(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

March 16, 2011

saya ada satu cerita

assalamualaikum.. :)
sihat sejahtera semua? alhamdulillah..


saya ada satu cerita, mungkin biasa2 je pada yang lain, tp pada saya, sesuatu yang tak pernah saya alami. cerita ini berlaku semalam. masih fresh lagi. :)


pagi itu, saya sedang dodoikan cik nisrin, sebab nya dia macam gelisah je, macam dah nak terjaga, sedangkan ada keja rumah yang perlu saya selesaikan. tiba2 terdengar suara seorg wanita memberi salam. saya mmg tak cam suara itu. 
tp bersangka baik, saya jawab salam dan bukak pintu rumah.


rupanya ada seorang kakak dr kejiranan saya. 
di beritahu tujuannya dtg, nak ambil buah kelapa dekat pokok kelapa depan rumah tmpt saya tinggal. saya kata ambil lah. lagipun terang2 sbnrnya bukan buah yang saya tanam, mmg hak milik kerajaan. 


(info: sekeliling rumah ni mmg ada buah, ada pokok cempedak, ada pokok ciku, ada pokok kelapa, tp saya tak penah makan pun )


kemudian, di jenguk ke dalam rumah, tmpt nisrin beradu. dah celik mata pun si comel tu. sengih sorang2. pastu kakak tu tegur la nisrin kan.
dah gitu, saya pun jemput la dia masuk.. pastu borak2 la nisrin ngan akak tu. nisrin mmg mood baik kalau bgn tidur, suara galak semacam, peramah tegur org. kebetulan akak tu pun ada anak umo 8 bulan, so, saya pun tanya la perkembangan anak dia.. biasa la ibu2 bila jumpa kan.


sebenarnya kakak ni tak pernah dtg pun umah saya. sebelum ni takat2 senyum2 je.. tp kita kenal la dia.


dalam duk borak2.. terkeluar la dr mulut akak tu.. dipendekkan cerita, katanya purse nya hilang dalam kereta suami dia, dah beberapa hari. semua duk dlm purse tu, IC, my kid anak, kad atm, kad nikah semua. katanya purse tu ditinggalkan dalam dashboard kereta suami, dan bila nak ambil semula purse tu, purse tu dah takde. kemudian, katanya lagi, wallet suami dia pun ntah kat mana letaknya, tak pasti. 


saya, layan kan aje cerita nya, tp dlm fikiran saya, macam IC atau atm kad atau pape boleh pegi buat balik kan. lagipun sendiri punya agak careless, sbb simpan di tempat yg kurang wajar. tp tak elok fikir lebih2, sbb al maklum, bila ada anak, diri sendiri tak la se-ter-urus semasa belum ada anak kan. jd tak boleh salahkan kakak tu jugak. yang ambil tu pun satu, ambil je la duit, yg penting2 tu letak la semula dalam kereta tu kan. heh


tetapi.. tak lama kemudian.. lancar dr mulut dia.. "boleh tak akak nak pinjam rm30?'


...............


tau apa sy jawab? (mmg tak logik sgt jawapan saya, tp lantak!)
"saya takde cash sebanyak tu".. hahahah bila pk balik, org dgr pun tak caya. takkan bodo2 rm30 takde dlm tangan.


huhu


tapi tak smpi 30saat saya cover balik ayat saya, yg hari sblum tu saya dah abis banyak duit, beli barang. saya beli car seat nisrin, dan sedikit keperluan. 
(total rm500, tp xbgtau la kat kakak tu)
so sy bgtau kakak tu, mmg dah abis cash dalam tangan, dan belum withdraw lagi.


sbb apa yg jawab saya takde cash? sbb nya dah mula rasa lain macam ngan cite dia.
1-kakak ni tak penah dtg umah saya, jadi maknya saya ngan suami xde la rapat sgt, tak kenal pun hati budi dia kan..


2-instict ckp ms tu, niat dia nak amik buah kelapa tu mcm alasan je, sbnrnya dtg nak pinjam duit


3-dah beberapa hari ilang purse dan wallet, apa tindakan suami? tak bawak dia g bank ke buat semula kad atm. kalau xde kad, buku bank kan ada..
sebenarnya ayat dia beberapa hari tu yang buat saya sangsi.. 


4-agak2 dia bayar balik tak? (berkira weehh) heheh


tetapi, the other side of me..terbit rasa kesian.
sbb tahu jugak situasi kakak ni. 
ada anak 3 org. suami je keje sorg, keje PA.
kakak ni juga ada merungut, nak bayar itu, bayar ini.
dibanding dgn kami, yg dua-dua bekerja.


then saya ckp, akak tunggu kejap. sy check duit, mana tau kot ada. tp mmg tak smpi rm30 sy ckp ngan dia... sy pun masuk bilik.. well.. 


saya bg dia nilai yg bukan dia mintak pun.


rm20.


saya cakp ngan dia, takpe akak eh, saya takde rm30.


bab pampers lak.


dia tegur nisrin punya koleksi pampers. ada 3 jenama di situ. banyak katanya. 
sedangkan dia, disbbkan dah kehilangan purse, siang, si anaknya cuma pakai napkin, malam aje baru pakai pampers.
huhuh
risau jugak, kang tak pasal2 pampers nisrin yg dia nak pinjam/mintak.


saya tak tau la..


nak fikir camana.. 


atau nak bersangka mcamana dekat org2 mcm gini..


apa sangkaan dia pd saya. mungkin dia mintak rm30, dia expect saya akan bg rm50 kah?? 


apa pendapat en suami:
katanya itu bukan kehilangan purse dan wallet.
itu short-duit namanya.
dia lebih rapat dgn jiran dpn umah kita, tp malu muka la tu nak pegi pinjam lagi.


tambah en suami lagi:
byk benda kita kena lalui bila nak kenal dengan org2 sekeliling kita ni.


well, saya setuju dengan pendapat en suami.


dan terus niatkan dalam hati.. duit yang sy bg dia pinjam tu, kalau dia nak bayar, dia bayar la..
kalau dia tak mampu, saya anggap sedekah sy yg sedikit cuma utk dia.




----------------------------------


ermmm.. bukan senang kan nak manage kewangan kita..


gaji bulan mac ni, byk jugak saya nak kena spend. :)


saya nak settlekan baki yuran pengajian utk semester pertama.
nak bayar servis kereta, major servis.


menjawab soalan seorg teman ttg 'sokongan kewangan', saya berazam tidak membuat pinjaman belajar.. 
harapkan duit simpanan sendiri shj. 
insyaAllah cukup. :)


saya tahu, kehdpan saya utk 2 3 4 tahun ini mungkin cukup2 makan aje. tetapi ada sesuatu yg sy belajar, yg saya dapat.


p/s: alhamdulillah, pengasuh nisrin dah jumpa. mmg Allah tolong sgt. sbb niat kita nak cr BS yg jaga sorg je budak.. then kita di-perkenalkan dkt yg mmg nak jaga sorg je budak..


21mac, masuk keje smula. kita lihat nanti camana kelihatannya rupa ibu bekerja ni mengurus kan anaknya ini. :) 











5 comments:

All About AnaYna said...

hehehe...ade gak jwpn utk persoalan temanmu ini yer umi nor.neway,mmg segala yg kte buat perlukan kesabaran n pengorbanan kan..kalo pikir susah masih ramai lg yg susah dr kte.

psl akak tu plak, agak merisaukan jgk sbb dh mula berani pinjam2 duit. kalo x bg kecian..tp kalo bg, adakah dibyr??...ape2 pn, niatkan kte tolong krn Allah kan..hehehe.insyaALLAH

nadeera said...

adeh2 ader juga org mcm tu kan..mmg la kesian,tapi sekali dah bagi,mungkin ader kedua kalinyer kan..so berhati2 k

Ida Iar said...

buat baik berpada-pada...buat jahat jangan sekali..tp buat byk kali...ehehe gurau aje.

tapi..ye la buat baik mmg perlu berpada-pada.mana yg dh dibagi tu niatkan aje kerana Allah,mungkin ini salah satu cara Allah menguji kita.

naik keje 21 Mac ker?Zu amik cuti bersalin brp lama?ke amik cuti tahunan?hantar Nisrin kat mana nnt?

Ezna said...

hehe musykil gak ye dgn jiran mcm tu.. harap2 betul la ape yg jiran awak tu kate...

jumpa dh bs? alhmdulillah. sape jage? bape bayo? gmba br nisrin tadop ko?

haime said...

na: heheh jawab soalan melalui entry..boleh yer. complicated jugak la bila bab menguruskan duit nih..cukup2 je makan 3 org.. hihih

nadeera: :) agaknya mcm tu lah, kalau sekali berani pinjam.. mesti ada yg akan dtg. cuma skang dah keje, mungkin peluang tu kurang kot. eheh tak baik la sy ni bersangka mcm tu..
tp mintak jauh la..
pape pun kena hargai jugak jiran tetangga nih kan?

ida: zu amik cuti 80 hari cuti bersalin. print pekeliling, isi baper hari, pastu antor ke rozita admin tu.. amik kat website mohe. ida 3 bulan kan?
nisrin hntr kat bs semambu.. pagi2 kuar poli ngator anok..pahtu sayu je rasa..


ezna: baby antar kat luar poli.. standard bayaran rm250.. sejak keje takdok masa nak amik gambo.. huhuh nak main2 ngan dia pun siap kejut kan dia kul 2 pg.. uwaaa