(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

December 29, 2011

Skor APGAR


nak berkongsi sesuatu dr majalah Pa&Ma edisi januari 2012.. :)


topiknya Skop APGAR.


Bagi ibu2 yg buat buku pink/merah yg ada segala progress mengandung tu, di muka surat belakang2 buku tu tetap ada maklumat tentang kelahiran bayi dia..


*saya tak jumpa pulak buku pink sy masa entry ini di taip..dah puas belek dulu2 kot hihihi


ada satu maklumat ttg sko apgar ni: yg mana nurse yg sambut nisrin dulu tulis satu nilai 9/10.. dr dulu lagi tertanya2 macam mana skop ni dikira. yelah sbb masa lepas baby kuar dr rahim tu, nurse yg of cos akan take away baby utk bersihkan dan further check up kan..


finally sy jumpa jawapan tu dalam edisi Pa&Ma ni.. suka2!!
kita share yer..


APGAR:
A- activity
P- pulse
G- Grimace (ekspersi muka)
A- appearance (penampilan)
R- respiration (pernafasan)


Petikan Pa&Ma : merupakan pemeriksaan pertama yg dilakukan pada bayi yang baru lahir. ia dilakukan di bilik bersalin. Tujuannya untuk melihat dengan cepat keadaan fizikal yg baru lahir dan mengenali tanda-tanda pada badannya yang memerlukan rawatan segera.


:) masih igt, suara nisrin mengegar LR waktu tu, di sebalik tirai. mmg saya tak nampak camana prosedur apgar ni, cuma dgr suara cik adik tu menangis je.


lucky ada gambar dlm majalah ni. boleh la imagine. hihihi


1-WARNA KULIT
Jika kulit berwarna biru atau pucat. Skor 0
Jika biru di hujung kaki tangan tetapi badan berwarna merah jambu: Skor 1
Jika keseluruhan badan berwarna merah jambu: Skor 2


saya agak2 nisrin : 2


2-DEGUPAN JANTUNG
degupan jantung boleh dilakukan pada dada atau tali pusat. Jika tiada : Skor 0
Sekiranya degupan jantung perlahan iaitu kurang daripada 100 per minit: Skor 1
Sekiranya degupan jantung lebih daripada 100 per minit: Skor 2


saya agak2 nisrin : 2


3-KADAR PERNAFASAN
Jika bayi keluar tidak bernafas: Skor 0
Bernafas tetapi perlahan: Skor 1
Jika bayi terus menangis dan bernafas: Skor 2


saya rasa nisrin : 2


4-OTOT
Ototnya lembik: Skor 0
Sekiranya ada gerakan di hujung kaki tetapi badannya lembik: Skor 1
Jika kaki dan tangannya bergerak aktif: Skor 2


nisrin : 2


5-TINDAK BALAS TERHADAP TIUB
Bayi baru lahir dipenuhi air, jadi doktor akan menyedut hidung dan mulut dengan menggunakan tiub suction.
Jika bayi diam semasa disedut: Skor 0
Jika menunjukkan pergerak, mimik muka: Skor 1
Jika bayi batuk atau bersin: Skor 2


saya agak2 nisrin: 1


total : 9


saya teka2 je skor2 tu, ikut logik. sbb rasanya takde dgr baby kecik tu batuk or bersin.. 




*Pssst teringin nak hantar pic nisrin, mana tau leh jadi cover girl.. heheh
layak tau selagi sebelum 2 tahun
*Pssstt lagi, 2 hari lagi anak akan menjengah setahun..

2 comments:

Unknown said...

ape maksud awk xde dgr baby bersin? blh trgkan x? baby saya umo 2 bln. tp bersin jgk. kuat ..

haime said...

:)
bersin di sini maksud saya semasa rutin utk check skor APGAR tu, on the dot slps kelahiran baby.
bukan bila dia dah besar tu..