(,'') ('',)

Daisypath Anniversary tickers

March 21, 2012

alkisah BS... lama

assalamualaikum..
bertemu kita lgi dalam blog permai ini. sihat sejahtera hendaknya.
kali ni, nak 'up'kan cerita tentang BS - Baby Sitter nisrin.

kita bahagikan pada dua bahagian ya.

bahagian 1 mestilah bercerita tentang bekas BS. 'ex-bs. yela, tiada yg lama, maka tiada yg baru.
 seusia setahun juga lamanya ex-bs menjaga anakanda nisrin.
nama nya lebih mesra saya sapa sebagai Kak Ida. usia awal 40-an. punya seorg anak gadis berusia 14 thn thn ni.
ingat lagi, bukan senang nak diketemukan dengan BS ini.
cuti bersalin yg asalnya cuma 60 hari saya pohon, akhirnya terpaksa di tambah lagi 10 hari. gara-gara tidak jumpa BS yg sesuai.
masa tu --> encik suami begitu bersungguh mahukan BS yang jaga nisrin seorg sahaja.
jiran dekat2 rumah ada dua yg jaga anak. tp tidak pula saya tanyakan sudi atau tak jagakan nisrin. taska poli juga selang dua rumah.
tp rezeki lebih kepada BS ini - walaupun kena 'travel' keluar dr poli waktu hantar dan amik.

mcmana boleh jumpa?
kebetulan. rezeki Allah jua.
staf politeknik lama yg rekemen kan. kebetulan BS ni jaga cucu dia. anak nya kena pindah ke besut. jadi tmpt cucu tu di ganti oleh nisrin.
kali pertama bertandang, walaupun masih dalam keadaan was-was (betapa risau nak tinggalkan anak kesygan pada org kan), 1st impression kira ok BS ni. rumah bersih. cuma masa tu dia tanyakan jgak anak di ajar buai ke tak. ohh, kalau boleh memang kami nak say no pada buai. (pssst panggil buai --> ayunan :) )
dah explain itu ini, terus tawakkal sahaja tinggalkan nisrin di  usia dia 81 hari.

hari ke hari, makin serasi.
yelah anak kecik lagi, tak kena sgt dgn org lagi, tiada masalah.
cuma rindu selalu terdetik saat jasad berjauhan.

bila nisrin dah besar sikit, di ajukan permintaan walker.
kami belikan.
seigt saya, itu sahaja permintaan BS. buai..langsung tidak masuk list.
tapi, BS ni amat mengerti dgn keperluan nisrin.
tido bermainkan telinga. kena peluk2 dulu.
mandi air suam.
makan suka ada kuah ikan singgang. kemudian sup.

saat si anak sudah banyak ragam, saya mintak BS jagakan juga di hujung minggu, saat saya bergelut dengan ilmu dalam kelas master saya. suami juga ada mengajar KSS di hujung minggu.
tapi kami tambah la bayaran utk BS.

bila nisrin dah pandai duduk, BS suka bawak keluar dengan kereta.
ini memang membimbangkan juga mulanya tu.
tapi kami tak pandai nak ckp lebih2. sbb kami tau BS pun sedar kalau ada pape berlaku.
tp bukan bawak jalan suka2.
kadang2 amik anak dia kat sekolah.
kadang2 g appointment dekat klinik uia. (anak BS pakai braces)
kadang2 g hantar/amik baju yg dia jahiitkan.
mmg takde la bawak g berpoya2.
asalkan keselamatan anak, time tidur dan makan minum terjaga, insyaAllah kami ok sahaja.
 
masih segar, saat kali pertama nisrin demam kuat sikit - bulan september 2011.
saat dia reject susu. umi bagi taknak. abi bagi pun sama. hati ibu mana tak resah?
seharian cuma sikit aje minum.
makan apatah lagi.
tau apa kami buat.
malam kedua dia demam, terus kami bawa rumah BS.
dgn izin Allah, nisrin minum susu dgn BS... 
Ya Allah leganya bila tengok kosong botol susu tu.
terus BS call sedara dia utk buatkan air tawar dgn bacaan al-quran utk nisrin.
 hari ketiga, saat dedar lagi, saya putuskan untuk hantar je pada BS. saya tak boleh cuti lama2 kan..
 lagipun umah BS tiada budak kecik lain, jadi tak risau pun demam berjangkit ke tak..

makin nisrin besar, makin banyak telatah.
membuatkan BS dan suami dia beserta anak dia 'jatuh hati' dgn nisrin.
setiap hari, saat hantar mesti ada cerita dr BS.
hari ni buat apa..
hari ni tau buat apa..
panggil bu..bu..
panggil ti..ti (kucing anak BS)
suka amik gambar..
memilih makan..
dll...

sehingga la, saat saya khabarkan.. yang nisrin dah kena pindah ikut parents dia ke sabah..
mula kesedihan menyelubungi. 
saya bgtau BS berita ini, hari jumaat 17 feb 2012.
jadi memang gtau BS yang nisrin dia akan jaga sehingga 29 feb.
lebih kurg 2 minggu.

sejak tarikh tu, hari2 duk cakap, nanti jauh dah..nanti lambat lgi boleh jumpa.
yang paling mengharukan hati yg paling dalam ayat BS 
'nanti zu kena pesan dekat BS baru...nisrin tido cam mana.. mandi cam mana..makan cam mana'..
hmm, sila imagine yer, hati ini camana.. sedangkan dekat tmpt baru, belum confirm pun ada BS masa tuh..
di cakapnya pada nisrin, ibu belum tentu boleh hntr nisrin ke airport..nanti ibu sedih.. nanti insyaAllah raya ibu g tgk nisrin yer..

sedih..
bergenang si air mata.
di mana lagi boleh cari BS sebegini.

29 feb 2012.
hari akhir saya kerja di polisas.
merujuk hari akhir juga BS jaga nisrin.

maaf saya tak dpt teruskan.
masih belum kuat utk di titipkan erti perpisahan ini.

nanti punya kekuatan saya akan sambung...insyaAllah..
 

 

 

7 comments:

harzharun said...

Ok...xpe..i tunggu sambungan...

nur easy said...

tetiba saya pun sebak sama...

Myluv - Syl said...

saya impikan bbsitter camtu.. iskkk,, sebak pulak.

farahfatihah said...

sedih la.....

azzpinky said...

Saya pon punya pengalaman yg sama...syukur Alhamdulillah BS Zameer & parents nya baik2 belaka...even anak2 jagaan BS skrg dh 6 org, tp Zameer still mendapat perhatian yg cukup...skrg kebanyakan time ambik pas keje Zameer blh bye2 kita plak sbb xnak blk...huhuuu

Anonymous said...

awk..sy phm keadaan juga awk..dan sy sendiri pernah alaminya..mmg susah..nk2 anak kita da mule serasi dgn bs lame..tibe2 nk cari yg lain..mmg susah..uhuuh..sedey2..

haime said...

hmm.. pengalaman utk saya thn ni..

terima kasih semua sbb baca entry saya yer.. :)