(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

July 22, 2013

...cerita sedih...

**4 hari terskip waktu sahur**

amattt penat!

ni nak relese rasa penat tu.
nak menulis.

kisah sedih lg menyayat hati yg heboh di seluruh pelosok negara.

klik (LINK INI)

sob..sob..

berat mata memandang, berat bahu memikul.
pilu rasa jiwa tatkala melihat anak waktu 5.30pm, di dlm kereta, sudah kaku.

Innalillah.


terkedu saat baca komentar org pertama di link tersebut.


lihat pula nota sisipan tulisan wardina safiyyah..


Tulisan dari hati oleh Wardina Safiyah berhubung kejadian kanak-kanak mati lemas dalam kenderaan.

Kepada si ibu Norzatusy Hazwa Abdul Rahim, anak anda adalah milik Allah. Suami kita milik Allah. Malah anggota tubuh kita, tangan, kaki, mata, telinga pun milik Allah. Ya semuanya pinjaman, Tiada satu pun kita yang punya. Apatah lagi rumah dan kereta serta buisness juta-juta kita.

Semua ini ditakdirkan dan inilah saat yang paling baik untuk Nawal Iris Shamsudin kembali bertemu Penciptanya. Dia kini berada di Jannah. Allah lebih Mengetahui. Redha, Sabar dan kuatkan kesabaran. Anda boleh bersedih dan kecewa... Saya juga turut bersedih.

Dunia ini adalah permainan... Ya mainan seperti mana permainan anak-anak kita tu... Permainan dan senda gurau. Dunia ini juga perhiasan cuma "...untuk kami menguji siapa diantara kamu paling baik amal perbuatannya" Surah Al Kahf ayat 8

Di dalam surah Al Baqarah ayat 156 Allah mengingatkan kita manusia... SEMUA dari kita PASTI akan diuji dari 1 daripada 5 perkara ini. Ketika mendalami ayat ini bersama guru saya, dia menegaskan dan mengingatkan kami SEMUA bahawa kita akan diuji samada :-

1. Dengan perasaan takut, resah, risau.
2. Dengan kelaparan
3. Kekurangan harta.
4.Kehilangan nyawa (meninggal keluarga etc)
5. Hasil tanaman hilang (mungkin tak releven bagi kita yang bukan petani)

Yang mana sudah kita lalui? Mungkin satu, mungkin dua darinya, mungkin juga tiga...

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:" (2:156)

Siapa dia orang yang sabar? Iaitu....

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.(2:157)

Itulah dia ungkapan "Innalillahi Wainnailaihai Rajiun"


”Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”[Al-Anbiyaa’: 35]

Salam Sayang dari seorang ibu juga kepada anda **Hugs** Beratnya dugaan. Kita semua manusia biasa semua ada kekurangan.. Yakinlah semua ini telah tertulis dan mungkin ada hikmah yang tidak kita nampak lagi kerana kita ini tak dapat memahami rahsia kenapa Allah melakukan sesuatu.

.....................................

ALLAHU RABBI..

Kalaula masa boleh diputar kembali kan........

kisah ini bagai menutup kisah isteri yg dimadukan..








No comments: