(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

March 08, 2011

13 mac

salam.. 


13 mac 2010 - 13 mac 2011.
:-) 
hari ini, hampir setahun bergelar isteri, dan sekarang di beri amanah baru sebagai umi.


entry tentang tarikh ini terpaksa diawalkan kerana, hari ulangtahun nanti, akan disambut dalam kelas Dr wahyu. 
(12-13 mac 2011, insyaAllah, kuliah bg subjek programmble electronics, tp masih berharap kelas pukal pada 12 mac, biarkan saya abiskan hari 13 mac dengan keluarga.. bolehkah?)


segar diingatan..
13 mac 2010, saya bersedia utk lelapkan mata jam 3pg. waktu yang cukup lewat utk insan seperti bakal raja sehari, tp dek kerana terlalu banyak persiapan saat akhir, jd terpaksa lewatkan waktu tidur. tambah terharu, adik lelaki, emi yang tolong pakaikan inai. org lain kawin, mungkin mak tolong buh kan inai, paling tidak, sepupu pompuan atau makcik yg pakaikan, tp saya berbeza.. adik lelaki yg tlg pakaikan. maklum lah, mmg kesemua adik sumenya hero..berniat utk pakai lebih awal, tp terlalu sibuk dengan kerja yg lebih penting, terpaksa abaikan cik inai.. :)


pagi itu juga, tidur saya di ruang tamu, depan pelamin. hehe bertemankan dua hero. sama2 terlentang. kenangan berharga. sbb selepas itu, xde dah peluang tido ramai2 ngan adik2..


lenakah saya jam 3 pg tu? tidak sama sekali. mata mmg tak nak lelap, puas dipujuk. bermacam2 perkara dalam minda. berfikir ttg diri sendiri, perasaan, ok ke aku hari kawen, berjalan lancar kah majlisnya, puas hati ke tetamu, ramai ke tak yg dtg, dan macam2 lagi perasaan menerjah.
5pg baru lelap.


subuh menjengah, ibunda tersyg kejut. 
rasa syahdu. 
betul ke hari tu saya dah nak kawen?
layakkah saya sbg isteri?
dah tak boleh manja2 ngan ibunda ngan ayahanda lagi ke?
dah tak boleh balik dungun naik CCB ayahanda lagi ke setiap ptg jumaat?


siap pape patut, majlis akad nikah bermula.
dalam 9.25am mcm tu, selamat la saya bergelar seorg isteri..


dan agenda seterusnya berjalan, sama macam majlis kawen org lain..
alhamdulillah, sgt bersyukur, semua nya berjalan lancar seadanya.
yang penting, tetamu.. puas hati dengan menu, gift yang tak seberapa dan juga keadaan semasa majlis.


6pm mcm tu, tetamu terakhir pulang.
tergambar perasaan puas hati ayah dan bonda, semua jemputan hadir pd hemah saya..
terasa seronok dpt menjamu org.
bukan hadiah atau duit yang dipinta, cukup doakan, mahligai saya penuh dengan berkat-Nya.


dan kehidupan sebagai isteri, masih berjalan, sehingga saat ini. 


ingin dikongsi juga..
ustaz yg tandatangan borang permohonan nikah en suami, (alah tetiba lupa istilah nya, sbb en suami ambil borang bukan di negeri kelahiran, jd kena ambil tandatangan seseorg utk mengesahkan yg en suami bermastautin di kuantan) telah meninggal dunia, tak berapa lama lepas majlis kawen kami. 
itu pun dapat tahu setelah en suami g umah ustaz tu, sbb nak bg gift kawen dekat ustaz tu.


dan ari ni, sy diberitahu oleh bonda, tok imam mukim saya, yang menikahkan kami juga telah pergi menghadap-Nya setelah koma hampir seminggu kerana rebah dirumah arwah.


al-Fatihah utk keduanya..


sungguh, saya kira org2 ini penting dalam merealisasikan majlis kawen sy, walaupun bukan ada pertalian darah dengan saya..walaupun jasadnya telah tiada, baktinya, akan saya igt sampai bila2..


kalau ingin bercerita ttg pengalaman sbg isteri..
masih banyak yg saya perlu belajar utk perbaiki diri...
suka, duka, riang, tawa, gundah, marah, sayang, cinta dan pelbagai rasa pasti mengiringi kehidupan ini.
belum tip top lagi bakti saya pada sang suami..
saya bukanlah chef yg mahir di dapur..
juga bukanlah yg expert dalam menghias dan mengemas rumah..
juga tidak arif membaca riak emosi en suami..
tetapi..
saya percaya, saya belajar..masih belajar.


sambutan?
belum dpt diputuskan lagi. mungkin sambut kemudian, atau cukup sekadar en suami tahu, telah setahun saya dinikahi beliau..


kepada Mr Mohd Zulkifli, jika terbaca entry ini..
terima kasih tidak terhingga..
atas sokongan dlm hidup ini, walau dgn apa cara sekalipun.
doakan isteri ini, dpt menjalankan tanggungjawab dgn baik..
doakan juga, keluarga kita mendapat rahmat-Nya.






amin..


rasa ralat tiada gambar dapat menghiasi ruang kali ni, dek kerana prestasi broadband.. 
tp pasti ada hikmahnya..







2 comments:

wosto aka rasyidi said...

12/13 MARCH NI KELAS DR ZAINAL ALAM.....BUKAN DR WAHYU...ADE TEST N GUD LUCK...HEHE

haime said...

olololohh..