(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

September 24, 2011

terima kasih

salam..


#sedang menyiapkan minda utk ke medan menuntut ilmu ;)
24sept 2011, hari pertama kuliah utk subjek advanced DSP, semester ke-2 pengajian.


harap2 semangat tak kan pernah luntur.


terima kasih.


oh ya, ada sesuatu yg mau sy kongsikan tentang ucapan 'terima kasih'


dua patah perkataan yg cukup mahal nilainya.
sehinggakan ada iklan di tv tempatan yg menggalakkan kita mengucapkan terima kasih atas apa jua bentuk pertolongan, anugerah, penghargaan atau apa shj yg positif kita terima.


sy selalu jugak menerima ucapan terima kasih.


dr student sudah semestinya, pengucap no 1.
usai kuliah, sebelum keluar dr bilik kuliah insyaAllah pasti ada ucapan 'terima kasih, puan'...


mmg kedengaran ringkas, apalah sgt ucapan tu, tp beharga.
:)


oh harap nilai mengucapkan terima kasih ini jugak tak pernah luntur utk diri ini.


terima kasih Ya Allah. atas setiap sesuatu.
terima kasih kpd ibu bapa. atas setiap jagaan, didikan, kewangan, sokongan dan pelbagai lg yg tak dpt di luahkan di sini.
terima kasih buat si suami. atas setiap detik yg kami lalui bersama. senang, bahagia, suka, duka, air mata, keterharuan dan segala mcm rasa.
terima kasih utk ahli keluarga yg lain juga. adik beradik dan yg lainnya. kehadiran yg ada makna tersendiri dlm hidup ini.
terima kasih utk sahabat handai, di dunia realiti mahupun alam maya. atas segala titipan doa.
terima kasih jua utk sekalian umat - para pendidik sy dahulu kala sehingga kini dan juga setiap insan yg saya temui dlm dunia ini, termasuk BS nisrin


dan


terima kasih buat si puteri tercinta. atas setiap detik yg sy lalui bersama. atas setiap telatah dan keletah. atas setiap tawa dan tangisan. 


betul tak kalau sy katakan, tak terluah semuanya hanya dengan ucapan terima kasih.


dan juga istimewa buat pembaca blog ini:



sungguh tidak tersangka, counter akan mencecah 5 angka jua. (may 2009 - present, 23 sept) - counter pertama

counter kedua lupa pulak tarikh sy letak dlm blog ni.. 

terima kasih tidak terhingga. buat pembaca budiman. silent reader atau open reader sekalipun. :)




terima kasih.


dan jawapannya..


sama-sama kasih.


:)

2 comments:

nur easy said...

betul tu.. besar makna terima kasih ni... ucapan penghargaan

zuriani said...

:) kan...