di satu malam, si ibu terdengar dialog si bapa bersama si anak2.
kata si bapa ' duhai anak2, mengertilah kamu sekalian, kamu la sebab utama abi kuat.. utk abi kerja kuat... abi sayang anak2 abi..'
si ibu yg
selang beberapa saat, dialog yang sama lagi diungkap oleh si bapa, dengan nada yang lagi tinggi. seolah2 seperti mahu si ibu dengar, dan perhati2 betul2. seolah2 mahu si ibu mengerti, bukan shj anak2 yg ditujukan kata2 itu. watak si ibu juga penting dlm hidup si bapa.
telahan si ibu semata2. manakan tidak, dialog yg sama diulang2, seolh mahu sgt ada insan yg lebih berjiwa memahami gelodak hati. anak2 yg setahun jagung mungkin belum sepenuhnya mengerti.
si ibu mengaku, saat itu, sengaja ditinggikan rasa malu utk bertanya, kenapa tiada penghargaan sebegitu utk si ibu. mahu si bapa sendiri yg luahkan nama si ibu. :)
tp besar sgt harapan si ibu, benar telahan si ibu, moga kata2 si bapa itu ada maksud tersirat, ditujukan secara tidak langsung buat si ibu.
5 tahun pertama dalam sebuah rumah tangga, they said as struggling journey.
nak menyerasikan hidup.
nak menstabilkan keluarga.
bermacam2 ragam, kerenah, suka, duka.
meniti tahun ke 3 hidup dengan si bapa, masih banyak lagi yg si ibu kena perbaiki. kena susun jadual utk diri sendiri, utk si bapa, dan si anak2 dan pelbagai lg tuntutan perkara harian.
doakan, moga si ibu dan si bapa dapat melaksanakan, menjalani dan menikmati kehidupan ini sebaik yg mungkin.
:)
doa si ibu juga sama, utk semua ibu2 yang lainnya..
sekian titipan kali ini.
jaga diri.
terima kasih tidak terhingga buat yg sudi singgah/blogwalking ke blog saya.
:)
No comments:
Post a Comment