(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

June 15, 2014

happy birthday dear abi

Bismillah..

15 Jun 2014.

i never wrote about this day for the past few years back. it should be a special date.

Happy Birthday dear husband with one adorable wife and two lovely and charming princess (and soon for more son and daughter, aamin ;) )

dan

Selamat hari Bapa jua buat orang yg sama.

nama orang tu, Mohd Zulkifli.

alhamdulillah, masih punya usia. dan moga bertambah panjang usia dalam keberkatan. semoga semakinm murah rezeki. semoga suksess dalam kerjaya. semoga bertambah2 amalan. semoga selalu bersabar dengan kerenah bini dan anak-anak. semoga tidak kenal penat dan lelah jatuh bgn dalam kehidupan. semoga terus2 bersabar mendidik kami anak beranak. semoga berjaya berhenti M. dan didoakan yang baik-baik untuk abi.

aamin..

abi nak hadiah pape ker? hehee

 yes.. he is wonderful :)

 what a complete role a husband might be to a wifey..
thank you Allah, for grant me this person. (time baik la, time gaduh.. hehe)


 yes.. mmg bertenang 
hihih


 latest pic of him..
4 thn lebih duk di sisi..
and couting more..
aamin..


 *moolat nye adik*


 selain dr husband, a lover, a partner and a friend macam gambar kat atas, dia juga peneman dalam labour room.

kena tulis dan bgtau dia, sebagai reminder, untuk akan datangg tugas tu juga dia sandang..
kiki
insyaAllah...

yang ini, dlm LR baby nurin zahra..


 yang ini baby nisrin zhafrah

terima kasih sudi datang dalam hidup ini. 

semoga Allah selalu mudahkan urusan abi yer.. aamin..






 

June 12, 2014

Types of Constitution

Bismillah..


oh yess. hobi tahun ini disemarakkan dengan membeli dan mengumpul buku baby food / homemade baby/toddler food.

:)

ada lagi sebahagian dekat rak buku.

hari ni nak kongsi review buku diet therapy for infants. suka buku tu sbb penulis kongsi dari asas tentang pemakanan dr infant hingga ke toddler. ada chapter khas tuk breasfeeding, chapter khas jadual pemakanan untuk anak, chapter khas tuk khasiat kelas makanan yang sepatutnya baby kita consume. 

hari ni, nak sentuh tentang 'Types of Constitution'

 dalam kes ni maksud no 3 tu lebih sesuai.

ayat penuh dari buku.

infants under one year old enjoy a rapid growth rate and a high metabolism. therefore, the majority of them has a warm body constitution and tends to be afraid of heat. however upon one year old, infants start to eat the same food as adults and their body's constitution begin to develop differently.

6 Major Constitutions

saya upload gmbr yer. sila klik to enlarge.







dalam setiap gambar ada detail untuk setiap 6 constitution. bukan saje saje nak share sebenarnya. duk revise-revise buku ni, tetiba teringat anak sendiri.

my nisrin.

dia tu, kalau tak jaga makannnn, mmg sembelit. kdg2 3 4 hari baru poo poo, itu pun dengan susahnya nak buang. menangis bagai. halaii..susahnya hati omak. kadang2 kena psiko dia..baru la nak makan buah.

tp silap mak nye jugak, tak betul2 jaga diet si anak. nasib si nurin makan jer..sbb omak nya baru belajar banyak pasal baby food ni.

ok back to nisrin.

symptom yang paling hampir dengan nisrin,adalah constitution yg no 3. sthenic.

saya sudah tuliskan dengan comot di situ maksudnya - having a high or excessive level of strength and energy. hahahah

super duper aktif. tp tak smpi hati nak kata hyperactive. huhuh tp if hyperactive mesti teacher dekat sekolah nisrin akan awal2 bgtau. some friend said it is common. dia masih dalam dunia explorasi. nanti dah kenal malu, dia akan jd slow sendiri. tapii haihhh risau bab sembelit tu..

so setakat ni saya mmg pegang yang no 3. remedy yg paling senang, PISANG!!! hehe
tp mmg memaksa la dia makan. bebaru ni, rajinkan diri buat pisang grill. balik keje, pecat tudung terus masuk dapur. potong pisang comey2, grill atas pan..tabur la cheese skit..cinnamon sikit,,selang seli susunan pisang dengan anggur..cucuk food pick. habis!! tp omak kena menunggu sambil bercerita tunggu dia makan. malammya terus poo poo dengan senang. aduii. anak..

kalau baca detail lagi ada perkataan detoxify di situ. kena buat sesuatu la tuk detox tu..

insyaAllah, nanti kena usaha detox si nisrin nih..

 
anak kawan2 yang lain acaner? 


4W 1 H

Bismillah...

puteri cilik kami. Nisrin. :)
membesar la kamu dalam kesejahteraan.
tapi kdg2 keaktifan tu yang buat penatnyaaa nak melayan. hehe

cerita nisrin masuk school ditengah2 tahun, cerita potty train dia, belum di kongsi kan dalan blog.

dia. lambang ikatan kami suami isteri. alhamdulillah. Allah bg rezeki anak. macam benchmark juga nisrin ni pada saya.

dari A hingga Z dalam motherhood journey.

pernah soalan di tanya kepada suami..

"Abi..kalau tengok perfomance umi dalam labour room, masa bersalin kat adik, ada peningkatan dok berbanding kakak dia dulu"

hahah

biasala, dialog suami isteri, kdg2 soalan tak masuk akal pun di bincang. 

sebelum si dia menjawab, saya dulu terus buat telahan. jawapannya sudah tentu la 'ada peningkatan'

"ha ah laa.." bilang si abi.

tauuu takk..

masa nisrin, it took soooo long to push out her. dan saya mintak macam2...... memalukan pula bila refresh.

mintak di situ, pertolongan luar supaya cpt2 si anak bole keluar. mintak forsep lah..mintak masuk ot lahh..mintak nak guna epidural supaya boleh kurangkan sakit yang menggila.

#throwback - nisrin overdue, 41weeks, induced, membawa kepada sakit paksa.

Ya Allah. when nisrin pop out, lega nya Allah yang maha tahu. malahan tak rasa sakit saat dijahit luka perinium tu. ye of course luka sbb xada langsung teknik yang betul. bukan tak diajar, bukan tak pernah baca persediaan, tp sbb first experience.

2thn 20 hari kemudian, lahir si adik.

lebih natural, walau tak sepenuhnya lagi.

tiada induce ubat. sakit dtg sendiri pada minggu ke 39. 

cuma, masa dah masuk labour room, ada didrip air supaya cepat prosesnya. itu je la yg sikit tak natural. tp, mental dan fizikal lebih bersedia. sakit tu ada, tapi masih di tahap yang badan bole resist. alhamdulillah. first degree luka perinium. sikit jahitan. itu pun dah cukup improve pada saya tau. 

yang ke-3 dan seterusnya, mohon didoakan yang baik2 jua utk saya. aaminnn..

4 W 1 H regarding maternity process.

1 W. What

What di sini merujuk kepada proses bersalin itu sendiri. masa anak pertama, dah 40 minggu tu, nervous jugak menunggu tanda. tanda yang apa Allah nak bg kita rasa. kena rajin google, cari tanda-tanda bila bersedia untuk bersalin. apa risiko diri kita. sbb sesetengah orang, tak sama apa tandanya itu. lebih2 lagi kalau yang berisiko. GDM contohnya. high blood pressure, low blood pressure, atau apa2 tanda dan risiko diri. kalau urine ok, blood pressure ok, kdungan air ketuban ok, insyAllah boleh extend lagi tempoh sebelum bersalin. 

2 W. Why

Why kena amik tahu banyak benda. - persediaan mental, fizikal, rohani nak bersalin ni, kena amik tahu pengalaman2 orang lain... sbb sebolehnya tak mo la jd yg bukan2.. kita yang nak deliver..nak bertemu dengan zuriat sendiri. pernah saat ada sorg temab berkongsi di blog, bagaimana isteri seolah2 dijadikan bahan uji kaji di sebuah hosp, respon org tu pelbagai..paling terkesan saat baca satu respon, menyatakan diri pengguna itu betul2 dulu kena tahu dr A smpi Z setiap prosedur..smpi tahap, kita jaga tak badan kita sewaktu sebelum preggy, semasa preggy, supaya badan maitain fit di hari kita sakit bersalin, dan tidak la membawa masa yg dragging dan akhirnya mengundang proses yang tak boleh diterima akal. err..paham ke maksud yang ingin di sampaikan? hehe
takpa la, yang penting..penting tau kena ambik tahu. tgk background hosp yg kita pilih..tgk risiko diri tu camana..previous kelahiran camana.. jgn lupa doa doa selalu pada Allah. Dia kan menentuka segalanya.

3 W. When.

ada orang cepatnya lahirkan baby. ada yang lambat. saya dah rasa dua-dua 41 w dan 39 w. dan ada yang lebih awal. cepat atau lambat, sama2 doa baby dan ibu dalam keadaan kesihatan yang optimum.

4 W. Where.

heheh
yang ini paling scary. di mana.

di hosp gov?
di hosp private?
di rumah?

timbang2 kan mana yang terbaik dan termampu.

5 H. How.

Doakan yang terbaik untuk diri dan yang lainnya.

okey sekian post yang biasa2 ni. teringin juga nak beranak lagi. nak ada baby boy..

ce tgk gambar anak kawan ni.. kembar..

 bestt kann..sekali keluar..dua org teruss..

ok, usaha!

heheheeeee

June 05, 2014

nota hati buat pembantu rumah

Bismillah.

mahu mencoret nota hati kepada seorang pembantu rumah.

ada dua analogi utama yang datang dari hati.

PERTAMA.

andai saya seorang majikan yang punya pekerja bergelar pembantu rumah, dan andai saya ini seorg majikan yang cerewet, pasti banyak betul ragam dan keletah majikan yang harus pekerja saya ambil cakna. perlu tip top dalam semua kerja. jangan sesekali curi tulang. jangan pernah juga menipu, mengambil barang yang bukan hak. jaga si anak dengan sebaiknya..jgn di beri makan yang bukan-bukan. layan dia seperti adikmu sendiri..bukan dibiar sendiri. jangan ambil mudah semua perkara. dan banyak lagi.

begitula.. 'penat' nya hati. menghitung hari. bagaimana kerja si pembantu rumah. goyang kaki kah dia.

huhuh

tatkala penat sgt terasa, terus reflek diri. saya sekarang siapa. majikan saya siapa. ok. terus terang saja. saya, pekerja makan gaji dengan kerajaan, atau dengan bahasa komersial, civil servant. majikan saya bos besar KPM. andaikata diselidik sebetulnya, puas hatikah majikan saya dengan performance saya sebagai pekerja nya? baikkah prestasi saya? tidak pernah ke saya curi tulang? goyang kaki sahaja kah saya di pejabat? siap semua on time ke apa2 yang di minta oleh ketua jabatan?

diam sendiri.

siapa kita kan untuk mencari dan mengharap kesempurnaan seorang pekerja. mahupun saya PPPT atau pembantu rumah.

hehe 

perbandingan yang melampau mungkin. maaf kalau terasa. dalam kes ini, saya la PPPT tu. dan si pembantu rumah tu pembantu rumah saya.

mahu lagi skali ditekankan. pembantu rumah saya lebih kepada pengasuh anak di rumah. bukan kerana tujuan di ambil untuk senangkan kerja rumah. sikit-sikit shj.

 analagi seterusnya.

KEDUA.

jujur didedikasi kepada pembantu rumah. 

andai kita bekerja di pejabat, di kedai sendiri, hatta di mana skalipun, adalah lebih gembira kita dengan kerja kita, sekiranya... tempat pekerjaan itu kita anggap seperti rumah kita. lebih mahal dengan istilah RumahKu Syurgaku. Pejabatku Syurgaku.
anggapla ofis kita rumah ke2 kita. supaya kita lebih suka kepada suasana kerja. 

jadi wahai pembantu rumah, anggapla rumah majikan seperti rumahku syurgaku bagi mu. belai la rumah majikan mu sebaiknya. barang2 majikan mu dijaga sebaiknya. jangan di ambil sambil lewa. ambil mudah segala nya. duduk tepi kipas ambil angin sepoi2 bahasa, sedangkan ada kerja yang majikan mu tidak puas hati.

hehe

end of story



June 04, 2014

cuti balik semenanjung day 3

Bismillah.

nak sambung kisah balik kg. hahaha

petang hari ke2, 14 mei 2014 sebelum balik dungun, singgah jenguk umah en suami. dah amik kunci bulan januari yang lalu. tp sbb ada defect, jd tunggu pemaju baiki dulu. bulan april lepas, ayah saya kata diorg dah siap..itu yang alang2 balik ni untuk tgk ok ke pemaju tu baiki.

dalam banyak2 gambar, paling suka tgk gambar 3 beranak ni. cam nak terkam apa je kan. hehehe
 

cantik pada mata saya. sbb lagi cantik dr umah kami di kotasas. kekeek tapi... mmg tak tau bila leh duduk. atau mmg tak kan dpt duduk.

sehingga skang, mcm dah settle defect semua. proses seterusnya nak masuk basic thing, lepas tu cari penyewa la kot.
iklan, in case kalau kawan2 ada mencari rumah sewa, di kawasan balok perdana, kuantan, boleh la jenguk2 rumah ni. full details, inshaAllah lepas dah bersedia nanti.

rumah end lot, sebelah ni luas lagi compound tu. buat taska pun sangat ok nih.
hihi
*promote*

Hari ke3 di dungun. perabih masa tgk aki n tok ma melayan cucu2. tau tak masa balik bulan jan hari tu, adik nurin langsunggggg tak boleh renggang dgn umi. nangisss sokmo. aki, tokma, ayoh su, ayoh ngoh, ayoh mi dia tegur, sentuh, x bleh langsung. apatah lagi nak dukung. sian betul anak sabah nih. hehe berbeza sgt dengan nisrin...

balik kali ni, alhamdulillah. ada perubahan. walau masih tak bole dukung2, tp usik2 tu dah boleh. kita tgk la balik raya ni camana pulak ye dikkk? kalau buat video call tu kemain lagi melayan. mcm kenal sgt jaaa. heheh
 
 walker yg tertinggal di kg, missed shipping. heheeh sebab tertinggal adalah kerana duk umah bs, terlupa nak amik. jd bawak balik tersadai umah tok ma la jawabnya. si adik ni mmg tak kenal walker. nisrin dulu pun sbb bs yg request nak walker. kalau ikut umi xdanya nak beli. orang kata kalau ada walker cepat skit jalan kan.. tapi tidak.
nisrin setahun sebulan
adik setahun sebulan

sama jugak.
hehehe

 kakak igt lagi ke ha saat beli walker nih? beli di baby home beserah, kuantan sana.
kekeke

petang hari ke-3 tu, kami jalan2 ke Mesra Mall.
makan2.
yong tau fu. lamaaa nya tak makan. dapat makan kali tu pun kira syukurr sgt. kesihatan anak2 baik, diri sendiri pun ok.. suami pun sihat. org tua yg diziarah pun sihat.



 air buah gelas besar. rm5. kat kk saya tak ketemuan lagi. hehe
takpa, kita simpan bila kita panjang usia dapat pindah semenanjung nanti.
insyaAllah. aamin.

:)

 cakkk adik! pakai gaun kakak saiz 4 thn. mcm comel je sbb labuh. tu  senang jadi anak no 2 yang sama jantina cam kakak. sbb baju2 adalah turun temurun. heheheheeh 


 satu sikap comel si adik ni, org yang tak kenal dia, tak usik dia, yg buat dek kat dia, dia boleh pegi tegur... tapiiii dekat ahli keluarga yg admire dia..boleh buat2 malu, taknak pulak..
heheheh

dah abis cerita hari ke-3.

:)
 

June 03, 2014

cuti balik semenanjung day 2

Bismillah.

alhamdulillah. masih punya masa untuk bersua dalam dunia maya.

smalam bekesempatan kongsi hari pertama balik kampung. aduii, sgt istimewa tau perasaan dapat balik kg sejak duk jauh ni. suami menyebut sbagai BerCUTI. dulu2 tak rasa se-istimewa mcm gini kut.



flashback day 1. (KLIK SINI) (^,^)


suka pulak eh tgk pic si cilik nurin ni. heheee

petang day 1 di kl sana, terus hantar adik ke UIA gombak. pinjam kereta dia sbg kenderaan tetap utk kegunaan kami.

jam 7pm 13 mei 2014. senja di semenanjung. rindunyaaaa. kalau di kk, dah gelap dah  jam 7 ni. dah masuk waktu magrib dah pun.
exit UIA. nak menghala semula ke lebuhraya menuju kuantan. home sweet home kotasas.
singgah di RnR temerloh mlm tu. makan ikan patin masak tempoyak. boleh tahan sedapnyaaa.


ada budak kepenantan sbb tawaf dalam aquaria. tdo je smpi rnr temerloh.
malam tu jam 12 tgh malam smpi kotasas.

last step on rumah sendiri ni waktu viva projek master, dlm tempoh berpantang. now si adik dah setahun 4 bulan. sethn lebih la maksudnya tak jejak bumi kauantan tu.

day 2 in kuantan.

pagi2 dah kejut anak. alhamdulillah kesihatan anak2 ok. pagi tu abi bawak makan dekat kedai fav kami masa duk kuantan. restoran makcik timah 2, indera mahkota. harap juga dapat jumpa kawan2 polisas, kut2 ada yang sarapan disitu. tapi harapan tak termakbul. hehe. adik nurin makan bersepah, smpi tokei kedai cakap 'budak sihat duk saboh'.. hahaa

lepas makan, pusing2 cari dobi. kemudian, abiskan masa dekat Teluk Cempedak. tgk pantai. sebelum smpi tu, mmg lalu-lalang dulu jalan2 yg biasa kami lalu. alahaiiii, semua momen hampir datang kembali dalam memori. lalu jalan ni, apa yg istimewa.. lalu jalan sana, ada apa yg best. kekeke

layan gambar je la ye kawan2. hihi syok la. angin sepoi2 bahasa. kuantan ni mmg byk tmpt berjalan. hehe tp sbb masa tak byk, satu tmpt je la peginya.










matahari dah meninggi, balik la kami. tghari beli nasi kukus fav dekat kolej shahputra. hehe. balik umah anak2 tdo... lewat petang tu singgah balok perdana sekejap. magrib tu bertolak balik dungun... 

tetiba rasa, rinduuuuu nyeeee nak balik kg. huhu

ok day 2 in kuantan tamat sudah.







June 02, 2014

cuti balik semenanjung day 1

Bismillah.

jun 2014.

2nd quarter thn 2014 sudah di babai kan.

ini baru nak kongsi pengalaman balik kampung untuk ke2 kali untuk tahun 2014. awal tahun 2014 dah balik. ingat ke mampu tahan kerinduan sehingga ramadhan nanti. tapi silap. homesickness pula aihhh. alhamdulillah. pulang ke kampung halaman kali ini ditaja lagi. kalau bulan 1 hari tu guna waran yang layak, yang mei ni, tajaan ayahanda. kikiki btw, terima kasih buat ayahanda. 

tempoh bertenang di kampung/semenanjung bermula pada 13 mei 2014. hari wesak. 




gambar si cilik dalam flight. luckily mas airlines dari kk ke kl mmg ada provide seating yang ada skrin tv di depan seat tu. mmg membantu anak2 bg ralit melayan cerita. cuma si adik. nasib juga saya dah sedia beberapa gajet..buku2 kecil..toys fav. sejam pertama perjalanan, diorg tdo. sejam kedua tu yg melayan kerenah. yang kiri ni si cilik nurin zahra iffah, yang tengah si cilik nisrin zhafrah. yg x nmpak kepala, si abi. team2 sukan sabah nak g semenanjung pun ada skali. ramai diaorg. makan pagi tak best kali ni. layanan stewards pun tak se-umph selalu. hehe

landed safely. ayah ngoh kepada anakanda menanti di KLIA sana. heading terus ke tmpt yg di cita.

lamaaaaa sudah mengidam nak bawak anak2 tgk ikan. ikan fresh. 
hihih
mana lagi kalau di kl ni. aquaria la kan.
 
tiket masuk rm38 utk dewasa.
rm28 untuk 3thn ke atas.
pergi ber5.
saya
suami
adik lelaki dua org
adik ipar sorg
nisrin
nurin

kenangan di aquaria mei 2014

 kami yang payah benor nak bergambo ber-4. kalau yg romantik saya n suami, mmg nan ado langsung la jwbnya.
*nisrin ralit tgk ikan.maklum la first time. si adik mode blur blur lagi. 

 tunnel ni tmpt yg paling syok n real kan. ikan gerak atas, kiri kanan kita. paling syok juga sbb boleh tgk lagi si kudsia. mmg makin sihat. nisrin 2 kali lalu dekat tunnel ni.

 nisrin lagi..

melayan perasaan tgk penyu.
penyu nakal ni. g kejut semua ikan2 yg sedang syok landing
 

 umi dengan nurin
nurin baru nak belajar kenal fish. heheh

 nengok muka budak yg baru nak belajar kena ikan gerak2. heheh

 kakak nisrin lagi..


 dan lagi..

hehehe

syok.
kalau murah, agaknya tiap kali balik semenanjung, sblm balik kg, singgah sini dul. hilang stress tgk haiwan2 comel nih.

nisrin tak sudah ulang2, nak g tgk fish, tgk octopus..tgk penyu..

ok la. last pic.


:)

lepas dah abih 'trip dalam aquaria' ni, terus balik kuantan. 

ok cerita hari seterusnya, blog post yg seterusnya.