maafkan saya duhai blog
kerana sudah lama tidak muncul dengan cerita(entry) baru
walaupun sudah 21 hari kembali ke kuantan
setia dengan posisi isteri kepada suami dalam rumah kerajaan berbentuk L
juga sebaia ibu kepada empunya jari comel dalam gambar di atas.
bila dah lama tak berada di atas talian (online), macam2 cerita terkini dah muncul.
--> selamat bergelar ibu utk kawan2 blogger.. :)
*tauu tak, broadband saya ni ambil masa 1/2 jam nak upload dua gambar. salah satunya gambar di atas. see! no wonder la napa lama tak update.
ku kire2 masa nya sudah tiba untuk upgrade lah..
3 minggu di kuantan
3 org kami (umi,abi,anak) menyesuaikan diri seadanya..
bila en abi gi keje, tinggal la cik umi ngan cik anak kat umah. duk la cik umi melayan kerena cik anak sampai la abi balik semula ke rumah.
sesekali en abi bawak cik umi ngan cik anak g ronda2.
errm, cik umi pun dah mula masuk kelas pengajian hujung minggu.
:)
*kenapa rasa lain je bait-bait ayat yang aku taip ni? hmm..
ok ok, buat ayat mcm biasa yerkk. :p
nisrin sebulan+16hr
oh ya, nisrin dah masuk dua bulan..
nisrin makin pandai berbual ngan org esp umi ngan abi dia la yg 24jam duk ngan dia..
suara makin galak wehh..mmg terhibur hati, hilang penat stay-up mlm2..
kaki tangan dia mmg tak duk diam..
dah masuk dua bulan ni, kena belajar tanggalkan mitten(sarung tangan) dia.. mula lah, sibuk nak bawak masuk jari dalam mulut, esp bila dah mula lapar..
suara menangis? sangat laa kuat.
sangat suka mandi!
jadual tido pun dah ada timing tertentu.
tido pun ada gaya kegemaran.
woops, kena berhenti dulu.
nisrin dua bulan dengan berat 5kilogram, panjang 56cm, ukur lilit kepala 36cm, terus bahagiakan org-org disekeliling ye..
:)
dan umi, sedang menunggu tarikh setahun itu.. :)
2 comments:
anugerah anak..;)
alhamdulillah..panghibur hati. cukup bermakna
Post a Comment