salam kerinduan..
hampir sebulan tidak berupdate.. rindu pula.. selepas beberapa ketika bercuti utk hujung puasa dan awal syawal di kampung halaman, hari ini baru muncul di pejabat. Alhamdulillah nikmat ini. seronok dapat balik kampung, dan mengharap keseronokan yang sama dapat dirasa saat kena pulang ke bumi bekerja. jauh. menambah rasa kesedihan.
aih.. cerita raya.. takmo la sedih2. smpan la.. cukupla menghayati kesedihan kita dengan saudara seagama di Gaza sana..dan tragedi mh17. apa la sgt kan jauh dari kampung. huhu..
ini cerita cuti puasa dan raya kami.
tahun 2014
Syawal kali ke5 sbg suami isteri utk kami ber2.
Syawal ke4 bagi nisrin
Syawal ke2 bagi adik rara.. keh keh sempena raya, adik nurin dah ada nama baru.. rara..mengambil nama kedua dia, zahra.. bila tanya, nama adik sapa.. 'rara' jawab dia. heheh
19 julai. mood balik kampung betul2 switch on.
nikmattt nya rasa.
penerbangan dr KK - KL - Ktrg.
hari istimewa, bersahur ikut time zon kota kinabalu (awal) dan berbuka puasa ikut time zon terengganu (lewat). bukan selalu boleh melalui pengalaman sebegini. penat nak kejar2 anak2 waktu boarding pun satu hal..masuk dalam cabin..terus pengsan skjp.. hehe waktu makan si anak, cabin crew yg kejut kan.. hehe
28 julai 2014 - 1 syawal 1435 H, pasir mas, kelantan
giliran raya sebelah keluarga suami tahun ini. bergmbar dengan keluarga sebelah suami. tinggal sorang lagi family abang ipar tak da dalam gambar ni.. best juga kalau ramai adik beradik..penuh skrin kamera. :) cuma tahun ni, dalam keceriaan ada kehilangan yg dirasa. alfatihah untuk arwah bapa mertua.
gambar kiriman adik, satu syawal di Dungun. mak ayah saya beraya dengan menantu baru la tahun ni.
selain pasir mas dan dungun lokasi raya, kami juga menyusur ke kuantan. hehee
mana boleh lupa. tanah tmpt kelahiran anak2.
kekeke
memori daun pisang. tempat main air kegemaran. bg si adik rara,ini pengalaman kali pertama main air terjun mcm ni. memula tu menangis sakan..smpi en abi ckp muka umi nmpk macam menyesal mai cni.. hehe tp dah lepas tempoh takmo dia tu, dia lagi ralit main air.. hehehe
dah abis sesi bertapa dikg.. yuk kita pulang ke tmpt mencari rezeki..
hehe
10 ogos 2014
KLIA Departure Hall
gate B2.
ni dah beberapa kali tawaf.. semasa transit dr Ktrg.
alhamdulillah, Allah mudahkan penerbangan kali ni.
:)
kembali ke rutin asal la pulak kita..
selamat teruskan bulan raya walau di mana anda berada.
buat semua teman2 pembaca blog saya, selamat hari raya, maaf zahir dan batin..
jumpa lagi
No comments:
Post a Comment