(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

February 14, 2014

cloth diapering journey


assalamualaikumm..

jumaat kan hari ni. the next two days is weekend. no more weekend class maaaa..

tapi, selalu plan nak begitu begini dengan mereka bertiga.. but pencapaian nanti tak sehebat plan. macam manakah nak optimumkan sehabis baik nya quality time tu??

jom, perbaiki lg la ye diri ku..

nak kongsi dalam post kali ni.. anakanda nurin zahra iffah dah mencecah setahun 3 minggu++

apa yg istimewanya.. been a one year cloth-diapering budak tecik cilik comel nih.. heeee

dan sy berani vote, dalam setahun ni, saya guna less dah 15 bags of disposable diaper. dalam 15 tu pun, hanya 2 3 diaper yg saiz besar, yg lain semua medium saiz, kecik2.. byk guna disposable waktu dalam pantang, dan waktu travel balik kg semenanjung.. :)

hoyeahh..

misi diteruskan. sama seperti penyusuan. :)

alhamdulillah

tapi bila dah setahun, umi dah kena tambah bhgn penyerap, dari satu insert kepada 2 insert, atau add on booster, sbb pee pee dia dah banyak..

tahniah utk diri sendiri ye mummy!

go greeen!

salam jumaat.

 

February 06, 2014

dari umi, utk anak2...


when umi goes to work, what umi left at home for both ciliks are, my homemade food for them. and doa, moga Allah sentiasa pelihara mereka.

something to appreacite diri sendiri kali ini.

bangun seawal pagi yang mampu, solat subuh, n terus godek2 freezer, apa yg nak di masak utk ciliks hari tu.

sebelum tido, pening2 dulu, esok subuh, apa la nak di masak utk budak2 ni, lagi pening, bila dtg mood memilih makan.

:)

tp tak pernah give up. cari resepi, dekat group solid food fb..blog kawan2.. baru berbulan2, terjebak dengan bento2 pulak.

semuanya utk anak. untuk menjaga jenis makanan yg anak2 amik..

saya petik2 di sini, kata2 teman yg tak putus2 menyampaikan keinginan utk kesedaran utk ibu bapa tentang pemakanan anak2.


jika ibu-bapa melihat anak-anak terlebih aktif melompat2, check menu anak-anak. apakah anak-anak dihidangkan makanan segera seperti biskut, jajan, air minuman yang tinggi kandungan gula & perasa yang menyebabkan anak tak dapat kawal diri selain aktif luar biasa...masa tu jangan dimarah pulak anak taknak duduk diam

mari buat check-list menu anak-anak 


ya, lepas ni semua homemade. terjaga kebersihan. bebas dr bahan2 yg tak sepatutnya masuk ke dalam badan anak2 yg masih muda usianya.

mampu?

usaha..usaha yg termampu. mungkin tak setanding orang lain, tp sekadar termampu yg kita usahakan.

 
iqra' ya umi.

bacalah. timbala ilmu. dari sumber ilmu yang terbentang luas. makanan sunnah, makanan yang belum boleh baby terima, makanan yang boleh up sistem imun, dan lain2.

sama2 jadikan diri umi sebahagian dr mereka yg sentiasa baiki diri utk kebaikan anak2 di kemudian hari. 

sekian update hari ni.

*januari 2014, misi pertama utk bulan jan berkenaan taarif elektrik tercapai. 149 unit penggunaan. ala ini pun sebab kami sekeluarga pulang cuti ke semenanjung kan, dah tentula murah. ok, lulus, dan smbung ke bulan ke2 thn 2014.

:)
 

February 05, 2014

apabila 'share'....

 assalamualaikum..

terbaca bait2 ayat ini di wall facebook seorg teman. ayat nya jelas..membawa maksud yg sangat2 mendalam, dan terkena juga tempias nya pd diri ini.

baca dulu ya.
 


Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan..kalau ada barang baru, jgn tunjuk depan kawan..nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya x mampu..kalau makanan ada sedikit, jgn makan depan kawan nnti dia terliur..betapa indah pembentukan akhlak anak2 ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati org lain..

Tapi kini, tanpa kita sedari..melalui fb dan laman2 sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk2 atas kata2 'share'..beli barang baru, upload gambar.. sebelum makan, upload gambar.. perah susu banyak2, upload gambar...dapat komisen, elaun or gaji lebih, upload gmbr cek, slip gaji, slip bank, .. anak dapat result exam bagus, upload gambar buku penyata anak, mmm..dan banyak dan banyak lagi yg tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dll tp realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita x ambil peduli ada antara yang lihat gambar makanan yg kita uploaad mungkin dah beberapa hari tak makan, ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja..ada yang tengok gambar buku penyata anak kita di kalangan ibu bapa yg dikurniakan anak yang lembam..ada yang tengok gambar susu perahan kita mungkin di kalangan ibu yang mempunyai penyakit tak dapat hasilkan susu, dan banyak lagi..

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerna mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita kerna mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita kerna mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita kerna mungkin ada yang merana."..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk itu amalan yang mulia..

Yok, sama2 kita berusaha ke arah itu..

Jadikan fb medan perkongsian ilmu..
Jadikan fb medan tazkirah..
Jadikan fb medan maklumat..
Jadikan fb medan yang boleh memajukan ummah..

Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran..Aamiin



dah baca ni, terus sy tanya pendapat en suami. kadang2 suka juga up kan isu dengan dia.. well said, dia setuju... 

kerana apa, dalam setiap perkara, gambar yg positif utk diri kita, (yg tidak punya unsur menunjuk, riak atau apa shj yg negatif pd diri kita), akan dan pasti diterima sebaliknya oleh mereka yg melihat post kita. bukan semua, tp tetap ada.... itu pandangan suami saya.

flash back, utk diri saya. 

perkataan share ini sgt bernilai. share pada saya bukan bermakna kita menunjuk2, riak atau sewaktu dengannya. Allah penilai terbaik kan..tp sejujur2 niat saya, sekadar berkongsi berita gembira, akan ada insan yg berlawanan arus.  lebih sedih, kalau insan itu ada kaitan yg rapat dengan kita. 


sejak kecil, my mum selalu igtkan..kalau org buat tak elok kat kita, sebut je Alhamduillah. biar Allah je yg balas perbuatan orang kat kita.

bila dah kawen, suami pulak selalu cakap, buat dek aje.. 

:)

alhamdulillah.

nak taip panjang lagi, tapi tak jadi. simpan sorg2.

oh ya, yg dikongsi hari ni boleh dijadikan misi kecil tahun 2014.

ulang siar.

misi no 1 - target bil bulanan elektrik setiap bulan kurg dr 300kWh

misi no 2 - bab bento anak, healthy food, healthy bento

misi no 3 - huh tak jumpa ayat sesuai, tp berkaitan di atas.

erm, perlu ditulis ya?

hihii sesetgh org cakap, misi mmg kena ditulis, dengan jelas dan nyata, supaya boleh dicapai.

jadi, aamin kan ye kawan2..

sekian perkongsian hari ini..

Jom Masak : Ayam Panggang

assalam kawan2.

moga ceria selalu.

5 februari 2014 - 23 bulan kami di bumi kota kinabalu. dan sehingga hari ni, tak akan surut pertanyaan, impian bila kami boleh pindah semula ke bumi semenanjung, kampung halaman, cinta hati di sana.. bukan kerana jelik, bukan keran tidak suka, bukan kerana tidak cinta kota kinabalu, cuma batasan lokasi yg amat jauh dari semenanjung. katala apa sahaja, kami ini anak manja, tertutup minda atau apa2, heheh 

seakan serasi, hujan emas dinegeri org, hujan batu dinegeri sendiri..

tp Allahurabbi, DIA maha mengetahui akan segala sesuatu.. kan.

balik cuti baru2 ni, my sweet bonda bg adiah periku ajaib. keke org lain dah lama glemer guna pemanggang ajaib, periuk ajaib, kita baru nak cuba2.

resepi masakan pertama yg saya cuba... AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS.

heheh


resepi fully dr SINI 

sila jgn malu2 cuba. hehe

kita copy paste ke sini ya.

Bahan-Bahan :

1 ekor ayam-bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil (*tapi Mama suka masak seekor ayam belah 2/4)


- saya tak guna sekor ayam pun, 2 bahagian paha sahaja. trial pertama kan.. hehe

 

Bahan-bahan untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk (CT tambah)
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir - hana gune gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up
Sekikit mentega

-untuk bahan perap, saya kurgkan bawang besar - pakai 1 biji je, bawang putih 2 ulas.. utk sos lada hitam - sos tiram sikit, kicap, serbuk lada hitam. gula kurangkan, kiub ayam knor separuh.. 
-perap 5 jam..mula dr lunch break, lepas magrib baru panggang
 
Cara-cara :
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan di dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam (CT perap selama 3 jam)
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.


 -saya panggang dlm 45 minit mcm tu. api kena slow. jgn sederhana, nanti hitam sgt bahagian luar ayam.

gambar credit to owner link yang saya bg di atas tu


alhamdulillah.

kawan2 cuba yaaa..

xperlu ke kenny rogers lagi. lepas ni kita belajar buat sos pulak.

:)


February 04, 2014

saya budak baru belajar ber-bento


bento?

hahah

gelak sbb nak share bento yg tak seberapa utk 2013.
























jadi one of many little misi utk thn 2014, nak improve skill berbento.. mcm yg sy share ni semua utk breakfast. lunch pon masak jugak, tp xde la pack2/bento2.. maid terus letak dalam pinggan..

sebabnya, nak berbento2 pun ada rules.. baru jugak saya tahu.. kena pastikan ada carbohidrats, protein, fruit, vegie, baru namanya healthy bento kan..

tp sbb my kids mmg stay di rumah, bersama pembantu rumah, jd sbb tu saya bentokan breakfast yg tak heavy.. :)

ok ok cabaran..

teringin nak create bento yg A class..


sangat cantekk kann

:)

:)

 
 

February 03, 2014

taarif elektrik 2014


assalamualaikum.. happy monday frens!

update blog di hari pertama kerja di bulan februari. minggu cuti semester. hoyeaa :)

we hv all clear tentang kenaikan taarif elektrik kan. kalau di sabah, consumer yg guna lebih 300 kW/hour yg akan merasa kadar baru.

kadaran:

1-100 kWh 17.5 sen/kwh

101 - 200 kWh 18.5 sen/kWh

201 - 300 kWh 33 sen/kWh

301 - 500 kWh 44.5/kWh *******

501 - 1000 kWh 45.0 sen/kWh

utk kadar lama, yg sblm ni, penggunaan 301 kWh ke atas, kadaran nya 33sen/kWh. yg baru dia naikkan menjadi 44.5 sen/kWh. naik seposen. 

utk 2013. average pengguna mmg hampir mencecah 300 kWh. jadi saya ni golongan yg mmg mungkin akan merasa la kadar baru kalau penggunaan elektrik dirumah tidak dikawal sebaiknya.

oh ya, kadaran di atas hanya terpakai utk kami di sabah. semenanjung mungkin lain kadaran tu. tapi kalau nak kepastian bole tanya di kaunter TNB.


disember 2013 punya bil.

333 kWh.

huh. 

jadi di antara misi kecil saya utk 2014, utk kurgkan penggunaan bil elektrik. tp dirumah, major use adalah heater air. all of because anak2 cilik masih dimandikan air suam. tp kat rumah tu tak install heater yg dlm bilik air pon. mungkin kena tmbh yg itu la kalau bil elektrik masih mencanak naik. atau mungkin kena ada pilihan lain. beli appliances yg 24hours panaskan air tu. tp rasa cam lagi melebih2 nti. ntah. 

yg lain2 tu, lampu kipas, kena pastikan setiap kali keluar bilik, kena terus off. bilik air, siang tak perlu pasang lampu. 

dan ada juga sy google, plug each socket tu kena remove kalau tak guna. walaupun dlm keadaan off, tetap ada terguna tenaga. bila ada tenaga diguna, maksudnya ada charge di situ. 

tips lain? 

klik link2 kat bawah ni yea..

TIPS 1

TIPS 2 



dan if kawan2 ada tips lain, komen lain do share ya..


one more thing sy yg nak kongsi di sini, apa perlu sy maintain penggunaan elektrik bawah 300kWh ni... 

berkenaan surat makluman kenaikan taarif elektrik dr CEO KKIP (pembekal elektrik tmpt sy tinggal di kota kinabalu ni).....

begini bunyi ayat tu..

Besides, as announced by the Goverment, effective from 1 January 2014, the Goverment will collect a 1.6% on consumers' monthly bills as a contribution to the Renewable Energy Fund (under Renewable Energy Act 2011). Domestic consumers with monthly usage of 300 units and below will however be exempted.

naaaaaaa

jadi penyumbang negara la saya kalau guna lebih 300 unit sebulan.

maafla, baik saya menyumbang tempat lain. :)

mode tidak sabar menunggu jumlah bil elektrik utk januari 2014.

sama2 kita tunggu ya.

jumpa lagi.
:)
 



February 02, 2014

beautiful things ever

time to blog again.. sambil menanda tugasan pelajar jugak nih..

:)

apart of all sad story in january, there still happy and relieved things. hopefully hihi

the first ever must be gelagat kids. kadang2 tidak terbayang, camana dieorg dtg dalam hidup kita dan 'colour' it dengan pelbagai rencah, jd hati mana yg tidak terusik. i'll vote, part yg paling hardest is, slps waktu lunch break, nak masuk opis semula, saat nisrin akan babai2 me suruh cepat2 pi kerja...sometimes ada adegan salam2, bagi peace, cium2.. apa sbnrnya yg dia rasa saat sy tinggalkan dia tuu?? thats y, almost everyday, betulkan niat, utk keje dengan bersungguh2..

this year, plan nak cari kan school utk dia, sesuai utk toddler yg baru nak cecah 4 thn. dapat halfday pon ok. bg dia masa utk interaksi dgn kawan2, learn life-manners dgn kawan2.. sebelum ni, kalau sebut school, mmg abis2 an kena reject.. tanakk.. school tadak abis dia cakap. tp 2 hari terkemudian ni, ulang2 dia sebut..kakak nak g sekolah...nak baca buku...nak baca quran..nak pakai tudung..nak naik basikal. duhai anak, semoga Allah mudahkan jalan nisrin nak mencari ilmu...

ok, motivasi dah ada. next step, kena picture in her mind, yg umi abi tak boleh teman dia di school. hihi and umi da betul2 kena cari school yg sesuai nih... plan nak hantar ke little caliph.. insyaAllah.. 

nisrin loves singing. abc, barney, happy birthday song, google song, mummy sing. heheee
betul2 tak sabar dia bole hafal semua nya, dan nyanyi2 nanti.




latest nisrin zhafrah - 3 tahun sebulan 1 hari :)



nisrin sedang queue up nak masuk cabin kapal terbang. now dia dah besar..sgt behave dlm fligt, takde lagi nak berjalan tmpt org dlm tu. she just sit back, relax n enjoy her air journey, (ayat mcm pengumuman anak kapal tu) hihi, seat dia mesti tepi tingkap, sbb dia suka tgk luar masa kapal terbang nak depart..kalau kat atas sana, dia suka tgk awan. masa cabin crew edar makan, dia sendiri bukak front desk tu.. hihi



suka2.. bg chance adik duk atas troli beg pulak..asyik kakak aje :)


baby adik yg suka mamam

umi tak de cite pasal adik ke dlm post kali ni?

ok la, jom jom. been one year with her already.

baby adik anak no 2, jd responsive dia lebih dr kakak sewaktu seusia yg sama..sbb sentiasa ada interaksi dengan kakak. kakak dulu sorg2 kan.. 
masih dlm proses belajar berjalan. habit yg paling umi takot - mengigit tanpa mengira waktu. fobia. en suami juga akui. haha
8 btg gigi makes her sgt konfiden dlm mengigit.
tak semesra kakak kalau dengan mereka yg dia tak kenal - lebih pd takot kot..
still cd-ing her..still breastfeed her..still tummy-to-tummy position while carry her..

but tiba2, 2 hari ni, si ayah tanya, bila nak ada anak lg.. heh

tak puas lagi panggil my baby nurin zahra iffah ni adikk lah.. 



my fifth semester result - final semester 

alhamdulillah dalam setiap kekalutan dan kesedihan, Allah punya kasih syg yg sgt agung, walau puas duk fikir bila sy bole abiskan study, abiskan thesis. cuti balik kg hari tu, alhamdulillah, atas bantuan adik, maka thesis sy sudah selamat dipos ke pihak uthm.. doa seterusnya, agar, proses semakan dan penjilidan oleh pihak cec berlaku dengan sempurna. aamin.

oktober 2014, insyaAllah konvokesyen saya. pjg usia, atas keizinan Allah bolela merasa konvo lg. :)



 ce teka rumah sapa ni?

hehe

its' hubby!

baru dapat kunci, dah check defects, dah pohon meter elektrik. air pihak pemaju yg bereskan.

cuma tinggal angan2 je la bila nak duk cni. kami kan perantau. pulang entah bila...

nanti dah siap semua, baru nak cari penyewa. 


doakan juga urusan yg ini mudah dan berjalan lancar k.

ok time to stop.

weekend last day!

assalamualaikum 








February 01, 2014

happy vs sad


20 jan 2014 - setahun usia baby adik. perasaan yg sangat tak tergambar tatkala pejam celik sibuk dgn tugas seharian, jauh dr ibu bapa, Allah bagi saya lihat anak ke2 membesar dengan baik. first birthday adik, kami lalui di kg suami. mcam biasa, tiada sambutan khas. sy bukan jenis yg celebrate, buat party hari jadi. tak pandai2 lg. hihih

doa saya, moga anak ini terus dikurniakan kesihatan yg baik, selalu dalam rahmat Allah swt, murah rezeki dia selalu.

kebetulan cuti balik kg sempena perkahwinan adik bawah saya, 24 jan, akad nikah dan resepsi sebelah adik ipar, 25 jan di rumah ibu bapa saya. 



ni baby adik hari nak balik kg abi... super duper ceria anak umii... wallah... rinduunya tgk dia masa nih.....


21 jan, sedikit diuji, apabila both anak2 demam. terbangun seawal 4 pagi, terasa kepala adik panassss.. si kakak nisrin pun sama... huhu then bermula la episod taknak berenggang, tak makan seselera selalu, muntah2, menangis meragam. tgk si kakak pon kesian, terbaring. now bila anak2 dah kembali sihat, no words can describe, mcamana kita rasa sewaktu tgk anak2 sakit. demam - tonsil bernanah - muntah2. berapa malam tak tido dengan lena. nak tido hanya atas dukungan, siang nak melekat je. tik tok tik tok smpi hari ke4 baby adik demam. betul2 jatuh di hari majlis akad nikah adik. Allah betul2 tak bg kami join dan melihat pernikahan adik. adik pertama sy yg melangsungkan perkahwinan. huhu

hari ke4 tu jugak sekali lagi bawak ke klinik swasta. atas saranan doktor, kena bawak pi hosp utk ambil ujian darah, kot ada jangkitan lain, sbb demam tak kebah2. saat taip, semuanya macam mudah aje. tapi hanya Allah shj yg tahu perasaan semasa itu. ya Dia beri kami ujian yg mampu kami terima...







baby adik sewaktu tunggu giliran di bahagian kecemasan Hospital Dungun. sejam menunggu giliran dipanggil.

sebenarnya ptg sebelum tu dah dtg sini, tp sangattttt ramai patient, plus badan baby adik ni makin panas, dah smpi masa kena bagi ubat. sy tangguh amik darah, decide dtg semula sblm jam 8malam. so balik rumah, kali ni terpaksa bagi ubat yg masuk bontot tu. bg dia tidor, supaya tenang masa menunggu giliran. 

situasi semasa nak amik darah lagi tegang. mana la baby tecik ni suka kena paksa2 baring. ditekan gear menangis dan melawan smpi nampak urat kat muka. saat yg sgt sukar nak imagine..... huhuuuuu sedeyyy!

but luckily, setelah beberapa ari episod sedih, Allah bg kemudahan. sblm dpt result tu, suami sy banyak kali yakinkan, jgn risau, baby adik ok...her blood test will be ok. sbb dia makan, minum susu, walau tak byk mcm selalu, tp dia ada tenaga. ihii wondering too, dr mana dia dpt tenaga nak tolak doktor waktu nak check tonsil.

btw smntara tunggu result, sy masuk dlm kereta, tak nak menyemak di ruang legar bilik kecemasan. dlm 20 minit, suami dtg dengan riak wajah yg tak mendebarkan. syukur ya Allah, her blood test is normal. cuma kuat sgt kuman tu yg demam tak surut2.

day 5, until ptg, mmg ada saki baki demam.. tp sblh mlm mmg totally dia makin ceria. day 5 demam tu, hari resepsi adik di rumah parents. 



dah sampai kk kembali, suami tanya acaner balik kg kali ni? seksa kan? hahaa

dugaan yg hanya Allah yg tau ada hikmah nya.

berat anak2 susut. kurus je tgk sorg2. kini dalam proses naik. moga2 berhasil. my nisrin dah setahun lebih tak demam. sekali demam terus teruk. baby adik yg ni la paling teruk demam.

:)

nak up gambo majlis adik. totally yg saya sendiri tak dpt melihat betul2 majlis dia...huhu














semoga menjadi suami isteri yg soleh dan solehah utk kedua2 nya. sabar dan tenang hadapi setiap detik dalam perjalanan ini. :)


end of januari. macam2 episod suka duka saya lalui... februari muncul. moga Allah selalu beri kami kekuatan dalam menempuh dugaan dan cabaran. aamin


tertanya2, bila lagi bole balik kg ni?