apabila membaca dan mendengar tentang menderma darah, saya memang zero tentang pengalaman sendiri. setakat tahu jenis darah sendiri sahaja pun dah cukup ok. tak pernah amik tahu secara serius tentang program derma darah, syarat2 yang perlu dan atau apa tatacara berkaitan sekali pun.. tapi.. saya tak pernah lupa yang pasangan saya, seorang penderma darah yang tegar. sungguh, saat di taip post ini, saya tidak pernah sama skali tahu, mengapa passionate menderma darah ada pada dia, mahupun penderma darah yang lain. huhu
bila tiba program derma darah yang en suami sertai, mesti ada teka teki.
1-senaraikan jenis-jenis darah yang Allah ciptakan dalam badan manusia.
2- berikan darah yang boleh menderma dan menerima dari jenis yang lainnya.
jadi, boleh anda jawab??
jenis2
A
B
AB
O
secara jujurnya, masa mengambil subjek sains/biologi zaman sekolah dulu, pengetahuan ini hanya untuk diri ini lulus dalam peperiksaan sahaja... mcm tiada niat pun mahu dipanjangkan utk menjadi habit.
satu kenangan indah, ketika hari jerawaraya politeknik tentang prosedur kenaikan pangkat, bertanya la seorg pegawai... Tuan, bolehkan penderma darah dikira sebagai sumbangan? jawab tuan roadshow, oohh.. mcm tidak boleh tu.. lain la anda seorang penderma organ.
sumbangan = ada bahagian markah yang boleh menyumbang markah untuk menyokong permohonan kenaikan pangkat dalam kerja kami.
tiba hari validasi, hamba Allah yang seorg ini... bila di tanya oleh tuan validasi.. ok encik.. ada apa lagi sumbangan yang encik boleh kongsikan..?
balas hamba Allah yang seorg ini.. Tuan.. saya mmg tak punya apa lg yang boleh saya kongsikan.. melainkan ini.. (sambil keluarkan satu buku comel - buku rekod menderma darah di hosp kerajaan)......
balas tuan validasi.. 'ehh ini bukan kira sumbangan, ini sanjungan!!'
:)
kawan2 pembaca yang dikasihi.. cuba klik link ini Bcoz People Live When U Give
:)
perkongsian dari seorang yang mmg bekerja dengan dunia darah sangat terkesan di hati.. dan saya mula paham hobi en suami yang satu ini.. mengapa begitu suka mengikut timing dalam menderma... sebaliknya, saya berlawanan.. usahkan cuba untuk memeriksa, mana tahu jika layak menderma, boleh menderma kan..
post ini khas, didedikasi kan buat semua penderma darah, secara khasnya untuk pasangan saya lah..
suka dia bila dia di add masuk ke group whatsApp derma darah negeri sabah...
yang terkini program ini, di Suria Sabah, kota kinabalu sabtu 21 jun yang lalu.
tak sampai 24 jam jejak bumi kota kinabalu, setelah pulang berkursus dari pulau pinang, terus ke program ini...
antara hadiah istimewa untuk penderma darah bertuah..
yeayyyy, en suami salah sorg penderma yang dihargai..
bertuah kan, punya kudrat untuk menyumbang kepada tabung darah negeri..
alhamdulillah
:)
gambar ini dah keluar post lepas.. tp up lagi sekali..
ini kali ke dua en suami bawak pulang hamper atas sbb program menderma darah
hehe
agaknya mesti ada yg tertanya apa yang istimewanya kan..
ini lah dia...
sudah 26 kali en suami menderma.. eh atau mungkin en suami lebih selesa, baru 26 kali menderma..
kenangan sepanjang hidup ni tau..
petikan post doktor halina yang saya kongsi link di atas
Seriously, your blood will save peoples life. Who knows today you help others, another day, someone else will help you, insyaAllah..
insyaAllah..
sekian.....
No comments:
Post a Comment