(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

April 02, 2015

jom sama2 belajar memahami pelaksanaan GST.

Bismillah..

hari ke2 di bulan April 2015. rata2 mmg semua dah celik mata dengan GST kan.. walau dr awal lagi kerajaan dah 'iklan'kan dengan baik, tp tak semua betul2 nak ambik peluang nak memahami. maksud saya, sebagai pengguna - end user lah... kalau sbg peniaga, pengeluar, lagi dorang kena ambik tahu kan..


sama macam saya, awal2 dulu mmg tak hirau sgt, xamik port, brg apa yg kena GST, brg apa yang tak kena gst, camana cara pelaksanaan, camana sistem tu berjalan, mmg sipi2 je tau.. yg dah mmg tau, harga barang akan naik.. huhuhuhu

hari ni, baru betul2 nak amik port kot. tu yg baru masuk blog.. huhuhu


ok jom kita sama2 belajar.









ayat-ayat adalah dari sini KLIK SINI

VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.

Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara – terutama US , mengenakan cukai jualan , biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah sama ada penyumbang terbesar atau penyumbang kedua besar kepada perolehan negara.

GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai.

Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.

GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.

Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.

Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai "kredit cukai input''.

Akhirnya pengguna akan menanggung kos GST tersebut. Bagaimanapun, penyerahan GST kepada pihak berkuasa adalah tanggungjawab penjual bukannya pengguna terakhir. 

panjangkan salasilah GST ni.. hehehe

ok seterusnya, sebagai pengguna, apa yg kita kena faham ye? ye la, kena tau, detail, atau dengan kata lain, kena jadi pengguna yg lebih bijak.. sbb akan ada pihak yang mengambil kesempatan mengenakan GST kepada pengguna, sedangkan perniagaan mereka tidak berdaftar utk pelaksanaan GST kan...

sedikit perkongsian,

mulai 1 apr, kena rajin2 semak resit.. semak samaada memenuhi syarat/spesifikasi GST ke tidak.. sila rujuk gambar eh..

1- kena ada no GST/GST ID, boleh check kedai tu jugak, ada tak tampal apa2 no pendaftaran berkenaan GST di kedai...

2- semak item yang dibeli, samaada layak kena GST atau tidak.. kalau kena GST sepatutnya ada simbol S, yg tak kena GST patutnya Z


3- kiraan bahagian tax.. charge 6%.. (cuma saya tertanya jugak, mcmana sistem mesin kira2 boleh kira asing2 barang yg kena GST, barang yg tak kena GST) - mesti bijak kan org yg design sistem tu..

ok, andaikata terkurang, kita sebagai pengguna, kena buat aduan.... ok link aduan, nanti yer..




ni resit yg saya ambik dari satu group. resit sementara, atau nak habiskan stok resit yang sedia ada..


yang di atas ni pula, saya ambik dari page FB pm Najib.. jelas kan.. ada S ada Z..





seterusnya, kita kena ambik tau la sikit brg yang kena GST dan jugak dikecualikan..
saya ambil gmbr carian di google..
yang ini bersepah di laman web.. kita je la peka tak peka..

*saya pun kena print* heheh






 dan lagi.. saya copy dari sini, SILA KLIK

Sebagai pembeli, sudah semestinya kita tertanya-tanya juga apakah senarai barangan yang dikenakan dan tidak dikenakan GST 2015 ni kan? Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST 2015) dengan kadar 6% akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula bulan April 2015 ini. Sebelum ini ada barangan yang dikenakan cukai SST 10% yang dimasukkan ke dalam harga jualannya. GST dengan kadar 6% akan menjadikan beberapa barangan pengguna yang terlibat dijangkakan lebih murah... Ok dengan sepenuh harapan biarlah betul-betul murah yer...Ihiksss.... 

Di antara barangan yang dijangkakan akan turun selepas pengenalan GST 2015 adalah:
  • Harga set televisyen 
  • Peti sejuk 
  • Penghawa dingin
  • Seterika
  • Pengering rambut
  • Lampin - apasal macam sukaaaaa jer yang ni...ha ha ha... 
  • Minuman ringan
Berikut pula antara barangan yang mungkin naik harganya disebabkan ianya tidak dikenakan cukai sebelum ini yer kawan-kawan... 
  • Komputer 
  • Komputer riba
  • iPad
  • Telefon bimbit
  • Jam tangan
  • Barangan kosmetik termasuk gincu dan pengilat kuku
Huwaaaa... ini semua barang-barang kegemaran ni... adusss... ha ha ha... betullah tu "quote... there are no gains without pains"...Muahahahaha... 

Tidak akan ada GST untuk makanan keperluan seperti:
  • Ayam
  • Daging lembu
  • Daging kambing
  • Ikan
  • Itik
  • Telur
  • Ikan bilis
  • Beras
  • Roti 
  • Sayur-sayuran segar dan buah-buahan
  • Minyak kelapa
  • Minyak masak kacang tanah
  • Susu bayi - ni penting ni... 
  • Petrol RON95 dan Diesel - ni pun penting jugak... ekekekeke
  • Tol
  • Pengangkutan awam
Barangan makanan bukan keperluan walaubagaimanapun dikenakan GST yer kawan-kawan...sila ambil tahu... 
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Mi cawan
  • Tempe
  • Keju
  • Marjerin
  • Telur puyuh 
  • Minyak jagung
  • Minyak zaitun
  • Biskut
  • Donat
  • "Croissant" coklat
Jabatan Kastam telahpun mengeluarkan sebuah buku dengan menyenaraikan barangan yang dikenakan cukai dan tidak dikenakan cukai dan ia boleh dimuat turun dari laman web di SINIBaru jer muat turun pun...bha ha ha... oklah Farah kongsi sebarang dua yer? 

Tisu, penyepit baju, pasu bunga, payung semua ada GST ok? Ha ha ha...lepas ni mana-mana pandang nampak perkataan GST ajerlah... 

 :)

:)

atau

:(

:(

hmmm... 


bertabahla wahai semua jiwa2... insyaAllah.. 


ok seterusnya, utk aduan.



muka page mcm dalam gambar di atas..


bersama kita jadi pengguna yang bijak.. dan kepada peniaga2, jgn senang2 nak mengambil kesempatan....


sampai sini sahaja penulisan petang ini.. terima kasih dekat semua teman2 yang keep on sharing info tentang GST.


terima kasih sudi baca post saya. 

tata

assalamualaikum.

No comments: