(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

September 17, 2009

salam aidilfitri ;)


salam semua.. tinggal lagi insyaallah dua hari sebelum syawal menjengah, dan dalam masa yg sama ramadhan akan meninggalkan kita.. sedih dalam gembira.. sedih kenapa? sbb bila bulan ramadhan ni, kita hanya dengan diri kita je, jahat atau baik, cuma hati kita jer..xde bisikan jahat dr makhluk Tuhan yg direjam itu.. hati ni kalau bulan ramadhan rasa tenang aje.. sedih kan..sbb pas ni makhluk tu akan berlegar2 lagi.. gembira pulak kenapa?? of course due to this festive season.. SYAWAL.. nak nak raya pertama kan.. hari yg paling ditunggu2.. :)
awal minggu ni, sy dah kurang mood utk keje, tp tugas tetap kena buatkan. dan hari ni ari khamis, yg xsabo2 sy tunggu sejak isnin yg lalu.. penat betul tunggu.. xsabo nak balik kg sbnrnya..ihiks.. sesungguhnya ingin ditekankan, sungguh e.x.c.i.t.e.d saat utk blik kampung tu, walaupun bila sampai je rumah, xde bende yg luarbiasa menarik pun.. hehe insyaallah, mlm ni sy balik kampung.. arap2 jalan xjem, kalau jem pun, just treasure the moment, nanti thn depan kalau pjg umo boleh kenang moment balik raya thn ni.. balik kg ni, ada 2 hari sblum raya..smpt g wat preparation ala kadar.. selalunya hari2 sblum raya ni sy suka ikut ayah sy g kemaman, tmpt tumpah darah kelahiran beliau, mengagih-agih apa yg patut utk raya kpd sanak saudara, sambil2 mengimbau kenangan lalu.. (chewahh, jiwang smpt aje!!)eh eh tolong sket, bukan jiwang kosong tau... :)
aktiviti lain sblum raya ni, mcm org2 lain jugak la kot kemas umah, time tu la nak cuci mana yg patut, lap tingkap la, kipas la, lantai la, salin sarung kusyen la saling langsir la.. mcm2.. kira ari last puasa tu abis masa ngan kemas umah je..nak raya kan.. xsabo..xsabo..xsabo nak kerah tenaga askar be-3 kat umah buat sume tu.. heheh
mlm raya.. best gak ni, agenda mengisi biskut raya, mengisi angpau raya (si kecik fikri sungguh suka aktiviti ni walaupun bukan duit dia yg diisi dalam angpau tu :D ), aktiviti tolong menolong di dapur, dan ant yg paling penting, aktiviti meng-iron baju raya dan menayangkan utk adik pilih yg mana paling glemer la kunun-kununnya..
sy mohon, aidilfitri thn ni berjalan semanisnya utk keluarga sy, dan semua keluarga2 di dunia ini.. ;)
P/S: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UTK SEMUA TEMAN-TEMAN YG MENGENALI SAYA, MOHON MAAF DR HUJUNG RAMBUT KE HUJUNG KAKI ATAS SEGALA KETERLANJURAN KATA2 ATAU PERBUATAN SAYA.. jemput dtg raya.. :)

No comments: