oh yess. hobi tahun ini disemarakkan dengan membeli dan mengumpul buku baby food / homemade baby/toddler food.
:)
ada lagi sebahagian dekat rak buku.
hari ni nak kongsi review buku diet therapy for infants. suka buku tu sbb penulis kongsi dari asas tentang pemakanan dr infant hingga ke toddler. ada chapter khas tuk breasfeeding, chapter khas jadual pemakanan untuk anak, chapter khas tuk khasiat kelas makanan yang sepatutnya baby kita consume.
hari ni, nak sentuh tentang 'Types of Constitution'
dalam kes ni maksud no 3 tu lebih sesuai.
ayat penuh dari buku.
infants under one year old enjoy a rapid growth rate and a high metabolism. therefore, the majority of them has a warm body constitution and tends to be afraid of heat. however upon one year old, infants start to eat the same food as adults and their body's constitution begin to develop differently.
6 Major Constitutions
saya upload gmbr yer. sila klik to enlarge.
dalam setiap gambar ada detail untuk setiap 6 constitution. bukan saje saje nak share sebenarnya. duk revise-revise buku ni, tetiba teringat anak sendiri.
my nisrin.
dia tu, kalau tak jaga makannnn, mmg sembelit. kdg2 3 4 hari baru poo poo, itu pun dengan susahnya nak buang. menangis bagai. halaii..susahnya hati omak. kadang2 kena psiko dia..baru la nak makan buah.
tp silap mak nye jugak, tak betul2 jaga diet si anak. nasib si nurin makan jer..sbb omak nya baru belajar banyak pasal baby food ni.
ok back to nisrin.
symptom yang paling hampir dengan nisrin,adalah constitution yg no 3. sthenic.
saya sudah tuliskan dengan comot di situ maksudnya - having a high or excessive level of strength and energy. hahahah
super duper aktif. tp tak smpi hati nak kata hyperactive. huhuh tp if hyperactive mesti teacher dekat sekolah nisrin akan awal2 bgtau. some friend said it is common. dia masih dalam dunia explorasi. nanti dah kenal malu, dia akan jd slow sendiri. tapii haihhh risau bab sembelit tu..
so setakat ni saya mmg pegang yang no 3. remedy yg paling senang, PISANG!!! hehe
tp mmg memaksa la dia makan. bebaru ni, rajinkan diri buat pisang grill. balik keje, pecat tudung terus masuk dapur. potong pisang comey2, grill atas pan..tabur la cheese skit..cinnamon sikit,,selang seli susunan pisang dengan anggur..cucuk food pick. habis!! tp omak kena menunggu sambil bercerita tunggu dia makan. malammya terus poo poo dengan senang. aduii. anak..
kalau baca detail lagi ada perkataan detoxify di situ. kena buat sesuatu la tuk detox tu..
insyaAllah, nanti kena usaha detox si nisrin nih..
No comments:
Post a Comment