012 kan.
mulanya mmg nervous nak melalui tarikh tu. sebolehnya tanpa ada titisan air mata di depan org sekeliling.
hihih murni nya kan. 

tak nak sentuh dulu 29 feb di pejabat. terus ke cerita di umah BS yer.
ptg tu, suami delay jugak amik saya di jke, polisas. katanya kena sekatan 'kastam' di admin. maklum la, tak putus org sibuk nak berbual/ucap selamat. dr pukul 5 lebih saya punch out, hampir 6 lebih baru balik. terus meluncur ke umah BS.

bedebar jugak.
suspen.
bagaimana ye saat akhir nak 'pisahkan' BS dan anak jagaan yg dia sayangi.
tp kena telan juga.


sampai2 tu, nisrin tertido kata BS, atas sofa. lambat sgt tunggu umi.
suami duk bual ngan suami BS. 
saya kemaskan dulu brg2 nisrin, smbil berbasi2 la ngan BS. bgtau nak balik kg mertua, balik dungun bila, g kl bila..flight bila.
pastu pesan la dekat BS suh sms alamat, nanti boleh saya poskan pape dr sabah kan..


BS pun ada cerita dia.
cite duk ambik gambo nisrin. nisrin yg xleh duk diam.
BS bgtau juga, dia amik satu baju nisrin..utk kenangan bau nisrin.. alahai nisrin, bertuahnya kamuuu..


next..sebelum saya kejutkan nisrin..saya nak salam dulu dgn BS..tak sangka BS peluk saya dulu.
terus...
air mata dia laju je atas bahu saya.
pesan macam2 yg mmg saya tak mampu recall. sebab sedihh
saya pun menangiss.....
finally air mata tertumpah jugak..
anak BS lagi laaa.. teresak2. betapa terkesannya kehadiran nisrin dalam hidup dia.

sbb taknak sedih lama2, cepat2 saya kejutkan nisrin.
dalam terpisat2, bgn la nisrin.
tgk kami.
bg nisrin kat BS, BS pun cium2 nisrin
bawak nisrin keluar, terus suami BS pun tegur "alaaa nangis pulak dah"

heee adat kami kan, kaum hawa. mudah benar air mata keluar. mempamerkan perasaan..

perpisahan di iringi pesanan lagi.
paling saya igt, BS pesan kalau tukar no fon bgtau dia....
 yg lain tu, tersangkut. heh tak berdaya nak igt semua dek kerana kesedihan....

selepas tu, abi bg umi n nisrin berjimba2 sekejap dgn acik dila (saya bahasakan Kak dila), acik noni (Noni) dan acik arni (kak arni, ketua program kami di jke poli lama)
kenangan akhir mereka bersama nisrin di kuantan.
lokasi - kedai payung belakang natam.
nisrin cam biasa, sgt mesra dgn mereka.
berbual2. makan2.
sampai la saat tgk bulan depan rumah kami di kuarters poli.
sungguh, saya tak tau bila lagi kami akan bertemu dan bermesra macam selalu.

rindu.

saya ingt ke citer pasal BS tu abis di situ. titik.
sedih mau di lalui berulang2.
 
alkisah.
4 mac 2012.
hari yg kami perit utk lalui.
parents saya hantarkan kami ke KL.
on da way tu, masa nak nak sampai ke kemaman (kami dr dungun), ayahanda terus bgtau, nak bawak nisrin jumpa pengasuh dulu......

ok sblum tu.
nisrin ada dpt adiah bantal penyu tau dr BS.
hari2 duk usung penyu tu.
fav.
pantang org usik, di tarik semula bantal tu. (BS gtau, nisrin ni jenis kedekut skit barang2 dia) hahah..
saya lupa nak ship penyu tu, sbb igtke barang dah sikit kat tangan, boleh bawak gitu je dlm flight kan penyu tu. tp last minute, punya la banyak brg.
terus terniat di hati nak tinggalkan. ihihh tak baek kan saya. rupanya ada cerita pasal penyu tu.


ok ok sambung..
what??!
ayoo, serba salah saya.
kang tak singgah sbb memang lalu je kuantan bypass tu tepi semambu.
kalau singgah, of kos berhujan air mata lagi.

tapi sbb taknak hampakanpermintaan ayahanda, saya sms dulu anak BS. bgtau nk singgah.
tapi tak de balasan.
terus call.
BS kata dia kat luar, tp boleh balik.
tau x, ayat dia yg sedih "alaa, nanti tgk nisrin nangis lagi.."
apa yg patut saya rasa/buat/respon..
sengih jer...


walla...
sedihnya nak recall benda2 gini.
baper kali dah air mata ni menitis...




sampai2 je umah BS, masa tu tokma nisrin, abi nisrin pun ikut skali masuk dlm rumah.


terus, BS gtau..
tak samaa cium baju je, dgn cium org nya..
lain sangat...
dan kata2 seterusnya diiringi dgn air mata.
saya?
takkan malu2 punya air mata tu nak di sorok2..


pass nisrin kat BS, dipuluk cium sesungguh hati nisrin.
nisrin pun balas balik dgn peluk ibu dia sekuat hati
seolah mengerti jasa ibu pada dia.


tokma nisrin nak redakan suasana mula la tanya benda lain. dah jumpa budak ganti ke, atau mcamana..
BS masih layan perasaan.
katanya taknak dah jaga budak.
sedih bila situasi begini.nak berpisah mcm ni.


huhuhu
dah abis tu, sampai dlm keta, BS nampak penyu tu.
BS terus pesan pd nisrin, jaga elok2 penyu ibu kasi...main dgn penyu tu.
nanti raya ibu g tgk nisrin..masa tu dah tak sedih sgt kot..


hmm..ok ok legaa.. sudah abis episod pertemuan sedih.


dlm keta, dah masuk highway, saya terus sms lagi anak BS.
'kak long cakap ngan ibu, tima kasih banyak2 ye, jaga nisrin...'
anak Bs balas
'ok nanti cik zu anta gambar nisrin kat sana.. :)'


hari berlalu.
day 4 at new place.
i got this msg from anak BS.
anak BS : cik zu..pe khabar?? nisrin mcm mana? dia nangis tak kat sana? maaflah ibu xboleh call lg, sbb nanti ibu nangis dgr suara cik zu.. ibu tgh sedih lg tu,,

Me: alhamdulillah..sihat..nisrin xdpt ibu cam ibu ni..dpt mama yg jaga ramai budak.. nangis laa xde org nak fokus dekat dia sorg,, dah ajar tido buai sbb mama dia xleh dah peluk2 dia..


anak BS : kesian nisrin.. cik zu, ibu nangis cik zu cakap macam tu.. nisrin kat umah tu mandi air panas tak.. ibu start risau dah tu..


Me: tak tanya pun mandi air panas ke tak.. Pesan lat ibu jangan nangis2. nti lama2 nisrin ok, insyaAllah..




n.


saya kira cukup setakat itu cerita tentang BS lama saya.
yg saya tak yakin boleh jumpa lagi tak khidmat BS mcm ni.


lepas tu, ada jgak dua tiga kawan2 dekat poli lama tanyakan pasal BS saya.
tp serously BS saya dah tak nak jaga budak.
nak fokus menjahit baju.


insyaAllah bila2 ada perkembangan pasal BS lama saya upkan lagi.
lega saya dapat luahkan di sini.


terigt kata en suami, susah nak cr pengasuh yg ada jiwa sayangkan anak2 kita cam anak dia sendiri.
nisrin bertuah walaupun hanya utk setahun.


now, nisrin semakin mengerti jadual dia dengan BS baru, mama. insyaAllah utk post akan dtg..


kawan2 doakan, kami kuat di sini..


doa saya utk BS lama, semoga sekeluarga dia murah rezeki sokmo.
insyaAllah, hubungan tu takkan putus, walaupun ntah bila dpt bersua muka lagi...




 



5 comments:

nur easy said...

betul tu.. bukan mudah nak cari pengasuh y mcm 'ibu' sendiri..

Myluv - Syl said...

entry yg sangat menyentuh hati. berkaca2 air mata membacanya. harapnya lepas ni saya akan dpt bbsitter yg baik seperti ini utk anak2 saya. sobs..

izhu@n@ sh@msuri said...

mmg susah cr bs yang anggap mcm anak sendiri..sy pun sedey bc entry awk ni

zuriani said...

dear semua..
tq baca entry saya nih.
amik masa saya nak buat post ni, dah 3 minggu di tempat baru, baru la boleh taip. ini pun terhenti2 sbb sedih teringat bs lama..
org buat baik dgn anak kita kan, sgt susah nak lupakan.

syl, teruskan pencarian bs yer..
dekat tmpt baru ni pun saya masih hntr pd bs..sebolehnya nak elak taska,
ni masih dalam proses cari maid la..

celebration of love said...

My mom pun BS. Dulu, dia selalu sedih bila bdk2 yg dia syg tak jaga lagi. Kadang2 tu, sampai mimpi. Lepas tu, my mom terus amik anak angkat sorang.

Lepas tu, br dia da xsedih bila bdk2 da xjaga lg. BS selalu jaga, mmg ikhlas mcm my mom... :)