(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

October 25, 2016

teaching toddler



Bismillah.. a part timer homeschooler mother here

hihihi

minat sbg homeschooler ni semakin bercambah.. tambah2 lagi..circle sy di facebook, ramai sgt ibu2 yg practise homeschool tau..

usia anak yang boleh dikatakan sgt berkembang pesat di awal usia (1 2 3 4 5 6 ) tahun begini...seronok explore kaedah utk attract minat anak belajar.. belajar apa.. semua2 lah..

sebab dalam homeschool syllibus, tak tertakluk guna buku je tau... free kurikulum..tak salah.. ajar laa anak apa2 manner pun satu silibus homeschool... skill kemahiran hidup pun..

jom tengok gambar ni..




 sumber ---> sila klik link

saya suka tengok gambar ni.. nanti nak print masuk dalam buku kurikulum homeschool.. 

jom kita go through satu2...


kita pilih gross motor dulu 

NO 1 Gross motor skill

- senang cerita kemahiran asas gross motor / motor kasar iaitu yg melibatkan pergerakan anak2..psikomotor..  
Kemahiran motor kasar adalah kebolehan yang diperlukan untuk mengawal otot-otot besar di badan kita untuk berjalan, berlari, melompat, duduk, merangkak dan aktiviti-aktiviti lain. Kemahiran motor kasar berkembang dalam tempoh yang singkat dan kebanyakkan kemahiran motor kasar ini berkembang semasa kanak-kanak.


saya suka penulisan dari link di atas.. iaitu sebagai ibu bapa, banyak aktiviti yang kita boleh buat bersama dengan anak yang melibatkan pergerakan / kemahiran motor kasar ni.. sebabnya, saya langsung tak ambil kira aspek ni secara total.. pada saya, cukup pergerakan dalam rumah.. dan petang2 waktu balik kerja tu kan.. bawak anak2 buat evening walk.. masa ni kami akan jalan sama2 dalam sekitar kawasan tempat tinggal kami.. berbasikal.. berlari2.. 
tapi...tapi... perkongsian dlm link kat atas tu banyak tau..
aktiviti utk kembangkan motor kasar ni.. dan kena paham, kemahiran motor kasar ni bermula dari baby2 lagi.... 

perasan kan perkembangan baby2,, bermula dengan hanya berbaring...kemudian mengiring... kebolehan meniarap dan selanjutnya...

saya copy sini utk bacaan dan manfaat kita.



Bagaimana Ibubapa Boleh Membantu?
bike_helmetTerdapat beberapa aktiviti yang ibubapa boleh lakukan bersama anak di rumah untuk menggalakkan kemahiran motor kasar. Antaranya seperti:
  • Bermain lompat berjengkit atau melompat tali getah. Aktiviti ini dapat membantu anak-anak untuk mengimbangi badan mereka.
  • Memukul, menangkap, menendang atau membaling bola. Aktiviti ini dapat membantu anak-anak untuk membangunkan perkembangan koordinasi tangan-mata.wheelbarrow_race
  • Melompat kanggaroo and memegang sesuatu atau mengepit bola di celah peha dan melompat ke kiri dan ke kanan, ke depan atau kebelankang untuk meningkatkan kemahiran mengimbangi badan.
  • Wheelbarrow (berjalan menggunakan tangan). Aktiviti ini sangat bagus untuk kemahiran motor kasar di samping  menggalakkan proprioception.
  • Mengayuh basikal juga boleh dijadikan salah satu aktiviti harian untuk menggalakkan koordinasi seluruh anggota badan dan juga menggimbangi badan.

nampak tak disitu... betapa ada aktiviti khas utk merangsang perkembangan kemahiran motor ni.. jd lepas ni, jom ibu2...kita buat mana yang termampu.
homeschooler kannn! heheh

saya 'park' sini link utk senarai aktiviti lain lagi untuk latihan kemahiran motor kasar utk rujukan kemudian hari

sila klik sini, TQ  <---- aktiviti="" anak..="" bersama="" boleh="" br="" buat="" byk="" dalam="" ni="" tau="" yg="">


2) Toodlerhood (1 – 3 Tahun)
toddler-soccer
Kanak-kanak toodlers biasanya sangat aktif. Bermula umur dua tahun, anak-anak akan mempelbagaikan kemahiran motor kasar mereka. Meraka akan mula berlari, menaiki tangga tanpa memegang pemegang tangga. Selain itu, meraka juga boleh untuk menendang dan membaling bola.
Pada umur tiga tahun anak-anak juga boleh berjalan dengan postur badan yang betul dan boleh berjalan tanpa melihat langkah mereka. Mereka juga boleh jalan kebelakang dan berlari dengan kawalan yang cukup, berhenti dan berlari semula ke arah yang lain. Mereka juga boleh melompat dua kaki dan berdiri menggunakan satu kaki.
Mereka juga boleh menaiki tangga dengan kaki bersilang tapi kebiasaannya untuk turun tangga masih menggunakan kedua-dua kaki di setiap langkah. Pencapaian lain ialah anak-anak sudah mula untuk mengayuh tricycle and membaling bola, walaupun mereka mempunya masalah untuk menangkap, ini kerana mereka belum dapat mengawal pergerakan tangan untuk menangkap bola tersebut.




ok jom move on to next domain

NO 2 Fine motor skill / kemahiran motor halus


part ni saya suka heheh

salah satu sebabnya, kita nak latih fokus si anak... makin improve fokus anak, makin lama dia akan mengadap suatu kerja yang bermanfaat tu..

dari blogpost --->  klik sini , <--- credit="" font="" penulis="" share="" tq="">

Apa itu kemahiran motor halus?

Kemahiran motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan penggunaan otot-otot kecil yang mengawal pergerakan tangan, jari dan ibu jari. 

Dengan berkembangnya kemahiran ini, anak-anak akan mampu melakukan tugas-tugas penting seperti menulis, makan sendiri, memasukkan butang pada baju dan membuka serta menutup zip pada pakaian. 

Kemahiran ini berkembang melalui pengalaman dan pendedahan kepada pelbagai jenis permainan, material malahan juga makanan (seperti kismis, bijirin dsb)


Kenapa kemahiran motor halus ini penting?

Tangan kecil perlu dilatih bagi membina ketangkasan dan kekuatan. Kita sebagai ibu bapa ataupun pengasuh, boleh membantu proses ini dengan menggalakkan anak-anak untuk meneroka dan berinteraksi dengan pelbagai jenis benda. 

Permainan, pengepit baju, gunting dan play dough merupakan contoh peralatan yang dapat membantu membentuk kemahiran motor halus. Malah membantu kerja-kerja didapur (yang bersesuaian dengan umur) juga merupakan cara yang baik untuk membina kemahiran ini. 

Aktiviti seperti ini serta kemahiran memanipulasi membantu menyiapkan anak-anak untukmemegang dan menggunakan pensil. Ini merupakan langkah pertama dalam mempelajari bagaimana untuk mewarna, melukis dan akhirnya menulis.


bila baca bait2 ayat di atas ttg kemahiran motor halus ni, perasan kan.. kebanyakan aktiviti yang bole kita buat bersama yang berbentuk quiet still/stand still/ duk di suatu sudut dan buat aktiviti tu... mata dan otak berkerja seiring.. heheh



NO 3 Cognitive 

selalu kannnn jumpa perkataan ni.. saya laa tu... dlm kursus yang saya ajar dlm job scope saya.. mcm tak sangka, perkembangan kognitif juga perlu diambil kira

KONSEP PERKEMBANGAN KOGNITIF


Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008), kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain.Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup bagi seseorang individu. 

tulisan dari ---> sila klik sini, tq writer  

dalam petikan gambar tu tertulis kan, kemahiran kognitif tu camana... dan aktiviti seperti counting dan tema pattern bole bantu perkembangan domain ni..saya parking sini link aktiviti utk bantu kembangkan kemahiran ini.. mcm best je semua





NO 4 - kemahiran bahasa



kemahiran berbahasa ni kan, biasa kita dengar kan.. sejak kita mula berbicara dgn baby2, tak elok kalau kita bercakap dengan gaya bahasa baby/ pelat2.. sbb tak mo anak tu jadi terikut2 kan.. agak2 setuju tak.. ihihihi terpulang pada individu...

cuma saya perhatikan baby umar.... awal dulu selain suara menangis, bila dia mula membebel / mumbling tu, nada suara, pattern suara satu je keluar.. 'aaaa' 'aaaaa' 
hanya itu sahaja,,, bila dah meningkat usia, seiring dengan meningkatnya aktiviti menggigit mainan..... sy tgk makin improve membebel dia tu tau... ayat tu, xda laa keluar aaaaaa sahaja..
dia mcm dah pandai mainkan sebutan lain jugak... 'cacacaca' ceceacacaa' 'tatetataa' dan ada satu 2 lagi.. hihihi

itu pada saya satu improve jugak...


penting jugak kemahiran bahasa / pengukuran vocab, sb kita nak measure, byk mana vocab anak kita tau supaya bole detect kalau2 anak tu ada delay speech kan.


NO 5 - kemahiran sosial / emosi 

kalau rasa lost, tgk balik atas tau...yang gambar carta tu.. heheheeh



tengok domain ni.... mcm tak sangka kan...kena amik kira jugak aspek perkembangan sosial ni.. selalunya perkara mcm ni lebih kepada pergaulan kan..
ok takpa takpa, nanti kita go through aktiviti yang sesuai..



NO 6 - kemahiran self-help / urus diri

iniiiii kan.... selalu sy duk bebel dekat anak no 1, kakak dah besar2 dah masih nak kena suruh itu, suruh ini... cth bila lepas mandi, masih tunggu umi bagi arahan utk pakai baju.. baru nak masuk bilik...



ok ok kena touch up semua tuuu... belum ada butang terlewat nak mulakan semula... kan kan



NO 7 - antara yang paling penting sebenarnya - kemahiran spiritual 

- asas2 mengaji, solat dan juga tingkahlaku positif lain... 





ok dah siap senaraikan semua.... insyaAllah...bole mula slow2 balik.......

jom sesama kita.]


tq for reading blogpost ni tau,

take care
assalamualaikum.

No comments: