salam kawan2 maya ku..
stress tak tgk gambo di atas?
kalau tgk pun dah rasa stress, apatah lagi kalau diri sendiri mengalaminya - even sebagai driver mahupun penumpang.
di petik dr sebuah blog, gambar ni, adalah gmbar trafik jem di china. tau baper km dia punye jem??
2.6km?
26km?
260km!!
ok ok kita tgk gmbr lain lak..
hihi
boleh tahan skit kot.
happens daily. even day or night.
esp time cuti perayaan.
apa motif update kali ni?
heheh
kali ni nak share tentang bagaimana 'membaca' no plat kenderaan negeri sabah.
hihihi
sejak kecik2 lg kan dah tau tentang no plat kenderaan negara malaysia ni..
A - Perak cth AGH 3212, AGA 4774 dll
B - Selangor cth BCD 8888
C - Pahang cth CCD 1122
D - Kelantan
....
...
S - Sabah cth SA 1233 W, SAA 876 X
..
Z - pertahanan..askar, navy (maybe)
unik atau lain nya no plat kenderaan sabah ni sbb ada abjad tambahan lagi dekat belakang angka2 tu..
masa mula2 smpi sabah ni, mmg ketara la kan, hampir semua kenderaan plat no sini..mcm2 no ada..terfikir jugak camana ye no nye running..
SS XXXX A
ST XXXX G
SK XXXX H
dan lain-lain.
penah skali en suami tanya pada student, student jawab abjad yang dekat belakang tu menunjukkan tahun..tp tertanya2 lagi, smpi tahun bile abis running abjad2 tu.
heheh
gini rupanya..
setiap daerah dalam sabah ni 'di-assign' dengan huruf kedua berbeza.
Kota Kinabalu SA - (kira kalau jumpa kenderaan yg huruf ke2 nya A, confirm la org tu beli di kota kinabalu
Sandakan SS
Keningau SU
Tawau (atau mungkin daerah lain) - ST
(saya belum abis khatam lagi membaca peta sabah beserta daerah2 yg terlibat)
kemudian ada pernah nampak kenderaan yg no nye SD, SL, SK - ini nama2 daerah yang sy tak familiar lagi.
ok.
sy guna no plat keluaran kota kinabalu yea.
kereta generasi pertama (mungkin) telah bermula dengan SA XXXX A (SA - daerah KK, XXXX - nombor, A turutan), dan di ikuti dengan SA XXXX B, SA XXXX C, SA XXXX D dan seterusnya sampai abis turutan habis turutan huruf di belakang tu.
dah abis.. SA XXXX Y/Z, nombor generasi kenderaan seterusnya akan naik jadi SAA XXXX A.
seterusnya SAA XXXX B dan bla..bla.. smpi la abis..
yg terkini, dah masuk generasi ke3. SAB XXXX A. dan akan running smpi abis laa..
boleh faham kan? hihihi
jd skang sy tak confuse lagi.. kenapa la ada kereta SA, ada kereta SAA, ada kereta SAB..
now i dah faham.
SA means dah lamaa la no tu. yg terkini SAB. :)
gitu jugak dgn daerah lain. tp setakat ni, hanya plat kota kinabalu yg dah ada 3 abjad di depan. daerah lain masih lagi dua abjad.
yelaa, lamaa kan nak tunggu abjad belakang tu running SX XXXX A hingga Y/Z. :)
ok
itu aje utk kali ni.
teringin ke tak eh beli kenderaan plat sabah? buat kenangan?
hihihihi
kemudian pikior yer..
2 comments:
kalau beli kat pulau sipandan,. camno?
Asalnya plat Sabah guna EJ. Kalau kenderaan kerajaan guna G. Tak pasti maksudnya mungkin E untuk East dan J untuk Jesselton, nama asal Kota Kinabalu. Masa saya sampai di Sabah pd thn 70an dah ada EJA. Kalau tak silap. S mula digunakan pada thn 80an.
Post a Comment