(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

August 31, 2014

Romper & Tutu beserta Headband Comel

Bismillah.

Berminat mencari Romper + Tutu Skirt + Headband?

mungkin ibu-ibu comel semua boleh cuba koleksi dibawah.

Happy Viewing & Shopping dearie Mummy. (^,^)



1 - Samgami Baby Collections - Romper with Tutu skirt & Headband (3pcs set) - Grandma Lil Cutie - Green 


 Available Size : 95 (18-24m)

SOLD OUT. TQ CUSTOMER 

DETAILS
Desc : 3pcs set 

Combination Form : 1 Romper + 1 Tutu skirts + 1 Headband

Brands : Samgami Baby
Colour : Green

Material : Cotton

Size : 80 (6-12m), 90 (12-18m), 95 (18-24m)

Size measurement :
Top
Size 95: Shoulder 25cm, Chest 29cm, Length 49cm

Skirt
Size 95: Waist 24m, Length 26cm

Note: Measurements by hands, may differ 1-2cm.


Price : RM28 exclude postage



2 - Samgami Baby Collections - Romper with Tutu skirt & Headband (3pcs set) - Pink Diva

 Available Size : 95 (18-24m)

SOLD OUT. TQ CUSTOMER 

  DETAILS
Desc : 3pcs set 
Combination Form : 1 Romper + 1 Tutu skirts + 1 Headband
Brands : Samgami Baby
Color : Pink Diva
Material : Cotton
Size : 80 (6-12m), 90 (12-18m), 95 (18-24m)
Size measurement :
Top
Size 95: Shoulder 25cm, Chest 29cm, Length 49cm

Skirt
Size 95: Waist 24m, Length 26cm


Price : RM28 exclude postage

 3- Samgami Baby Collections - Romper with Tutu skirt & Headband (3pcs set) - Pink Rocks

 Available Size : 95 (18-24m)

SOLD OUT. TQ CUSTOMER 

DETAILS
Desc : 3pcs set 
Combination Form : 1 Romper + 1 Tutu skirts + 1 Headband
Brands : Samgami Baby
Color : Pink Rocks
Material : Cotton
Size : 80 (6-12m), 90 (12-18m), 95 (18-24m)
Size measurement :
Top
Size 95: Shoulder 25cm, Chest 29cm, Length 49cm

Skirt
Size 95: Waist 24m, Length 26cm



Price : RM28 exclude postage

4 - Samgami Baby Collections - Romper with Tutu skirt & Headband (3pcs set) - Grandma Lil Cutie - Black Pink


 Available Size : 80 (6-12m)

SOLD OUT. TQ CUSTOMER 

DETAILS
Desc : 3pcs set 
Combination Form : 1 Romper + 1 Tutu skirts + 1 Headband
Brands : Samgami Baby
Color : White & Purple
Material : Cotton
Size : 80 (6-12m), 90 (12-18m), 95 (18-24m)
Size measurement :
Top
Size 80: Shoulder 21cm, Chest 26cm, Length 43cm

Skirt
Size 80: Waist 22cm, Length 24cm
 

Price : RM28 exclude postage



 4 - Samgami Baby Collections - Romper with Tutu skirt & Headband (3pcs set) - i love grandma - purple


 Available Size : 80 (6-12m) - SOLD OUT

                        90 (12-18m)
                        95 (18-24m)


DETAILS
Desc : 3pcs set 

Combination Form : 1 Romper + 1 Tutu skirts + 1 Headband
Brands : Samgami Baby
Color : White & Purple
Material : Cotton
Size : 80 (6-12m), 90 (12-18m), 95 (18-24m)
Size measurement :
Top
Size 80: Shoulder 21cm, Chest 26cm, Length 43cm
Size 90: Shoulder 24cm, Chest 28cm, Length 46cm
Size 95: Shoulder 25cm, Chest 29cm, Length 49cm

Skirt
Size 80: Waist 22cm, Length 24cm
Size 90: Waist 23cm, Length 25cm
Size 95: Waist 24m, Length 26cm



Price : RM32 exclude postage


Jika berminat, sila drop komen di post ini,
atau 
SMS/WhatsApp/Telegram saya di 0127934510.

Terima Kasih.

 

August 29, 2014

merdeka rumah?

 Bismillah.

Jumaat 29 Ogos 2014.
beberapa hari sebelum kemerdekaan negara yang ke 57.


tagline tahun 2014 sangatla bermakna.. sedikit berbeza berbanding tahun sebelum-sebelum ni.. petikan lagu dr arwah sudirman..seorang penghibur tanahair yg sangat berjaya... 
kalau tak silap saya la, petikan tagline merdeka ni, datang dr lagu Warisan.. (sila betulkan saya ye kalau saya silap)..

lagu tu sinonim dengan saya masa universiti lagi.. jd lagu utk satu program yang saya masuk. bait-bait lirik yang sangat mendalam maksudnya. kecintaan kepada apa yang sepatutnya kita jaga hari ini...negara kita..bahasa kita..ilmu kita..

buat teman-teman pembaca blog, selamat menyambut hari kemerdekaan..

:)

tak sabar juga mengadap tv, hari perarakan.. nak cerita dengan nisrin.. dan mungkin sampai tghari akan tgk cerita2 patriotik.. berguna untk saya, imbau kembali sejarah negara..

en suami insyaAllah join perakakan kemerdekaan di kk.


 
 
hari ini, jumaat dtg lagi. jumaat selalu datang dengan nada-nada rindu tertentu, jauh nun ke semenanjung. wish that we can balik kg this weekend. mcm dulu2 ke. 

:)


gmbar 3 beranak pernah di kongsi dlm post terdahulu. suka sunggu candid nih..

dikhabarkan dr bonda, rumah en suami sudah sedia utk dipasangkan grill.. itupun setelah berbulan2 mengadap defect. Alhamdulillah.. sama mcm rumah saya, rumah en suami ni pun dijaga oleh ayahanda saya... harap sgt jumpa penyewa.. hihih kalau tak da penyewa, baru switch kepada agenda lain..

rumah ni cantik tau... end lot.. sebelah tepi sgt la luas compound.. saujana mata memandang.. kekeke kalau diberi pilihan, antara rumah sy di kotasas dengan yang ini, saya pilih yg ini..


ooh, sebenarnya, nak meluah isi hati... rumah ooh rumah..

teringin nak merasa duk umah sendiri.. bila?.. Allah je punya jawapan..

:)

sekian...

August 22, 2014

counting...



Bismillah.

masih cerita pindah ye zuriani? hahaha

keramat sungguh susunan abjad yang membentuk perkataan ini...

PINDAH : VERSI SAYA VS VERSI MEREKA (sila klik utk post lalu saya)

link di atas adalah tulisan hati saya tentang pindah ke sini. saat mula2 dulu...

ntah mengapa, sejak lepas syawal, hingga semalam, perkataan ini kembali mengusik jiwa... sedikit terkesan sebenarnya dari bait-bait berbaur luahan teman2 yang senasib dengan saya....

arahan di pindah tanpa was-was oleh orang atasan....

nak kata saya memahami jerih perih perasaan orang yang kena pindah, boleh kata ya la.. sbb saya pernah melalui saat2 itu... cuma bezanya, saya lebih awal merasa 'perasaan dipindahkan' ini....

post mereka di fb, mmg menyentuh perasaan.. mereka yang bukan di dalam 'kasut' kami mmg akan cakap, bukan benda besar pun.. pindah je pun.. dalam negara je kan.. hehehe wahai insan-insan.. selagi tidak mengalami sendiri, maka selagi ituu laaa tidak kamu merasa perasaan kami..

berapa lama untuk bangkit? bangkit menjadi kita yang dulu2? 

berapa lama untuk ada klik2? klik2 yg sama mcm dulu2?

berapa lama untuk serasi di tmpt baru?

mmg tak punya jawapan..

Allah lebih tahu....

tp percayalah, selagi berada di semenanjung.... insyaAllah, masih dikira dekat untuk menjenguk keluarga...menjenguk kediaman sendiri... mcm kami, kalau tak da ribu2 xdapat balik la.. sila la menabung yer.. sabar la duhai kawan2... 
saat hati gundah, saat hati tertanya2, kenapa kita ditakdirkan begini2.. jauh dengan suami...jauh dr kebiasaan dan keselesaan sedia ada, jauh dari hobi-hobi lama, jauh dr semua2... ingat Allah... insyaAllah hati lebih tenang... hujung minggu, boleh pandu terus ke kampung.. kami? hanya mampu menghitung, bilaa bole lagi terbang pulang ke kampung...

satu yang buat sedikit kuat, Allah tak akan uji kita di luar kemampuan.. insyaAllah..

for the time being, insyaAllah, setember nti, insyaAllah...genap 2 thn 6 bulan kami di sini... kalau mengikut pekeliling baru, 4 thn sudah layak ditanggung kalau dapat pindah.. jadi, tinggal beberapa kerat aje untuk ke tarikh matang..mudah2 an panjang usia utk kembali berkhidmat di semenanjung... untuk itu, capai la apa shj depan mata... nikmati sekeliling.. :)
dan semoga kami2 yang dipindahkan lebih bersemangat untuk hari2 mendatang.. aaminn.. :)


sebelum menamatkan cerita, 22 ogos 2014, hari bersejarah bagi kita rakyat malaysia... sedihnya cerita MH17 pada kita semua, sedih lagi ahli keluarga terdekat..dan hari ini sebahagian besar jenazah rakyat malaysia sudah touch-down di sini... Allahu... kuatkan mereka ya Allah...




August 14, 2014

segmen : Popular Post. kekeke

Bismillah.. 

hari khamis menjengah. minggu pertama bekerja selepas cuti panjang sempena raya. perubahan cuaca juga beri kesan. saya penat. tiap hari mcm tak cukup rehat. kepala ting tong. timbang berat, 47.9kg. turun hmpir 3kg. aihh, kena touch-up diet semula ni. balik kk, 10 ogos. terus kemas rumah yg super duper berhabuk. esoknya, isnin 11 ogos, terus masuk kerja. selasa malam, si adik pula demam.. pg ni mcm dah tak naik suhu, tp batuk2 ada lagi.

mengadu pada Allah, moga cepat2 baik. gusar jugak hati ini.. sejak puasa, asyik diserang demam... sudah di aju pada doktor, perlu blood test ke tak ni.. doc kata tak perlu lagi.. anak2 kecil mmg begitu...seusia begitu.. dengan langkah yg semakin rancak mengutip..perubahan cuaca dan pesekitaran. 

cepat2 la lepas fasa ini.. kesian sama si anak. baru nak naik kembali berat...diserang demam lagi.... cuma kena fikir positif selalu.. ada benda  Allah nak saya belajar..


aih, mcm lari topik je ni. 
hahah

teman2 kalau ada belek2 blog ni, hampir hujung sebelah kanan ni, ada ruangan popular post. heheh

maaf ye, bukan gila perkataan sgt.. maksudnya di sini, antara post2 yg saya tulis, post popular ni la paling banyak orang klik..sbnrnya malu juga la kan.. sbb post2 sy bukannya ada yang high-level ilmiah sgt.. yelah, sekadar amatur blogger.. suka soksek soksek..makan terhasil la sebuah blog.. maaf sgt pada yg duk klik-klik, terjumpa entry saya, tp tidok ler dpt membantu pencarian anda..

 sy letak gambar di sini ye..



no 1 paling ramai suka klik adalah cerita ttg kediaman. keke sapa tak suke ttg rumah..dekorasi..hiasan..atau pendek kata cara nak beli rumah pun orang cari dlm atas talian..
 namun cerita pasal rumah saya ni rasanya ada tergantung..pasal xda sharing2 pun hiasan dalaman tu camana.. nan ade tema2 pun.. rumah bujang je kan.. tp sangat la berterima kasih buat ayahanda yang sponsor semuanya... dari grill, sofa, tv, table top kat dapur, bilik atas, meja makan, langsir, air-cond.. dan semua2 lah... dan rumah tu mmg jadi tmpt persinggahan emas pun kalau kami balik dr kk dan singgah kuantan...

tp smpi satu masa, tertanya jugak, bila aku n family nak merasa duk rumah sendiri nih???

Allah je tahu semua nya....

no 2 paling ramai suka klik..hahah resepi paling simple penah kongsi.. haa korg yg ada blog, suka2 la tulis pasal resepi masakan yang simple2 atau sedap2 yg konfirm jadi.... mesti rating tinggi tau.. sbb mcm saya pun sama, suka google resepi dekat blog2 org... heheheh

no 3 punya post yang rating tinggi.. hehehe cerita no plat kenderaan sabah.. wah wah..
 la ni, wilayah persekutuan pun dah ikut style sabah kan dalam numbering kenderaan.. ehehe

 
 ni di kepilkan total rating.. hehehe

terima kasih buat semua pembaca2 yang singgah2.... :)





August 11, 2014

balik kg sempena puasa dan raya 2014

Bismillah..

salam kerinduan..

hampir sebulan tidak berupdate.. rindu pula.. selepas beberapa ketika bercuti utk hujung puasa dan awal syawal di kampung halaman, hari ini baru muncul di pejabat. Alhamdulillah nikmat ini. seronok dapat balik kampung, dan mengharap keseronokan yang sama dapat dirasa saat kena pulang ke bumi bekerja. jauh. menambah rasa kesedihan. 

aih.. cerita raya.. takmo la sedih2. smpan la.. cukupla menghayati kesedihan kita dengan saudara seagama di Gaza sana..dan tragedi mh17. apa la sgt kan jauh dari kampung. huhu..

ini cerita cuti puasa dan raya kami.

tahun 2014
Syawal kali ke5 sbg suami isteri utk kami ber2.
Syawal ke4 bagi nisrin
Syawal ke2 bagi adik rara.. keh keh sempena raya, adik nurin dah ada nama baru.. rara..mengambil nama kedua dia, zahra.. bila tanya, nama adik sapa.. 'rara' jawab dia. heheh

19 julai. mood balik kampung betul2 switch on.
nikmattt nya rasa. 


 penerbangan dr KK - KL - Ktrg.

hari istimewa, bersahur ikut time zon kota kinabalu (awal) dan berbuka puasa ikut time zon terengganu (lewat). bukan selalu boleh melalui pengalaman sebegini. penat nak kejar2 anak2 waktu boarding pun satu hal..masuk dalam cabin..terus pengsan skjp.. hehe waktu makan si anak, cabin crew yg kejut kan.. hehe

28 julai 2014 - 1 syawal 1435 H, pasir mas, kelantan


giliran raya sebelah keluarga suami tahun ini. bergmbar dengan keluarga sebelah suami. tinggal sorang lagi family abang ipar tak da dalam gambar ni.. best juga kalau ramai adik beradik..penuh skrin kamera. :) cuma tahun ni, dalam keceriaan ada kehilangan yg dirasa. alfatihah untuk arwah bapa mertua.  

 gambar kiriman adik, satu syawal di Dungun. mak ayah saya beraya dengan menantu baru la tahun ni.

selain pasir mas dan dungun lokasi raya, kami juga menyusur ke kuantan. hehee

mana boleh lupa. tanah tmpt kelahiran anak2.
kekeke






memori daun pisang. tempat main air kegemaran. bg si adik rara,ini pengalaman kali pertama main air terjun mcm ni. memula tu menangis sakan..smpi en abi ckp muka umi nmpk macam menyesal mai cni.. hehe tp dah lepas tempoh takmo dia tu, dia lagi ralit main air.. hehehe

dah abis sesi bertapa dikg.. yuk kita pulang ke tmpt mencari rezeki..

hehe

10 ogos 2014
KLIA Departure Hall
gate B2.

ni dah beberapa kali tawaf.. semasa transit dr Ktrg.
alhamdulillah, Allah mudahkan penerbangan kali ni.
:)

 



kembali ke rutin asal la pulak kita..

selamat teruskan bulan raya walau di mana anda berada.

buat semua teman2 pembaca blog saya, selamat hari raya, maaf zahir dan batin..

jumpa lagi