(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

July 31, 2009

hanya dia...

artikel di petik dr inbox emel saya.. tajuknya : Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah.. jom baca..

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah…………………..
* supaya kita dapat menjadi penilai yang baik..
* supaya kita sedar, Bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah..
* supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA..
* supaya kita sedar, Bahawa ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG, kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita dimasa hadapan…
* supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalamninya. .
* supaya kita menjadi MANUSIA yang HEBAT JIWANYA..
* supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH..
* supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TIDAK SELAMANYA KEKAL..Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, FAHAMILAH bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya.
Hari esok kita pun kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita.Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya…
PERCAYALAH sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA..

*petikan dari Kembara Wasilah Edisi 1/2009 January

banyak kali jugak baca bait2 ayat di atas, terasa sukar jugak utk memahami dan menyelidik, bahawa adakah
org yang saya jumpa skarang
adalah org yg betul atau yg salah..namun, keputusan utk pilih dia telah sy buat..sy cuma mampu memohon dan seterusnya berusaha utk at least maintain apa yg saya ada.. apa yg lebih buat sy bersyukur, restu keluarga kami.. insyaAllah mengiringi kehidupan saya dengan orang itu.. yg saya harapkan, dia bahagia bersama saya, boleh terima saya seadanya... dan sy sedar, saya memang sayang dia.....

July 30, 2009

sendu wardrobe

salam wbt..sambil2 melipat bebaju yg siap dibasuh.. hehe bukan senang nak melipat segala jenis pakaian ni, kumpul tenaga seminggu jugak laah.. sesungguhnya zuriani memerlukan wardrobe yg lagi besar saiznya utk memuatkan semua baju-baju nya..maklumla, duk kuartes ni, kena bersyukur, wardrobe baju pun disediakan. xsaboo nak ada umah sendiri, nak beli almari baju yg pasang siap tu, boleh pilih design, tapi... ongkos pun kena lebih la kan... takpe2, ini sume xmematahkan semgt nak mengemaskini wardrobe sedia ada ni..walaupun xtau camana nak sumbat lagi. untk membeli hatta almari kecik, tidak ku sanggup lagi dgn ruang bilik yg sungguh 'comel' saiznya ini..

ermm..xpenah lagi buat entry ttg H1N1 kan.. kali ni nak mengomel sikit pasal pandemik ni.. sungguh..menakutkan betul kalau difikirkan ttg satu musibah ini, di mana2 aje.. kalau ari tu masa berkursus di hotel sblh KLIA tu risau jugak, tp masa tu keadaan terkawal lagi, sbb xramai pun yg pakai mask tu, tp hand sanitizer itu ada je di mana2 dalam KLIA tu.. itu cerita awal julai 2009, tp ari ni berbeza.. H1N1 ada di seluruh pelusuk negara, termasuk la kg halaman ku --> dungun, sehingga UiTM Dungun n PSMZA di tutup.. aduii, risau jugak dekat family di sana, dekat ibunda n adik ku.. mohon kepada-Nya, agar dilindungi semua2 dr virus membahayakan itu.. pagi td, dalam kelas e1003, DKE1A, ada jugak pelajar merungut psl H1N1 ni, kawan2 kat kamsis ramai yg mcm demam2 kata mereka...napa la polisas xtutup lagi ye cik??! alahai... yg aku boleh nasihat, pesan kat kawan2 yg ada simptom2 dmm tu, cepat2 la g klinik, merata2 ade tmpt utk ujian saringan tu... ermm, mention pasal simptom2 ni, tanda2 nya ialah, demam panas, batuk, sakit tekak, sakit sendi, cirit birit.. Tuhanku, lindungi hamba2 semua dr H1N1 ni..mohon semuanya cepat2 la hilang...aminnnn...H1N1 can be catogorise as one of saddest n horrorable memory for year 2009.. isnt it??


citer seterusnya.. pasal Ramadhan.. xlama sgt dah, n utk zuriani, masih lagi bertungkus lumus (bukan bertungkus bungkus) meng-qada puasa.. aduyai, selalu mcm gini, last2 minit baru nak berganti.. kalau xsempat baru padan ngan muka tu.. tp thn ni tanak la, mmg nak pulun bg abis ganti, nak beraya sakan thn ni nih... heheh baju rasa dah siap dah..semangat tak?? maklum la, ibunda ku begitu setia melayan kerenah anak pompuan tunggalnya ini, xtau la ada berapa pasang utk digayakan.. tp kira fair la, adik2 ku punya baju raya lagi hot, shopping kat Suria KLCC tuuuu..sorang2 abis dalam rm300, mana x zuriani jeles???.. adilkah? hehehe duit raya diaorg pun aku kena sedia jugak..


oklah, nak sambung wat pape yg ptt sblum tidur..jgn lupa, senyum sokmo!! (terigt video-klip yg mysya buat.. senyum seindah suria..yang membawa bahagia..kau tersenyum ku tersenyu7m, kemesraan menguntum...

July 28, 2009

mini-dokumentari

salam... minggu kursus video editing.. have fun all!! 2nd day already.. ;)

me --> sedang meng-edit video kami...mini zoo kuantan pahang, dengan harapan akan terhasil la satu mini dokumentari.. hehe chaiyokk!!

-----selamat meng-diet.. eh silap, meng-edit--------------------------


hmmm... afterwards, still many keje tertunggak bermain2 dalam minda.. aiyaaaa.. when will i find extra time to finish up all those keje tertunggak??


July 22, 2009

what about risk??

salam wbt.. kali ni baru berkesempatan nak meng-update info ttg kursus yg aku join baru2 ni.. kursus tu diberi nama kursus pengurusan risiko, anjuran KPTM.. kursus ni org dr consultant yg handle, Prof Madya Mohd Rashid, org pertama di Malaysia yg dpt PhD dalam bidang pengurusan risiko nih...yg aku faham, risiko ni lebih kepada segala bentuk ancaman dan meliputi segala aspek disekeliling kita, termasuklah ketika berada di rumah, di perjalanan dan juga di mana2.. ant yg aku dpt sbnrnya dr kursus ni, lebih kepada risiko keselamatan diri dan keluarga...

--> menurut ckp prof tu, ant benda yg paling penting yg wajib menjadi amalan penting ialah, pakai seat belt ketika dalam kereta.. ni mmg x dinafikan, mmg penting pun, tp selalu org abaikan.. tujuannya adalah utk mengurangkan risiko kesan dr kemalangan kereta. dan prof tu sendiri ckp, kalau naik kereta dia, mmg semua org kena pakai seat belt..
---> to mummy, ladies, dekat dapur tu, kalau boleh kena la ada smoke detector.. banyak kaliiii prof ni ulang kpd peserta beli la smoke detector.. boleh kurgkan risiko akibat dr kebakaran.. mmg logik pun apa yg prof ni bincangkan, tp utk aku, tunggu sehingga ada umah sendiri dulu baru bleh beli.. hehe apa pendapat anda pula? getah gas tu pulak, kita kena selalu check takut ada leakage. haa yg ni aku setuju? kalau buat maintenance pembersihan di dapaur, xpenah check pun getah gas tu.. heheh so pendapat anda?
---> kalau dah duduk kawasan perumahan tu, sila pasangkan auto-gate. ini kerana menurut prof, selalunya peragut yang setia menunggu org2 yg tgh nak bukak gate umah ni... jd bila ada duit lebih nanti, beli laa auto gate.. utk aku pulak.. skang xseswai, sbb duk kuartes.. hehe
---> last point yg jugak xkurang penting, sila beli life-insurance... sesungguhnya civil servant mcm aku ni xde coverage.. haaa, yg ni mmg aku berazam nak beli.. cuma memikirkan bila dan jenis insuran mana.. hmmm....
--->kalau diaplikasikan risiko tu kpd jabatan atau organisasi pulak, lebih kepada risiko reputasi... dan selalunya dalam polisi pengurusan risiko ni, selalunya, kita kena elak (avoid), kurang (reduce) dan pindah (transfer)... ade jugak la input ttg pengurusan risiko ni... macehhh


ni gmbr pintu masuk kt hotel tu, hotel pan pacific, KLIA Sepang..besttt!! taraf 5 bintang, mana xbest.. :) betul2 sebelah KLIA tu...dpt la cuci mata tgk pilot mat saleh.. heheh


ni..kamar tidur saya...partner bilik, kak liza dr PTSS.. jenguk je ke luar tingkap kat bilik tu nampak terus menara kawalan utk kapal terbang, n kalau jenguk kat bawah nampak la kolam renang yg indah permai...


lcd tv okay... :)


ni bilik kursus tuu..nama bilik nya AIRBUS..mcm nama kapal terbang pulak dah..:)

July 21, 2009

my motivation

cerita semalam:

20julai 2009, 6.55 am.
Melalui tingkap bilik, kelihatan anak2 jiran kuartes blok K yg kemas berpakaian uniform sekolah sedang menunggu van sekolah.. seawal pagi itu... Melihat mereka, takde sebab untuk aku malas ke tmpt kerja yg cuma 'sekangkang kera' dr tmpt kediaman..

itulah aku..setiap ari mencari sesuatu disekiling yang boleh menjadi pemangkin utk aku terus berkhidmat setiap hari sbg hamba-Nya dengan sebaik mungkin. kelemahan aku, sering alpa, sehingga terpaksa mencari sesuatu di sekeliling baru la nak sedar diri, yg aku ini cuma sekelumit hamba...

July 19, 2009

blank!

footer:
a blank page..like my mind right now.. soooo blank!! can u help me fill in the blank........

July 05, 2009

indah ker??

assalamualaikum sumenya.. 2 hari cuti berhujung minggu, rasa xpernah puas dgn cuti yg ada.. cuti2 jugak, tp masa tu ade je diisi dgn pergerakan ke sana ke mari.. ini pun duit harus dijimat2, bayangkan kalau duit tu xperlu dijimat2, agaknya dalam 2 hari cuti weekend ni, smpi mana boleh berjalan sakan ye? heheh smalam, sabtu yg indah, kenapa indah? sbb boleh jumpa family tersyg yg jauhhh dimata.. (hehe jauhla sgt!) Ya Allah, syukur alhamdulillah, dpt gak balik umah,, tgk family w'pun kejap jer.. biasalah kalau balik umah misti dpt buah tangan dr ibunda... itu kemestian.. ntah napa, sejak 3 4 5 bulan ni, aktiviti hujung minggu xmcm dulu2 dah..kalau dulu2 selalu boleh balik kg, tp skang, ade je keja yg kena didahulukan.. biasalah, ni pun salah satu pengorbanan dlm kehidupan.berjauhan dgn yg tersyg.. uwaaaa, tetiba rasa syahdu lak, terigt diaorg...moga mak ayah ku, n hero2 ku sehat sejahtera hendaknya...

ari ni..juga ari yg indah.. heeee dpt ngedet ngan cik abe.. sbnrnya 2 hari yg lepas, dia ade bg sebijik buah durian, tp malangnya aku xreti nak godek2 nk bg isi tu keluar, jd ngan muka xmalu aku ajak dia g picnic kat suatu tmpt yg terbuka.. yg boleh makan durian tanpa ada org kisah.. hehe so berbekalkan pisau, pengat durian yg mak aku bg, ber-picnic la kami smbil menikmati masa2 indah itu.. heheheh durian..durian...durian.... tu la...kena hargai dan catat sume momen indah2 ni, spy bila tiba masa gaduh2 manja, masa merajuk, jd cpt cool.. taktau la, camana masa dpn ni ha.. moga dipermudahkan la..

esok isnin 6 julai, nak travel lagi..kursus di pan pacific hotel, klia sepang...mcm best je bunyi nama hotel tu, jgn indah khabar dr rupa dah.. tgh search2 map nak g sana ni..

July 02, 2009

tahun kursus sedunia

assalamualaikum.. waaa... lama sudah tidak menjenguk blog ku n blog2 fav ku yg lain sejak kebizian melanda..aku alhamdulillah sihat seadanya..alhamdulillah, kekuatan kudrat drNya jua.. alahai, tetiba aku rasa blurr pulak, jari jemari ni terasa segan silu nak tekan papan keyboard ni..byk benda nak share, nak diluahkan sepanjang sebulan tidak ber-blog ini... tp mungkin masih kepenatan..kesian aku.. heheh

citer pertama, pasal citer kursus..hehe thn 2009, aku cemerlang dalam menghadiri kursus, opp, jgn silap baca, cemerlang dlm menghadirkan diri aje, bukan cemerlang dalam pengisian pun.. hehe so, dgn jayanya jugak tahun 2009 ni, aku melabelkan tahun 2009, tahun kursus sedunia, n tak lupa juga boleh diselitkan sebagai thn berjalan, ala cuti2 malaysia gitu...

('',) kursus pertama:10 - 26 mei 2009, kursus instruksional dan pembangunan andragogi di IAB, genting highlands..pengisian yang baik utk diri aku dan insyaallah akan digunakan dalam bidang yg aku ceburi kini...(jgn hanget2 taik cicak udahleer), sesi berjalan pulak mana lagi, genting highlands itu sendiri, smpt dua kali naik kabel car, ngan kawan2 n my family.. haa punye la lama kursus tu, smpt juga my family dtg..

balik kursus tu, aku menyibukkan diri ngan siapkan PB pelajar, tanda paper final dan seterusnya bidang wajib aku.. siapkan masterhseet students.. huhuh haa, time busy2 pun weekend 6-7 jun tu, aku berjalan sakan lagi.. 6jun, kenduri kawin opismate, cik bakiss kat pekan, 7 jun, kenduri kawen kak rin, my housmet kat parit raja, johor.. sonotttt tgk org kawen... hehehe smpt singgah ditmpt menuntut ilmu zaman dulu2....kuittho dlm memori....

(",) kursus kedua: 8 - 9 jun 2009, kursus video shooting level 2: benda baru jugak bg aku yg cetek ilmu ni.. belajar ttg cara2 nak buat video, so kalau xde aral menegak atau melintang, 11 julai ni kami nak g buat videoshooting.. tmpt dirahsiakan dulu..heeee kami itu terdiri dr diriku yg cute ini, cik ai fang comel n cik ina naik yg manis itu..

('',) kursus ketiga: kursus yg ditunggu2 oleh semua fresh penjawat awam, kursus induksi..14 jun - 25 jun 2009.. heheh napa tetiba gelak, giler apa? sonotttt! kursus tu kat pulau pangkor, tak pnh lagi jejak kaki kat sana, tiba2 boleh smpi sana... atas dua tiket, berjalan2 sambil kursus..agenda penting jugak, makan ditanggung oleh kerajaan malaysia.. kat sini, byk kenangan ala2 sweet sour.... hmmm.... specialnya, ada si dia skali dalam kump yg sama.. se-umur hidup akan ku-ingt! moga2 kami sume lulus dgn jayanya kursus nih!! aminn..amin....

(",) kursus keempat: kursus interactive multimedia using power point, 29 jun - 1 julai 2009.. haaa, yg ni satu benda baru yg aku belajar, n aku suka!!

('',) kursus kelima:kursus sistem audio, video dan tv, 2- 3 jul, hari ni ngan esok... ade banyakk juga ilmu baru utk aku sumbat dalam kotak minda aku ni..

(",) kursus ke-enam, insyaallah, ade rezeki, minggu depan.. yg ni kursus luar anjuran KPT..travel lagi aku nampaknya, kali ni di hotel pan pasific, klia sepang.. pegi dgn sidia juga, ganti opismate.. nama kursus tu pengurusan risiko...hehe pelik kan?? aku pun xtau la, excited jugak nak pegi ni..

n insyaallah, akhir julai ni, kursus video editing pulak.. heee.. sonok2!!

kalau nak bercerita pasal apa yg aku dpt, byk jugak..tp yg penting yg boleh aku share kat sini, of course la ttg ilmu2 dalam kursus tu, kalau kursus luar, boleh jumpa kawan2 baru..n apa yg seronok jugak, tentunya soal makan.. phm2 je la, malaysia kan kayaaa dgn makanan!! hehe jgn lupa ye, doakan sumenya berjalan lancar..

kalau dihitung, aku xpenah rasa rehat yg agak pjg lagi ni.. n aku jugak dah lama xdpt balik kg jumpa family aku.. kalau sume ok, sabtu ni plan nak balik kejap balik hari... dah call my mum bgtau nak balik..risau jugak kot ade keje last minute..td pun bos kecik aku, ie. en ruslaimi dah pesan pasal masterhseet kene settle be4 15jul ni, byk lagi kena repair pas meeting jawatankuasa tu... hmmm... tgk la camana nanti.. balik dr kursus, kena prepare utk short sem.plan utk cuti berganjak lagi.. aku xsabo nak kurangkan jumlah cuti yg masih ada 27 hari tu....bila ye boleh cuti???

dah nak magrib, kena undurkan diri dulu..nanti smbung lagi dgn citer2 lain pulak...cau cin cauuu