(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label sabah. Show all posts
Showing posts with label sabah. Show all posts

July 30, 2016

Everyday Oil Young Living






EVERYDAY OILS KIT
*********************

Assalamualaikum / Hi.

Dah lama kan x cerita pasal YLEO...rindu x? rindu x?..alaaa..ckp jela rindu dlm hati tu..hehe

Harini sy up lagi tentang everyday oil..Kenapa nak cerita pasal everyday oil? Sebab dia baru ada stock dkt HQ...Sebelum ni out of stock ok..so bila dah ada stock kita grab la cecepat..nampak tak betapa org suke everyday oil set ni

Dari nama pon dah tau..mmg minyak2 yang dalam ni adalah utk kegunaan seharian..pendek kata lengkap la utk penggunaan seharian anda sekeluarga..💟💟

Beli sekotak ni trus dpt jdik member..tu yg bestnya..n layak dpt PERCUMA BASIC STARTER KIT yg ada 5ml stress away dlm dia..stressaway yg glemer sgt diperkatakan sekarang tu 😊😊

apa kegunaan oil2 dlm ni? meh kita tgk jap

-----------------------------
Eo dalam Everyday Oil:
Pan Away
Melaleuca Aternifolia (Tea Tree)
Lemon
Peppermint
Thieves
Joy
Frankincense
Lavender
Purification
Stress Away

---------------------------------------

1. Pan Away - for muscle discomfort, pain killer

2. Melaleuca Aternifolia (Tea Tree) - skin care , infection, candida

3. Lemon - detox, batuk, selsema, demam (baby)

4. Peppermint- demam, pening, angin, muntah, bg segar

5. Thieves - batuk, elakkan jangkitan kuman

6. Joy - promote enjoy moment..sesuai utk mak2 yang slalu stress

7. Frankincense- immune system, skin care, luka, scar

8. Lavender - mudah tidur, calming, skin care, lebam, melecur, eczema

9. Purification - air purifier & freshener, sakit mata & telinga

10. Stress Away - of course for stress as it name..boleh guna this oil for mummy or your baby

banyak kan? boleh pm saya utk nak tau lebih lanjut n kelebihan as a member...

p/s: sekiranya anda nak mencuba minyak ni secara loose pon boleh..kot nak beli 15ml mahal sgt kan..


jangan segan untuk bual2 dengan saya.. save no saya 0127934510

May 25, 2016

Tip of Borneo, Simpang Mengayau, Kudat, Sabah

bismillah... lama nyaaaa tak muncul.. 

:)

bayar hutang, kita kongsi gambar ye...



baru2 ni kan kita sempat g jalan kat satu tempat yg glemer jugak la dlm sabah ni.. kita g kudat....

org kata kalau tgk peta sabah, ada bhgn yg mcm hidung tu,, hehe haaa situlah, Tip Of Borneo.

kwsn tu sebanarnya kawasan pantai, tp dkt bhgn tip of borneo tu adalah letak satu replika mcm gong.

gmbr kat atas tu, pantai tu laa.. tp x alert nama pulak kita. pemandangan adalah sangat sangat cantik... tenang je mata memandang..




baby umar tumpang baring jap heheh


dah settle lawat kawasan tepi pantai ni, suami ajak pi bandar kudat, solat, cari makan.. kita rasa cam jauh gak la dr kwsn ni ke bndr kudat tu..

ptg tu, dtg balik kawasan  ni, sbb tak puas laaa xdpt tgk seperti yg suami cakap.. ada gong, view yang lagi lagi cantik..


cut story,






dah lamaa sgt tak update, mcm hilang track pulak..

huhuu


March 05, 2016

tarikh itu - 4 thn yang lalu

Bismillah

alhamdulillah. bersua lagi. 1.11am. sepatutnya tdo kan. boleh rehat, refresh minda. tp ni baru dpt curi masa nak settlekan bayaran wajib bulanan - pinjaman perumahan, byrn bulanan kereta & insuran.. tp gak, cimb clicks dgn maybank mcm tak brapa nak ok.. cimb 3 kali cuba, tunggu TAC xdpt2.. maybank lagi xdpt masuk.. jd, toing toing, kita update blog kesyangan.

4 mac 2016.

alhamdulillah, kita selamat jadi MAKLONG. dpt anak sedara baru. anak kepda adik bawah kita.. girl.. mak ayah g jenguk di hosp HSNZ ptg td, rambut baby girl mcm adik kita masa lahir..perang2 gitu... heheh tak sabar nak tgk.


itu cerita 4 mac 2016. ni kita nak kongsi cerita 5 mac 2016.




mengingati ulang tahun ke-4 kami dipindahkan ke bumi kota kinabalu, yg mana tarikh 5 mac ni la tarikh jejak kaki di sana....
dan tak tau, berapa lama lagi kena counting.. bukan soal tidak suka, cuma, cuma, hmmm... payah nak taip2... :)


hoyeah, bertambah satu lilin lagi... harap nyalaan nya bertambah bersinar utk setahun mendatang..

special sungguh bulan 3 setiap tahun. tak pasal2 tarikh jejak kaki ke sabah pun jadi anniversary jugak.. 
kehidupan insyaallah mcm biasa.. tak tau la camna nak jadi luar biasa. cuma thn 2016, diseri lagi dgn kehadiran sorg baby lelaki.. jd tak mo sedih2 ye zuriani.... minggu depan, 10 mac, insyaAllah tarikh validasi en suami.. berharap agar urusan persediaan dokumen tu berjalan dengan lancar. insyaAllah aamin.. dan seterusnya berjaya di validate...

post kali ni nak tampal status fb 4 thn dahulu kala.. yelah, kata nak throwback, flashback, mengingati balik kan.. kita igt betul2..


ni gmbo nisrin hari kami nak naik flight tu. tunggu masa nak boarding. perasaan? hehe pang laaa kalau ada yg teka gembira gak. nisrin je kot yg rasa bahagia, ala2 nak g bercintan, eh bukan, bercuti.. cuma, selepas beberapa tahun, rasa lega, dah melepasi fasa sgt2 sedih, down.. dan sebagainya lagi...

tp kita tak tipu, kita yg cengeng ni, tiap kali nak tinggal mak ayah, nak balik sabah, mesti laju je air mata nih... awat eh... camna takmi bg nangis2 lagi yea..

4 mac 2012, bertolak dr umah parents, smpt singgah sedih di umah BS nisrin di kuantan, kemudian terus ke KL. 

check-in dekat hotel ni. hotel ni mmg dah jadi persinggahan wajib kalau turun kl. tgk nisrin, tak mo tidur, jadi btul lah, dia sorg je hepi kot.. heheh


status awal pagi. sarapan dgn keluarga. dan xtau bila lagi lepas tu boleh breakfast sama2... huuu sadissss



gate H8, tmpt dlm gambo nisrin kat atas tu...



tak disangka, kali pertama naik kapal terbang adalah tajaan kerajaan. muehehe, dpt seat depan skali... mungkin dgn harapan, berkhidmat la kami dengan baik di bumi kk sana.... 



sampai ptg lagi sbnrnya, terus pi report/lapor diri dengan TPA POLIKK.. mlm baru free skit..

tu je lah, nak buh kat blog.. heheh


buat family kecik saya, hmm.. xtau la buat ucapan apa.. :)

salam sayang selalu.




March 11, 2015

3 tahun penuh makna

bismillah.

pembuka bicara bulan mac.


5 mac 2015 - 3 tahun sudah kami di kota kinabalu.

doakan perancangan akan datang berjalan dengan lancar. selalu tertanya, bila la kami bole pindah balik bekerja di semenanjung. sangat rindu lah!

tp duk sini bukan tak enjoy. enjoy seadanya juga. cuma..cuma, jauh sgt dr keluarga yg selalu dirindui. 

adui.. ayat sedih je kan. maap la yo.



kunun2 dah 3 thn byk tempat dah ke berjalan duk sini? ehehe

tidak la.

2 thn duk kk, baru saya jejak pantai tanjung aru.

nak masuk 3 thn duk sini baru la en abe bawak g makan dekat area kelapa bakar - sebelah poli ni je..
sedapppp wehhh lokan bakar dia. smpi hari ni terigt lagi..

nak masuk 4 thn nti, xtau kita g mana lak yer.. 
hihihi

oh ya, caption utk gmbr di atas..

kami join aktiviti CSR di muzium sabah.. kasi bersih2 kawasan dlm ruang lingkup muzium tu..
csr smbil bawak anak.. huhuh sbb nya maid tak dtg2 masuk kerja.

alhamdulillah, minggu masa buat csr ni jugak confirm, budak tu xnak keje dgn kami lg.. hilang beban tau.. beban seterusmya mana nak letak anak2 ni.. ok itu post lain naaa

berbalik cerita muzium ni,
menarik sbb, ada indoor muzium.. dan jugaaa
ada outdoor muzium..bayarannya rm2 utk warga malaysia yg sah. heheh

di outdoor ni pihak muzium dah sediakan replika, cth2 rumah panjang yg ada dlm negeri sabah.. menarik juga la..

bayar rm2 utk tour dlm indoor dan juga outdoor.. ada juga aktiviti safari di muzium..bermalam di muzium dan sertai aktiviti yg pihak muzium sediakan..

kalau tanya apa ada dlm muzium tu, mmg kami x masuk lagi.. lepas abis csr, terus keluar dr kawasan muzium..



ada satu jambatan gantung.. amazing nisrin... sbb xda gayat langsung.. kita punya nak cepat2 jalan.. dia bole lenggang kangkung.. amik angin..byk kali panggil suruh cepat..
 


adik nurin yg juga ceria.. awal tu mood nk melekat je tau dia nih..
 


ada hati sbnrnya nak masuk dlm kolam ni.. smbil2 kagum tgk pokok yang ada akar berjuntai dr atas terus masuk air.. lps tu mula la nisrin ckp, akar pokok tu nak belit orang.. ajaran siapakah itu?

hehe

cerita pendek je sempena 3 tahun.

moga bejalan lancar perancangan utk tahun ni... nak mengahadapi gst lagi...

lastt.. 

rumah ke-2 kami.. dah siap ber-grill sejak berbulan2... kalau ramai duk tanya rumah saya di kuantan sana tu bila nak bg penyewa kan.. yg ni xyah tunggu org tanya, mmg siap tawarkan nak bg sewa.. tp detail selebihnya blum boleh bg..pasal dlm tu ada lg yang x siap.. belum pasang lampu..kipas semua...

rumah saya ke.. rumah en suami ke.. mampu tgk gambar ja skang.. xmampu nak duduk lg..

batasan lokasi..

boleh tak nk pindah kuantan balik nanti...
 rumah semi-d balok perdana
hihihi 

btw, terima kasih buat ayah bonda yg mcm biasa, menaja grill rumah.. 

:)


ok smpi sini dulu.. sampai jumpa lg.. 

assalamualaikum...


 

August 22, 2014

counting...



Bismillah.

masih cerita pindah ye zuriani? hahaha

keramat sungguh susunan abjad yang membentuk perkataan ini...

PINDAH : VERSI SAYA VS VERSI MEREKA (sila klik utk post lalu saya)

link di atas adalah tulisan hati saya tentang pindah ke sini. saat mula2 dulu...

ntah mengapa, sejak lepas syawal, hingga semalam, perkataan ini kembali mengusik jiwa... sedikit terkesan sebenarnya dari bait-bait berbaur luahan teman2 yang senasib dengan saya....

arahan di pindah tanpa was-was oleh orang atasan....

nak kata saya memahami jerih perih perasaan orang yang kena pindah, boleh kata ya la.. sbb saya pernah melalui saat2 itu... cuma bezanya, saya lebih awal merasa 'perasaan dipindahkan' ini....

post mereka di fb, mmg menyentuh perasaan.. mereka yang bukan di dalam 'kasut' kami mmg akan cakap, bukan benda besar pun.. pindah je pun.. dalam negara je kan.. hehehe wahai insan-insan.. selagi tidak mengalami sendiri, maka selagi ituu laaa tidak kamu merasa perasaan kami..

berapa lama untuk bangkit? bangkit menjadi kita yang dulu2? 

berapa lama untuk ada klik2? klik2 yg sama mcm dulu2?

berapa lama untuk serasi di tmpt baru?

mmg tak punya jawapan..

Allah lebih tahu....

tp percayalah, selagi berada di semenanjung.... insyaAllah, masih dikira dekat untuk menjenguk keluarga...menjenguk kediaman sendiri... mcm kami, kalau tak da ribu2 xdapat balik la.. sila la menabung yer.. sabar la duhai kawan2... 
saat hati gundah, saat hati tertanya2, kenapa kita ditakdirkan begini2.. jauh dengan suami...jauh dr kebiasaan dan keselesaan sedia ada, jauh dari hobi-hobi lama, jauh dr semua2... ingat Allah... insyaAllah hati lebih tenang... hujung minggu, boleh pandu terus ke kampung.. kami? hanya mampu menghitung, bilaa bole lagi terbang pulang ke kampung...

satu yang buat sedikit kuat, Allah tak akan uji kita di luar kemampuan.. insyaAllah..

for the time being, insyaAllah, setember nti, insyaAllah...genap 2 thn 6 bulan kami di sini... kalau mengikut pekeliling baru, 4 thn sudah layak ditanggung kalau dapat pindah.. jadi, tinggal beberapa kerat aje untuk ke tarikh matang..mudah2 an panjang usia utk kembali berkhidmat di semenanjung... untuk itu, capai la apa shj depan mata... nikmati sekeliling.. :)
dan semoga kami2 yang dipindahkan lebih bersemangat untuk hari2 mendatang.. aaminn.. :)


sebelum menamatkan cerita, 22 ogos 2014, hari bersejarah bagi kita rakyat malaysia... sedihnya cerita MH17 pada kita semua, sedih lagi ahli keluarga terdekat..dan hari ini sebahagian besar jenazah rakyat malaysia sudah touch-down di sini... Allahu... kuatkan mereka ya Allah...




February 03, 2014

taarif elektrik 2014


assalamualaikum.. happy monday frens!

update blog di hari pertama kerja di bulan februari. minggu cuti semester. hoyeaa :)

we hv all clear tentang kenaikan taarif elektrik kan. kalau di sabah, consumer yg guna lebih 300 kW/hour yg akan merasa kadar baru.

kadaran:

1-100 kWh 17.5 sen/kwh

101 - 200 kWh 18.5 sen/kWh

201 - 300 kWh 33 sen/kWh

301 - 500 kWh 44.5/kWh *******

501 - 1000 kWh 45.0 sen/kWh

utk kadar lama, yg sblm ni, penggunaan 301 kWh ke atas, kadaran nya 33sen/kWh. yg baru dia naikkan menjadi 44.5 sen/kWh. naik seposen. 

utk 2013. average pengguna mmg hampir mencecah 300 kWh. jadi saya ni golongan yg mmg mungkin akan merasa la kadar baru kalau penggunaan elektrik dirumah tidak dikawal sebaiknya.

oh ya, kadaran di atas hanya terpakai utk kami di sabah. semenanjung mungkin lain kadaran tu. tapi kalau nak kepastian bole tanya di kaunter TNB.


disember 2013 punya bil.

333 kWh.

huh. 

jadi di antara misi kecil saya utk 2014, utk kurgkan penggunaan bil elektrik. tp dirumah, major use adalah heater air. all of because anak2 cilik masih dimandikan air suam. tp kat rumah tu tak install heater yg dlm bilik air pon. mungkin kena tmbh yg itu la kalau bil elektrik masih mencanak naik. atau mungkin kena ada pilihan lain. beli appliances yg 24hours panaskan air tu. tp rasa cam lagi melebih2 nti. ntah. 

yg lain2 tu, lampu kipas, kena pastikan setiap kali keluar bilik, kena terus off. bilik air, siang tak perlu pasang lampu. 

dan ada juga sy google, plug each socket tu kena remove kalau tak guna. walaupun dlm keadaan off, tetap ada terguna tenaga. bila ada tenaga diguna, maksudnya ada charge di situ. 

tips lain? 

klik link2 kat bawah ni yea..

TIPS 1

TIPS 2 



dan if kawan2 ada tips lain, komen lain do share ya..


one more thing sy yg nak kongsi di sini, apa perlu sy maintain penggunaan elektrik bawah 300kWh ni... 

berkenaan surat makluman kenaikan taarif elektrik dr CEO KKIP (pembekal elektrik tmpt sy tinggal di kota kinabalu ni).....

begini bunyi ayat tu..

Besides, as announced by the Goverment, effective from 1 January 2014, the Goverment will collect a 1.6% on consumers' monthly bills as a contribution to the Renewable Energy Fund (under Renewable Energy Act 2011). Domestic consumers with monthly usage of 300 units and below will however be exempted.

naaaaaaa

jadi penyumbang negara la saya kalau guna lebih 300 unit sebulan.

maafla, baik saya menyumbang tempat lain. :)

mode tidak sabar menunggu jumlah bil elektrik utk januari 2014.

sama2 kita tunggu ya.

jumpa lagi.
:)
 



March 06, 2012

selamat

5 MAC 2012
1510
MH2614 BERJAYA MENDARAT DI LANDASAN TERMINAL 1
LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU.

5 MAC 2012
1700
SELAMAT MENDAFTAR DI PEJABAT PENTADBIRAN POLITEKNIK KOTA KINABALU.

6 MAC 2012 - ONWARDS,
BERSEDIA MENJALANKAN TUGAS DI TEMPAT BARU..

DOAKAN KAMI YEA KAWAN2 DI SEMENANJUNG.

 

March 01, 2012

pre-journey to sabah

salam sayang dr semenanjung.. ya, i masih bersiaran dr bumi semenanjung. 


alhamdulillah, telah berjaya melalui tarikh 29 feb.. seperti di duga, saat/detik perpisahan sementara itu tetap perit..cantik kan tarikh tu - tarikh yg hanya boleh dijumpai 4 thn sekali.
29 feb 2012, merujuk hari akhir saya berkhidmat di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, POLISAS..


*cite bab air-mata next entry k*


kali ni cuma pre-entry sbelum betul2 ada di sabah.. yg smpt saya rakam.. kita tgk  gambar ye..



pada saya yg mulanya mmg menyangka yg ini adalah berita baik yg di sulami dgn berita kurang baik.. tp setelah dua minggu tarikh berlalu, minda semakin positif utk maenerima berita ini, dan berbunga la harapan bahawa rezeki kami insyaAllah pasti lebih baik di bumi sabah. jgn di tanya berapa jaraknya pahang (tempt lama berkhidmat) dengan sabah, sebaliknya tanyala berapa lama tempoh perjalanan udara dari pahang ke sabah.
saat berita ini di baca berulang2 malam itu, macam2 perkara menerjah, soal PJJ, soal anak, soal diri sendiri.. tapi.. 

belum sempat cerita si dia dapat jauhhh ke sana menjadi basi, cerita saya pula muncul..
dan saya juga tetiba menjadi golongan mendapat ucapan tahniah. bila dah begini, cerita lain pula timbul - terutamanya soal pengajian saya & soal rumah kotasas

*pihak pemaju bgtau, seawal 12 mac pembeli akan dpt kunci* 

tapi, demi sebuah keluarga, saya turut jua ke sana, berbekal
kan smgt semoga ada yg lebih baik utk kami si tmpt baru..

pada petang saya dpt surat arahan perpindahan, terus mintak wakil dr syarikat logistic provider - yg akan uruskan shippment barang2 kami dtg ke rumah utk buat estimation cost supaya diaorg bole bagi quatation, dan seterusnya pihak septtnya boleh kuarkan LO dan seterunya surat lantikan utk syarikat tu.
syarikat apa yer?
- SubaliPack!

:)

wakil syarikat juga ada emelkan jadual kontena/kapal ke sana.

:) alhamdulillah kami dpt tarikh tu

22 feb - subalipack datang take out semua barang kami termasuk keta + moto en suami
25 feb - barang sudah selamat loading dalam kontena dan bertolak ke pelabuhan kota kinabalu
4 mac - di jangka sampai ke pelabuhan kota kinabalu

so yang tinggal skang, hanya jasad, yang kemudian perlu juga berangkat berlepas ke sabah




Dear Mohd Zulkifli, Please be informed that your shipment form PORT KLANG to Kota Kinabalu, have been departure on 26 February 2012 and estimated arrive at Kota Kinabalu Port on 4 March 2012, and it is excluding custom clearance activities..

keratan sms dr subalipack pada en suami


ok ok mula dr awal balik :)

inilah quotation tu,,
rasanya boleh nampak dgn terang dan jelas, baper jumlah nyer
heheee

ok ok kasi zooom sket

pada saya mmg suatu nilai yg banyak. ini baru satu keluarga. agak2 berapa keluarga yg dihantar ke sana? tapi xper, selagi 'saya menurut perintah' kena turutkan jua.
buat aim baru di sana
buat pembaharuan di sana
pengorbanan jauh dr keluarga dan kawan2 si semenanjung perlu dijadikan batu loncatan utk kehidupan yg lebih baik.

*saya perlu positif kan utk semua ini?


ok layan gambar acara packing+sealing+loading barang yea..





21 feb, seramai 7 pekerja subali pack dtg umah, around 4pm mcm tu.
cepat betul diaorg buat kerja.
bgtau shj yg mana kita nak bawak ke sana, semua diaorg buatkan.
pantas!
mantap!
gmbr ni di ambil mlm tu, sgt berserabut ok.

aiyooo ini lagi la super berserabut
nampak tak ada sorg budak kecik yg turut pening di situ? kita ambik dia dr umah BS pun dah lewat, dah dekat nak magrib. menangis2 dia sbb kita lambat amik.
maaf ye nisrin, umi abi pening nak settlekan barang, nak sort mana yg betul2 nak bawak ke sana, mana nak bg org, mana nak buang aje..
uih, jgn la beli barang banyak2..guna je yg mana ada, buruk nanti, baru beli baru. sila la jgn tambah koleksi pape. 

dekat lorong ni la lil princess kami suka berlatih berjalan... saat entry ini di taip, lorong ini telah menajdi kenangan.. 


di balik kotak tu ada macam2 lagi..
koleksi bantal besar, bantal kecik, bantal2 nisrin, teddy bear nisrin.
nak tinggal, sayang wooo


ni bahagian dr master bedroom, baju2 + brg2 saya. 5 kotak tu, khusus baju saya. sgt byk kan. itupun saya dah sort separuh bg org tau.
xtau la dtg dr mana begitu byk baju. sudahknya saya sendiri pening+letih nak lipat baju.
mmg boleh mintak org subali buat semua, tp bab baju ni personal ok. jd lebih baik kita sendri buat.

ini kotak2 utk packing barang2 kat dapur.
saya tak sempat nak balutkan pinggan gelas kaca dgn kertas, duk igt diaorg main hentam masuk dlm kotak.
rupanya tidak. diaorg yg balutkan semua. so masa diaorg pack, sy siapkan peti ais. 

gambar ni di ambil pd 22 feb.
dlm 9.20 am diaorg dtg smbung keje kat umah.
sgt bayk kotak2 kami.

stok CD anakanda... luckily smpt kering semua sblm masuk kotak. semua pos. so meanwhile fully dd, stok thn lepas yg tak guna2 lagi..
34 keping semua.
di tmpt baru mmg sy target to say NO to dd
please, doakan sy jadi mummy yg kuat utk fully cd.
stok mmg insyaAllah cukup.
cuma berharap dan berdoa agar jumpa BS yg boleh dan sanggup handle cd.



disbbkan tanak bg customer confuse dgn barang2 sendiri, pd kotak tu ada tmpt label.
dan ni cth label.
dekat side lain pd kotak, ada juga sedia ruang utk diaog tick kan barang tu dr bilik mana..
dapur ke, bedroom 1 ke, bedroom 2 ke, living room ke..
atau pape..
so takde la kita pening sgt bila nak unpack semula kotak2 kita tu..

tidak ku ketahui apa motif tetiba payung chelsea ada di situ. mueehehhe
eh apa ye that subalipack guy buat?
tekun kan..


ok, dah siap pack - seal - label semua, ada satu lagi proses
- numbering

semua kotak akan di nomborkan dan di catatkan detail nya dlm satu form.
senarai semua kotak.
dr kotak 1 hingga la yg ke berapa pun.
so sementara yg lain siapkan proses pack, en ejam ni (kalau tak silap) yg buat proses sistem nombor.


beg yang kami nak bawak by hand. suda di asing kan ke satu sudut, ini kalau tak gtau betul2, diaorg akan pack masuk kotak.
begitula yg terjadi pada iron kami dan sehelai dua baju kotor. eheh

the arrival of the big lorry. mmg sesuai sgt pjg nye tu utk angkut semua kotak2 kami..
setibanya lori ni di perkarangan rumah maksudnya proses pack+seal+numbering sudah hampir selesai..
begitu jugak dgn kereta n motor en suami. runner will amik the car.

sebahagian kecil barang yg dah get ready utk load atas lori.
kotak paling tepi tu adalah peti ais kami.
:)

saya org last yg drive cck ptg tu, angkut barang dr opis.. hope baik2 aje atas kapal ye cck 
ihihih

sebelum barang/kotak di angkat masuk ke dalam lori, saya diberi satu borg. dlm helaian pd borg tu ada diletakkan nombor2 kotak.. bila subalipack people sebut nombor kotak, saya akan bulatkan no kotak tu pd borang, kemudian baru la diaorg akan naikkan barang ke dlm lori.


proses loading barang

inilah helaiannya..ada sape2 boleh teka baper jumlah kotak kami...

itu contoh nombor.
kotak 25.
apa ye brg dlm tu.. 
oh yeah.. 99 boxes!! mau pengsan dulu sebelum boleh unload. heh

the lorry ready to depart to the wholesale first and on the night depart to port klang...


final outer n inner inspection for abi car, before they 'took away' the car..

ok cerita bahagian pertama pre-sabah smpi ke hujung
insyaAllah will update more

:)
jaga diri