(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

June 11, 2010

chapter 3: bukak buku merah

salam semua..
jumaat tiba lagi. :) satu perasaan yg seronok. paham2 je la ngape yek!

last week, at last ada kekuatan gak nak g bukak buku kat klinik kerajaan. hehe agak rasa ter-psiko bila baca comment sorg opismate di previous entry. padahal sblm tu mmg dah tanya2 ngan kakak2, mmg rata2 ckp tunggu 3 months pun boleh g bukak lagi. tp tu la, bila en suami terbaca comment yg tu, mmc kena paksa pula saya nih.. risau jugak, nti kena marah kat situ jugak nurse kat klinik kerajaan tuh.. see, sy ni mudah terpengaruh dgn benda2 yg kurg positif, asyik nak pk benda sebalik nye.. nasib badan lah..

sbnrnya bukak buku tuh optional. kalau rasa nak bersalin kat private, xyah la buat regular check-up kat klinik kerajaan.. buat check-up kat klinik private pun ok, atau direct terus kat tmpt kita rasa nak bersalin tu. sy pulak, x fikir lagi secara sahih dan serius nak bersalin kat mana, sbb nak bg lepas 1st trimester ni dgn jaya nya dulu baru pk fasa seterusnya. tp, hati tu lebih kepada hosp kerajaan kat hometown sy. senang nak balik umah sendiri, pantang. tp terfikir jugak, bende2 lain tu..layanan staf nanti camana, environment camana..  psiko pulak rasanya...

ok berbalik ttg pengalaman bukak buku merah tu di klinik kerajaan berhampiran ngan tmpt rmukim saya ni.

1) sesi interview oleh misi/nurse
    sesi ni tujuannya utk tau background saya, usia, keje kat mana, alamat tmpt tinggal, 1st day of last menstrual, cycle period saya, alamat nak berpantang nanti, ada sket ttg en suami, tunjuk surat/kad nikah, sejarah suntikan imunasasi, sejarah penyakit yg saya penah alami atau berisiko, sume maklumat tu di catatkan dalam dua buku. satu tu mmg warna merah, satu lagi warna pink. warna merah mmg simpanan klinik, satu lagi mmg simpanan saya yg sy kena bawak g mana2..dalam tu akan di catatkan semua progress ttg pregnancy saya, pertemuan ngan misi atau doktor, nasihat, medication dan juga sebarang ceramah berkaitan keibuan atau kebayian yg saya ikuti. pastu sy di minta tandatangan kat satu borang tu, menyatakan sampel darah saya akan di ambil utk buat beberapa ujian. tentukan jenis darah, rhesus, ada kuman pape tak dalam darah sy (opps, sy lupa ia di uji utk sakit apa) hehe
pas selesai sesi temuduga tu, saya kena g beberapa bilik/makmal utk penuhi rutin yg di wajibkan. dan utk next check up pun, ia menjadi rutin asas yg saya kena buat. hmm.. bosan pun ada. bosan queue sbnrnya.

2) bilik 14
kat bilik ni lah sampel darah di ambil.. dan di tanda terus dalam buku laporan tu. tp saya bebas kot penyakit2 tu, sbb misi tu cuma ckp ok je

3) makmal patologi
kat sini buat urine test utk check kandungan apa ntah dlm urine tu. ermm.. kalau xsilap albumin kot. hehe pastu sampel darah di ambil lagi kat hujung jari utk test Hb saya. Hb saya masa test ari tu 11.3. lepas sipi2 je. minimum 11.

4) check gigi
dlm byk2 saya paling nervous yg inih. berzaman dah xcheck gigi. kecut jantung. tp bila g kat klinik gigi tu, org terlalu ramai. nurse bahagian tu ckp, bole dtg next time khas utk check gigi. saya pun setuju je lah. boleh balik dulu touch pape yg patut. hehe kesahnya, ada opismate ckp sakit kalau scaling kat situ. ohh harap sgt saya punye gigi baik2 sahaja. journey diterukan. kena balik ke kaunter tmpt mula2 kena interview tu.

5) kaunter
kat sini berat saya, tekanan darah, tinggi di ambil. saya mati2 igt berat sy dah turun, sbb xlalu nak makan kan, tp bila misi tu ckp 47kg, wahh, so glad. nampaknya xde penurunan yg ketara,walaupun jam tangan saya dan cincin ni makin longgar. hehe tekanan darah pun normal, 110/70. tinggi mcm gitulah. xkan ada normal tak normal lak kan.. hehehe

6) bilik 16
ari tu tak jumpa doktor pun, misi ckp jumaat doktor xde. so, bilik 16 ni jumpa misi je. tp yg senior la i guess. pemeriksaan fizikal di lakukan. check breast, tangan, mata, anak tekak. nasib sume ok. sy cuma dia beri garam beriodin sbb saya penah ada sejarah tiriod kan. garam tu guna utk masak.

n.. so far, bersyukur sbb xkena minum.... AIR GULA.. hehe

neext check up, smalam, 10 jun. jumpa doktor utk check up. and that indian doc sgt frenly walaupun ramai patient. dia bg nasihat yg patut, n wat la ultra-sound. :)

excited bila nampak si kecik tu. tp doc tak print pun helaian tu. dia berusia 10minggu ++, dlm 38.4 mm (kalau xsilap laaa) heheh

n the doc suggests this website www.BabyFit.com yg boleh dijadikan rujukan yg baik utk bakal ibubapa.

di sbbkan en suami xberpeluang tgk live masa ultra-sound tuh, sy mintak dia bukak web nih. so godek2 la kami, mencari rupa si kecik semasa 10 minggu nih. here are:
roughly, kaki tangan dah terbentuk. n doc pun dah tunjuk jantung nya dah ada.. moga dia membentuk dengan sempurna....

doakan kami ye...

:) ;) :D

3 comments:

harzharun said...

hehe...lari camne pun dr DR gg, bila buka buku merah tu, totap kene ngadap kan..haha...meh sini i cek kan gigi u...

zuriani said...

wah wahh..cuak tul DR gg ni dah panggey2 dah.. jauh sgt laa nak d jumpe doktor yg ayu nih.. hehe
3 bulan suda! selamat ye kita2 nih!

Ezna said...

3 bulan dah ke? how time flies incredibly fast!

besalin la kt private..terjamin sket..