(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

March 30, 2011

check-up 3bulan dan hujan

nisrin 2 months and 29 days
entering her 3rd months

assalamualaikum.


29 mac, check-up utk 3 bulan cik nisrin kita di klinik.
dua tiga hari sebelum tu, cik umi nye ada risau2 campur excited bila fikir bab check up ni.


risau sbb mesti rasa sadis saat tgk paha comel nisrin kena cucuk jarum. aiyaakkk.. smpi terfikir, kenapa la imunisasi tu kena cucuk, tak boleh telan ke bagi masuk dlm badan. 


(mak tak sekolah doktor, bila fikir gitu, tak ke bila telan jadi najis la ubat2 tu.. :P)


so utk ckeck up 3 bulan, disenaraikan tentang saiz fizikal nisrin. :)


berat badan: 5.9kg (naik 900gram) 
sangkaan saya tepat, sbb 2nd quarter baby akan naik 30g daily


panjang: 60cm (naik 4cm)
ini lupa nak check dekat curve


ukur lilit kepala: 40cm (naik 4cm)
melambangkan tumbesaran otak nisrin. 


BMI: 16


go nisrin go!!


dah check up fizikal, nurse buat test utk tgk progress nisrin.


mula2 test guna alat mainan yg ada bunyi loceng tu. nisrin tgk je kat mende tu, sbb colourful kan.


kemudian, amik something yg berbula warna merah. di letak depan mata nisrin dan di gerakkan ke kiri kanan, nak tgk nisrin akan meng-ekor tak bende berbulu tu. nisrin ikut!
latihan ni dah buat sejak nisrin umo sebulan, berdasarkan buku yg umi ada, tp guna tangan je la masa tu. pas tu hari practice guna toy dia.


kemudian, nurse cuba angkat ke dua2 tangan nisrin, nak tgk nisrin nak bgn tak.ok kata nurse tu.


kemudian lagi, nurse nak tgk nisrin dah bleh diri tegak atau belum. 


sume pass!


alhamdulillah.




kita tunggu check-up utk 4 bulan pulak nanti.
umi tertunggu2 saat nisrin nak belajar meniarap pulak nih..


itu kisah 29 mac.


kisah 30 mac.


right after hantar nisrin ke umah bs, nak g makan ngan en suami.
cuaca hujan di pantai timur termasuk di kuantan. (intro utk kisah).
pagi ini hujan agak lebat..
sementara layan blues dlm keta, kelihatan la dr jauh sorg anak kecil membonceng motor ngan seorg lelaki, yg ku kira mungkin si ayah kepada anak itu.
anak itu lengkap berpakaian baju hujan, si ayah baju ujan nye cuma di bahagian depan. saat kereta en suami melepasi motor tersebut, nampak jelas, si anak memeluk erat belakang ayah, ayah nye jelas nampak berpakaian kemeja.


serentak, pandangan kami bertemu, 
aku tgk mereka, mereka juga tgk aku.


agak2 apa yg aku boleh fikir? 
"dalam ujan2 gini, ada ke org nak naik motor, sanggup berbasah2? tp mungkin sbb org tu, hanya kenderaan motor yang ada, itu la pilihannya.. "


agak2 apa yg mereka fikir bila tgk aku dalam kereta?
.....


kemudian, ingatan terus melayang pada cik nisrin.
dia harus bersyukur, walaupun umi ngan abi nya bukan la kaya raya, tp masih mampu menghantar dia ke rumah bs dengan kereta, selesa dia dalam car seat, tanpa perlu risau akan setitik hujan pun..


:)


alhamdulillah.

2 comments:

Ezna said...

nisrin owh nisrin.. kekalkan kecomelan kamu ye sampai besa! main lama makin comel mcm aunty ez keh3

bila la nk ketemu secara face to face nih..sigh..

zuriani said...

hehe nanti dtg jenguk nisrin ekk..

dak kecik ni dagu nye tebelah, mitok2 comey la sampai ke besor, comey perangai, comey sikap.. aminnn