(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

June 02, 2014

cuti balik semenanjung day 1

Bismillah.

jun 2014.

2nd quarter thn 2014 sudah di babai kan.

ini baru nak kongsi pengalaman balik kampung untuk ke2 kali untuk tahun 2014. awal tahun 2014 dah balik. ingat ke mampu tahan kerinduan sehingga ramadhan nanti. tapi silap. homesickness pula aihhh. alhamdulillah. pulang ke kampung halaman kali ini ditaja lagi. kalau bulan 1 hari tu guna waran yang layak, yang mei ni, tajaan ayahanda. kikiki btw, terima kasih buat ayahanda. 

tempoh bertenang di kampung/semenanjung bermula pada 13 mei 2014. hari wesak. 




gambar si cilik dalam flight. luckily mas airlines dari kk ke kl mmg ada provide seating yang ada skrin tv di depan seat tu. mmg membantu anak2 bg ralit melayan cerita. cuma si adik. nasib juga saya dah sedia beberapa gajet..buku2 kecil..toys fav. sejam pertama perjalanan, diorg tdo. sejam kedua tu yg melayan kerenah. yang kiri ni si cilik nurin zahra iffah, yang tengah si cilik nisrin zhafrah. yg x nmpak kepala, si abi. team2 sukan sabah nak g semenanjung pun ada skali. ramai diaorg. makan pagi tak best kali ni. layanan stewards pun tak se-umph selalu. hehe

landed safely. ayah ngoh kepada anakanda menanti di KLIA sana. heading terus ke tmpt yg di cita.

lamaaaaa sudah mengidam nak bawak anak2 tgk ikan. ikan fresh. 
hihih
mana lagi kalau di kl ni. aquaria la kan.
 
tiket masuk rm38 utk dewasa.
rm28 untuk 3thn ke atas.
pergi ber5.
saya
suami
adik lelaki dua org
adik ipar sorg
nisrin
nurin

kenangan di aquaria mei 2014

 kami yang payah benor nak bergambo ber-4. kalau yg romantik saya n suami, mmg nan ado langsung la jwbnya.
*nisrin ralit tgk ikan.maklum la first time. si adik mode blur blur lagi. 

 tunnel ni tmpt yg paling syok n real kan. ikan gerak atas, kiri kanan kita. paling syok juga sbb boleh tgk lagi si kudsia. mmg makin sihat. nisrin 2 kali lalu dekat tunnel ni.

 nisrin lagi..

melayan perasaan tgk penyu.
penyu nakal ni. g kejut semua ikan2 yg sedang syok landing
 

 umi dengan nurin
nurin baru nak belajar kenal fish. heheh

 nengok muka budak yg baru nak belajar kena ikan gerak2. heheh

 kakak nisrin lagi..


 dan lagi..

hehehe

syok.
kalau murah, agaknya tiap kali balik semenanjung, sblm balik kg, singgah sini dul. hilang stress tgk haiwan2 comel nih.

nisrin tak sudah ulang2, nak g tgk fish, tgk octopus..tgk penyu..

ok la. last pic.


:)

lepas dah abih 'trip dalam aquaria' ni, terus balik kuantan. 

ok cerita hari seterusnya, blog post yg seterusnya.

May 22, 2014

mental exercise

Bismillah.

suka perkongsian dari emel poli. selain dari isu rasmi, ada sahaja perkongsian dr banyak staf. semalam, sajak hari guru, dari emel poli, hari ni, terjumpa yg ini.

Mental Exercise namanya.



sila cuba tau.
 

this is mine!

 
 

dear frens n sweetie, let us keep moving on, with a good attitude. :)

May 21, 2014

belated Hari Guru Wishes :)

Bismillah..

seminggu bercuti dari kerja, membawa diri dan keluarga pulang ke kampung. homesickness.
kerinduan.

ingat ke sejak balik ke sana jan 2014, mampu bertahan hingga ramadhan nanti, tp tidakk sama sekali.

jadi pulangla kami. dan hari ni kembali ke konti.

mei.

dua hari istimewa.

hari ibu.

hari guru.

hari ni bukak email 1govuc, our beloved pengarah ada bagi sajak bermakna sempena hari guru. saya copy dan post sini.

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

TERIMA KASIH CIKGU.
  


bait kata2 yang sangat bermakna. orang kata, tiada sambutan hari khas untuk pensyarah, kita tumpang perkataan guru pun okey kan.



di antara ucapan sempena hari guru yang saya dapat. terima kasih.

balas saya..

Sy insan biasa2 je.. mungkin tak mampu nk didik kamu semua jd luar biasa..tp yg penting, bila kita berjumpa di kemudian hari..moga menjadi 'seseorg' lah kamu semua..
Harap semua ok dgn result sem lalu.. tinggal satu sem lagi.
Chaiyokkk

kata2 tu pun saya pinjam dari cikgu saya zaman skolah. tapi saya ubah sikit. cikgu saya dulu cakap begini 'when we met someday, i wanna u be somebody'.

comel kan? :)


alhamdulillah. sangat besar jasa guru2 disekeliling saya. dr seusia tadika sampai la besar panjang. ada sahaja watak2, cara2 guru yg kita boleh adapt. terima kasih sgt2..Allah sahaja yg tahu betapa besarnya pahala berkongsi ilmu ni utk anak2 bangsa...

happy belated teachers day buat semua guru2 semalaysia.

  
dua bulan lebih sudah kan cerita sedih #mh370. Allahurabbi.....

May 09, 2014

another passionate

Bismillah..

Jumaat menerjah lagi. Alhamdulillah. Membawa seribu rasa dan ingatan nun jauh terbang ke semenanjung.

:)

wahai keluarga, sahabat handai semoga selalu dalam kesihatan yang baik. err, boleh tak nak rindu sama home sweet home di sana juga?

kikiki

may 2014. kpi blog thn 2013 tak dapat nak kejar rasanya nih. sesekali je berupdate.

nak selfie, boleh?


maap.

bukan tuan punya blog nak selfie. tp anak nya.

hehe.


dear kawan2. hari ni nak kongsi satu link.

kalau sudi, please like.

TERIMA KASIH SUDI KLIK DAN LIKE 


page baru saya. main core nya adalah tentang baby n toddler food yang ibu-ibu masak sendiri. 

sudikan drop by. 

sudikan berkongsi dengan saya gambar pertama anakanda yang dikasihi makan solid food pertama mereka.

sudikan berkongsi suka nya momen melihat anak-anak makan hasil tangan kita.

sudikan berkongsi resepi masakan baby food untk anak2

sudikan berkongsi apa2 jua tentang solid food anak.

sudi-sudi kan lah..

insyaAllah nanti nak buat giveaway di page tu.

terima kasih..



terima kasih pada kawan2 yang sudi like dan bg sokongan. hihi

 

May 07, 2014

post khas utk si dia..

Bismillah..

Assalamualaikum.

Entry khas untuk perempuan comel dalam gambar di atas.

senang dengan panggilan kak siti. :)

sedikit intro, kakak ini datang ke borneo seangkatan dengan saya. feb/mac 2012. tapi istimewanya kak ct n suami, cukup 2 thn 2 bulan mereka di borneo, hari ini, 7 mei 2014, telah berangkat semula ke semenanjung, menyambung bakti di politeknik di utara sana.

:)

apa yg istimewa? datang kami bersama2, pulang nya ke semenanjung, mereka dulu. dan simboliknya, meninggalkan memori dan kenangan tersendiri buat teman2 di borneo ini. 

gmbar kak ct ini sy snap ketika beliau berucap sempena majlis perpisahan yg jabatan buat utk mereka dan juga meraikan staf pppt yg baru berkhidmat di jbtan kami. ant bait2 ayat kat ct dlm ucapan beliau, 'kali terakhir rayuan mereka (utk balik ke semenanjung) adalah ketika ketua pengarah berkunjung ke politeknik kami, kalau dapat, dapat la.. kalau tak dapat, duk la sini.. sini pun best'. hihi rezeki sungguh kan. Allah makbulkan usaha mereka.

kak ct sendiri penah pesan, kena usaha lebih la kalau nak balik cepat2. kekeke

sungguh, berkali2 sudah sy tulis, di blog atau pun fb, bukan tidak suka utk berkhidmat di sini, cuma, kejauhan dr bumi yg menjadi nadi dan jiwa buat ia rasa ralat.
hari ini, jumpa lagi satu bidalan dr seorg teman

berkerja di semenanjung, mmg stress... tp stress itu hilang saat pulang ke rumah. (maklum la kg sendiri, tanah air sendiri)

bekerja di sini, ada rentak sendiri.. tp jeng kreng bila balik rumah
(hahah, ayat sy sendiri tu)

well said, Allah sedang memberi banyak rasa.

sudah la melalut wahai zuriani. kata entry khas utk kak ct kan.

maaf ye kak ct.

buat kak ct, suami dan anak2..

saya dan suami mmg tak punya hadiah khas utk kak ct bawa sebagai kenangan ke semenanjung, bak kata kak ct awal dulu, tak sedih mana nak tinggal kami2 org semenanjung ni, sbb nti bleh jumpa kat semenanjung.. kalau dengan saya, bleh jumpa kat fb kan..hihih
cuma yg kami ada, iringan doa, supaya kak ct selalu dalam lindungan dan rahmat Allah walau di mana berada. semoga selalu dalam kesihatan yg baik. insyaAllah. mintak maaf ye atas segala silap salah.. terima kasih atas semua bait2 ayat kat ct dan suami. panjang usia kita bertemu lg.. post/entry ni bleh kira adiah tak? kekeke 

sampai jumpa lg. selamat meneruskan kecemerlangan di tempat baru. 

:)

7 mei 2014.

April 23, 2014

babywearing make easy :)

assalamualaikum wbt :) :)

it is my 410th post. yeayyyy!

 












jumlah pengunjung saat post ini di taip.
terima kasih.

:)

tak pernah kongsi pasal babywearing kami di sini. saja je la hari ni nak letak pic babywearing adik nurin zahra utk setahun pertama dia.

 nak kata bagi review pun tidak la, sbb entry tergesa2. kiki

jenis carrier : soft-structure carrier
brand : action baby carrier
price : rm375
boleh tampung berat baby sehingga 18kg
kedudukan : tummy-to-tummy position & back-carry



 si adik dalm ssc
kakak dlm stroller

syok 2 2 tido..

 tummy-to-tummy position
:)


 post yg paling comel di mata saya 
:)


 apa yg si pemakai bw ni paling suka, ialah...hands free.. anak pun cuci mata tgk mak/ayah buat apa, dan mak/ayah pun masih boleh buat kerja mcam biasa. shopping la cth nya. tp di rumah, pernah juga bila si adik tak mo duduk layan diri, sy juga bw dlm rumah..

dulu masa dalam pantang, tetiba wording 'babywearing' dtg menerjah.

masa tu duk tgk you tube shj.

3 jenis babywearing gear yg saya tau:
ring sling
wrap
soft-structure carrier

kemudian baru jumpa group fb

di sini saya senaraikan, mana tau boleh membantu

FSOT BW

 jom gendong

1203 Kids Boutique 

 

   saya beli di sini
Sushibee BW

fb sushibee bw kota kinabalu

memula nak memilih mana satu yg sesuai tu mmg masalah juga. sbb tu kena rajin baca review dekat group atau blog mana2 yg terjumpa. dan satu peringatan jgn beli yg fake tau... sbb ada kes buckle tercabut masa carry si anak.. huhu

ada juga yg terjual di pasaran, jenis carrier yg anak mengadap ke depan tu. dr pembacaan yg tu jenis yg tidak di galakkan sama sekali. tgk bentuk paha anak. sepatutnya M-shape. sbb tu kalau search, ssc yg sohih, hnya ada 2 posisi. takpa, sblm beli, baca dulu review dr group tu.

mcm kes saya, dah beli ring sling jumpsac dah pun sbnrnya..tp x reti pakai, dan masa nak belajar pakai tu, mmg ada sifu di group yg lokasi berhmpiran saya pada masa dalam berpantang tu, tp ada aje penghalang yg nak jumpa2 tu.. sudahnya tersadai la ring sling tu.

balik kk, baru search lg detail. tp terus decide ssc. saya mula dengan sewa dulu selama 2 minggu. then hubby pun setuju. saya beli la satu.. hehehe


cuma, nak up satu isu di sini, adalah sangat normal, once u carry anak, org sekeliling tak akan malu2 cakap 'mcm rupa org indonesia' dan dan jgn pelik kalau org yg cakap tu dtg dr kaum kerabat sendiri. hihihi itu luahan yg selalu bleh dijumpa dr group fb tu. hehe takpa, benda baik selalu akan ada org dok ngata. spam la wall sendiri dgn gmbr2 mat salleh bw lah. biar terbuka sket minda tu.. 

tp saya lebih juga idea suami. abaikan. ignore shj. sbb tu ant saya dan dia, dia lg byk carry anak, walaupun corak carrier tu xde mirip yg lelaki sesuai pakai punn.. taapii sbb dia suka boo layan, jd carry je la anak. betul jugak, kalau nak fikir cakap org, bila kita nak merasa carry anak. buh dalam stroller pun bukan semua tmpt pun bole lalu. org nak naik eskelator pun susah dowwww.. heheh

:)

jgn risau ye mummy, as long as, your baby is safe, near to you, keep up on babywearing. 
insyaAllah.

naaa, gmbr curi dr group fb.
happy babywearing moms and dads.

 

April 16, 2014

homeschooling activity - bhgn 1

assalamualaikumm..

hoyeaa..hoyea.. update blog.. kekek

jarang sekali berupdate.. abih camno?

my nisrin setahun sudah menjadi penghuni rumah.. tidak ke sekolah, taska, daycare.. alhamdulillah kesihatan lebih baik berbanding tahun 2012. kalau tahun 2012, demam setiap bulan - acara tumbuh saki baki gigi, berjangkit di taska (hadhanah), kurang usia nya dari 2 tahun, dan lain2 faktor. tp alhamdulillah, 2013, semuanya improve. kecuali paling berat semasa diaorg cirit birit masa balik raya..

jadi terfikir jugak, apa la sumbangan mak nye sepanjang dia dirumah.. improve tak dr segi skill... kalau nak cakap pasal belajar, cuma melalui buku..tak lama lepas tu, guna you-tube.. abc.. jawi.. lepas tu skil mewarna yg kadang2 je dia layan..

hingga laa late ly, baru rasa macam terbuka minda tentang - homeschooling activities.. :) itupun selepas ada mak mak share dlm blog, fb.. saya pun ada add fren page homescholling fb tu.. 

jadi sekarang tgh masuk dlm list - homeschooling activity yang sesuai dengan usia nisrin.. paling sesuai di umur dia skarang la kan.. - dah boleh faham arahan, dah boleh ikut cakap kita..

aktiviti 1.
paling senang!

err, pada saya masa lagi dikira homeschooling.




  
yaa, you-tube activity. my nisrin hafal abc sejak dengar phonics song di you-tube. kemudian belajar colour and shape. cuma sejak dia tau ada keluar byk choice dekat tepi2 tu mula dia nak tgk macam2.. cerita cars, pada zaman dahulu, easter eggs, dinousour.. dan di sebabkan dah adik, dan si adik ni pun suka menyibukkan diri, sampai gaduh2 depan lappy, umi pun bagi la sorg satu...selalunya bila umi kena siapkan keje rumah, mmg kena bg sorg satu..bila dah settle, baru boleh melayan skali..sbb sambil tgk sambil kena ada action..kena cerita.. adik skang, dah belajar sb aaa aaa bila dengar phonics song abc tu.. hehehe
kakak nisrin dalam proses hafal alif ba ta.

yaa, semua nya visualise.. belum betul2 kenal.

next step, dalam bayangan, nak buat kelas mengaji.. lepas magrib, duk la bersila, meh kita mengaji.. tp selalunya lepas magrib tu la nak lentok dulu anak2 ni.. yg adik tu nak melekattt.. umi, kalau postpon, mau nye nak melayan..ngantuk, penat semua bercampur..nak masak, makan, kemas2 lagi.

ok hold dulu kelas mengaji, cari dulu iqra' :)


aktiviti 2.

bebaru ni setting bilik khas utk anak2 main. ada tilam, teddy bear semua lonngok situ. lps tu ada kolas khas. haaa punggah la korang. cuma tang dinding masih lagi kosong..kosong..kosong..

aktiviti ke2 , homeschooling activity - DIY Wallpaper.





disebabkan mak nya bukan la seorg yg kreatif, idea yg sebegini je la ada.

hari pertama ajak anak2, si adik sibuk nak telan gam. si kakak excited jugak tgk umi dia gunting2 dan mintak dia tampal.. tp kenaaaa sabarrr sgt tgk si kecik adik tu yg balik2 nak suap gam ke mulut.

hari kedua, kakak nak belajar gunting2.. tp umi belum percaya lagi nak bg.. si adik, dah belajar nak sapu2 gam... tp yg tak tahan, pantang kita tampal, dia sibuk nak tarik balik.. 

tu yg hasilnya, buat sikit2.. kira projek terbengkalai la kot.. hehehee


aktiviti 3.

yang terkini.

tetiba blink blink. nak intro nisrin dengan watercolour. :)



 


nisrin mmg hv fun, amaze dengan hasil. sebelum tdo request nak buat ni. bangun pagi esoknya mntk lagi.. hehehe cuma next day, kalau nak buat kena cari idea lain. contoh, cari daun yg ada corak2, letak water colur kat daun, then tekap. sbb di khuatiri kalau pakai idea sama, guna tangan atau penekap yg sama, nanti cepat bosan. hasilnya saya tampal dekat play room mereka. dari aktiviti ni, sy recognize, si adik ni jenis penggeli. tiap kali kena watercolour kat tangan dia, dia marah2, tandanya suruh lap, basuh bg hilang warna. nasib pilih yg betul, semua tanda tu hilang. heheheh dannn bersyukur sgt nisrin tak secomot yg saya sangka, dia tak sapu pun dekat rambut atau baju dia semua warna2 tu.. keke









seronok sebenarnya aktiviti ni.. tapi perlu datang dengan sabar nak melayan kerenah semasa buat aktiviti2.. 

:)

ok la panjang usia, kita sharing2 lagi..

take care