(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

February 15, 2013

bersalin ke dua kali : birth story 2

salam jumaat penuh berkat.. ditmbh hujan rahmat di sini..

ni gmbr adik ari ke-25.
moga kesihatan yg baik selalu menjadi milik adik.

mahu menyambung kisah tergantung, birth story adik.

dalam labour room. kalau tanya saya, labour room sinonim dgn apa.. hihi jawab saya, sinonim dgn sakit bersalin. *kasi trauma sketttt hihih but jgn risau, lama atau kejap, at the end insyaAllah akan lahirkan putera/puteri hati kita kan.

alkisah.
terlupa mahu dicatatkan dlm entry terdahulu, saat bukaan sudah cecah 5 cm, doc decide to pecahkan air ketuban.. 

then siap2 suma, saya terus turun ke lr, bertemankan en suami. *wohohoh tau x, saya lupa langsung mintak maaf even salam2 dgn family. nak cium anak pertama yg sedang syok tido pun lupa*

almost 7pm : dah masuk lr, apa lagi kena baring la. tunggu la di situ sehingga baby kuar.

utk cepatkan lagi progress bukaan, nurse masukkan air, drip air. ini pengalaman kali pertama. sakit jugak ye cucuk drip ni. maklumla dkt tangan ni takde isi, cam kena tulang sendi je je cucuk tu. huhu

sejam pertama, sakit tu ada, level makin tinggi dr sblum tu, tp saya boleh resist lagi. sambil borak2 ngan en suami kat sblh. cite2 kosong gitu., browse fb. tp fikiran mmg xboleh fokus. tak tau sakit mendatang camana.

around 8pm kot, nurse ve lagi. baru 6cm. alahai mcm lambt pulak.
bosan dah baring nih. sbb langsung xdibenarkan bgn.

nak buang urine pun disitu la sume atas bantuan nurse. siksa eh rasa.

but then...

level sakit makin lama makin kuat........

n ini sume, i tak boleh describe guna words.

hanya mampu pegang sisi katil n tangan suami saat kontraksi memuncak.. n nurse pesan control guna pernafasan, tarik nafas via hidung, hembus guna mulut. quite help, *sikit laa

nurse ve lagi. check jalan check kepala baby.

ada istilah yg nurse guna tp lupa. mungkin kepala baby dah betul2 di laluan serviks.

time by time tak igt dah bukaan baper cm, i told nurse not to leave me. *masa tu en suami naik atas tgk nisrin jap*

masa tu jgak i bgtau nurse, i rasa nak membuang air besar.

nurse dgn nada yg baik hati bgtau, adik tu bukan nak buang air besar, tu sbb kepala baby dah turun, dia tekan saluran uang najis tu.. Ya Allah.. mmg saya xboleh gmbrkan dgn kata2 nak melawan sakit nak menunggu 10cm tu..

n then..kejap tu, saya bgtau nurse, nurse saya rasa baby nak kuar..
nurse dgn muka relaks lagi bgtau jgn push dulu dik, belum masanya lagi..eheh mmg betul pon sbb belum 10 cm.

tp mid-wife, nurse dah ready.. dah panggil doctor pun skali.

doc tgk suami xde kan, dia pesan suruh panggilkan.

by the time 10 cm, yea, diaorg suruh push.

again, again and again.

3 4 kali tried jugak, finally baby keluar.

Ya Allah, Ya Rabbi,,

alhamdulillah.... 9.03pm, 20 januari 2013 bersamaan 9 rabiulawal 1434H.

*sungguh tak terluah dgn kata2*


doc angkat baby n terus tanya saya, girl ke boy. 

*doc cakap baby kecik je..estimate 2.6kg mcm tu.. 

*suppose kalau dkt gov hosp baby yg fresh lahir akan terus letak kat dada mama kan. n baby akan latch dgn mamanya to find mama's nipple*

ohh yaaaa.. during sesi push, i ada buat mistake. so ada luka perinium.
sampai doc cakap, sayang la awak ni..patutnya tak koyak ni. what to do.

n then proses keluarkan uri, proses jahit luka, proses bersihkan semua.

but kali ni, i boleh dgr n tgk sendiri anak depan mata. coz dlm lr tu dah provide sinki utk bersih baby n proses2 lain...

*paling best dpt dgr sendiri abi baby azan dan qamat baby...dan juga belah mulut baby. i capture gmbr n video. tp bila siar semula xdgr pun suara baby azan qamat, suara baby nangis kuat sgt* hihii


dah selesai semua, masuk bilik ward, nurse ada hantar baby dekat bilik utk bf baby. suke nye dpt cium baby, dpt bau baby n yg penting baby boleh latch....

but this time, saya diserang rengat. *sakit mcm kontraksi, nak bersalin. smpi ke belakang kena* ohhh tak abis lagi.

family abg ipar pun dtg, for 2nd time nak tgk baby baru..

dan bermula episod menjadi ibu kepada 2 puteri hati.

end of birth story

*lega dpt abiskan entry*

Dear Nurin Zahra Iffah, nama pilihan hati ayah bonda.. membesarla kamu sebaiknya.
salah seorg tonggak keluarga kita..
moga iman , akhlak yg baik menjadi amalan mu, moga ilmu yg berguna menjadi pegangan mu
moga jiwa yg kuat dan kental menjadi jati diri mu



3 comments:

Allene said...

tahniah.. =)

zuriani said...

tima kasih.. :)

rezzal azman said...

Salam, saya suami kepada seorang isteri yg bakal bersalin dalam masa yang terdekat. Berapa ya cas yang dikenakn untuk bersalin di hospital pakar prkmuip ni? Harap cik dapat reply ke email saya : rezzal4715@gmail.com. Tq..