(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

February 05, 2014

apabila 'share'....

 assalamualaikum..

terbaca bait2 ayat ini di wall facebook seorg teman. ayat nya jelas..membawa maksud yg sangat2 mendalam, dan terkena juga tempias nya pd diri ini.

baca dulu ya.
 


Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan..kalau ada barang baru, jgn tunjuk depan kawan..nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya x mampu..kalau makanan ada sedikit, jgn makan depan kawan nnti dia terliur..betapa indah pembentukan akhlak anak2 ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati org lain..

Tapi kini, tanpa kita sedari..melalui fb dan laman2 sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk2 atas kata2 'share'..beli barang baru, upload gambar.. sebelum makan, upload gambar.. perah susu banyak2, upload gambar...dapat komisen, elaun or gaji lebih, upload gmbr cek, slip gaji, slip bank, .. anak dapat result exam bagus, upload gambar buku penyata anak, mmm..dan banyak dan banyak lagi yg tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dll tp realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita x ambil peduli ada antara yang lihat gambar makanan yg kita uploaad mungkin dah beberapa hari tak makan, ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja..ada yang tengok gambar buku penyata anak kita di kalangan ibu bapa yg dikurniakan anak yang lembam..ada yang tengok gambar susu perahan kita mungkin di kalangan ibu yang mempunyai penyakit tak dapat hasilkan susu, dan banyak lagi..

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerna mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita kerna mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita kerna mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita kerna mungkin ada yang merana."..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk itu amalan yang mulia..

Yok, sama2 kita berusaha ke arah itu..

Jadikan fb medan perkongsian ilmu..
Jadikan fb medan tazkirah..
Jadikan fb medan maklumat..
Jadikan fb medan yang boleh memajukan ummah..

Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran..Aamiin



dah baca ni, terus sy tanya pendapat en suami. kadang2 suka juga up kan isu dengan dia.. well said, dia setuju... 

kerana apa, dalam setiap perkara, gambar yg positif utk diri kita, (yg tidak punya unsur menunjuk, riak atau apa shj yg negatif pd diri kita), akan dan pasti diterima sebaliknya oleh mereka yg melihat post kita. bukan semua, tp tetap ada.... itu pandangan suami saya.

flash back, utk diri saya. 

perkataan share ini sgt bernilai. share pada saya bukan bermakna kita menunjuk2, riak atau sewaktu dengannya. Allah penilai terbaik kan..tp sejujur2 niat saya, sekadar berkongsi berita gembira, akan ada insan yg berlawanan arus.  lebih sedih, kalau insan itu ada kaitan yg rapat dengan kita. 


sejak kecil, my mum selalu igtkan..kalau org buat tak elok kat kita, sebut je Alhamduillah. biar Allah je yg balas perbuatan orang kat kita.

bila dah kawen, suami pulak selalu cakap, buat dek aje.. 

:)

alhamdulillah.

nak taip panjang lagi, tapi tak jadi. simpan sorg2.

oh ya, yg dikongsi hari ni boleh dijadikan misi kecil tahun 2014.

ulang siar.

misi no 1 - target bil bulanan elektrik setiap bulan kurg dr 300kWh

misi no 2 - bab bento anak, healthy food, healthy bento

misi no 3 - huh tak jumpa ayat sesuai, tp berkaitan di atas.

erm, perlu ditulis ya?

hihii sesetgh org cakap, misi mmg kena ditulis, dengan jelas dan nyata, supaya boleh dicapai.

jadi, aamin kan ye kawan2..

sekian perkongsian hari ini..

No comments: