(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

February 05, 2014

Jom Masak : Ayam Panggang

assalam kawan2.

moga ceria selalu.

5 februari 2014 - 23 bulan kami di bumi kota kinabalu. dan sehingga hari ni, tak akan surut pertanyaan, impian bila kami boleh pindah semula ke bumi semenanjung, kampung halaman, cinta hati di sana.. bukan kerana jelik, bukan keran tidak suka, bukan kerana tidak cinta kota kinabalu, cuma batasan lokasi yg amat jauh dari semenanjung. katala apa sahaja, kami ini anak manja, tertutup minda atau apa2, heheh 

seakan serasi, hujan emas dinegeri org, hujan batu dinegeri sendiri..

tp Allahurabbi, DIA maha mengetahui akan segala sesuatu.. kan.

balik cuti baru2 ni, my sweet bonda bg adiah periku ajaib. keke org lain dah lama glemer guna pemanggang ajaib, periuk ajaib, kita baru nak cuba2.

resepi masakan pertama yg saya cuba... AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS.

heheh


resepi fully dr SINI 

sila jgn malu2 cuba. hehe

kita copy paste ke sini ya.

Bahan-Bahan :

1 ekor ayam-bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil (*tapi Mama suka masak seekor ayam belah 2/4)


- saya tak guna sekor ayam pun, 2 bahagian paha sahaja. trial pertama kan.. hehe

 

Bahan-bahan untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk (CT tambah)
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir - hana gune gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up
Sekikit mentega

-untuk bahan perap, saya kurgkan bawang besar - pakai 1 biji je, bawang putih 2 ulas.. utk sos lada hitam - sos tiram sikit, kicap, serbuk lada hitam. gula kurangkan, kiub ayam knor separuh.. 
-perap 5 jam..mula dr lunch break, lepas magrib baru panggang
 
Cara-cara :
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan di dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam (CT perap selama 3 jam)
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.


 -saya panggang dlm 45 minit mcm tu. api kena slow. jgn sederhana, nanti hitam sgt bahagian luar ayam.

gambar credit to owner link yang saya bg di atas tu


alhamdulillah.

kawan2 cuba yaaa..

xperlu ke kenny rogers lagi. lepas ni kita belajar buat sos pulak.

:)


No comments: