seminggu bercuti dari kerja, membawa diri dan keluarga pulang ke kampung. homesickness.
kerinduan.
ingat ke sejak balik ke sana jan 2014, mampu bertahan hingga ramadhan nanti, tp tidakk sama sekali.
jadi pulangla kami. dan hari ni kembali ke konti.
mei.
dua hari istimewa.
hari ibu.
hari guru.
hari ni bukak email 1govuc, our beloved pengarah ada bagi sajak bermakna sempena hari guru. saya copy dan post sini.
Berburu ke padang datar,Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
TERIMA KASIH CIKGU.
bait kata2 yang sangat bermakna. orang kata, tiada sambutan hari khas untuk pensyarah, kita tumpang perkataan guru pun okey kan.
di antara ucapan sempena hari guru yang saya dapat. terima kasih.
balas saya..
Sy
insan biasa2 je.. mungkin tak mampu nk didik kamu semua jd luar
biasa..tp yg penting, bila kita berjumpa di kemudian hari..moga menjadi
'seseorg' lah kamu semua..
Harap semua ok dgn result sem lalu.. tinggal satu sem lagi.
Chaiyokkk
Harap semua ok dgn result sem lalu.. tinggal satu sem lagi.
Chaiyokkk
kata2 tu pun saya pinjam dari cikgu saya zaman skolah. tapi saya ubah sikit. cikgu saya dulu cakap begini 'when we met someday, i wanna u be somebody'.
comel kan? :)
alhamdulillah. sangat besar jasa guru2 disekeliling saya. dr seusia tadika sampai la besar panjang. ada sahaja watak2, cara2 guru yg kita boleh adapt. terima kasih sgt2..Allah sahaja yg tahu betapa besarnya pahala berkongsi ilmu ni utk anak2 bangsa...
happy belated teachers day buat semua guru2 semalaysia.
No comments:
Post a Comment