(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

August 12, 2010

chapter 4: minum gula ke minum air gula


salam..
hari ke dua puasa. :)

hari tu ade citer tertunggak. pasal gula.
tanak buat2 sibuk pasal harga gula, tp nak citer pasal gula dalam badan.

sebenarnya, sejak awal mengandung lagi dah semaikan azam dan niat, kalau boleh tanak kena minum gula yg gile pekat tu... xsanggup! lagipun, alhamdulillah setakat ni, mmg parents tak de risiko penyakit diabetes. sbb kalau terang2 parents kita ada penyakit tu, kita ni automatik ada risiko utk ada diabetes semasa preggy ni. tp ada jugak sesetengah kes tuu, mmg ada simptom diabetes semasa preggy n bila dah bersalin nanti, simptom tu hilang.

kembali kepada saya, masa check-up bulan julai ari tu, saat si comel berusia 14 minggu, dah nasib, kena jugak minum larutan gula tepu tuhhh.. sumenya salah diri sendiri. meng-kantoi-kan diri sendiri. asalnya temujanji tu sepatutnya jam 8 pagi, 8hb julai. tp hari tu, saya ada lecture pepagi, 8 till 10 am, kebetulan en suami pun ada kelas assist sampai 11am. biasanya nak g KK Beserah tu, mmg en suami yg hantarkan.

so, sementara tunggu org tu abis kelas, saya g la breakfast dulu.
bukan breakfast ringan2 maaa, terus bantai nasi dan minum air ber-gula. mmg tak fikir langsung akan efekkk masa wat urine test kat klinik nanti. terfikir jugak, kenapa laa diri sendiri xdpt hint. mungkin sbb lapo sangat kot, jd layan je nafsu lapo tu..

usai kelas en suami, dalam 11 lebih, terus kita g KK tuh..
nahh, amik ko!
terus kuar tanda "+" dalam result urine tu, menandakan ada lebihan gula.
mulaa la risau. officer kat lab patologi tu maybe faham, sbb saya baru pas makan n minum.
baru teringat, air masak pun xminum. nasib badan lahh!

masuk bilik misi, check up perut ok lagi, misi tak bising pun bab gula. sbb dia akan serahkan pada doktor kan.. cuma.. misi bising sket sbb berat mantain at 47kg. patutnya dah kena naik sbb dah lepas musim alahan kan. so, kena jumpa dia lagi dalam masa dua minggu, dan dia nak tgk ada naik tak. pastu macam biasa la kena advice bab makan itu ini, complete the vitamin given..

masuk bilik doktor tuu yg x best.. hehe sbbnya, awal2 doc dah suruh dtg minggu berikutnya utk ujian gula tu.. uwaaaaa.. langsung tak bagi aku 'cannnn' lahh.. igt sedap sgt ke minum air gula tuh! tp, terpaksalah. demi kesihatan jugak kan.. pastu scan sume. doc tu xbaper frenly jika banding ngan indian doc yg lagi sorg.

so, 13 julai..bertawakkal la saya. kena minum satu bende yg mmg saya tanak!
sblum kul 8 lagi dah g sana.
hari2 sblum tu, mmg dah tanya pengalaman kawan2 seangkatan.
sah-sah laa byk idea/pandangan/hasil yg sgt xbest lah.
pape pun aku kena kuat semangat kan..

lupa nak bgtau, mlm sebelum tu, kena stop mkn sblum kul 10 mlm mcm tu.. ala-ala puasa sekerat hari.
sblum di beri bancuhan gula tepu tu, kena di amik darah dulu, utk ukur kandungan gula sblm minum kan.. misi tu, xbaper pandai la amik darah. smpi byk bleeding. lebam tangan i tau.

dah siap amik darah tu, kena la minum..
bismillah...
saat teguk kali pertama.. ermmm dalam hati berkata "xlah sepekat yg aku imagine".. hahaha
tapi.. tetap amik masaa nak abiskan.. lebih 10minit jugak laa..
dlm hati berkata lagi "jangan aku muntah sudah".. kang xpasal2 kena minum lagi dan lagi..
rupenya ari yg sama tu, ramai jugak ibu2 yg kena senasib. mmg padan la kalau harga gula pun naik. hihi

episod minum air gula tu abis kat situ.
15 minit dah siap.
oh tidak!!!

kena tunggu selama 2jam, pastu kena amik lagi darah utk tgk kandungan gula selepas fasting selama 2jam lak.. nak balik, tp alang2 tu rasa malas. so tunggu laa kat situ. ngok ngek ye seorg aku, lupa nak bawak bahan bacaan.
melangut laa kat situ. sorang2 smpi kul 10. heh!
nasib la xrasa nak vomit out.

pas kul 10 tu, masuk balik bilik misi tu utk amik darah. masih misi yg sama. yg xbaper reti nak godek salur darah tu. bleeding smpi kena baju lagi. xpelah, maafkan je la dia.

seminggu pas tu, g la semula ke KK tu.
resultnya: fuhhh lega!
sebelum: 3.4
selepas: 3.8
komen misi: kandungan gula awak normal. kalau saya jadi doc, saya xkan mintak awak minum air gula.
komen saya: (dalam hati) redhaa je laah

pape pun, lega, sehingga saat itu, saya bebas la simptom diabetes tu. harap2 pas ni sama la ye...say no to diabetes!

minggu ni (9 - 15 ogos) kandungan dah masuk usia 19 minggu.
tp, ummi mmg xrasa lagi kena kick ngan baby..
cuma dua minggu ni ada la rasa keras kat part of tummy. bila sentuh area situ, kita boleh rasa la, maybe the baby. sbb part keras tu, xsama macam part lain. abah pun smpt la pegang my tummy 2 3 kali bahagian yg sedikit keras tu.
ummi xsabo la nak rasa baby kicking.
syahdu....
satu perasaan yg lain dari yg lain.
terasa, insan di dalam ini, mmg tak ternilai...
Ya Allah, lindungi semuanya..

:)

No comments: