Jumaat 29 Ogos 2014.
beberapa hari sebelum kemerdekaan negara yang ke 57.
tagline tahun 2014 sangatla bermakna.. sedikit berbeza berbanding tahun sebelum-sebelum ni.. petikan lagu dr arwah sudirman..seorang penghibur tanahair yg sangat berjaya...
kalau tak silap saya la, petikan tagline merdeka ni, datang dr lagu Warisan.. (sila betulkan saya ye kalau saya silap)..
lagu tu sinonim dengan saya masa universiti lagi.. jd lagu utk satu program yang saya masuk. bait-bait lirik yang sangat mendalam maksudnya. kecintaan kepada apa yang sepatutnya kita jaga hari ini...negara kita..bahasa kita..ilmu kita..
buat teman-teman pembaca blog, selamat menyambut hari kemerdekaan..
:)
tak sabar juga mengadap tv, hari perarakan.. nak cerita dengan nisrin.. dan mungkin sampai tghari akan tgk cerita2 patriotik.. berguna untk saya, imbau kembali sejarah negara..
en suami insyaAllah join perakakan kemerdekaan di kk.
hari ini, jumaat dtg lagi. jumaat selalu datang dengan nada-nada rindu tertentu, jauh nun ke semenanjung. wish that we can balik kg this weekend. mcm dulu2 ke.
:)
gmbar 3 beranak pernah di kongsi dlm post terdahulu. suka sunggu candid nih..
dikhabarkan dr bonda, rumah en suami sudah sedia utk dipasangkan grill.. itupun setelah berbulan2 mengadap defect. Alhamdulillah.. sama mcm rumah saya, rumah en suami ni pun dijaga oleh ayahanda saya... harap sgt jumpa penyewa.. hihih kalau tak da penyewa, baru switch kepada agenda lain..
rumah ni cantik tau... end lot.. sebelah tepi sgt la luas compound.. saujana mata memandang.. kekeke kalau diberi pilihan, antara rumah sy di kotasas dengan yang ini, saya pilih yg ini..
ooh, sebenarnya, nak meluah isi hati... rumah ooh rumah..
teringin nak merasa duk umah sendiri.. bila?.. Allah je punya jawapan..
:)
sekian...
No comments:
Post a Comment