(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

July 31, 2009

hanya dia...

artikel di petik dr inbox emel saya.. tajuknya : Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah.. jom baca..

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah…………………..
* supaya kita dapat menjadi penilai yang baik..
* supaya kita sedar, Bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah..
* supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA..
* supaya kita sedar, Bahawa ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG, kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita dimasa hadapan…
* supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalamninya. .
* supaya kita menjadi MANUSIA yang HEBAT JIWANYA..
* supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH..
* supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TIDAK SELAMANYA KEKAL..Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, FAHAMILAH bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya.
Hari esok kita pun kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita.Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya…
PERCAYALAH sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA..

*petikan dari Kembara Wasilah Edisi 1/2009 January

banyak kali jugak baca bait2 ayat di atas, terasa sukar jugak utk memahami dan menyelidik, bahawa adakah
org yang saya jumpa skarang
adalah org yg betul atau yg salah..namun, keputusan utk pilih dia telah sy buat..sy cuma mampu memohon dan seterusnya berusaha utk at least maintain apa yg saya ada.. apa yg lebih buat sy bersyukur, restu keluarga kami.. insyaAllah mengiringi kehidupan saya dengan orang itu.. yg saya harapkan, dia bahagia bersama saya, boleh terima saya seadanya... dan sy sedar, saya memang sayang dia.....

No comments: