HIDUP MEMANG UNTUK DIUJI.
ayat pertama yang terpacul dr mulut seorg ustza di satu slot di Radio Ikim saat selepas mendapat pertanyaan dr panggilan seorg wanita yg suara nya begitu jelas kedgran spt seorg yg sudah patah semangat. pemanggil cuba berkongsi keperitan hidup yg di lalui - dengan menyatakan dugaan yg dia alami bertali arus..selepas berjaya hadapi satu cabaran, dtg lagi cabaran lain hingga membuatkan beliau merasakan yang Tuhan tidak lagi sayangkan dia..lalu dia memohon pandangan ustaz tersebut.
tatkala mendgr ayat pertama dr ustaz tersebut, saya terdiam..cuba selami lagi bait2 lontaran ustaz tu..
Hidup kita mmg untuk diuji. kalau tidak diuji, kita bukan nya hidup lagi namanya. (yg sy paham - meninggal dunia)..
pjg lebar ustaz tu jawab..
apa yg saya boleh petik dan kongsi di sini..antara yg terkesan di hati berkenaan persoalan ujian hidup ini..
ustaz tu cakap..
sejak kita kecil lagi kita sudah melalui pelbagai jenis ujian..tetapi perasan kah kita, setiap ujian yg kita lalui itu adalah sesuai dgn diri kita..maksudnya Allah tu takkan bagi ujian yg kita tak kan mampu lepasi..semua yg diberi pasti boleh kita lalui.. diberi contoh mudah, saat menjadi bayi dan seterusnya membesar, bayi itu sendiri melalui fasa2 ujian tertentu..belajar meniarap, mengensot, merangkak dan seterusnya berjalan..dalam setiap fasa yg disenaraikan, setiap bayi melalui ujian tersendiri.. jatuh bangun untuk betul2 boleh berjalan.. susah payah utk berkomunikasi.. ttp, kita semua percaya yg bayi tadi boleh lepasi ujian2 itu kan..
sambung ustaz tu lagi..kita ni sbg mahkluk Allah ada level2 tertentu..ada peringkat2 tertentu.. sbnarnya setiap kali kita berjaya lepasi satu satu ujian, peringkat kita di mata Allah telah sedikit meningkat..dan begitulah seterusnya.. setiap kali ujian mendatang..keimanan pasti bertambah..
dan ada lagi kata2 ustaz tu...
siapa yg bernama manusia tak kan lari dr menerima ujian kan..
dr sekecil2 ujian hingga sebesar2nya..
bermula dr umat terdahulu hingga la umat akhir zaman kini..
jgn di lupa senjata yang satu ini.. doa..doa.. :)
Allah itu sentiasa mendengar kan..
semoga sedikit perkongsian saya ari ni dapat menyelit sesuatu,, utk diri sendiri dan yg membaca..
ingin dikongsi lagi, tp masa beronline dah tamat.. hihi anakanda dah bangun dr tdo.. time to mandikan dia...tukarkan cd dia..
CD? yaaaa..masih bercd..!!
2 comments:
Setiap ujian ada hikmahnyer...
aah..kalau tak kerana ujian, kita pasti tidak belajar akan sesuatu. tp hikmah tu hanya akan nampak pd mereka yg betul2 celik..
Post a Comment