(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

October 01, 2010

chapter 5: perjalanan nak g 'scan'

Salam utk semua..


Minggu ni, alhamdulillah, usia kandungan mencecah 28 minggu (7 bulan). Secara rasminya memasuki trimester ketiga. Tinggal lagi lebih kureng 12 minggu sblum 40 weeks..

Hari demi hari rasa kejap je berlalu… kan?


Weekend lepas ada sorg student kss tegur aku, masa tu duk asyik tgk jadual waktu exam poli.


‘puan..puan.. dah berapa bulan tu?’..


‘dah nak masuk 7 bulan..insyaAllah..’


‘kejap je..rasa mcm baru je puan kawen..bulan 3 kan?’ sambil jari jemari en student duk kira2.. ‘bulan 3, bulan 4, bulan 5 .. bla.. bla’


‘saya rasa kan puan, tgk air muka puan, puan dpt baby boy lah’..


‘ye ker.. hehehe’




Kalau kat opis lak, ada gak yg tanya ala2 bunyi di atas..


Perkataan ‘sekejap’ mmg tak penah tak ada…


:)
Ermm… kalau ikut tarikh kawen, 13 okt ni baru la genap 7 bulan kawen. Tp sbb bila preggy ni, kiraan tu berdasarkan minggu. Jadi sbb tu jd mcm cepat sgt je bunyinya…


Melangkah ke 28 minggu ni, mmg niat di hati, nak pegi scan baby.


-teringin nak tgk tumbesaran baby kat dalam


-teringin nak tgk dah complete ke belum sumenya


-teringin nak melalui pengalaman scan baby bersama en abahnya


-kalau diizinkan teringin nak tau gender


-kalau buat 4D scan, boleh tgk muka baby




28 hb sept ari tu genap la 27 minggu 6 hari, kira2 ngam la nak masuk 28 minggu kan. tp aku busy kat unit exam, dia pun sibuk ngan keje dia.. tak kuar pun g klinik..

29 hb sept, betul2 masuk 28 minggu.Tp sbb masing2 busy, siang tu mmg tak smpt curi masa kuar g klinik swasta utk scan. Mlm tu baru kuar. So g la klinik yg biasa kami g, klinik al-amin. Sbb masa wat confirmation pregnant dulu kat klinik ni kan, doctor pun pompuan.. tp mlm tu nasib x menyebelahi, doc laki yg duty. so, aku pun cancel la..
pastu suggest kat en suami, g satu klinik lagi, W.Y.C.O.
klinik ni mmg fav most of kawan2 kat opis sbb ada 4D scan.
tp, kat sini pun doc lelaki dan berbangsa cina.
alang2 tu try je la..
sampai je kat depan klinik tu, skali lagi frust, sbb klinik tu tak bukak mlm. sampai kul 6 ptg je beroperasi. tingkat atas tu ward bersalin.
terpaksa tangguh laa  niat nak g scan.
sedih jugak. sbb en suami mmg excited nak scan.
*lagipun minggu ni mmg keje bertubi2 dtg utk kami, so bila ade smgt nak scan, arap2 dah sejukkan hati dan kepala dr pk bab keje*

30 hb sept pulak. aku ckp ngan en suami pas abis lecture kul 10 boleh la nak g scan kan. tetiba meeting festival kesenian Islam tu abis lmbt. aku dah lapo x breakfast makanan berat sejak pg. dalam kul 12 dia abis meeting g makan dulu. 12.30 baru kuar poli. sampi kat WYCO tu ngam2 10 minit sblum waktu rehat klinik. kat kaunter tu aku tanya la bukak lagi ke. misi yg comel tu mcm segan2 je nak terima patient. dia suruh duduk kejap. xlama pastu, dia kuar, dia gtau, scanner tu tgh diservis, doc suruh dtg semula 2.30pm nanti. pastu doc sendri kuar, ckp ngan en suami.bende yg sama misi tu ckp. doc tu rendah aje org nye. hehe dia say sorry n mintak dtg smula 2.30 until 6.00pm.
frust lagi.. kali ke 3 dah misi gagal.. hehe
balik la ke poli sbb aku ada kelas kul 2 pm tu..
aku ckp ngan en suami, tunggu ptg sket baru kuar. nak settle keje yg berserabut kat opis tu.. muka dia dah lain dah.. kecian dia..

dalam kul 3 lebih aku tepon dia nak ajak g, x angkat2 pulak. ngajuk ke? busy ke? tak tau lah.. :) dalam kul 4 lebih tu baru la dia tepon aku, ajak g klinik.
ntah camana, dia ajak g klinik al-amin yg mula2 kami g mlm tu.
elok2 je smpi, klinik tu TUTUP!! takde rezeki sungguh. aku dah mula fikir bukan2 dah.. suspennn jek! tup2, ada panggilan dr poli, en suami urgent kena balik poli. balik la semula jumpa PA pengarah. settle keje, membe dia pulak talipon tanya ade jumper tak, enjin keta dia tanak hidup, bateri abis kot. nak pinjam jumper. masa tu dlm vios aku ada la jumper yg abah aku bagi, yg redeem bonuslink punye.
test punye test, nasib idup gak enjin keta org tu.. masa tu dah dekat 5.30 dah..
aku dah rasa takde mood nak g klinik tuh. asyik delay je..
tp en suami pujuk gak..
g jelah.. sampai je kat WYCO tu, betul2 5.50pm, 10 minit sblm klinik tutup. tp lama jugak menunggu,dlm 6.15pm baru boleh masuk. sbb ada patient sblum kami tu.

dah masuk tu, doc tanya, bila jangka due.
aku jwb la, 23 dec.
doc check kat carta, so, minggu ni 28 minggu kan. ok jom scan. saya buat 4D ye..

ops.. citer dlm bilik doc tu, kita smbung next entry yer.. bagi suspennnnn skettt...
:)

tp kan..mmg berdebo gak nak wat scan nih..
kepada yang bujang2, cpt la kawen, dan getting pregnant. boleh lalui pengalaman yg sama... syukur, happy, terharu tau bila tgk buah hati kat dalam rahim kita nih...

p/s: nanti sambung ye..

3 comments:

All About Jue Anna said...

Dah 7 bln ek...hurm..bermakna da 7bln puan x bersua muka ngn teman2 yg dulunya mengisi kekosongan hati puan..hehe.Tp skrg..ble ati da terisi, kami ni puan igt lagi tak??huhuhu...jgn la jd mcm somebody tu yer puan...wink2!

zuriani said...

salam cik ana.. hehehe sedeyy nye bunyii.. sorry laa, tak penah lupa pun kawan2 ni.. thn ni mmg busy lah..dungun pun jrang sekali balik, weekend ade kelas. nanti insyaallah i pantang kat dungun, cik ana boleh laa dtg yer...

Ida_Iara said...

dah scan??boy or girl zu?