(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

September 05, 2013

Solid food story

assalamualaikum blog! :)

5 sept 2013 - 1 tahun 6 bulan kami ber'kampung' di bumi politeknik kota kinabalu, masih setia sebagai PPPT di opis. 

kali ni nak kongsi tentang solid food journey utk cilik saya yg kedua.



si cilik ini mula menikmati makanan pejal sewaktu belum lg mencecah 6 bulan. seminggu sebelum usia 6 bulan, si cilik ini sudah di beri makanan, atas sbb si dia begitu nampak gelojoh bila nampak kita pegang makanan. bila rujuk doktor, katanya perut/usus dia dah ready.

sejak nisrin dulu lg mmg sy ada google, makanan pejal bagaimana yg terbaik utk perut si manja.
rata2 mmg suggest, puree buah adalah yg terbaik. bubur atau yg lainnya lebih elok dikemudian. apatah lagi makanan proses seperti nestum/cerelac.. cuma nisrin dulu sy lebih memilih ikut kata nurse kkia yg suggest bubur nasi. tp utk si cilik yg kedua ini, sy mula dengan puree buah.

kalau ikut nota simpanan, ada beberapa tips.

1) Tidak mendesak anak mengambil makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal

2) Makanan pertama yang disyorkan adalah puree epal, puree pisang, puree betik, puree pear, puri apricot (puri buah-buahan- namun elakkan buah-buahan citrus) yang dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat. Ianya mestilah sedikit cair (tips: ambil sudu dan cedok puree, jika puree mengalir jatuh, ya, itu yang sepatutnya)
 
Puree Apple: Elakkan epal hijau. carilah apple besar yang manis dan boleh campurkan dgn sedikit susu ibu selepas dikisar

 
Puree Pisang: Carilah pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan dgn susu ibu untuk mengurangkan sifatlikat dan melekitnya.

 
Puree Betik: Betik adalah buah-buahan yang mempunyai rasa manis yang semulajadi. Ia tak perlu direbus, hanya lecek dan dicampurkan bersama susu ibu

** Jika anda telah bosan dan tidak tahu puree buah-buahan apa lagi untuk diperkenalkan, anda bolehlah mencampurkan perisa pisang dengan pear, atau apple dengan pear, untuk memberi kelainan rasa kepada bayi**
3) Pada umur bayi 6-7 bulan, makanan yang harus dijauhi oleh bayi adalah kekacang, keju, daging merah, makanan laut- ia akan meningkatkan risiko alergi. Garam dan gula juga tidak dibenarkan ketika bayi umur ini (ginjal bayi masih belum matang untuk memproses Natrium (garam)
4) Minggu kedua, mungkin ibu boleh cuba dengan sayur-sayuran pula. Pilihan sayur juga haruslah sayur yang sesuai, tidak pahit (peria, petola), tidak bergas (seperti kobis, brokoli). Pilihan sayuran yang paling baik adalah puree labu, puree kentang, puree lobak atau mungkin sayur-sayuran yang lain.
 

Puree Kentang: sumber vitamin A yang baik. Anda boleh rebus kentang dan lecek kentang menggunakan chopper dan semestinya, di campur dengan susu ibu. (susu ibulah GULAnya) :-)
 

Puree Labu: Stim atau rebus labu sehingga empuk. dan lecekkan labu sehingga lumat. campurkan bersama susu ibu.

5) Ibu-ibu hendaklah berikan bayi mencuba setiap resepi yang anda buat. Jika anak menolak (mungkin tidak kena dgn tekaknya – tak suka mungkin), jgn dipaksa bayi untuk terima. Cuba tackle dengan resepi lain. Perlu diingat, bayi kita juga mempunyai deria rasa :-) – mungkin maknye juga tersalah masak (maklumlah anak pertama, hehehe)

6) Bubur nasi yang cair (untuk bayi yang baru mula menerima makanan, bubur nasi mestilah sedikit cair untuk mengelakkan sembelit- sebelum ini menyusu dgn susu ibu selama 6 bulan – mudah dihadam – jadi jgn terburu2 memberi bubur nasi yang pekat) – bubur bolehlah mula di perkenalkan semasa bayi sudah mula biasa dengan makanan. Maksud saya,bayi sudah boleh menerima makanan. Jangan juga paksa anak untuk habiskan bubur nasi kita. Perut bayi semasa ini adalah sebesar segenggam tangannya. so, tak boleh expect baby makan satu mangkuk besar. :-) apabila bayi sudah meningkat kepada 7-10 bulan, bubur nasi bersama susu ibu dan sayur serta ikan bilis atau ayam sudah boleh diberi kepada bayi.

tp sy tak ikot jugak.. kurg 7 bulan lg sy dah introduce bubur.. :)
 satu lg tips dlm memberi makanan pejal, peraturan 4-day rule.
penting utk tahu keserasian makanan pejal dengan badan baby, jika ada alahan atau jika boleh sbbkan sembelit. selalunya, jika baby alah, tanda yg tak ganjil akan keluar seawal setengah jam selepas makan sehingga 2-3 hari selepas itu. setakat ini, baby adik semua ok. tiada masalah sembelit. alhamdulillah.

oh ya, mungkin tidak ada dlm gmbr di atas. puree kurma. antara puree terawal yg sy bagi,
:)
 seterusnya sy nak kongsi gambar 4-day-rule yg sy amik dr group solid food di fb.


 bole lihat dengan jelas kan.. saya dah cuba. lepas ni giliran kawan2 yg ada baby kecik2 tu.
seronok tau tgk baby makan homemade food ni. :)

ada satu lg gambar yg boleh jadi guideline juga.

 yg ini international punya. mana yg muslim tak bole makan tu, abaikan je la yer. :)

saya pon masih bereksperimen. sekarang sudah memberi oat. :)

 bila rajin membaca, belek sana sini, banyak nya resepi makanan yg kita boleh buat sendiri utk anak-anak.
walaupun sibuk dengan tugas harian, sy pastikan ada makanan pejal dr rumah utk anak2.

ok, next next entry munkin boleh share resepi masakan dan acara berbento.
wah wah

kalau sebelum ni,
breastfeeding
cloth diapering
baby wearing

sekarang, tambah satu lagi..
bento-ring ihihihih


masa anak kecik je boleh rasa dan lalui semua ini tauuu

ok till meet again..
babaiii




 
 



1 comment:

elly nadyra said...

eksperimen yang paling best utk dibuat kan, skali aje dlm hidup, bleh repeat kalau kita branak lagi dan lagi dan lagi hehehehhehee