(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

February 01, 2014

happy vs sad


20 jan 2014 - setahun usia baby adik. perasaan yg sangat tak tergambar tatkala pejam celik sibuk dgn tugas seharian, jauh dr ibu bapa, Allah bagi saya lihat anak ke2 membesar dengan baik. first birthday adik, kami lalui di kg suami. mcam biasa, tiada sambutan khas. sy bukan jenis yg celebrate, buat party hari jadi. tak pandai2 lg. hihih

doa saya, moga anak ini terus dikurniakan kesihatan yg baik, selalu dalam rahmat Allah swt, murah rezeki dia selalu.

kebetulan cuti balik kg sempena perkahwinan adik bawah saya, 24 jan, akad nikah dan resepsi sebelah adik ipar, 25 jan di rumah ibu bapa saya. 



ni baby adik hari nak balik kg abi... super duper ceria anak umii... wallah... rinduunya tgk dia masa nih.....


21 jan, sedikit diuji, apabila both anak2 demam. terbangun seawal 4 pagi, terasa kepala adik panassss.. si kakak nisrin pun sama... huhu then bermula la episod taknak berenggang, tak makan seselera selalu, muntah2, menangis meragam. tgk si kakak pon kesian, terbaring. now bila anak2 dah kembali sihat, no words can describe, mcamana kita rasa sewaktu tgk anak2 sakit. demam - tonsil bernanah - muntah2. berapa malam tak tido dengan lena. nak tido hanya atas dukungan, siang nak melekat je. tik tok tik tok smpi hari ke4 baby adik demam. betul2 jatuh di hari majlis akad nikah adik. Allah betul2 tak bg kami join dan melihat pernikahan adik. adik pertama sy yg melangsungkan perkahwinan. huhu

hari ke4 tu jugak sekali lagi bawak ke klinik swasta. atas saranan doktor, kena bawak pi hosp utk ambil ujian darah, kot ada jangkitan lain, sbb demam tak kebah2. saat taip, semuanya macam mudah aje. tapi hanya Allah shj yg tahu perasaan semasa itu. ya Dia beri kami ujian yg mampu kami terima...







baby adik sewaktu tunggu giliran di bahagian kecemasan Hospital Dungun. sejam menunggu giliran dipanggil.

sebenarnya ptg sebelum tu dah dtg sini, tp sangattttt ramai patient, plus badan baby adik ni makin panas, dah smpi masa kena bagi ubat. sy tangguh amik darah, decide dtg semula sblm jam 8malam. so balik rumah, kali ni terpaksa bagi ubat yg masuk bontot tu. bg dia tidor, supaya tenang masa menunggu giliran. 

situasi semasa nak amik darah lagi tegang. mana la baby tecik ni suka kena paksa2 baring. ditekan gear menangis dan melawan smpi nampak urat kat muka. saat yg sgt sukar nak imagine..... huhuuuuu sedeyyy!

but luckily, setelah beberapa ari episod sedih, Allah bg kemudahan. sblm dpt result tu, suami sy banyak kali yakinkan, jgn risau, baby adik ok...her blood test will be ok. sbb dia makan, minum susu, walau tak byk mcm selalu, tp dia ada tenaga. ihii wondering too, dr mana dia dpt tenaga nak tolak doktor waktu nak check tonsil.

btw smntara tunggu result, sy masuk dlm kereta, tak nak menyemak di ruang legar bilik kecemasan. dlm 20 minit, suami dtg dengan riak wajah yg tak mendebarkan. syukur ya Allah, her blood test is normal. cuma kuat sgt kuman tu yg demam tak surut2.

day 5, until ptg, mmg ada saki baki demam.. tp sblh mlm mmg totally dia makin ceria. day 5 demam tu, hari resepsi adik di rumah parents. 



dah sampai kk kembali, suami tanya acaner balik kg kali ni? seksa kan? hahaa

dugaan yg hanya Allah yg tau ada hikmah nya.

berat anak2 susut. kurus je tgk sorg2. kini dalam proses naik. moga2 berhasil. my nisrin dah setahun lebih tak demam. sekali demam terus teruk. baby adik yg ni la paling teruk demam.

:)

nak up gambo majlis adik. totally yg saya sendiri tak dpt melihat betul2 majlis dia...huhu














semoga menjadi suami isteri yg soleh dan solehah utk kedua2 nya. sabar dan tenang hadapi setiap detik dalam perjalanan ini. :)


end of januari. macam2 episod suka duka saya lalui... februari muncul. moga Allah selalu beri kami kekuatan dalam menempuh dugaan dan cabaran. aamin


tertanya2, bila lagi bole balik kg ni? 





No comments: