Bismillah.
mahu mencoret nota hati kepada seorang pembantu rumah.
ada dua analogi utama yang datang dari hati.
PERTAMA.
andai saya seorang majikan yang punya pekerja bergelar pembantu rumah, dan andai saya ini seorg majikan yang cerewet, pasti banyak betul ragam dan keletah majikan yang harus pekerja saya ambil cakna. perlu tip top dalam semua kerja. jangan sesekali curi tulang. jangan pernah juga menipu, mengambil barang yang bukan hak. jaga si anak dengan sebaiknya..jgn di beri makan yang bukan-bukan. layan dia seperti adikmu sendiri..bukan dibiar sendiri. jangan ambil mudah semua perkara. dan banyak lagi.
begitula.. 'penat' nya hati. menghitung hari. bagaimana kerja si pembantu rumah. goyang kaki kah dia.
huhuh
tatkala penat sgt terasa, terus reflek diri. saya sekarang siapa. majikan saya siapa. ok. terus terang saja. saya, pekerja makan gaji dengan kerajaan, atau dengan bahasa komersial, civil servant. majikan saya bos besar KPM. andaikata diselidik sebetulnya, puas hatikah majikan saya dengan performance saya sebagai pekerja nya? baikkah prestasi saya? tidak pernah ke saya curi tulang? goyang kaki sahaja kah saya di pejabat? siap semua on time ke apa2 yang di minta oleh ketua jabatan?
diam sendiri.
siapa kita kan untuk mencari dan mengharap kesempurnaan seorang pekerja. mahupun saya PPPT atau pembantu rumah.
hehe
perbandingan yang melampau mungkin. maaf kalau terasa. dalam kes ini, saya la PPPT tu. dan si pembantu rumah tu pembantu rumah saya.
mahu lagi skali ditekankan. pembantu rumah saya lebih kepada pengasuh anak di rumah. bukan kerana tujuan di ambil untuk senangkan kerja rumah. sikit-sikit shj.
analagi seterusnya.
KEDUA.
jujur didedikasi kepada pembantu rumah.
andai kita bekerja di pejabat, di kedai sendiri, hatta di mana skalipun, adalah lebih gembira kita dengan kerja kita, sekiranya... tempat pekerjaan itu kita anggap seperti rumah kita. lebih mahal dengan istilah RumahKu Syurgaku. Pejabatku Syurgaku.
anggapla ofis kita rumah ke2 kita. supaya kita lebih suka kepada suasana kerja.
jadi wahai pembantu rumah, anggapla rumah majikan seperti rumahku syurgaku bagi mu. belai la rumah majikan mu sebaiknya. barang2 majikan mu dijaga sebaiknya. jangan di ambil sambil lewa. ambil mudah segala nya. duduk tepi kipas ambil angin sepoi2 bahasa, sedangkan ada kerja yang majikan mu tidak puas hati.
hehe
end of story
No comments:
Post a Comment