(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

March 30, 2011

check-up 3bulan dan hujan

nisrin 2 months and 29 days
entering her 3rd months

assalamualaikum.


29 mac, check-up utk 3 bulan cik nisrin kita di klinik.
dua tiga hari sebelum tu, cik umi nye ada risau2 campur excited bila fikir bab check up ni.


risau sbb mesti rasa sadis saat tgk paha comel nisrin kena cucuk jarum. aiyaakkk.. smpi terfikir, kenapa la imunisasi tu kena cucuk, tak boleh telan ke bagi masuk dlm badan. 


(mak tak sekolah doktor, bila fikir gitu, tak ke bila telan jadi najis la ubat2 tu.. :P)


so utk ckeck up 3 bulan, disenaraikan tentang saiz fizikal nisrin. :)


berat badan: 5.9kg (naik 900gram) 
sangkaan saya tepat, sbb 2nd quarter baby akan naik 30g daily


panjang: 60cm (naik 4cm)
ini lupa nak check dekat curve


ukur lilit kepala: 40cm (naik 4cm)
melambangkan tumbesaran otak nisrin. 


BMI: 16


go nisrin go!!


dah check up fizikal, nurse buat test utk tgk progress nisrin.


mula2 test guna alat mainan yg ada bunyi loceng tu. nisrin tgk je kat mende tu, sbb colourful kan.


kemudian, amik something yg berbula warna merah. di letak depan mata nisrin dan di gerakkan ke kiri kanan, nak tgk nisrin akan meng-ekor tak bende berbulu tu. nisrin ikut!
latihan ni dah buat sejak nisrin umo sebulan, berdasarkan buku yg umi ada, tp guna tangan je la masa tu. pas tu hari practice guna toy dia.


kemudian, nurse cuba angkat ke dua2 tangan nisrin, nak tgk nisrin nak bgn tak.ok kata nurse tu.


kemudian lagi, nurse nak tgk nisrin dah bleh diri tegak atau belum. 


sume pass!


alhamdulillah.




kita tunggu check-up utk 4 bulan pulak nanti.
umi tertunggu2 saat nisrin nak belajar meniarap pulak nih..


itu kisah 29 mac.


kisah 30 mac.


right after hantar nisrin ke umah bs, nak g makan ngan en suami.
cuaca hujan di pantai timur termasuk di kuantan. (intro utk kisah).
pagi ini hujan agak lebat..
sementara layan blues dlm keta, kelihatan la dr jauh sorg anak kecil membonceng motor ngan seorg lelaki, yg ku kira mungkin si ayah kepada anak itu.
anak itu lengkap berpakaian baju hujan, si ayah baju ujan nye cuma di bahagian depan. saat kereta en suami melepasi motor tersebut, nampak jelas, si anak memeluk erat belakang ayah, ayah nye jelas nampak berpakaian kemeja.


serentak, pandangan kami bertemu, 
aku tgk mereka, mereka juga tgk aku.


agak2 apa yg aku boleh fikir? 
"dalam ujan2 gini, ada ke org nak naik motor, sanggup berbasah2? tp mungkin sbb org tu, hanya kenderaan motor yang ada, itu la pilihannya.. "


agak2 apa yg mereka fikir bila tgk aku dalam kereta?
.....


kemudian, ingatan terus melayang pada cik nisrin.
dia harus bersyukur, walaupun umi ngan abi nya bukan la kaya raya, tp masih mampu menghantar dia ke rumah bs dengan kereta, selesa dia dalam car seat, tanpa perlu risau akan setitik hujan pun..


:)


alhamdulillah.

March 26, 2011

mari berhujung minggu

assalamualaikum.

suke..sukenya..bila hujung minggu menerjah. walaupun sudah ada dua istilah hujung minggu; iaitu satu: hujung minggu di dalam kelas, dan dua: hujung minggu di luar kelas. hihihi

boleh tak hujung minggu yang pertama tu tetap dua hari, tp.. er er kasi la lebih hari utk hujung minggu yg ke dua..

minggu ni giliran hujung minggu yang kedua oke. hujung minggu yg FOC. free of class. makanya aku boleh menghabiskan masa bersama2 keluarge terchenta dgn jayanya.. hihih

tak tau la nak citer camana hati dan perasaan seorg umi ni bila mengadap hujung minggu. bukan tak suke dapat sambung belajar, tp dalam situasi baru menjadi ibu, tersangat rasa RALAT, super duper RALAT tinggalkan baby.. semasa cuti bersalin, rasa oke lagi, sbb ganti balik masa weekend dengan hari weekdays yg tak berkerja.tetapi, utk selepas2 ni, takde la ganti2 nih haa.. weekdays keje hakiki.. weekend keje tak hakiki..
wait, wait.. tinggalkan en suami masa weekend tak pe eh? heheh 

jd bila tau dah jadual hujung minggu ni takde kelas, mula lah merancang nak g jalan2..mari kita abiskan duit.. ngeh 

hehe umi yg belum sedar diri.. walaupun takde kelas, tp hakikatnya banyak je benda nak kena submit..ada tugasan, lab report, group assingment, dengan becoming test lagik.. hua huahh..exam pun dah tak lama oke. sebulan dalam kiraan hari. ade takut tak? donno.. :p

masa skang: 5.44am, pagi sabtu yang indah, tak tidur sejak bgn susukan nisrin jam 3am td. now en suami panggey kemas kan umah. patut ker?

itu tandanya nak bgtau, penyusunan masa bila cik umi dah masuk keje dah jadi lain. baru 5hari masuk keje, belum tahu lagi nak uruskan masa seadanya. 
7.30pg - hntr anak umah bs, bual2 kejap ngan bs, bgtau bila last susu..

8.15pg-sarapan di mana? :) kemudian heading back to office. kalau ada lecture jam 8am, makanya tiada la sarapan berdatings.

aktiviti diteruskan macam biasa di pejabat sampai la ptg. kadang2 kuar awal g amik nisrin,dlm 4.30pm bawak balik opis. ada kawan2 yg tiap2 hari duk mintak bawak nisrin naik pejabat. 

balik umah, manja2 dulu ngan nisrin, dan sume agenda berkaitan nisrin dan juga keje rumah.. basuh baju, kemas umah, atau pape lah. kalau ada nak beli barang, en suami bawak kuar.

dan selalunya kul 12-1am baru leh letak kepala dan berdengkur. wops, tipu je!
kul 3@4 cik nisrin akan bgn nak susu lagi. 

sambung tido, dalam 6am cik umi akan bgn, dan kena siap sebolehnya jam 7am, sbb nisrin akan nak susu lagi 7am tu..

:)

gitu la..
penat pun kena buat jugak.

sebab tu, amat bersyukur bila tiba hujung minggu yang kedua.
:)

boleh amik masa sehabisnya bersama keluarga. eceh.

oklah sehingga bertemu lagi ye semua2..

rindu saat bermanjaan dengan anak tanpa ada batasan waktu.

p/s: nampaknya hujung minggu ni tak dapat nak berjalan sakan,hari sabtu en suami ada game futsal (jke polisas nye aktiviti, kena support la kan hihi) hari ahad pagi, en suami ngajor kss lak. baru berangan nak ajak nisrin 'jogs' kat taman bandar di pagi ahad nanti, bertemankan stroller dan prewalker shoe yang baru beli.. nampaknya angan2 semata.

stroller nisrin ada ker? stroller merujuk kepada dukungan abi dia lah. 

heheh 

jom, jom g solat subuh!




March 24, 2011

mari kembali berkerja

assalamualaikum..


umi zuriani dah masuk keje, kembali mengadap meja opis, bilik opis, tangga opis, printer sendiri di opis, mesin fotokopi, student2, projektor dan bermacam2 adik beradik peralatan di opis..


tetapi..


ingatan tetap terbang melayang,
teringat puteri kecil yang ditinggalkan sementara di rumah bs..


isk..isk..



kat mana ye nak cr masa utk ganti balik masa2 yg tak dapat bersama dengan si comel ni?

1st day hantar umah bs, dah rasa sayu..sedih... 

malam puteri ni tidur je.. tp sbb rindu sgt dekat kerenah dia, kul 2pagi bgn susukan dia, pastu tak bagi dia tidur.. nak sgt dgr suara dia.. kejutkan en suami skali, ajak ber'galak2' dgn puteri sorg nih..

huhuh

March 16, 2011

saya ada satu cerita

assalamualaikum.. :)
sihat sejahtera semua? alhamdulillah..


saya ada satu cerita, mungkin biasa2 je pada yang lain, tp pada saya, sesuatu yang tak pernah saya alami. cerita ini berlaku semalam. masih fresh lagi. :)


pagi itu, saya sedang dodoikan cik nisrin, sebab nya dia macam gelisah je, macam dah nak terjaga, sedangkan ada keja rumah yang perlu saya selesaikan. tiba2 terdengar suara seorg wanita memberi salam. saya mmg tak cam suara itu. 
tp bersangka baik, saya jawab salam dan bukak pintu rumah.


rupanya ada seorang kakak dr kejiranan saya. 
di beritahu tujuannya dtg, nak ambil buah kelapa dekat pokok kelapa depan rumah tmpt saya tinggal. saya kata ambil lah. lagipun terang2 sbnrnya bukan buah yang saya tanam, mmg hak milik kerajaan. 


(info: sekeliling rumah ni mmg ada buah, ada pokok cempedak, ada pokok ciku, ada pokok kelapa, tp saya tak penah makan pun )


kemudian, di jenguk ke dalam rumah, tmpt nisrin beradu. dah celik mata pun si comel tu. sengih sorang2. pastu kakak tu tegur la nisrin kan.
dah gitu, saya pun jemput la dia masuk.. pastu borak2 la nisrin ngan akak tu. nisrin mmg mood baik kalau bgn tidur, suara galak semacam, peramah tegur org. kebetulan akak tu pun ada anak umo 8 bulan, so, saya pun tanya la perkembangan anak dia.. biasa la ibu2 bila jumpa kan.


sebenarnya kakak ni tak pernah dtg pun umah saya. sebelum ni takat2 senyum2 je.. tp kita kenal la dia.


dalam duk borak2.. terkeluar la dr mulut akak tu.. dipendekkan cerita, katanya purse nya hilang dalam kereta suami dia, dah beberapa hari. semua duk dlm purse tu, IC, my kid anak, kad atm, kad nikah semua. katanya purse tu ditinggalkan dalam dashboard kereta suami, dan bila nak ambil semula purse tu, purse tu dah takde. kemudian, katanya lagi, wallet suami dia pun ntah kat mana letaknya, tak pasti. 


saya, layan kan aje cerita nya, tp dlm fikiran saya, macam IC atau atm kad atau pape boleh pegi buat balik kan. lagipun sendiri punya agak careless, sbb simpan di tempat yg kurang wajar. tp tak elok fikir lebih2, sbb al maklum, bila ada anak, diri sendiri tak la se-ter-urus semasa belum ada anak kan. jd tak boleh salahkan kakak tu jugak. yang ambil tu pun satu, ambil je la duit, yg penting2 tu letak la semula dalam kereta tu kan. heh


tetapi.. tak lama kemudian.. lancar dr mulut dia.. "boleh tak akak nak pinjam rm30?'


...............


tau apa sy jawab? (mmg tak logik sgt jawapan saya, tp lantak!)
"saya takde cash sebanyak tu".. hahahah bila pk balik, org dgr pun tak caya. takkan bodo2 rm30 takde dlm tangan.


huhu


tapi tak smpi 30saat saya cover balik ayat saya, yg hari sblum tu saya dah abis banyak duit, beli barang. saya beli car seat nisrin, dan sedikit keperluan. 
(total rm500, tp xbgtau la kat kakak tu)
so sy bgtau kakak tu, mmg dah abis cash dalam tangan, dan belum withdraw lagi.


sbb apa yg jawab saya takde cash? sbb nya dah mula rasa lain macam ngan cite dia.
1-kakak ni tak penah dtg umah saya, jadi maknya saya ngan suami xde la rapat sgt, tak kenal pun hati budi dia kan..


2-instict ckp ms tu, niat dia nak amik buah kelapa tu mcm alasan je, sbnrnya dtg nak pinjam duit


3-dah beberapa hari ilang purse dan wallet, apa tindakan suami? tak bawak dia g bank ke buat semula kad atm. kalau xde kad, buku bank kan ada..
sebenarnya ayat dia beberapa hari tu yang buat saya sangsi.. 


4-agak2 dia bayar balik tak? (berkira weehh) heheh


tetapi, the other side of me..terbit rasa kesian.
sbb tahu jugak situasi kakak ni. 
ada anak 3 org. suami je keje sorg, keje PA.
kakak ni juga ada merungut, nak bayar itu, bayar ini.
dibanding dgn kami, yg dua-dua bekerja.


then saya ckp, akak tunggu kejap. sy check duit, mana tau kot ada. tp mmg tak smpi rm30 sy ckp ngan dia... sy pun masuk bilik.. well.. 


saya bg dia nilai yg bukan dia mintak pun.


rm20.


saya cakp ngan dia, takpe akak eh, saya takde rm30.


bab pampers lak.


dia tegur nisrin punya koleksi pampers. ada 3 jenama di situ. banyak katanya. 
sedangkan dia, disbbkan dah kehilangan purse, siang, si anaknya cuma pakai napkin, malam aje baru pakai pampers.
huhuh
risau jugak, kang tak pasal2 pampers nisrin yg dia nak pinjam/mintak.


saya tak tau la..


nak fikir camana.. 


atau nak bersangka mcamana dekat org2 mcm gini..


apa sangkaan dia pd saya. mungkin dia mintak rm30, dia expect saya akan bg rm50 kah?? 


apa pendapat en suami:
katanya itu bukan kehilangan purse dan wallet.
itu short-duit namanya.
dia lebih rapat dgn jiran dpn umah kita, tp malu muka la tu nak pegi pinjam lagi.


tambah en suami lagi:
byk benda kita kena lalui bila nak kenal dengan org2 sekeliling kita ni.


well, saya setuju dengan pendapat en suami.


dan terus niatkan dalam hati.. duit yang sy bg dia pinjam tu, kalau dia nak bayar, dia bayar la..
kalau dia tak mampu, saya anggap sedekah sy yg sedikit cuma utk dia.




----------------------------------


ermmm.. bukan senang kan nak manage kewangan kita..


gaji bulan mac ni, byk jugak saya nak kena spend. :)


saya nak settlekan baki yuran pengajian utk semester pertama.
nak bayar servis kereta, major servis.


menjawab soalan seorg teman ttg 'sokongan kewangan', saya berazam tidak membuat pinjaman belajar.. 
harapkan duit simpanan sendiri shj. 
insyaAllah cukup. :)


saya tahu, kehdpan saya utk 2 3 4 tahun ini mungkin cukup2 makan aje. tetapi ada sesuatu yg sy belajar, yg saya dapat.


p/s: alhamdulillah, pengasuh nisrin dah jumpa. mmg Allah tolong sgt. sbb niat kita nak cr BS yg jaga sorg je budak.. then kita di-perkenalkan dkt yg mmg nak jaga sorg je budak..


21mac, masuk keje smula. kita lihat nanti camana kelihatannya rupa ibu bekerja ni mengurus kan anaknya ini. :) 











March 10, 2011

t*e*s*t

******curi masa study*******


assalamualaikum.. :-)


puan zuriani, bila kali terakhir anda jawab ujian(test)?
- thn 2009, bulan 5 exam masa kursus KIPA, bulan 6 exam induksi, bulan 11 exam masa btn..
ulasan: lama benor saya tak perah otak untuk kembali baca buku, buat nota, buat latihan. terasa lebih horror, sbb saya tak penah masuk lagi lecture utk subjek power e nih, memandangkan kelas dah mula masa saya cuti bersalin. huhu
my mum cakap, jawab je la pape, kuar nama nisrin pun takpe.. hehe bleh wat lawak lak tok ma nih..


rasa macam nak join baby tido je..
eh..eh..cannot!

sila igt pengorbanan org sekeliling utk bg awak sambung belajar..

en suami.. bg keizinan sambung belajar.. dan he always willing to take care nisrin during weekends..

en adik emi.. yg sudi exchange laptop. katanya laptop saya tu tak layak buat sambung belajar. well, katanya benar, nak install software yg power2.. 

parents, yg bg sokongan n doa..

well, good luck dear for your first test. hehe

good luck also to my classmate yg hebat: k.sal, jen, mysya, faizal, faiz, rasyidi, sharif, mokhtar, rais, suami k,sal n staf kptm.

p/s: 
rasa lain la prepare utk jawab test, berbanding buat soalan test. 

tetiba windu weekend yg nyaman tanpa buku2..

:-)







March 08, 2011

13 mac

salam.. 


13 mac 2010 - 13 mac 2011.
:-) 
hari ini, hampir setahun bergelar isteri, dan sekarang di beri amanah baru sebagai umi.


entry tentang tarikh ini terpaksa diawalkan kerana, hari ulangtahun nanti, akan disambut dalam kelas Dr wahyu. 
(12-13 mac 2011, insyaAllah, kuliah bg subjek programmble electronics, tp masih berharap kelas pukal pada 12 mac, biarkan saya abiskan hari 13 mac dengan keluarga.. bolehkah?)


segar diingatan..
13 mac 2010, saya bersedia utk lelapkan mata jam 3pg. waktu yang cukup lewat utk insan seperti bakal raja sehari, tp dek kerana terlalu banyak persiapan saat akhir, jd terpaksa lewatkan waktu tidur. tambah terharu, adik lelaki, emi yang tolong pakaikan inai. org lain kawin, mungkin mak tolong buh kan inai, paling tidak, sepupu pompuan atau makcik yg pakaikan, tp saya berbeza.. adik lelaki yg tlg pakaikan. maklum lah, mmg kesemua adik sumenya hero..berniat utk pakai lebih awal, tp terlalu sibuk dengan kerja yg lebih penting, terpaksa abaikan cik inai.. :)


pagi itu juga, tidur saya di ruang tamu, depan pelamin. hehe bertemankan dua hero. sama2 terlentang. kenangan berharga. sbb selepas itu, xde dah peluang tido ramai2 ngan adik2..


lenakah saya jam 3 pg tu? tidak sama sekali. mata mmg tak nak lelap, puas dipujuk. bermacam2 perkara dalam minda. berfikir ttg diri sendiri, perasaan, ok ke aku hari kawen, berjalan lancar kah majlisnya, puas hati ke tetamu, ramai ke tak yg dtg, dan macam2 lagi perasaan menerjah.
5pg baru lelap.


subuh menjengah, ibunda tersyg kejut. 
rasa syahdu. 
betul ke hari tu saya dah nak kawen?
layakkah saya sbg isteri?
dah tak boleh manja2 ngan ibunda ngan ayahanda lagi ke?
dah tak boleh balik dungun naik CCB ayahanda lagi ke setiap ptg jumaat?


siap pape patut, majlis akad nikah bermula.
dalam 9.25am mcm tu, selamat la saya bergelar seorg isteri..


dan agenda seterusnya berjalan, sama macam majlis kawen org lain..
alhamdulillah, sgt bersyukur, semua nya berjalan lancar seadanya.
yang penting, tetamu.. puas hati dengan menu, gift yang tak seberapa dan juga keadaan semasa majlis.


6pm mcm tu, tetamu terakhir pulang.
tergambar perasaan puas hati ayah dan bonda, semua jemputan hadir pd hemah saya..
terasa seronok dpt menjamu org.
bukan hadiah atau duit yang dipinta, cukup doakan, mahligai saya penuh dengan berkat-Nya.


dan kehidupan sebagai isteri, masih berjalan, sehingga saat ini. 


ingin dikongsi juga..
ustaz yg tandatangan borang permohonan nikah en suami, (alah tetiba lupa istilah nya, sbb en suami ambil borang bukan di negeri kelahiran, jd kena ambil tandatangan seseorg utk mengesahkan yg en suami bermastautin di kuantan) telah meninggal dunia, tak berapa lama lepas majlis kawen kami. 
itu pun dapat tahu setelah en suami g umah ustaz tu, sbb nak bg gift kawen dekat ustaz tu.


dan ari ni, sy diberitahu oleh bonda, tok imam mukim saya, yang menikahkan kami juga telah pergi menghadap-Nya setelah koma hampir seminggu kerana rebah dirumah arwah.


al-Fatihah utk keduanya..


sungguh, saya kira org2 ini penting dalam merealisasikan majlis kawen sy, walaupun bukan ada pertalian darah dengan saya..walaupun jasadnya telah tiada, baktinya, akan saya igt sampai bila2..


kalau ingin bercerita ttg pengalaman sbg isteri..
masih banyak yg saya perlu belajar utk perbaiki diri...
suka, duka, riang, tawa, gundah, marah, sayang, cinta dan pelbagai rasa pasti mengiringi kehidupan ini.
belum tip top lagi bakti saya pada sang suami..
saya bukanlah chef yg mahir di dapur..
juga bukanlah yg expert dalam menghias dan mengemas rumah..
juga tidak arif membaca riak emosi en suami..
tetapi..
saya percaya, saya belajar..masih belajar.


sambutan?
belum dpt diputuskan lagi. mungkin sambut kemudian, atau cukup sekadar en suami tahu, telah setahun saya dinikahi beliau..


kepada Mr Mohd Zulkifli, jika terbaca entry ini..
terima kasih tidak terhingga..
atas sokongan dlm hidup ini, walau dgn apa cara sekalipun.
doakan isteri ini, dpt menjalankan tanggungjawab dgn baik..
doakan juga, keluarga kita mendapat rahmat-Nya.






amin..


rasa ralat tiada gambar dapat menghiasi ruang kali ni, dek kerana prestasi broadband.. 
tp pasti ada hikmahnya..







March 05, 2011

dah mac pun


assalamualaikum..
maafkan saya duhai blog
kerana sudah lama tidak muncul dengan cerita(entry) baru
walaupun sudah 21 hari kembali ke kuantan
setia dengan posisi isteri kepada suami dalam rumah kerajaan berbentuk L
juga sebaia ibu kepada empunya jari comel dalam gambar di atas.
bila dah lama tak berada di atas talian (online), macam2 cerita terkini dah muncul. 
--> selamat bergelar ibu utk kawan2 blogger.. :)


*tauu tak, broadband saya ni ambil masa 1/2 jam nak upload dua gambar. salah satunya gambar di atas. see! no wonder la napa lama tak update.
ku kire2 masa nya sudah tiba untuk upgrade lah.. 


3 minggu di kuantan
3 org kami (umi,abi,anak) menyesuaikan diri seadanya..
bila en abi gi keje, tinggal la cik umi ngan cik anak kat umah. duk la cik umi melayan kerena cik anak sampai la abi balik semula ke rumah.
sesekali en abi bawak cik umi ngan cik anak g ronda2.
errm, cik umi pun dah mula masuk kelas pengajian hujung minggu.
:)


*kenapa rasa lain je bait-bait ayat yang aku taip ni? hmm..


ok ok, buat ayat mcm biasa yerkk. :p


nisrin sebulan+16hr


oh ya, nisrin dah masuk dua bulan..
nisrin makin pandai berbual ngan org esp umi ngan abi dia la yg 24jam duk ngan dia.. 
suara makin galak wehh..mmg terhibur hati, hilang penat stay-up mlm2..
kaki tangan dia mmg tak duk diam..
dah masuk dua bulan ni, kena belajar tanggalkan mitten(sarung tangan) dia.. mula lah, sibuk nak bawak masuk jari dalam mulut, esp bila dah mula lapar..
suara menangis? sangat laa kuat.
sangat suka mandi!
jadual tido pun dah ada timing tertentu.
tido pun ada gaya kegemaran.


woops, kena berhenti dulu.


nisrin dua bulan dengan berat 5kilogram, panjang 56cm, ukur lilit kepala 36cm, terus bahagiakan org-org disekeliling ye..


:)


dan umi, sedang menunggu tarikh setahun itu.. :)