(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

September 11, 2010

raya pertama..

yer..seolah2 mcm kali pertama sambut raya..

eh lupa..
assalamualaikum dan salam 2 syawal buat semua muslimin muslimat..

merungkap tajuk entry 'raya pertama'...

-raya pertama dengan en suami.
-raya pertama di rumah mertua.. 
-raya pertama bukan di rumah ibu bapa sendiri..

satu pengalaman/perasaan yg tak ternilai...

mungkin, sbg anak pompuan tunggal, dan tak ramai adik beradik, agak sukar utk melalui pengalaman 1 syawal bukan di rumah sendiri.. dr sebelum ramadhan lagi, sang suami dah 'booking' aku utk beraya kali pertama di rumah mak ayah beliau..
ye, sedari awal, di beri warning supaya aku bersiap sedia mental dan fizikal utk melalui 1 syawal bukan seperti selalu.
tapi.. aku ini, mungkin sorg pompuan yg cengeh/manja..
sejak awal ramadhan lagi, kalau pk bab raya, mmg meleleh...
cuba utk redha bila tak dpt 1st syawal di rumah family sendiri..
cuba utk merelakan en suami membawa isteri nya beraya ngan ibu bapanya terlebih dahulu...
tp, aku mmg tewas dengan emosi aku..
tanya la en suami..
tanya la parents aku...camana aku melalui saat utk melepasi 1st syawal bukan  di rumah sendiri..

selalu berdoa agar aku tidak menangis lagi bila pk bab raya..
tanak terbw2 emosi sendiri..
bimbang baby pun nanti jadi cengeh.. heheh
tp. aku tak berjaya.
sorry ok.
tp en suami tak melayan sgt kerenah sedih aku.
aku sendiri yg pesan gitu. nanti aku jadi lagi sedih.

balik ke umah mertua 3 hari sblum syawal.
aku tumpang gembira en suami, yg xsabar2 nak jengok kg halaman, berbuka puasa dan seterusnya sambut raya..

hari ke 30 ramadhan, aku bersyukur, aku di beri kekuatan utk berpuasa penuh tahun ni. alhamdulillah. dalam keadaan mengandung.
tp dlm masa yg sama, aku tetap rindu dengan mak ayah n adik2 aku.
di ringkaskan perasaan, terasa ganjil.
aku x mampu utk describe lebih2, kerana, kesedihan itu masih terasa, walaupun saat entry ini di tulis, aku selamat smpai di dungun.

hari ke 30 ramadhan itu juga, family suami mmg meriah, dengan abg2 ipar, biras, anak sedara. 25 org sumenya.. kalau aku betul2 enjoy the moments, mmg aku sendiri akan terasa kemeriahannya. mungkin ini sume terlalu baru utk aku, jadi aku amik masa utk menyesuaikan diri.

aku rasa aku perasan, mak mertua aku juga turut rasa kesyahduan aku.
naluri seorg ibu....
sbb setiap kalu dia pandang aku, aku boleh 'baca' ibu mertua sedang 'membaca' aku..
n, en suami penah bgtau aku yg mak dia mmg sedih bila dpt tau aku menangis bila xdpt beraya 1st syawal di dungun.

takbir bergema. malam 1 syawal di pasir mas cukup meriah dengan pertunjukkan bunga api yg mmg aku hanya lihat di TV. yg ini betul2 di langit.
Allah masih mahu memberi aku kebahagian syawal.
mlm itu, aku menikamati cahaya syawal dengan menolong pape yg patut di dapur. pastu, senyum2 ngan en suami. 

hajat di hati tanak call family sendiri. nanti takut tak mampu.
tp xboleh bohong diri sendiri.
nanti x call, apa kata diaorg sombong lak kan.
so, telepon la seorg anak ini..
dipendekkan...

perbualan berakhir dengan air mata aku. haha
yg kelakar nya, en suami terpaksa pujuk aku dengan analogi..
di tanya nya aku, jauh sgt ke kelantan ganu. dah x boleh balik dungun ke. 
cuba bayangkan, mereka2 yg dah xde mak bapak utk beraya. camana??
hmmm..
aku cuba utk mengerti..

melalui 1 syawal, mcm biasa.
ingatan pada family sendiri tak penah lekang.
palig getir bila si adik kesyangan sms aku:
bunyinya: adik kabo kakno tadok dok sedak.
9.46am. 1 syawal 1431H.
terjemahan dalam baku.
adik nak bagitau, kakno takde tak rasa best (raya ni)
.......

what should i say?
or
what should i feel?

di tambah sms sorg buddy.
tanya lagi..

kenapa 1st raya ni bukan di rumah family aku. menurutnya, selalu nya si isteri yg akan di utamakan..

hanya Allah yg tahu sumenya..

:)

ITU PENGALAMAN YG TAKDE HARGA, 1 SYAWAL 1431H.
bagaimana teruji perasaan aku...

sudahnya, aku xde la semangat mana nak bergambo sakan.
ade gambo ngan en suami pun duk dlm hp anak sedara sblah en suami.
lagipula, tragedi sungguh, pagi tu kul 5am aku terjaga, muka aku bengkak2 kena gigit nyamuk. (mmg kulit aku sensitif yg amat dengan nyamuk).

dan...
tau x..
aku x salam raya lagi ngan en suami..
atau dgn kata lain, belum lagi mintak ampun maaf ngan en suami..
aku tak tau bila boleh buat..
igt mlm td sblum tido, tp penat...
sbb mmg penuh aktiviti makan2, gotong royong... smpi ke tgh malam.
mmg tak smpt nak manja2 sgt pun ngan suami.

mujur, ada biras2, tmpt aku berbual. lupakan kesyahduan aku.

itu cerita 1st syawal aku sbg isteri.

kesimpulan:
1- kalau aku mampu mengerat dua diriku..aku sanggup. sebelah di dungun, sebelah di kelantan..
2- buat mcm iklan raya 2010 petronas. buh umah mak ayah kat atas lori, bawak mai depan umah. boleh raya puas2 bersama.

sedikit pengalaman yg akan dewasa kan aku..
aku sbnrnya pelik juga, emosi manja aku terlebih2 pulak time ngandung. heheh

kalau nak tau, raya ke2, pagi td, aku nangis lagi, mengenangkan en suami nak berpisah ngan ibu ayah n adik beradik sume. cepat betul masa berlalu.
sungguh, syawal thn ni membawa 1000 makna.
pengorbanan emosi yg ckp besar.

thn depan mcmana pulak?

sekian.

utk hari2 syawal seterusnya, moga sumenya berjalan lancar...aminn...

3 comments:

`AnaYNa` said...

Ala mama bucuk2...meh la beraye umah cik ana..ilgkn sedey tu yer..kitorg lg sedey..taun ni beraye umah zana n yana jek..uwaaaa...

zuriani said...

:) dah tanak mai rayer umah kite dulu.. mmg nak g raya pun, nak rasa biskut raya auntie yg banyakk tempel kat blog tu, tp asyik delay je..

Anonymous said...

takpe wak. kire awk berjaya gak bertahan kan! caya lah! i believe in u!!