(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

March 18, 2012

Cloth Diaper - betul ke menjimatkan

salam semua.

sudah agak lama tiada update terkini tentang CD. 
kali ni nak perform simple math.

hari ini, ahad 18 mac 2012 - usia anakanda yg di kasihi menjengah ke 1 tahun 2 bulan 18 hari
atau dalam hari = 365 + 60 + 18 hari = 443 hari


ada apa dengan angka. ok straigt forward.
jika saya seorg ibu yg pengguna tegar disposable diaper (DD), mari saya kirakan berapa sudah duit yang telah saya BUANG.


anggaran saya , 1 hari 6 DD di gunakan + di buang (tak kira jenama hebat mana sekalipun)


jadi jumlah pakai dari hari pertama lahir hingga ke saat ini


443 hari x 6 keping DD = 2658 keping DD


satu jumlah yang banyak bukan!


mari saya kirakan, berapa pula kos nya.
anggaran = di semenanjung 60sen/dd manakala di sabah 70sen/dd.


2658 keping x 60 sen = RM1594.80
ringgi malaysia seribu lima ratus sembilan puluh empat ringgit dan lapan puluh sen


jumlah ini yang telah saya BUANG dengan sia-sia, selama usia anak dr sehari hingga ke hari ini jika saya pengguna dd yg tegar.
tp mungkin setengah golongan akan katakan yg jumlah ini sedikit pada mereka.
itu terpulang. :)


tp.. jumlah itu cukup utk bayar installment honda city en suami dua bulan tau! hehe
ia juga adalah 3/4 daripada yuran pengajian master saya setiap semester.
banyak tu.


mengapa topik ini saya utarakan yer..
kerana, insyaAllah, saya punya pilihan yg lagi bijak menggantikan DD ok.


tak lain tak bukan.. Cloth Diaper!!! (^^,)


:)


saya sudah ada sebanyak 32 cd.


dengan kos pembelian sebanyak rm1089 (termasuk kos pos).
masih satu nilai yang banyak. 
cuma perlu diberi perhatian 
- ia jimat rm505.8
- ia boleh di ulang guna pakai seiring dgn pertambahan usia anak
- bijak cara jaga, tentu sahaja boleh digunakan untuk anak2 seterusnya
- 32 keping bagi saya cukup utk ucap bye-bye pada DD - no more waste money on DD :)


secara purata, 1 cd rm25. 41 kali pakai sudah balik modal sebenarnya. tapi sudah tentu lebih banyak dan banyak kali boleh pakai :)


kelebihan cd lain nya
- mesra alam
- prints yg menarik
- macam2 style utk ibu2 cuba dan manipulasi
- kurgkan sampah dunia
- one size (3kg - 18kg)
- makes baby's hip to move/grow (sbb kangkang sikit kan)
- tiada bahan kimia
- selamat digunakan


jadi
menjawab tajukk entry di atas, SUDAHHH TENTU menjimatkan.
pakej yg lainnya juga, seperti di senaraikan di atas


pendapat anda pula bagaimana?




pssst, saya gembira di tmpt baru, BS baru sudi meneruskan niat saya utk fully cd. :))

4 comments:

a said...

bagus zu. satu kesedaran yang sihat. kelemahan pengurusan anak yang tiga ni, rasa mcm tak sempat nak urus CD. tambahan suami yg kurang membantu.

semoga ibu-ibu lain ada azam dan tekad sehebat zu. akak sokong dari belakang.. hehe

Anonymous said...

wawa masih lagi tercarik2 BS.. dah tanye 2 orang, 2,2 tu x mau pakaikan CD. mintak bagi susu ibu pun dia kata leceh.. humnn....

Ida Iar said...

zu dapat berfully cd la skrg ek??bestnye!!ida kena tmbh stok dl baru leh berfully CD. Alhamdulillah balik kg weekend baru ni pun Ida dah dapat berfully CD kat umah mak..mak cakap ala..comeynye lampin2 tu.

haime said...

kak ida,
itulah kak..nak uruskan cd-cd ni perlu ada masa sendiri..masa bersama2 cd, dr basuh, sidai, kering nanti kena masuk2 insert dn sterusnya. :)
kadang2 tak berani jgak nak syorkan pd kawan2 baru kat sini, takut tak terhandle. sbb kita faham kan, semua mengejar masa..saya tak hebat cam akak lahh :))

wawa..
kena byk sabar tau dlm carik BS nih.. biar dpt lambat asalkan betul2 penuhi spec yg kita nak.
cam akak, bs lama mmg campur2 cd n dd, tp dr segi jaga mmg dia jaga anak akak sorg.. masa nak pindah sabah, menangis2 dia.. skang dah merajuk kot, sbb taknak dah jaga anak org, nak fokus menjahit.
bs baru di sini mmg sedia handle cd, cuma dia jaga ramai anak org lain. risau jgak takut dia terleka kot leaking cd tu kan..


ct ida..
iye, sila tmbh stok.
kasi lain2 style pulak.. ai2 ker..
hehe
fully cd ni tambah citer baru sbnrnya.
kalau sblum ni, masa mix cd dd dah rasa banyak nak basuh, fuilly ni lagii laa.. tiap2 hari basuh..
tp sbb semangat tu ada kan, teruskan je laa.. hehe