(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

November 07, 2014

a year passes..



Bismillah..

berlalu sudah setahun 1 nov 2013 hingga 1nov 2014.
Alhamdulillah.
terima kasih Allah..

dapat naik satu tangga gred dalam perjawatan, pun dikira rezeki. telah melalui tempoh setahun pun rezeki. 

would like to thank and appreciate from a to z to every single person.. atas doa, atas sokongan n bantuan, atas memudahkan urusan saya... u know who you are.. 
berdoa sangat2 agar setiap dari mereka juga selalu dikurnikan rezeki yang indah2... aamin..



my fb's status sempena setahun yang lalu.
i remembered:

iklan kenaikan diiklan pada hujung tahun 2012. masa tu saya cukup kalut, sbb dah nak balik semenanjung utk bersalin.. tawakkal. angkut banyakkk dokumen bersama, incase kena validate di semenanjung. mohon divalidate asalnya di politeknik sultan mizan zainal abidin, dungun, kalau2 proses validasi tu berlangsung dalam tempoh saya berpantang/cuti bersalin selama 3 bulan.

proses validasi bermaksud: proses penilaian secara interview dan juga semakan dokumen oleh panel2 kesepakaran yang dilantik oleh kementerian kami. 

hujung cuti bersalin, tarikh validasi dah keluar. awal bulan april. makanya, saya kena ubah semula dr poli dungun kembali ke politeknik kota kinabalu. 

1 april. tarikh istimewa. orang pertama kumpulan kedua di validasi. cakaplah apa sahaja rasa, mmg semua ada, semua hadir. keserabutan masa nak buat file masa mula2 mohon dulu, masa nak divalidate semua dtg serentak.

gemuruh, gementar, berdebar, takut, bimbang dan apa2 lah.

Allah, berikan aku peluang ini. supaya lancar semua semasa proses validasi. boleh, laptop lambat nak loading video interaktif, cd tersangkut, ada dokumen tak bawak masuk sekali, tp, sungguh, budi bicara panel saya, amat dikagumi. 

sayu hati kalau dikenang hari validasi.

ooh ya, tahun 2011, mmg asalnya mohon juga bersama en suami dan kawan2 di polisas. dah buat juga sikit dokumen filing tu. dah dapat markah penilaian dr referee saya. tapi.... dipertengahan saya tarik diri. bg peluang en suami dulu.. 

26 oktober 2013, result keluar. melangkah saya ke satu gred lagi, tp masih dlm percubaan. diberi perkataan memangku. 

dlm gembira pasti ada sedih bila ada yang mencela. tidak dikisah kalau perkara lain yang dicela. mengapa yang satu ini pula dipilih. Allah, masih disimpan dlm hati rupanya. 

daann.. 1 nov tahun ini,


insyaAllah. yang ditunggu2 semua.

rupanya, dah sampai masa untuk buat sasaran kerja tahunan khas utk urusan pengesahan pemangkuan.

Tq ketua jabatan elektrik. 

seterusnya, tgk rezeki lagi.. kira kita mohon dibuang perkataan memangku tu.. kikiki dan officially la kiranya..


kawan2, doakan ya...

dan, InsyaAllah, minggu depan, urusan valdiasi rakan sekerja ke 48. all the best semua...

last n least utk post kali ini, gmbr curi dr group telegram kami..
heheeh


minggu peperiksaan sesi Jun 2014, berakhir semalam. masih pulun tanda paper exam kami ni. 

all the best semua!!

ok babaiii.. 

memori air terjun


Bismillah.

model entry saya kali ni. hehe FOC kan.. dalam episod mengenang si air terjun.

bila belek2 folder gambar, baru nak amati betul2 kenangan lalu. ni masa balik raya bulan julai/ogos 2014.

kalau duk kuantan, tiap2 bulan boleh g main air kat cni..

Air Terjun Sungai Pandan.

sebab bawak anak2, jd main dekat area bawah2 tu je.. tp ok la, dorang mcm enjoy je.


suka tgk pic yg ni. adik nurin dengan aksi spontan gitu. hai anakkk, kenapa kamu comel sgt di mata kami?

ini pengalaman pertama adik nurin di air terjun. nisrin kali ke-3.

cuma istimewanya, nisrin dulu, kami pakai-kan dia cloth diaper.
ala2 buat outdoor cd-session.

hhihi

throwback


nisrin zhafrah , 1 year 2-3mos.

utk si adik, tak dan pulak umi nak ada outdoor session dengan cd nih.


candid lagi.. 3 beranak nihh..



umi tukang amik gambo je la yeaa..

 ok ada jugak gambar selpie sendiri.. heheheh



suka anak2 main air..campak2 batu..

aih, rindu kuantan sebenarnya. dan negeri2 sebelah2 tu... bila bole balik kampung lg nih? 


hujung minggu ni , yg free boleh la kan jalan2 ke sini. ;)




November 05, 2014

aih, dah november ker.. hihih

Bismillah...

assalamualaikum.. dear sweet page.


belum terlewat untuk berkongsi ucapan selamat menyambut tahun baru dalam kalendar islam.. selamat mencapai azam baru buat semua teman2. minggu ini, minggu ke-2 bekerja dalam tahun baru. harap2 sentiasa lebih baik bila minggu akan datang bertambah.

meh sama-sama corakkan kanvas kehidupan dengan apa jua warna warna yang indah. kalau ada pun warna yang kurang indah, percayala, Allah sedang mengatur yang baik untuk diri kita. InsyaAllah.



dah lama laa tak edit edit gambo, cantum-cantum gambo mcm gini.. hiihi
caption tu saya amik dr google, 

Life is short, Smile while you still have teeth

hehehe 
kalau tak ada gg pun masih boleh ketawa bah kan dalam hidup ini.. 
dan sebenarnya mmg ramai sgt orang-orang dalam hidup kita yang boleh buat kita smile kan.. jadi jom sama2 smile.
kan bab kata pakar, bila kita senyum hanya sikit je otot muka yang digunakan, sebaliknya kalau masam, banyakkk otot digunakan.. maka senyumm laa anda.

al-kisah hari semalam. fresh lagi nih.. terus masuk blog. aktiviti sekali setahun. heheheh



berlangsung di hotel tabung haji, sembulan.



 kami berdua sampai lewat. dah separuh perasmian ni. staf dr jpp datang mai rasmikan. silap ambik route dr politeknik, lalu jalan yg mmg heavy traffic dan siap ada road-block lg.. huhuhuhu



 adore dengan layout yg UIDM PKK design. imej segar. warna menarik kebabom gituuuu..



giliran pembentangan. :)



kita tak mo la letak gambar sendiri bentang, kita letak gambar dia lah. hehehe


gmbr curi dr fb official uidm pkk
sebahagian peserta. 


back-view 


eh yg ni?? penat terlibat dlm seminar ke dikk?? heheheheh

sekian cerita awal tahun.. untuk minggu hadapan, didoakan urusan validasi rakan sekerja dan ketua program di jke, mudah dan berlangsung baik2 aja.. 

mcm dah abis cerita.. insyaAllah soon, update lagi..

take care sweetie!!

October 17, 2014

konvokesyen ijazah sarjana (^,^)

assalamualaikum.. salam kasih sayang.

sanat sanat *sangat sangat* lamaaaa kan tak bersua muka.

terigt my nisrin, masa saya bagi yogurt akasia - dia dengan jelas dan terang bagitau..

umi..yogak ni rasa lembu sanat-sanat.. hahahahaha 

oktober datang menjelma..

:)


alhamdulillah. tamat sebuah cerita, sebuah perjalanan menuntut ilmu... dari politeknik sultan haji ahmad shah ke politeknik kota kinabalu.. bersambung menumpang bersama mereka yang bergelar rakan sekelas di sabah electricity sdn bhd (sesb)..



saat diberitahu, tarikh konvokesyen sudah keluar, terus telefon CEC UTHM, tanya, nama saya tersenarai tak.. hehehe

insyaAllah, akan cerita dan berkongsi lanjut dalam blog kesayangan. 

teaser..



majlis konvokesyen berlangsung dekat dewan baru.. nampak macam biasa je kan.. memang la, ni waktu raptai.. tapi... indahnya suasana pada masa hari konvo tu.. hihi 

dewan sultan ibrahim nama diberi..

tahniah buat semua graduan... termasuk rakan2 seperjuangan ijazah sarjana kejuruteraan elektrik..... juga tuk kawan yang amik gelaran doktor.. 

 

heheh this is me.. and family....  terima kasih.. buat en suami.. buat anak-anak... ucapan panjang lebar nanti next entry la yea.. ;)

dan 



buat mak ayah... 

sungguh nothing i can pay to all person yang keep on supporting me..


sangat berharap, one day, saya pulak boleh attend konvokesyen master en suami... harap di permudahkan.. aamin.....


till next entry.. 

take care 

September 26, 2014

Preloved-clothes to Let Go

Bismillah..

Nak letgo preloved kids clothes.. 

Dah lama sgt simpan.. sampai adik nurin dah besar..n dah outgrown.. jika berminat, 
Sms/whatsapp/telegram sy di 0127934510 ya frens..



Brand : Baby Kiko
Size : L
Condition : 8/10
Preloved letgo price : RM12 (tak termasuk postage)
Kod : 01


Brand  : baby kiko
Size : XL
Condition : 8/10
Letgo price : rm12 (tak masuk postage)
Kod : 02



Brand : Just Baby
Size : 1yr
Condition : 9/10
Letgo price : rm15 (x termasuk pos)
Kod : 03



Brand : Baby Google 
Size : 12m
Condition : 9/10 (tak pernah pakai)
Letgo price : rm15 (x termasuk pos)
 Kod : 04


Brand : Amisa
Size :100
Condition : 9/10
Letgo price : rm12 (x termasuk pos)
 Kod : 05


Brand : Babyponey
Size : 12-18m
Condition : 8/10
Letgo price : rm10 (x termasuk pos)
Kod : 06


terima kasih ;) 

September 22, 2014

20 bulan adik nurin


Bismillah..

coretan 20 bulan anakanda nurin.

gambar dlm ruangan ni gambar raya.. sewaktu raya di kuantan.. mcm dah jadi habit bila selfie, mesti dia kuarkan lidah mcm tu.. aih..comel ye dik.

20 sept 2014, genap 20 bulan adik nurin. setahun 8 bulan baby adik. 

berat terkini 11.4kg. tinggi tatau. progree lain2 nya, makan mmg masuk fasa memilih... dia ni xda fav tertentu..sbb dia ikut mood.. kalau masak yg kita rasa dia suka makan, tp tak kena selera dia pada hari tersebut, dia tak makan la... tp kdg2 paksa jugak.. sbb umi notice, dia ni, kalau perut tak kenyang sebagaimana biasa, aihhh akan ada perangaii la dia..... semua nak berdukung..smpi umi pun xbleh layan keje lain.. ada hari roti kosong  2 keping pun bleh abis..tp kalau tak mo, buat main2 je la roti tu..  

 umi dia pulak dah masuk fasa agak 'rajin' nak cuba2 resepi finger food.. huhuhu

breasfeeding masih on demand. cuma kadang2 tak larat nak memenuhi permintaan nyonyot dia...sbb kepala dah terpanggil nak selesaikan kerja rumah lain.. 

cloth-diapering masih lagi pakai..lebih2 lagi siang.. nak tdo malam..outing mmg disposbale..

cuma... cumaa

umi paling tak leh sabar bab kena usik dengan kakak laaa..

ada sahaja agenda gaduh2 dan rengekan dua beradik ni lahhhh.. smpi sikit lg nak capai tahap stress.. aduiii..

tp kdg2 tgk yang adik ni lagi matang dr kakak.. katalah si adik ni pegang satu barang... then dtg si kakak, mestiiiii nak ambil brg dr tangan adik..ckp dia punya...dia punya... smpi ada drama air mata.... yg adik tentu la takmo bg..dia dah pegang barang tu.... selalu umi mesti la nak menang kan adik.. adik kan... tp toddler is toddler.. semua milik dia.....

drama air mata akan jd lebih hebat.. dan finally si adik sendiri menyerah bg barang tu dekat kakak...kira mengalah la.... kdg2 mengalah dengan redha.. kadang2 mesti sedih sbb terpaksa mengalah dengan kakak... huhuhu

help me please dear frens...camana la nak settle benda ni.....

gitula.. meriahnya sehari2 sbb duk dengar acara gaduh2 manja dua beradik nih.... haihhh...

acara conteng2 dinding, lantai, bedsheet, baju, tangan sendiri, kaki sendiri pun tak kurang... nanti sebelum pindah keluar, mcm kena cat baru je dinding rumah yg semakin berseni...maklum la, ada cikgu tak bertauliah duk menulis dengan penuh kesenian..


kalau ptg balik kerja, suka riadah..suka pakai kasut, sneaker.. tp malas nak jalan sendiri.. aduiiii.. gitulah..dah jadi mak ni, redha kan je la permintaan anak2.. kurus pun kurus la omaknya.. hihihi

another 4 mos to go, n she kena beli sendiri la seat kapal terbang dia.. heheheheh

ok nanti sambung lg..


babai tc. (^,^)

September 21, 2014

cerita bulan 9

Bismillah..

lama sungguh tidak berupdate.. sunyi sepi sejak post hari merdeka. hmm.. cuti hari merdeka hari tu, mcm seperti di rancang, saya dengan anak2 duk depan tv.. layan perarakan.. en suami join perarakan di kk sana.. ada lintas langsung dekat tv, tp kontinjen politeknik kota kinabalu tak masuk pulak.. hihi

september datang dengan ujian kesihatan utk diri saya. diuji dengan sakit gigi. dah lamaaaaaaaaaaaaaaa sangat tak menangis sbb sakit gigi. masa cuti merdeka tu lah.. terbangun jam 1-2 pagi mcm tu.. level tertingi pernah kena serangan sakit gigi. not lucky, en suami rela melayan ngantuk dr bg sokongan. tambah sedih! then, i called my mom, 1.30pg mcm tu kot.. petua nya bunga cengkih, kasi tumbuk2, letak dekat gigi sakit. i rasa mcm tampalan gigi tu tercabut..tp lower part gigi tu yg sakit.. 

selasa 2 sept saya ke klinik. diagnose doc, gigi geraham bongsu (they called wisdom) - bunyi mcm tu la.. yg tolak gigi geraham lain sampai sakit.. so doc buat treament utk gigi sakit, tampal sementara, then ada letak sesuatu utk bahagian bawah tu. tapi tu bukan end of story. saya kena buat x-ray gigi utk tahu detail. adui.. x-ray tu pulak klinik di kk. boleh kami sesat pulak nak cari api-api centre. hahaaa ok, oldskool, tak suka jalan2 pusing2 tgk bandar. hehe

jad total rawatan rm80, x-ray rm100.

lepas treament, sakit tu menjalar ke kawasan gigi lain...

esoknya 3 sept, doc call tgk review x-ray.

oh ya, utk gigi geraham ni, bilang doc, bukan bleh main cabut mcm tu, kena tgk akar dia, attach dekat dengan saraf atau tau.. kalau tak boleh kena undergo minor surgery la.. haiih, kecut perut taww..

tapi, alhamdulillah, tak perlu surgery.. hihi

wisdom tumbuh tak betul so dia himpit jiran, smpi akar gigi tu dah rosak. appointment dibuat pd 9/9 - remove gigi. hahaaa psiko diri sendiri, guna perkataan remove tak akan sesakit c***t. hehee - tooth extraction sbnrnta istilah yang betul. rm100 bayaran.

traumatist punya pengalaman, bila, cucukan ubat bisu ke-3 menembusi pipi saya.... aduii.. ok tanak cite lebih2.. hehe

ok, skarang, dalam proses recovery. patutnya selasa depan ni kena follow-up lagi... 

jadi, marilah kita jaga gigi dan doa yang baik2 utk gigi. mcm kes sy, bahagian atas tu elok lagi...tp yg dalam gusi tu, susah la kan..

lagi cerita sept,

 nisrin terkini..
hari khamis lepas.

cuti sekolah tp tetap kena g school. g main2 je la kot..get around. hihi
hari tu terbaca tips, nak kurangkan toddler minum susu/botol susu, kena ajak dorg cuci bilik air.. hehe boleh try nanti.
nisrin ni sbb siang dah ke sekolah, dia kurg la susu.. balik petang tu selalu ajak makan dulu..leps tu baru susu.. gap ptg tu tgk mood dia..
lepas detox, perasan, selera dia makin ok.. lepas turun berat sbb demam teruk lepas raya, skang naik sikit.. dr 11 ke 14 kg..

oooh ya, entry pasal demam n batuk teruk tu blum buat post khas lagi. hihi

 nisrin and her classmates.
ada photoshoot sempena graduation later on. bayar rm25 utk photoshoot ini. ce teka mana satu nisrin
hihih

 gambar curi lagi.. hehee
apa ye perasaan ibu bapa sekalian tgk anak dah besar.. dah masuk sekolah kecil.... they are learning....

syukur alhamdulillah.. 
;)



 selain dr cerita sedih sakit gigi..
isnin 15 sept, berita terbang dr bumi semenanjung.

nama ada dalam senarai graduan utk tahun 2014.
feeling biasa2.. 
cuma..

kalau nak panjangkan feel tu, mmg dtg dgn seribu air mata..
banyak perngorbanan..
kewangan..
masa..
bantuan penyarah, suami, ibu bapa, classmate juga.

saya punya sangattttt ramai classmate.

dr yg dipolisas...bersmbung di pkk...kemudian di sesb..

tinggalkan anak2..

susah payah nak melawan nafsu malas, nak siapkan report thesis..

aih.. semuanya bagi hadiah bila dapat surat ni..

kenangan utk blog :

mula masuk belajar 2011
tamat secara rasmi 2014

hehe

dan saya mendoakan giliran en suami pulak.. tahun depan. aamin..
insyaallah, mudah2 an....



5-3-2012 -- 5-9-2014

2tahun setgh sudah kami di pkk.
simbolik gmbr kapal terbang bermaksud kami 'terbang' dr polisas kuantan
hinggap di jke pkk..

tak sangka, sudah selama ini menyantuni tangga2 jke pkk.. haih..


ok..akan berhenti di sini.. pjg usia ketemu lagi.. 

ada yang mencari preloved baju tak..

KLIK SINI TAU  (klik link)

terima kasih sudi singgah sini.

babai..take care