(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

October 01, 2011

kenali CD kita - CD bahagian 2

p/s: segala gambar2 ada lah copy paste dr laman sesawang yg akan sy creditkan di hujung entry ya.. ediiting ada yg saya buat..


bahagian seterusnya..


mengenali struktur binaan CD ;)




source dr SINI
Kenali Cloth Diapers

1.CD : 
cloth diaper / lampin kain.

2.Pocket diaper : Lampin kain yg mempunyai poket untuk memasukkan insert/soaker mengikut keperluan bayi.

3. Insert/Soaker : Penyerap kebasahan yg diperbuat kebiasaannya dari fabrik microfibre, boleh juga diperbuat daripada kain napkin yg dilipat2.

4. Microfiber : Material tuala yg tebal, biasanya digunakan sebagai insert atau soaker untuk menyerap kebasahan.

5. Fleece : Sejenis fabrik yg tebal, gebu dan lembut seperti bulu biri2. Biasanya digunakan sebagai lapisan poket, diantara kulit bayi dan 'insert/soaker'. Fabrik ni membuatkan bayi berasa selesa dan kering.

6. PUL : Fabrik yg digunakan sebagai lapisan paling luar, mempunyai penebat air, mengelak kebasahan dari dalam menembusi luar lampin.

7. One size (OS) : Saiz boleh diubah dari S/M/L dengan menggunakan snapbutton yg disediakan, boleh dipakai bayi dari lahir(3kg) ~ 3thn(13kg)




ini bahagian luar CD tu.. ada mcm2 warna, dan corak yg mmg menarik hati... :)


ia di buat dr fabrik jenis PUL (POLYURETHANE LAMINATE)



  • Diperbuat dari kombinasi kapas, polyester atau kapas/ campuran poly. Bahan ini digunakan sebagai lapisan luar kalis air cloth diaper seperti untuk pocket diapers, AIO/AI2 dan juga diaper cover.
  • Kelebihan: “Breathable” (bukan seperti lapisan plastik yang tiada pengudaraan).

seterusnya bahagian dalam CD




  • Material sintetik ini (100% polyester) amat biasa digunakan sebagai lapisan dalam pocket diaper, AIO/AI2 dan diaper cover. Diaper liners juga ada diperbuat daripada fleece (untuk diletakkan di atas cloth diaper sebagai lapisan “stay dry” dan untuk menyenangkan pembuangan air besar bayi dari CD).
  • Fleece ada pelbagai kualiti. Kualiti paling bagus adalah “Polar Fleece”.
  • Kelebihan: Amat lembut untuk digunakan atas kulit bayi, berkebolehan untukmenarik air ke lapisan bawah secara efektif dan menjadikan kulit bayi kekal kering semasa memakai cloth diaper (wicking properties), “breathable”, senang dicuci, cepat kering, “stain-resistant”.
ini bahagian insert CD. yg sy paham, insert ni la berfungsi sepenuhnya utk menyerap air buangan dr baby. kira cam takungan la.. teknik penjagaan dan basuhan ygsesuai boleh menyebabkan insert ni semakin berupaya menjadi penyerap yg baik. insert ini akan dimasukkan ke dalam pocket CD tu.
  • Material ini lazim digunakan sebagai inserts, dan ianya adalah kombinasi polyester dan polyamide (bahan sintetik). Fabrik ini seperti fabrik yang digunakan untuk membuat tuala mandi.
  • Kelebihan: Agak murah, senang didapati, mempunyai daya serapan yang bagus, berupaya menyerap cecair dari permukaan kulit dengan pantas berbanding material lain (wicking properties).
  • Kekurangan: Tidak boleh digunakan terus ke atas kulit bayi kerana akan menyebabkan masalah kekeringan (kerana ianya menyerap cecair dengan pantas), material sintetik ini tidak terbiodegradasi (non-biodegradable).




selain dr spt yg dinyatakn, ada banyak lagi jenis fabrik yg menjadi binaan CD. cthnya jenis 
BAMBOO
cam yg sy beli tu, jenis coolababy, haa itu diperbuat dr bamboo





  • ahan diperbuat dari tanaman bamboo ini semakin popular untuk pembuatan cloth diapers. Ianya digunakan sebagai material asas cloth diaper seperti fitted diaper, lapisan dalam pocket diaper dan juga sebagai insert.
  • Kelebihan: Fabrik yang “breathable” (sejuk untuk pemakaian di cuaca panas), lembut, berupaya menyerap lebih cecair berbanding microfiber (lebih sesuai untuk penggunaan waktu malam), mempunyai sifat anti-bakteria semulajadi, bahan yang semulajadi,  mesra alam sekitar dan “sustainable” (bamboo tidak menggunakan pestisid, senang & cepat ditanam).
  • Kekurangan: Memerlukan “prewash” yang lebih kerap (lebih 6 kali) sebelum digunakan untuk memastikan daya serap yang tinggi, sewaktu prewash juga tidak boleh dibasuh dengan fabrik lain, harga yang lebih mahal.



yang dikatakan one size ialah, pengguna boleh pilih saiz CD berdasarkan berat baby. hanya pilih button mana yg perlu di snap.

kemudian snap button mcm diapers biasa tu


DONE!!

:)

info dan gambar2 dr 
3. intro





   

2 comments:

~najwa~ said...

skrg pakai CD juga utk Tasneem

zuriani said...

nisrin baru nak belajar pakai..

dah tgk ari tu tasneem comel pakai, Lunatot nye kan.. :)