(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

April 24, 2013

PINDAH: versi mereka dan versi saya

assalamualaikum.

rabu. hari sebelum gaji april 2013. 
april 2014 di mana kita? apa cabaranya pula?

april 2012, saya masih lagi menghayati erti perpindahan.

itu intro oke. mau berbicara tentang perpindahan pula kali ni. 
selama ni tiada pendedahan tentang isi hati bagaimana rasanya di campak ke bumi sabah ini.


semalam tarikh tau nye permohonan pindah staf bagi poli2 seluruh malaysia. mengerti ada jiwa2 yang gembira dengan keputusan dan ada yg sedih dengan keputusan.

semasa di poli terdahulu lagi melihat sendri dan cuba memahami jerih perit teman2 yg dalam mode apply pindah - atas sebab komitmen lain yg super duper penting - pjj dengan suami - pjj dengan isteri dan anak - kesihatan ibu bapa - kesihatan sendiri - dll.

melihat sendiri bait2 ayat yg di karang teman2 saat mengisi borang perpindahan - lengkap dengan kiraan duit kos pergi balik utk berjumpa dengan yg tersyg, di adun lg dengan sebab musabab emosi, kasih syg, tempat kerja yg mustahil boleh turut dipindah, saya mengerti.. lantas turut mengaminkan niat. moga tercapai cita2.

batch saya yg posting tahun 2007 dan terdahulu di poli lama, mmg ramai yang sudah pindah. 

tapi dalam menunggu utk positif nye keputusan tu, berapa kali permohonan yg di'reject' mereka lalui? berkali2 ok. tumpang sedih.
tp seigt saya mereka semua positif menerima.
belum rezeki.
Allah tahu yg terbaik utk mereka2.

mohon lagi utk sesi seterusnya.

sampai la dapat akhirnya.

episod pindah ini, masih lg sinonim dengan poli baru kini. saat saya mula sampai disini, berapa ramai staf yg pulang ke semenanjung? ramai jugaklah. baru dpt jadi opismate tak sampai satu dua semester, sudah terbang ke sana.

itu cerita mereka yang MOHON pindah.

bagaimana pula cerita saya?

ARAHAN pindah. atau dgn kata lain DIPAKSA pindah.

ada siapa2 mengerti perasaan saya?

beralih dr keselesaan yg biasa saya lalui, bagai terkena renjatan elektrik, tp mungkin belum dpt arus itu musnahkan jasad saya. masih lg mampu berdiri, membina kembali semangat.

fahamilah, bukan kesempurnaan yg saya miliki sewaktu di tmpt lama dahulu,

kalau tentang kediaman - hampir saja mau memiliki kunci rumah
kediaman kami di dlm poli pun cukup indah.. belakang nye bukit, suasana nyaman sangat. walaupun seringkali diganggu dgn bunyi monyet, tp itu la alam semulajadi.

kalau tentang pengasuh anak - cukup ok. alhamdulillah ditemukan dengan beliau.

kalau tentang jarak pulang ke kg halaman - cukup dekat. sampaikan aki nisrin setiap minggu jenguk nisrin. 

kalau tentang tempat kerja - sudah punya teman seperjuangan yg memahami.. sudah ada core/master kerja kita sendiri.. sudah tau selok belok seadanya kursus tertentu..

kalau tentang bandar sendiri - kemudahan senang, byk tempat yg boleh saya pergi. 

kalau tentang belajar - track subjek yg disusun sempurna oleh pihak univ, classmate yg best2.. (dah mmg teman sekerja, best la kan)

betapa sayangnga terpaksa tinggalkan semua ini.

namun,

Allah tahu apa yang terbaik untuk saya.

tau tak..
saat smpi ke sini..

-mengigau cari stesen petrol yg lengkap dengan pam angin tayar kereta tu. berpusing2.
akhirnya pam tayar di bengkel kereta, rm2 bayar. 

-mengigau cari kedai/pasaraya yg jual susu utk anak. saat ini barang dr kontena kapal belum smpi.

-kerenah birokrasi utk dptkan kediaman bernama kuartes cukup menduga. saat org warehouse call di mana mau antarkan barang2 kami yg semakkan gudang mereka. (99 kotak, cukup banyak)
boleh dikatakan penuh, walhal kosong aje kuartes tu.
isk isk
takpala, bukan rezeki kami.

-teringat saat nisrin bersama di malam hari di bilik ulpl..ruang yg seadanya cukup merimaskan si kecil itu. cukup kesian.

itu antara dugaan kecil.

bab pengasuh.

penah ke sy kongsikan yang nisrin sudah berubah jadualnya sejak dengan pengasuh baru.
siang dibuaikan.
si anak cukup terlena.
sampaikan malam OT aje kerjanya sepjg malam.
hihi si nisrin yg tiada pengalama berbuai cukup selesa berbuai.

beli lagi satu buai utk di rumah. tak boleh tido malam kot si anak sbb takde buai.
eh tak tido jugak.
berjaga sepjg malam.
panjat rak tv..layan diri sorg2 si anak.

rm400 tau kos utk buai.
isk.
sekarang tersadai.
sbb tau bukan si anak perlukan buai, tp jadual tido di rumah pengasuh.

tak.
tidak disalahkan pengasuh.
dia menjaga 7 lagi budak.
mmg tak terlayan.

tpi siapa lagi yg boleh jaga si anak?
taska?
juga penuh ketika itu.

lama 2 3 bulan, saya baru kenal taska luar.

ouch, tetiba si anak jadi sgt aktif berkawan. ultraman. aksi ultraman berlawan dengan raksasa selalu menjadi omelan dan di terjemah secara fizikal.

balik petang, mandi ke tak si anak ni?
selalu ada bonus tanda gigitan.


hmm.

ada siapa2 mengerti perasaan saya?


si anak juga demam. hampir setiap bulan.
di tanyakan pada sister di klinik, katanya perubahan cuaca.
tunggula kamu enam bulan supaya badan anak boleh adapt dengan cuaca sini.

sewaktu di kuantan, setahun pertama, nisrin cuma demam sekali aje. demam teruk smpi tak susu tak makan.

tp di sini. cukup sebulan, demam.
bagaikan ada set minda di situ.
sedih,
banyak paracetamol sudah nisrin telan.

ada siapa2 mengerti perasaan saya?

bab kerja.
saya cuba menerima seadanya.
tentang fasiliti.
atau tentang sistem sekalipun. saya bukan org yg begitu besar kuasa utk membawa apa perubahan.
jadi terima sajala.

penah sy up status di fb, pelajar poli di semenanjung patut lebih bersyukur dengan kemudahan yang mereka dapat.. 

sini, nak buat amali pon pelajar beli sendiri komponen. tak apa la, effort mereka. inisiatif mereka. supaya lebih terkesan la pelajaran di minda mereka.

kami di poli terdahulu, ada bilik komponen khas.. ada technician smpi 4 org.
lab sume teratur.

sy bagaikan anak kecil. belajar semuanya dr kosong.
kalau dulu spreadsheet/mastersheet tu sangattttt senang pada saya, sistem e-exam yang sngt sinonim, proses penyediaan persiapan exam yg sy sgt enjoy.. sume saya lalui sewaktu di poli lama..

di sini. bagaikan org yg super duper bawah dr junior. hihi. takpala, proses belajar.

ditmptkan di unit 5s, bagaikan tidak mengerti bagaimana mau me-5s kan kawasan.
berbeza di poli terdahulu.
kerahan kerja saat audit 5s masih terasa.
sampai la katanya 5s poli terdahulu sudah dpt.

hmm..

ada siapa2 mengerti perasaan saya?

setahun berlalu,
saya semakin kuat,
menerima apa yg saya lalui hari ini...

suka tinggal di sini? seadanya.

sibuk dgn aktiviti harian.

ada suami depan mata,
ada anak2 di rumah,
ada pelajar2 utk dilayan,
ada kerja2 pejabat yg perlu di buat.
hujung minggu masuk kelas.
ada hobi dan minat.


mungkin ini cuma secebis saja dipandang oleh insan2 yg membaca. tp perit juga utk saya lalui mulanya.

melihat kembali pm pm di fb dr teman yg senasib - di paksa pindah ini.
mengimbau kembali perbualan dengan bonda betapa kurg nye smgt utk bekerja.

itu semua dulu.

sekarang insyaAllah ok. doakan saya kuat.

oh ya.
perlu saya kongsikan disini.

antara ramai2 yg dtg ke bornoe ni, saya la paling corot. DH41.
yang lain semuanya DH44.

sampai cop nama sy pun mereka buat dh44. maklumla staf baru pindah sume dh44.
walhal sudah saya bgtau saya masih dh41...

siapa lg tak terasa?


hmm..

Allah tau kan yang terbaik utk saya.

:)

doakan la, kewangan saya mantap utk selalu terbang pulang ke semenanjung. ziarah family dan kawan2.

terharu saya,
bekas pengasuh masih booking utk jumpa nisrin raya seterusnya.
teman2 di poli lama masih tanya balik raya nti dtg kuantan tak..mau jumpa.

:)

ok la.
sekian.

saya doakan kawan2 yg mohon pindah semua tercapai cita2.

saya belum lg mohon. tunggu dulu.
hihi

ok take care ya!


4 comments:

Aya Chalo said...

Sedihnya baca.. semoga zu terus tabah di pkk.. heheheh.. adat la bila pindah tempat baru banyak yg kita kena sesuaikan. Jgn sedih2 jom enjoy2.. manatau dpt 44 nanti posting semenanjung pula. Aminn...

Anonymous said...

pakatan rakyat manifesto guru-guru yang berjauhan akan didekatkan suami isteri
bonus 4 bulan gaji

Unknown said...

K zu, panjangnya coretan. And turut sama merasakan kesusahan k zu.

Sabar banyak2 ye k zu..Mungkin Allah punya perancangan yang lebih baik untuk kita.

liza said...

Sy merasa tinggal di kk x smpai 2 tahun. Memang mula2 rasa mcm berat dan susah tp bila dah biasa rasa berat hati pula nak pulang sbb belum puas berjalan. Kat sana byk tmpt menarik utk di lawat. So jgn menyesali apa yg ditakdirkan. Enjoy ur life there. Nanti dah blk smjg rindu pulak kat kk. Tu saya la.. Org lain mgkin lain perasaannya..