(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

May 17, 2013

cerita tgh malam

1.47am di sini.
biasalah jika melepasi saat tido septtnya, mata jadi susah nak tido. wpun badan sgt penat!

ada cerita lagi ingin dikongsi.

tentang mereka ini.

permata hati yg tiada galang ganti.
datang dlm hidup dengan seribu satu macam perasaan.

semalam, 16 mei, hari guru.

selamat hari guru buat semua guru2 yg tanpa jemu menabur bakti utk anak bangsa. termasuk la cikgu2 sy dr sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kelas fardu ain, guru mengaji, matrikulasi, universiti peringkat degree dan peringkat master.

dan..

utk suami dan diri sendiri jugak.

yang penting jua, guru utk anak2 ini.

mlm 16 mei, en abi ada kelas mengaji dengan kawan2.

jadi tugas menjaga anak2 disandang dgn kemas di bahu. tp biasala tenaga tu tak kekal lama. belum 9.30pm sy sudah mengantukk. tp anak2 segar bugar. mula la bad mood. smbil tu terlena juga. dgr si kecik menangis, bangun skjp, pujuk2. diam pulak.. 

tgk jam, haaaii, lambat lagi nak pukul 11 lebih. (en abi balik ngaji waktu tu la)

si kakak pula asyik dgn tv, makan buat sepah2. tambah bad mood lagi.

kalau la anak2 ni mengerti yg ibu nye penat.. huhu

tp mana la diaorg faham apa2.

hampir jam 10, kemas tmpt nisrin sepahkan, buat susu utk dia. tukar cd adik, baju adik.

ngantuk tak hilang2. berair2 mata tahan ngantuk. 

10.40pm kot, abi call. agenda utama terus dinyatakan tanpa segan silu 'balik cepat, org letih doh ni' huhuuu

balik si abi, pass terus si adik ngan kakak. huhu lena skjp sy tp masih nisirn ganggu. adik nangis.

sy terus masuk bilik. penat sgt2 dah.

tp tak lama... 11.40pm, kuar bilik ajak si kakak ke bilik air, tukar baju,dd.. 
ambik adik pulak. tukar baju, cd adik.

abi?

terus zzzzzzzz

senangnya jadi sorg lelaki!

kan?

bawak adik duk kat sofa.

hampir 12 midnite. ngantuk ada lagi si ibu ni.
si kakak dtg dgn baldi yg penuh dengan hanger. sahhh masih aktif lagi. di campak2 hanger sambil tunjuk2 aksi berlawan. si adik join skali, mengekek2 ketawa.

saya perhati sgt kalau si kakak ajak bermain, adik mmg bg respon yg sgt baik. galakk sgt. mmg kuar suara gelak comel dia.
tp bila abi umi agak, hanya senyuman comel je dia balas.

sayang sungguh si adik pada kakak tunggal dia tu. :)

sampaila 12.30am mcm tu, nisrin smbung makan kerepek... masa ni la.. terfikir sesuatu.. terimbas sesuatu...

cerita pembantu rumah sy tgh hari td.

begini cerita dia.

jam 9lebih nisrin bangun tido, terus meluru ke tingkap. dengan bunyi motosikal. di sangka abi. tp bila tgk betul2 bukan abi, pasrah, lantas kembali ke tmpt santai depan tv. berhenti sebut abi..abi..

kemudian tak lama, jenguk lg dkt tingkap.
nampak sorg perempuan lalu. di sangka umi dia. 
lantas ajak si pembantu keluar rumah, smpi ke pintu pagar blok nak kejar perempuan td yg di sangka umi.
bila nampak bukan umi, baru la ajak pembantu rumah masuk dlm rumah.

masa terimbas cerita pembantu ni, sy jadi bersalah bila mengharapkan anak2 tido awal spy sy boleh rehat.

kalau di selami dalam2, perasaan nisrin di tinggalkan sementara oleh abi umi, cukup sedih pada saya.
jd perasaan itu, di ganti pada malam hari. melayan dia, main dengan dia, makan dengan dia.

sungguh, rasa cemburu dengan ibu ibu yg kerja dr rumah. dpt tgk anak sepenuhnya dpn mata. anak2 tidak rasa ditinggalkan..

jam 5 ptg balik dr tmpt kerja, bukak pintu rumah, tak smpt sy abiskan salam, si nisrin dengan ceria berkata 'hhhaaiiiiii'... melompat2. sungguh. sy rindu!

hampir magrib, saat sy didapur, goreng jemput2 pisang, nisrin nmpk kelibat abi dia terus cakap 'hhhaiiii abi'

.....

perasaan yg sy xboleh cerita bagaimana sebenarnya....

ptg td merasa la nisrin naik moto dgn abi, pusing2 dlm poli.

abi dia buat masa ni kerja di bandar kk. posting sementara di industri. jd dr pg smpi petang mmg tak jumpa abi. mcm saya, sy balik jugak tghari jenguk anak2.

sungguh, sementara anak2 perlukan perhatian, sy igin sgt bekerja dr rumah. nti anak2 dah sekolah baru smbung keje dr opis. boleh ke?

:)




selangkah ke depan bg en suami saya.
doakan. moga dia dpt tempat dalam proses ini.

aminnn...


No comments: