(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

October 20, 2012

SInggah Raya - kediaman sendiri bah 1

assalamualaikum..
salam weekend.. weekend ni i got no class..pagi2 sabtu ni ada aktiviti gotong royong bersih, touch-up taska politeknik..i sempat join kejap je, biasala dengan anak kan..kalau tgh hari dah smpi waktu tido.. selebihnya en suami je la g menyumbang tenaga..

syawal dah 2 bulan berlalu..dah nak masuk musim raya qurban dah kan.
btw, i baru nak share citer raya.. SINGGAH RAYA! kiki
kalau TV3 buat cite Singgah sahur.. i ada cite singgah raya..

syawal hari tu kami ronda 3 negeri pantai timur..
raya pertama di sebelah keluarga en suami.. pasir mas, kelate..
syawal ke dua, kami balik dungun, terengganu..
syawal ke berapa yer, (lupa pulak) turun jejak kuantan.. ziarah raya kawan2..dan salah satu agenda nye ialah..


for the first time and foremost, inilah kami pertama kami secara rasminya dapat berdiri depan kediaman sendiri..bermula dari proses booking, tgk ukuran cuma melalui rumah contoh dan advise dari seller kotasas..
tak percaya pun ada rasanya.. 
alhamdulillah.. rezeki tahun 2012..
secara ringkas, perumahan ni dah mula dibuka secara rasmi sekitar mei n jun..so masa kami datang ni sudah ada rumah2 yg sudah siap direnovate sepenuhnya dan diduduki oleh empunya.. jiran sebelah pun ada tu.. :)


officially ours.. 
this unit is the last phase for phase 1. buyer sebelum kami tu kena reject loan, so seller offer pada kami.. juga unit yang paling murah antara rumah yg ada.. so kalau tgk pengcahayaan pun tau kan, mengadap matahari petang..tp senget beberapa degree la..no directly towards sun..

tp takpe, kalau ada rezeki masuk umah ni one sweet day, boleh la tinted sliding tu kan..
i mmg jatuh cinta la dengan tinted kalau ijau lembut..sama macam sales gallery kotasas..
hihihi


this is the porch..boleh masuk dua kereta..i punya planning utk bahagian porch ni, cuma nak ada tiles la.. tanak la plain cement cam ni, cepat kotor kalau malas nak sapu.. kalau ada tiles, for me akan rajin sket sapu.. hihiih pagar tu the original one dr pemaju..cuma dah renew cat-nya.. i like the flower theme at the gate, sama masa logo pemaju.. 
talent dalam gambo are my cute princess, n her youngest uncle..
budak kecik tu seemed to not really understand bangunan apa yg kami tgk petang tu, tp she was really excited, tgk2 around..
well nisrin, ini la rumah kita yg terpaksa kita tinggalkan utk sementara waktu..
terima kasih dekat aki nisrin yg sudi uruskan semuanya selepas kita pindah, starting dr amik kunci, buat basic process supaya boleh betul2 duduk umah ni nanti..

ada kawan tanya, rumah ni jenis teres ker..
kotasas punye design, kalau setingkat mmg teres.. tp utk semua jenis dua tingkat, they called D-link.
D-link or detached link maksudnya walaupun rumahnya berhimpit antara sebelah2, tp bukan sepanjang rumah tu berhimpit/melekat dengan rumah sebelah.
ada ruang yg tak attach/detach tu.

yep.. that side..ada satu ruangan kosong..actually tanah je, tp my ayahada request cement kan bahagian tu.. kita tgk gambar lain yea..

i tak boleh pulak nak agak berapa kaki panjang bahagian ni.. boleh buat pape shj tmpt ni..buh pasu bunga ke..even tmpt khas letak motor..






mana cik nisrin menghilang? hihi dia ke bahagian bawah tu.. itu tangga utk naik tingkat atas..


close-up.. ruangan bawah tangga.. disebelah depan nyer, tak terambik pulak gambanya, adalah cermin kaca panjang..so cahaya boleh masuk rumah..
bg saya satu kelebih d-link ni, ruang tamu/ruang depan tu mmg tak gelap, cahaya tetap masuk dr sudut tepi..

me myself.. preggy about 4mos at this moment..  :)

ok sekian bahagian 1 - outer front side of our home sweet home..

2 comments:

nur easy said...

luas nampaknya ruang luar rumah.. mesti x sabar nak duduk sini n deco2 kn... lama lgi ke duk sana?

haime said...

eize..kalau ikut pekeliling, 3 thn dah layak mintak pindah, tp katanya xdpt la claim pengankutan semula ke semenanjung..mau 15k jgak tuu..
kalau nak layak claim, kena at least 5 thn.. lama kan..